Showing posts with label Jimat Minyak. Show all posts
Showing posts with label Jimat Minyak. Show all posts
AbgZan
Salam all,
Mungkin ramai yang pandang serong kepada credit card.

Tapi tahukah anda boleh dapat cash rebate sebanyak 5% kalau shopping kat Tesco, Carefour, Giant, isi petrol di Petronas, Shell, Esso, BP, bayar bil electric, bil air, bayar bil handphone, Maxis, Digi, Celcom, U Mobile, Endah Water, Broadband, dan banyak lagi...

Maksudnya, kalau anda spend sebulan untuk semua di atas sebanyak RM1,000, anda akan dapat RM50 sebulan... logik tak?

How to get that rebate man? You may ask... Anda bole apply credit card OCBC yang menawarkan rebate di atas...

Selain itu, ada satu lagi credit card yang menawarkan rebate sebanyak 15% untuk isi Petrol / Minyak !!! Woww.... lagi superb... Maknanya kalau anda pergi balik kerja pakai minyak RM300 sebulan, anda dah dapat rebate RM45 sebulan, CASH!! WOw...credit card apa pulak tu... itulah dia credit card Standard Chartered... :)
AbgZan
Harga minyak di Malaysia mungkin naik lagi bak kata news....aku tgk harga minyak di New York tak naik byk mana pon....tapi Brent oil dah naik hampir 109....masa gomen naikkan dulu kononnya harga minyak cecah 105...skrg ni 109...so pandai2 la kira kalau gomen naik berapa sen dia akan naikkkan nanti....kira pro rate aja :)

Ish ish...kenapa la gomen ikut Brent....:D

Apa pon kena hati2 ni....ekonomi boleh effect tu kalau harga minyak naik mendadak sgt....

Kena cari cara2 nak jimat minyak ni...
http://kakilabur.blogspot.com/search/label/Jimat%20Minyak


-----------------------------------------------------

Harga petrol mungkin naik? (Utusan)

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.


Komen aja apa2 pon ok guys :)

AbgZan
Salam all,
Just quick update....seperti yg saya expect dalam posting minggu lepas di:

http://kakilabur.blogspot.com/2010/12/harga-minyak-dunia-naik-lagi-oil-rises.html


harga minyak di Malaysia naik lg, tapi buat masa ni hanya Ron 97 saja yg naik...tak lama lg mungkin Ron 95 pulak naik sekali....

So mari kita cari mana-mana fuel saver yg boleh digunapakai...antara yg aku tgk effective adalah Nanotech Fuel Enhancer ( boleh didapati disini: http://autopartsales.blogspot.com/ )


Ikuti petikan dr Utusan di bawah:

----------------------------------------
Harga RON 97 naik 10 sen lagi

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.

Wallahu'alam....


kalau siapa yang belom FOLLOW, follow ler my blog...sesiapa yang ada blog sendiri, masukkan la LINK BLOG aku ni kat blog korang, hehe.... supaya tak terlepas ikut kisah hidup aku anak beranak sekeluarga dan kisah2 menarik pelaburan dan cara-cara aku menjimatkan wang ringgit di samping beberapa kisah-kisah teladan...hehe....

Till then....wassalaam....

KOMEN LE SIKIT CEK KAK / CEK ABANG OI...takkan baca jer, cuma 2-3 patah pon ok ler...hehe
AbgZan
Salam all,

Seperti yang kita tahu, sekarang harga minyak dunia makin melambung (skrg di paras USD92 per barrel)..harga minyak di Malaysia tengah tunggu masa aja untuk meletup ni....mungkin kerajaan pon tengah serba salah nak naikkan sekarang ke, atau tunggu lagi....takut rakyat mengamuk...

Dalam keadaan sebegini, apakah langkah-langkah kita....antara kaedah yang digunapakai oleh sebilangan orang adalah, dengan berkongsi kereta...ada yang mula kongsi kereta dengan kawan-kawan, jiran-jiran...ada pula yang sebelum ni tak pernah-pernah kongsi kereta dengan hubby/wife masing-masing, dah mula berjinak-jinak berkongsi kereta...

Ada juga yang dah tak naik kereta, tapi naik motor pulok...hehe...

Dan tak kurang pulak, ada yang mula naik bas, atau naik LRT...sbb dah muak naik kereta yang harga minyak asek naik aja....

Pada aku, antara kaedah yang aku guna pakai adalah dengan membeli fuel saver....tidak dinafikan begitu banyak fuel saver di pasaran..yang mana satu yang effecive? Susah nak cakap, semua kata masing-masing effective...

Tapi aku dah mula guna satu product ni, dia guna nanotechnology...sejenis minyak dalam botol....masukkan dalam tangki minyak....sebelum aku beli, aku tanya orang kedai ni, dia kata dia guna, dia save 16%....tapi kat kotaknya, tulis save UP TO 28% fuel...dan TAMBAH POWER up to 20%....kasi engine tahan lama, dan sebagainya...

Aku tanya sorang perempuan ni pulak, dia kata, dia pakai kat Kelisa dia, selalu full tank dapat pergi 300km++, tapi sekarang dapat pi 400++, tambah 100km extra milage setiap kali full tank isi minyak..SUPERB tu....

Aku pulak dah try, setakat 3 kali guna ni, kali terakhir aku guna, aku tengok, aku save dalam 10% to 20% camtu (full tank dalam RM120, jimat 20% = jimat RM24, okler tu)...tak berapa consistent, tapi ok jugak ler...kalau sapa minat leh try jenguk website ni:

http://autopartsales.blogspot.com/

Kalau aku jimat dalam 20% = jimat RM24 utk satu full tank...tapi satu botol fuel saver tu dijual pada harga RM32 jer, dan dapat digunakan up to 15 kali full tank...korang boleh kira sendiri berapa banyak dapat jimat tu....

Lepas ni aku citer, kaedah kedua aku guna pakai untuk jimat minyak pulak, hehe....