Sesi membalut buah mata kucing....(",)
6
Eh jap..jap...jap...
Buah mata kucing nak kene balut ke supaya buah2 tu cepat masak kat pokok?
Ada sesiapa yang tahu tak pasal teori ni?
Sebabnya ni kira first time la KS tengok buah mata kucing berbuah di pokoknya secara LIVE. Sebelum ni, tahu beli kat pasar je buah mata kucing yang sudah masak.
.
.
.
Pokok buah mata kucing ni tengah rancak berbuah kat pokok depan rumah sewa KS. Sedang menunggu waktu untuk masak + membedal je...hehehehe...tumpang rezeki tuah tanah tuan rumah...Alhamdulillah...tak sabar pulak nak tunggu buah2 tu masak....Tapi, yang menjadi masalahnya, KS dan Incik Suami masing2 tak tahu nak agak bila buah tu sudah masak...kalau buah rambutan, kita tahu la...bila warna merah tu maksudnya sudah masak la...tapi buah mata kucing, camno pulak? Ada keluarkan bau ke hape ke menandakan buah itu sudah masak...* adeih, ponat otak nak memikirkannyo.....
Ha, tengok!
Ni la rupa buah2 mata kucing tu...kemain lobat lagi bergayut-gayut kat pokok...tengok pada rupa tu, dah macam rupa dijual kat pasar tu...Tapi, bila kupas sebijik, eh, belum masak lagi ni....huhuhu...
.
.
.
Nak dijadikan cerita, minggu lepas, MIL+FIL, adik2 ipar + biras datang jenjalan, makan2 kat rumah KS. Diorang pun terperasan la akan buah2 itu. Melangkah je biras KS tu ke dalam rumah:
"Long, lebat betul buah mata kucing tu. Balut la...."
..
.
.
KS kat dapur tercengang-cengang. Erkk!!! Buah mata kucing pun nak kena balut jugak ke? Ingatkan buah nangka + cempedak je yang nek kena balut dulu...Huh! Kami yang tak tahu menahu tentang kebenaran teori itu, ikut je la...mana la tahu, menjadi kan...
Maka dengan itu, gigih la kami suami isteri membalut buah2 mata kucing kat pokok tu. Wah, gigih betul Incik Suami melawan semut2 yang bermastautin kat sekitar pokok tu....buah mata kucing punya pasal. Si Isteri pulak gigih memberi semangat kepada Incik Suami...hehehehe...
Yang part rendah tu senang la nak balut, capai dengan tangan je...yang tinggi nun, siap nak kena panjat atas kerusi...dah nak masuk waktu maghrib, baru la kerja2 ni dihentikan...itu pun ada lagi yang tak sempat nak balut. Sambung lenkali je la...nyamuk banyak daa...gagaga~
Harap2 cepat la buah2 masak. Tak sabar dah anak tokak den ni nak merasa...hahahahaha....tak sabar punya orang. Ok la, sekian berita untuk kali ni..Jumpa lagi di lain siaran...(",)
Harap2 cepat la buah2 masak. Tak sabar dah anak tokak den ni nak merasa...hahahahaha....tak sabar punya orang. Ok la, sekian berita untuk kali ni..Jumpa lagi di lain siaran...(",)