My new breast pump - Rumble Tuff
18
Alhamdulillah, umur Damia sudahpun 2 bulan 14 hari. Sehingga ke hari ini, Damia masih minum susu badan sepenuhnya. Katakan tidak pada susu formula. Mudah-mudahan niat murni untuk menyusukan Damia sehingga usianya 2 tahun dipermudahkan.
.
.
Entry kali ni nak bincangkan pasal breast pump. Ok, sebelum ni aku dah pakai breast pump jenama Autumz - Single Pump. Mula2 pakai sejak dalam pantang, memang diri ini sangat serasi dengan pam Autumz tu. Tapi, hari demi hari, susu bertambah semakin banyak, bila nak pam susu pakai pam Autumz ni hati rasa macam tak puas. Sebabnya, walaupun rasa susu masih ada lagi, belum habis dikosongkan sepenuhnya dalam breast, tapi susu tak nak keluar la pulak bila pam. Suction tak cukup kuat... suction dari baby lagi kuat rasanya. Lagi satu, time beli pam tu dulu ilmu penyusuan masih banyak yang belum tahu. Dulu, tak tahu la pulak penghasilan susu adalah serentak bagi kedua-dua breast. Bila sebelah kanan kita pam, sebelah kiri pun akan keluar juga pada masa yang sama. Kalau tahu dulu, sure terus beli double pump punya. Takde la bila time pam sebelah kanan, sibuk nak menadah susu yang keluar kot sebelah kiri.
.
[Gambar google]
Bila masalah ni diajukan pada hubby, dia bersetuju untuk belikan breast pump yang baru. Double pump punya. Kebetulan pergi Faboulus Mom tempohari, usha-usha la sekali breast pump untuk dibeli. Sekali promoter tu tunjuk breast pump Rumble Tuff. Mmm bagus juga, sebab pam ni 3 in 1. Elektrik boleh, bateri boleh, manual pun boleh. Harga pun tak mahal sangat. Cuma RM399. Kalau brand lain untuk double pump punya mahunya mencecah RM500++. Nak beli Medela Freestyle lagi la tak mampu.. huhu.. Disebabkan breast pump ni sangat2 la diperlukan buat masa sekarang ni, so grab je terus. Balik rumah, test pakai, alhamdulillah serasi. Suctionnya pun kuat dan tak sakit langsung.
.
.
Dan part yang paling best pasal pump Rumble Tuff ni adalah timer. Dia akan show berapa lama masa yang kita spend untuk pam. So dah tak payah nak sibuk2 tengok jam semasa proses mengepam. Biasanya aku akan ambil masa selama 10 minit untuk setiap sesi untuk mengepam. Bila timer dah cukup 10 minit, so aku akan berhenti. Lagi satu senang nak compare jumlah susu yang dipam bagi setiap sesi dalam tempoh 10 minit tu. Kadang2 dapat sikit, kadang2 dapat banyak.. hehehe... depends pada rezeki anak time tu.. tak kisah la pasal sikit ke banyak.. yang penting, puas hati bila breast betul2 kosong setiap kali mengepam. Nanti lagi banyak susu yang dapat dihasilkan bila breast dah betul2 kosong.