Akhirnya...
7
Akhirnya....siap jugak kad yang ditempah.... Walaupun banyak sangat masalah yang menduga, padahal simple je pon kad tu....bukannya grand2 sangat pon...tu pun makan masa yang sangat lama untuk siap.. Janji kemain lagi boleh siap pada tarikh yang dikehendaki oleh pelanggan..tapi HARAM... puas kena gertak, baru la nampak rupa kad ni....
.
.
.
.
JANJI PERTAMA
Walaupun majlis tinggal sebulan lebih je, sure u alls kata " Ek eleh, kecoh betul la minah ni...sempat sangat nak edarkan kad dalam masa sebulan". Oppsss, sori la ye... bukan masalah sempat ke tak sempat! TAPI ianya adalah masalah service yang diberikan... Bak kata omputih cakap "Customer is ALWAYS right!". Haa, itu yang cik Kasih nak tekankan disini... dah la cik Kasih dah buat full payment since buat tempahan pada 11/12/2010. Bak kata person-in-charge, kad boleh siap dalam masa beberapa minggu sahaja...design (1 minggu), proses cetak 1 hari sahaja....So, dalam kepala sempat la berkira-kira, "Mmmm, memang sempat sangat la kalau nak bawak balik ke Terengganu pada 19/1/2011". Orang kedai tu pon gtau yang kitorang boleh datang ambil kad kat kedai paling lambat adalah sehari sebelum kitorang bertolak balik ke Trg... means 18/1/2011 la...
.
.
.
.
TAPI... bila beberapa hari sebelum bertolak balik, lain pulak jadinya....time tu memang dah panas bontot dah. Ikutkan hati, nak je pi serang kedai tu, nak bakar je kedai tu rasa cam kejam pulak...kesian kat pekerja2 yang cari rezeki kat kedai tu....huhuhu.... Nak tau apa reason diorang bila gtau yang kad kitorang tak sempat siap pada hari yang sepatutnya SIAP?
.
.
.
"Kad tu saya dah hantar untuk dicetak. So, sekarang kad tu sudah berada di bahagian production. Tapi bos saya cakap, dia nak setelkan kad untuk majlis yang akan berlangsung pada bulan Februari dulu. Yang bulan 3 kena HOLD dulu".
"Eh eh eh eh.... banyak cantik!!!! Mana boleh macam tu... Habis tu, kalau diorang tempah after kitorang tempah, still nak proceed yang diorang dulu ke? Ini tidak ADIL... first come first serve la...Time kitorang tempah dulu, takde pulak bagitahu flow yang ntah hape2 tu...Saya tak kira, bagi no BOS awak.. saya nak bercakap dengan DIA!" --> WAH! Time tu cik Kasih dah tak peduli dah...apa nak jawab pada Mak + Ayah kat kampung if kad tu tak bawak sekali time balik nanti. Dah la, after tu cik Kasih dah tak berpeluang balik Kg lagi dah...balik2 pon seminggu sebelum majlis berlangsung...huhu...nak menangis pon ada time tu...
.
.
.
.
Bila dah dapat nombor BOS kedai tu, tanpa membuang masa terus la cik Kasih dial....tapi.....sangat KECIWA sebab.........
"Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi...." --> Eeee...memang bengkek giler time tu...terus call person-in-charge tu balik semula...
"Saya dah agak dah, BOS selalu tutup handphone." --> Ada handphone tapi tak guna..p campak longkang la henpon tu lagi bagus!
Terus direct cik Kasih cakap. "Pukul berapa BOS awak masuk kedai? Saya nak jumpa dia hari ni jugak!!" - perghh, degree kemarahan dah naik 200% dah ni.....
"Bos masuk office tak menentu..kadang2 kalau dia datang pon kejap2 je...tak sampai setengah jam datang, pastu keluar...pastu dah tak datang2 dah." --> Owh tidak, lagi mendidih hati ni..."Teruk betul cara BOS awak bekerja. Habis tu, selain BOS awak, siapa lagi yang boleh saya hubungi?"
.
.
.
.
.
.
.
JANJI KEDUA
Setelah berhubung dengan orang bawah sikit daripada BOS yang dikenali sebagai En Rahmat (bukan nama sebenar), perasaan bertukar sedikit lega sebab dia memberi jaminan yang kad tu sempat siap sebelum kitorang balik ke Trg pada 19/1/2011 (Rabu).
Tapi, PASRAH juga akhirnya sebab kad tu memang tak siap2 jugak....En Rahmat mintak maaf bagi pihak kedai sebab ada sedikit masalah teknikal pada bahagian production. Mesin rosak katanya...walaupun mungkin itu hanyalah rekaan semata2...huhu...katanya lagi, kad tersebut akan siap pada 22/1/2011 (Sabtu)....disebabkan kesilapan adalah berpunca dari pihak mereka, so, mereka mengambil keputusan untuk mengePOS kad2 tersebut ke Trg dan akan menanggung kos penghantaran tersebut.
.
.
.
.
cik Kasih dah tawar hati dah. Lantak engkau la bila nak siapkan kad tu sebab pada hari Sabtu (22/1/2011) yang dijanjkan, kad still jugak tak siap2.... dalam tawar hati, still jugak tergerak nak follow up ngan diorang pasal kad tersebut. Pada 25/1/2011, cik Rashidah (bukan nama sebenar), bagitahu yang kad dah siap. Tapi envelope belum siap! Aduhai...pah satu, satu masalah...cik Kasih diam je, malas nak gaduh2...dah dua kali buat janji palsu.. dah penat dah berharap lebih2...
.
.
.
.
.
Akhirnya, baru semalam kad yang ditunggu-tunggu saban hari, kini berada kat depan mata. Tu pun amik kat kedai hanya 200 keping. Lagi 800 keping, pihak kedai akan meng'POS' ke Trg...Mudah2an kad2 tersebut akan selamat sampai ke destinasi. Kalau tak sampai, cik Kasih tak akan teragak-agak untuk menyaman kedai tersebut dan akan mengBOIKOTnya sampai bila2...
.
.
.
.
ini la rupa kad yang lama sangat ambil masa nak siap....huhuhu...
InsyaAllah, awal ke pertengahan Februari kad2 ini akan mula diedarkan kepada teman2 dan sahabat2 yang terdekat....