Alhamdulillah...setelah beberapa bulan kami (KS dan En Tunang) berusaha mencari rumah untuk disewa, akhirnya BERJAYA. Setelah hampir kesemua taman di sekitar Skudai kami pusing, finally dalam mudah.com.my jugak rezeki rumah untuk kami..hehehehe......nasib baik En Tunang terlintas nak bukak mudah.com. ;p hehehehe....Kiranya, tak jauh sangat la jarak rumah kami untuk ke UTM nanti. Lebih kurang dalam 10-15 minit je...
Keseluruhannya, kami sangat SUKA dengan persekitaran dan keadaan rumah tersebut. Dah la rumah itu sangat cantik...sebab tuan rumah sudahpun banyak membuat renovation pada rumah tersebut. Dapat pulak rumah corner lot. Sure En Tunang aka bakal hubby suka untuk adakan aktiviti2 sampingan kat situ...mayb bbq ngan kengkawan dia...wah wah wah!!! Siap ada taman yang cantik, boleh la kami bersantai-santai sampai minum petang kat situ nanti...hihihi...oppsss, jangan salah tafsir ye, aktiviti2 tersebut akan dilakukan setelah kami sudah sah menjadi suami isteri nanti!!! ;p
Secara rasminya, rumah itu kami sewa bermula bulan Februari. 2 hari lepas En Tunang dah sign agreement dengan tuan rumah yang turun dari Putrajaya. Kiranya dalam sebulan sebelum kami bernikah, En Tunang la yg akan duduk kat rumah tu sorang2...hehehehe... bagus jugak, paling tidak nanti KS cuma perlu cuci kaki je bila masuk rumah tu bulan depan...hehehehe....
Takde la...kejam la pulak camtu kan!
Tu kan bakal rumah kami berdua, so segala keperluan rumah kami sediakan bersama-sama.
Kebetulan Jumaat aritu kan cuti sempena CNY, so KS meluangkan masa untuk tolong2 En Tunang kemas2 pape yang patut kat rumah tu. Walaupun pada mulanya En Tunang tak nak ajak KS sama2 kemas2 rumah tu...alasan?? Takut KS penat.. tambah pulak dia nak suruh KS concentrate pada kerja2 phD...Oh tidak!! Terharu sungguh rasa! Tapi, ketahuilah wahai En Tunang bahawa tunangmu ini degil orangnya...hahahahahaha.... lagipun, bagi la can pada KS tuk jejak kaki kat dalam rumah tu...tak sabar nak tunggu bulan 3 nanti...setakat tengok luar je mana puas...hihihi...
Setelah sehari suntuk kemas2 kat rumah tu, akhirnya siap. Walaupun rasa cam nk patah pinggang (oppss..diam2 tau..tak leh mengaduh! nanti kena sindir dek En Tunang..hehehe) ni akibat berperang sensorang kat dapur mencuci pinggan mangkuk cawan gelas segala bagai hasil pemberian bakal mak mertua (uhuk uhuk...blushing..) semasa ketiadaan En Tunang dan kwn2nya pergi ke masjid...solat Jumaat...hehehehe...perghh...diorang balik je, pinggan2 tersebut semuanya dah suci bersih dah, tunggu masa tuk dikeringkan sebelum simpan dalam kabinet..(",)
ok la, dah panjang membebel sensorang...pen OFF!!
Nota kaki : tak sabar nak duk masuk rumah tu bulan Mac nanti...hehehehehe