Showing posts with label labur. Show all posts
Showing posts with label labur. Show all posts
AbgZan
Saya nak kongsi kisah yang saya baca di Metro dan Kosmo... saya tak pernah dengar daripada RM50 boleh membiak sampai RM17 juta... kalau dikira, wang tersebut membiak sebanyak 340,000X ganda... wow.... memang perkara sebegini AMAT jarang berlaku...lebih2 lagi apabila ia melibatkan nasib dan judi...

Nak dijadikan citer, seorang mamat ni main judi, masuk RM50 jer, tapi daripada RM50 dia dpt biakkan kepada RM1,400 dan seterusnya RM140,000. Lepas tu, tamak punya pasal, dia main lagi, dapat RM17 juta...wow...

Memang jarang berlaku perkara camni, lebih2 lagi bermain judi... sebab selalunya pusat-pusat judi ni, diorang dah ada sistem diorang yang merugikan pelanggan... tetapi macamana pemain judi ni boleh menang sampai RM17 juta...

Apa pun, apa yang nak dikongsi di sini, bukan nak galakkan kita bermain judi, tetapi nak bagi tahu main judi tu haram... kalau menang pon, duit haram... dan dalam kes mamat yang menang RM17 juta tu, walaupon dia berjaya menang RM17 juta pon, tapi dia tak dapat pon duit tu, malah dikejar Along lagi... tak pasal-pasal... mungkin sbb dia tere sgt kot, hehe...

So, kalau jangan ler main judi, sbb bukan senang nak menang, dan kalau menang pon, bukannya ousat judi tu nak bayar, malah depa marah kat kita ada la, haha....

--------------------------------------------------------

Menang RM17j nyawa terancam

KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.


“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.


Sumber: Metro
AbgZan
Baru-baru ini, aku ada berjumpa dengan sales executive dari Maybank. Beliau nak promote product ASB Loannya. Ni atas daya usaha sorang bos kat syarikat gua ni utk panggil beliau datang ke office dan kepada yang berminat boleh jumpa depa.

Mula2 saya ingat tak perlu la join, sbb hamba sudoh buat pon ASB loan ni. Tapi, memandangkan kawe ada pertanyaan to ask the officer (gua memang rajin bertanya), maka kuambil initiative utk datang jugak...

Pertanya gua adalah berbunyi begini:

"Saya dah buat ASB loan bulan July 2009, pakai rate BLR-1.35%, boleh tak kalau saya nak revise rate pakai rate baru bulan Ogos 2009 (BLR-1.65%)?"

Beliau kata boleh, tapi kena buat paper work. Beliau juga agak terkejut kerana patik tidak diberi offer oleh agent yg i dah deal mengunakan "Loyalty Package" = BLR-1.65% (rate ni boleh diguna pakai oleh customer yg dah sedia ada loan dgn Maybank)...Malah beliau skrg dalam usaha utk dptkan rate BLR-1.76% fixed for the whole tenure....

Wow, alangkah bagusnya....

So, dia suggest i tanya balik sales exec yg i deal bulan lepas....Memang i nak pi pon...tapi sblm ni bila tanya, dia kata tak boleh (sesedap ati aja kata takleh, tensen pulok)....tapi gua ni memang jenis tak mudah putus asa...sblm ni gua dah tanya pon dgn shah alam center di shah alam, diorg kata boleh....tak puas hati betulla dgn exec yg i deal ni, nak senang kerja aja....

hehe....moral of the story:

1) No harm to ask anything you want to ask
2) Jgn mudah putus asa utk menjimatkan duit, atau utk saving punya pasal
3) Rajin2 la nego dgn pegawai bank sblm deal ..

Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Ok, semalam kita dah bincang bagaiman ASB Loan mungkin membawa keuntungan yang lebih berbanding labur sendiri dalam ASB. Bagaimana pulak dengan issue membuat loan ASB secara percuma? Adakah ianye benar? Ianyer bergantung kepada anda, bagaimana anda menilainya...

Mari kita lihat....

Ok, lihat jadual di atas...tengok bulatan yang telah dilakar di ruang 25 tahun, RM170k...
Di mana anda kena bayar about RM921 sebulan...

Sejurus lepas anda buat loan nanti, bank akan kasi kita RM170k (tapi depa pegang dulu, depa takmo kita salah guna duit tu kottt...)....tetapi setiap tahun, anda akan dapat dividen secara percuma, dan dividen tersebut anda bole keluar setiap tahun....

Berapakah dividennya???

Ok, sekali lagi kita anggap kerajaan baik bagi kita 8.5% dividen secara pukul rata (purata)....

Mari kita kira:

Setahun: 8.5% x 170k = RM14, 450

Sebulan: RM14,450 / 12 bulan = RM1,204 sebulan...

Ini bermakna, bole dikatakan setiap bulan anda akan dapat dividen RM1,204...SECARA PERCUMA !!!!

Cuba recall balik, berapa anda kena bayar bank bulan2?? Hanya RM921 sebulan....

WOWWW!!! Kiranya, secara teknikalnya, setiap bulan anda dapat percuma RM1,204, daripada ASB secara percuma, tetapi anda hanya bayar loan RM921 aja??? Maknanya anda buat LOAN ASB NI PERCUMA LA YER????

TIDAK!!!!! BUKAN SAHAJA percuma, MALAH anda dapat profit hampir RM300 sebulan tu....Rm300 x 12 bulan,hampir RM3k ++ untung secara percuma...takmo ke??

So, bagaimana? Tertarik tak?? hehe....

Tapi sekali lagi, diingatkan, bayaran RM921 tu assuming BLR kekal...kalau BLR naik, maka loan naik la...kalau BLR turun, maka bayaran loan turun la...

Wallahu'alam, anda nilaikan sendiri dan untung anda punya, saya tak minta satu sen pon...risiko pon atas diri sendiri juga la yer, saya hanya memberi idea untuk u all pikir2kan aja, hehe... :)

Wassalaam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Salaam all,

Ada macam-macam pendapat..ada yang kata haram,ada yang kata halal....ada yang kata haram sbb terlibat dalam pelaburan tobacco, ada yg kata haram pasal terlibat dalam pelaburan bank yg mengamalkan riba...Ada yang tidak labur dlm ASB sbb takut haram, tapi pada masa yang sama dia sendiri buat loan dari bank conventional dan merokok...wallahu'alam...

Saya tak berani nak buat apa2 ulasan ttg hukum-hakam ni, sbb kalau salah bg hukum, besar dosanya, saya pun bukan hebat mana dalam bab-bab agama ni....tapi saya nak pastekan keputusan FATWA KEBANGSAAN:

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.

‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.

‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.

Di sini juga saya nak tambah link daripada Ustaz Zaharudin yang tidak berapa setuju dengan fatwa kebangsaan:

http://www.zaharuddin.net/content/view/805/72/#maxcomment84257

Apa pun keputusan di tangan anda, untuk menilainya..Kepada yang tak yakin boleh la menjauhinya, dan yang yakin, up to you utk berfikir semasak-masaknya...yang di tengah-tengah boleh la solat istikharah...

Saya yang sudah sekian lama masuk ASB, pun agak keliru, tetapi pro sedikit kepada fatwa kebangsaan, di atas manfaatnya kepada kita dan ekonomi Islam. Apa pun kita harap agar ASB dapat mengimprovekan sektor-sektor yang diceburinya, jika terdapat kesangsian yang dapat diperbaiki....

.Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Pernah dengar tak ASB Loan? Saya rasa semua readers pernah dengar. TInggal nak ambil tau aja..Mungkin ada jugak reader yang dah buat ASB loan ni....Berdasarkan analysis yang saya dah buat, ASB loan ni adalah satu loan yang menguntungkan pengguna. Malah kita ia boleh dikatakan satu loan yang percuma.

Mengapa percuma? Itu saya akan terangkan next time. Tapi skrg saya akan berbincang macamana ASB Loan boleh menguntungkan....

Ok, cuba lihat jadual di bawah (jadual yang disediakan oleh Maybank untuk bulan Julai 2009,BLR-1.35% (jadual kuning)....Bulan Ogos, lagi best, BLR-1.65%):

Cuba tengok bahagian2 yang dibulatkan. Bulatan itu dibuat secara random utk bayaran yang lebih kurang RM920 sebulan utk bayar loan. Comparison kesemua pilihan yang ada di atas akan dibuat berbanding dengan, "anda melaburkan RM920 secara manual kepada ATSB anda tanpa buat loan".

Contohnya, anda nak buat perbandingan anda invest RM921 sebulan selama 25 tahun ke dalam ASB. Masukkan ke dalam excel (maaf, ikutkan hati, saya nak attachkan di sini, tapi tak reti camana pulak), anda buat pengiraan berdasarkan "compound interest" sampai 25 tahun, assuming ASB akan beri 8.5% annual dividen secara purata (takde sapa dapat predict exact, tapi just ramalkan purata), anda akan dapati, duit anda akan membiak sampai RM906k selepas 25 tahun, WOWW! Dalam masa 5 tahun, jadi RM68k...15 tahun, RM325k!!! Sounds impressive kann????

Tapi bagaimana prestasi tersebut dicomparekan dengan ASB Loan sebanyar RM170k, di mana anda kena bayar RM921 sebulan kepada bank. Bayaran tersebut dibuat kerana bank akan beri RM170k up front utk dilaburkan ke dalam ASB (RM170k walaupun depa kasi kat kita, tapi depa pegang dulu sampai 25 tahun, hehe)...

masukkan dalam excel pengiraan dividen 8.5% pulak...anda akan dapati, selepas 5 tahun, jumlah pelaburan sudah jadi RM255k termasuk RM170k atau jika nak diabaikan pokok, hanya ambik kira dividen semata, anda sudah dapat RM85k (255k-170k)...Wow, ini sudah lebih dari kaedah labur sendiri yang dibincangkan sebelum ini....Bagaimana pulak selepas 15 tahun? RM578k !!! Kalau ditolak RM170k, RM398k tu, PUN LEBIH DARI KAEDAH PERTAMA tadi....

Selepas 25 tahun pulok? RM1.3 million (termasuk RM170k yang akan dipulangkan kepada customer)!! Wow, sudah jutawan !!! Benarkah?? Ianyer benar, tapi dengan syarat, jikalau ASB maintain kasi konsisten 8.5% setahun dividen...kalau kurang,kurang la, kalau lebih, even better!!

Akan tetapi ada risiko jugak, di mana risiko jikalau BLR naik, kita akan kena bayar lebih la loan nanti...

Tapi nasib baik, Maybank sekarang sudah ada Islamic rate, yang ada capping 9.55%...

Ok, comparision di atas dibuat untuk package loan ASB 25 tahun...kalau anda nak buat 20 tahun ke, 15 tahun ke, pun still untung....anda kena buat sendiri ler...seperti saya cakap tadi, kalau reti attach excel, dah lama attach, tapi tak reti pulok....

So, anda pikir2kan lah.....

Lepas ini, insyaAllah saya akan bincangkan lagi, bagaimana pulak, untuk membuat Loan ASB tanpa keluarkan duit....WOW, possible ke bro?? hehe...

Nantikan....

Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe