Showing posts with label Financing. Show all posts
Showing posts with label Financing. Show all posts
AbgZan
Baru-baru ini, aku ada berjumpa dengan sales executive dari Maybank. Beliau nak promote product ASB Loannya. Ni atas daya usaha sorang bos kat syarikat gua ni utk panggil beliau datang ke office dan kepada yang berminat boleh jumpa depa.

Mula2 saya ingat tak perlu la join, sbb hamba sudoh buat pon ASB loan ni. Tapi, memandangkan kawe ada pertanyaan to ask the officer (gua memang rajin bertanya), maka kuambil initiative utk datang jugak...

Pertanya gua adalah berbunyi begini:

"Saya dah buat ASB loan bulan July 2009, pakai rate BLR-1.35%, boleh tak kalau saya nak revise rate pakai rate baru bulan Ogos 2009 (BLR-1.65%)?"

Beliau kata boleh, tapi kena buat paper work. Beliau juga agak terkejut kerana patik tidak diberi offer oleh agent yg i dah deal mengunakan "Loyalty Package" = BLR-1.65% (rate ni boleh diguna pakai oleh customer yg dah sedia ada loan dgn Maybank)...Malah beliau skrg dalam usaha utk dptkan rate BLR-1.76% fixed for the whole tenure....

Wow, alangkah bagusnya....

So, dia suggest i tanya balik sales exec yg i deal bulan lepas....Memang i nak pi pon...tapi sblm ni bila tanya, dia kata tak boleh (sesedap ati aja kata takleh, tensen pulok)....tapi gua ni memang jenis tak mudah putus asa...sblm ni gua dah tanya pon dgn shah alam center di shah alam, diorg kata boleh....tak puas hati betulla dgn exec yg i deal ni, nak senang kerja aja....

hehe....moral of the story:

1) No harm to ask anything you want to ask
2) Jgn mudah putus asa utk menjimatkan duit, atau utk saving punya pasal
3) Rajin2 la nego dgn pegawai bank sblm deal ..

Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Hari ini kita tengok, pelbagai bentuk riba telah berleluasa. Kadang2 riba ni diapplykan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Akan tetapi tahukah kita, bagaimana riba ini bermula dan bagaimana ia boleh dipergunakan sehingga hari ini secara berleluasa? Ikuti artiket di bawah, amat menarik utk dibaca:


Hutang, riba hukum-hakam pemodal
Hishamuddin Rais Apr 9,
09 4:16pm

Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam.
Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan
pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara
hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.Madame Marie Curie menemui
radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah
yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul
Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang
menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas
langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama
kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis
tetap sama.Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan
runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan
riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat
keuntungan maksimum. Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum
pedagang – emas adalah tukaran.

Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang
dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak
sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama
Alam Melayu – emas dan perak. Para saudagar yang berniaga akan mengupah
tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran
membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke
dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya
yang tersimpan.Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah
diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan
untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan
kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan
bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai
menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan,
maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh
Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas.

Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali
ganda.Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai
emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai – inilah asal-usul duit kertas
atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar
ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini
tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi
telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar
untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang
tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia – konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak
berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme.
Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai.
Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan
kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki
rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500
tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si
Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam
dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar.
Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah
tetapi cara pengendalian lebih tersusun. Umum selalu
bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank.


Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.


Contoh:


Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100
ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit
seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi
pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit.

Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit. Bank ini sebenarnya
tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan
– ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak
semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit
bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga. Beginilah yang telah dilakukan
oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank
dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk
menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus. Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui
cagaran.

Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap
mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin
mengeluarkan duit – maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap! Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang
beratur untuk meminta wang simpanan mereka – permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai
hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan
berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan
mengaku diri mereka bankrap – inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan
oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk
melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan
yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di
khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus
yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya
duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit
ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk
membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank
boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup – ini juga hukum sistem kapitalis.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/columns/103553

Wallahu'alam...

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,


Siapa di sini yang sudah mempunyai rumah? Adakah kalian semua beli rumah dengan bayar cash? Atau pakai loan? Kalau anda pakai loan, loan jenis apakah? Conventional kah, atau islamic kah?


Kalau zaman-zaman 3-5 tahun lepas, rate untuk islamic housing loan agak mahal. Rata-rata, semua bank yang menawarkan Islamic package agak mahal. Ada yang 7.75% for the whole tenure, ada yang 8%, ada yang 6.5% hanya utk the first 5 years, and so on.


Conventional rate amat murah, hanya BLR-1%, atau BLR sahaja. Kalau time 5 tahun lepas, BLR = 6.75%, ditolak dengan 1% sudah 5.75%, tidakkah lebih murah?


So atas dasar tu ramai yang meminati conventional package.


Akan tetapi sedarkah anda, bahawa, conventional rate, tidak mempunyai ceiling rate? Di mana, sekiranya BLR naik sampai 14% ke, atau 12% ke, maka, rate itulah yang kita akan bayar? Itu agak risiko untuk kita.


Akan tetapi, argument yang orang akan cakap adalah, "Tetapi Islamic rate mahallaaa..." ...


Betul, tetapi sekarang, Islamic Housing Loan sudah mula diserapkan penggunaan BLR. Contohnya, antara yang terbaik yang kita boleh jumpe di bank sekarang ni, adalah BLR-2.1% fixed for the whole tenure, up to 40 years. And also ceiling rate apply as low as 9.55% !!


Saya rasa ini agak menarik, sebab jika dikaji, BLR di Malaysia ni, rata-rata most of the time di bawah takuk 7%....so kalau even ditakdirkan BLR naik sampai 7% pon, ditolak 2.1%, kita hanya menanggung 4.9% aja...ok apa?


So atas dasar itu, gua ambil keputusan refinance kan rumah gua dengan islamic housing loan berasaskan BLR. Sekarang ni pun, kalau kita tgk kebanyakan bank menawarkan rate housing loan islamic yang amat menarik, di mana jauh lebih baik daripada conventional yang hanya setakat BLR-1%, DAN TANPA CEILING RATE!


So renung2kanlah....wallahua'lam...

Anda juga boleh berdiri megah sebegini rupa sambil tersengih bangga di hadapan rumah di samping awek yang tumpang gembira di sisi. Apakah rahsia kegembiraan mamat di atas? (jawapan: membuat refinance)


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
AbgZan
Tajuk di atas macam tergantung pulak, hehe...bukan apa, pjg sgt tajuknya....so jikalau begitu, apakah maksud "rumah pertama telah ku signed"? Sign utk apa?

Sebenarnya maksudku adalah offer letter telah ku signed utk refinance rumah dengan amount yang lebih tinggi daripada harga beli, hehe....

Alhamdulillah, market value rumah yang kubeli di sekitar Seksyen 26 Shah Alam yang diberi nama Taman Bukit Saga, telah naik menurut bank yang memberi offer tersebut....Secara rough kenaikannya about double daripada harga kubeli pada bulan May 2006...
Jadi kuambil refinance amount yang about 80% daripada market value (walaupon bank leh kasi up to 90%).

Tujuanku tak lain tak bukan adalah untuk mendapatkan extra cash utk ku labur di ASB, koperasi, emas dan stock market (long term)...sudahku projectkan bagaimana peruntukan untuk setiap bahagian...
Daripada pengiraanku menggunakan excel, amount tersebut akan menjadi "double" selepas about 5-6 tahun...wow, hehe...harap2nya gitulah....itupon sekiranya, kesemua "bakul-bakul" memberi pulangan yang diharap2kan....lepas ni insyaAllah kubincangkan apakah pulangan yang kuharapkan utk setiap satu di lain episode..

Sebenarnyer pengiraan menjadi "double" tersebut tidak perlu menggunakan excel dah boleh kira congak...dengan menggunakan RULE 72, pernah dengar tak?? InsyaAllah akan kubincangkan juga di lain episode...

Pagi semalam (pagi Jumaat) hambo ada satu kisah lucu yang nak dikongsikan.....kisahnyer begini....sebelum ni ada satu BANK A beri gua offer rate baik punya utk refinance rumah dengan rate Islamic yang berlandaskan BLR dan mempunyai "ceiling price" ...then BANK B nak beri COUNTER OFFER utk rate yang lagi baik...tunggu punya tunggu BANK B kata headquarters tak approved pulok...

Pastu kawe mau deal dengan BANK A.
Sekali BANK B sms pulok mengatakan BANK B boleh offer OD (Over Draft Facilitiy). Pegawai BANK B kata on top of the refinance amount, BANK B boleh kasi lagi "another same amount" masuk dalam CURRENT ACCOUNT, dan boleh dikeluarkan utk sebarang tujuaan (tapi of course kena bayar balik la). Rate sama dengan refinance rumah punya rate.

Contohnya...katakanlah patik refinance rumah berjumlah RM500k, di mana RM300k adalah utk bayar utang rumah, dan RM200k utk ambil cash. On top of that, BANK B nak kasi lagi another RM500k masuk dalam current account yang ready to be used any time....

Pabila daku mendengar BANK B cakap begitu, apa lagi, gua terus setuju la, dan terus pergi ke BANK B petang Jumaat semalam utk penerangan lanjut. Sekali argue punya argue, "pegawai lain" BANK B kata ada salah faham, di mana ia nya tidak betul, hehe...gua hampa sungguh. Kalau ianya betul, gua sudah berangan2 mau angkat lagi 3 rumah di kawasan hot kegemaranku (hehehe, tempat "hot" ni memang selalu orang call nak rent, sudah berpuluh2 kali, walaupon sudah disewakan)....

Sejurus lepas mengetahui bahawa berlaku miscommunication, maka terus ku deal dengan BANK A, dan "Rumah Pertama Telah Ku Signed..." ... Rumah ke-2 dan ke-3 akan menyusul utk direfinance....dengan bank lain pulok, hehe....

Figure 1: Antara rumah yang menarik yang boleh dibeli oleh sesiapa saja, dengan menggunakan teknik pengurusan wang yang betul.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum,

Semalam baru aja hambo berbincang dgn my colleague, berkenaan refinance rumah. Jugak berbincang berkenaan downpayment utk kereta, bayar downpayment byk ke, atau bayar sikit untung? Kalau ada cash elok bayar cash ke, atau buat loan utk beli kereta? Mana lagi untung sebenarnyer? Ada yang cakap bayar cash lagi untung, tak payah bayar interest...ada yang kata buat loan lagi untung. Ada pulak yang tak pasti, dan hanya buat loan sbb tak cukup cash...hehe...

Bab ni agak menarik utk diperbincangkan. Nanti hambo bincangkan kemudian, skrg ni ada hal pulok nak kena settlekan....

Wassalaam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe