Showing posts with label My lil caliph. Show all posts

Damia - 2 months old

6

Alhamdulillah...
Pejam celik pejam celik dah 2 bulan dah usia Damia.
Semakin hari semakin montel dan comel
Rambut pun semakin hari semakin tumbuh, cuma rambut kat bahagian belakang kepala tu yang tak berapa nak tumbuh... mungkin sebab dia selalu baring, so pertumbuhan rambut tu sedikit terganggu la kot.. ada jugak yang kata sebab 'cukur bantal' ataupun 'makkang batta - slang Trg'.


Perkembangan terkini... Damia dah pandai senyum... kadang2 bila kita 'agah' atau ajak bercakap, dah ada respon sikit2.. walaupun pada hakikatnya dia belum nampak sepenuhnya. Yang pastinya dia dah boleh kenal suara mama dan ayahnya. Dulu time dalam pantang, Damia bila mandi sure menangis... tak boleh sejuk dan takut air... Tapi sekarang bila mandi dah boleh ketawa, siap membebel sensorang.. Kakinya pun bukan main suka lagi tendang2 air... mmm satu lagi perkembangan positif si kecik Damia.. (",)
 

Semalam pergi Klinik Kesihatan untuk dapatkan suntikan 2 bulan... Bila time cucuk tu, nak kata menangis tu bukan menangis kot... Cuma dia menjerit dalam volume suara yang agak nyaring dan sedikit panjang, ada la dalam 5 harakat..hehehe... tapi takde la melarat... still under control... hihihi... Mula2 dapat injection tu, hati sedikit risau la, takut effect demam lepas tu... Tapi alhamdulillah, sampai sekarang masih dalam kawalan lagi... Tapi kena selalu ambil bacaan suhu sebagai langkah berjaga-jaga. Cuma malam tadi Damia sedikit meragam... Pukul 3 lebih baru tidur... Menangis dan meragam semacam walaupun mata mengantuk nak tidur. Tapi rasanya bukan sebab effect inject tapi sebab kembung perut... huhuhu... Salahkan mama Damia sebab makan terung sambal semalam.. huhu... memang agak pedas terung sambal tu (masakan sendiri padahal). Ingatkan tak effect apa-apa pada baby, tu yang berani makan pedas tu for the first time since waktu pantang lagi. Maafkan mama ye Damia.. sebab maknya makan macam-macam, effectnya dapat pada baby.. huhuhu... Peringatan untuk diri sendiri, lepas ni jangan main hentam je nak makan pape! Haipp!!!



 

Our new bundle of joy....

1

Hari yang ke-35 baru berpeluang on lappy.. huhuhu... tinggal lagi 9 hari untuk habis berpantang.. dah tak sabar sangat2 dah rasanya... dah tak sabar nak keluar jenjalan sebenarnya.. hehehe.. asyik duduk terperap kat dalam rumah tak tengok dunia luar, tersangatlah bosan yang amat... tipu la kalau nak kata sepanjang berpantang ni tak keluar mana-mana kan... ala, keluar pun just pergi hospital/klinik je... T______T
.
.

Alhamdulillah.... 
Mungkin ramai yang sudah tahu yang KS sudahpun selamat melahirkan puteri sulung pada 2 Ogos 2012 tempohari di Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi rezeki yang paling bermakna kepadaku dan suami.... Hadiah bermakna sempena keberkatan bulan Ramadhan. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata di saat menatap wajah si kecil yang KS kandung selama 9 bulan. Syukur atas rezeki yang diberikan... Walaupun semasa menanti proses kelahiran, bermacam-macam perasaan bermain-main di fikiran... Sempurnakah anak yang bakal aku lahirkan nanti. Selamatkah aku dan anak aku semasa bersalin nanti.  SubhanaAllah, Allah Maha Besar... Syukur Ya Allah kerana anugerah yang sangat bermakna ini.
 
 Fresh from the oven - Damia Hanani binti Fakhrul Anwar
.
.
.

Cepat betul masa berlalu, rasanya baru semalam terdengar tangisan si kecil di dalam bilik pembedahan. Pejam celik pejam celik, hari ini Damia sudahpun berusia 35 hari. Perasaan menjadi seorang ibu tersangatlah seronok, walaupun pada hakikatnya badan penat, tidur tak cukup, malam berjaga.. tapi itu semua lumrah bagi yang beranak kecil.. Tapi tak mengapalah kan, tak nak mengeluh... huhuhu... Walaupun badan penat + mata mengantuk, tapi hati tenang dan happy bila menatap wajah si comel... hihihihi...

 Damia - Umur sebulan
.
.
.

 Seronok tengok perkembangan Damia sehari ke sehari.
Semakin hari semakin tembam... Mahunya tak, asyik menyusu je kerjanya... hehehehehe...
Semoga cepat membesar dengan sihat ye sayang!


 Gambar terkini Damia - 35 hari





Menghitung hari.....

6

 ♪♪ Menghitung hari....
Detik demi detik..... ♫ 
(Tetiba lagu menghitung hari, Kris Dayanti terngiang-ngiang kat telinga)
.
.

Mahunya tak... ikutkan due adalah 2 Ogos... tinggal beberapa hari sahaja lagi... bermacam-macam perasaan dah sekarang ni... happy, excited, nervous.... semuanya bercampur gaul... Khamis lepas, time buat weekly checkup, doktor bagitahu yang baby dah pun engage (kepala baby dahpun masuk ke pelvik) ... hanya tunggu masa sahaja bila-bila baby keluar melihat dunia... (",) Sekarang ni memang dalam keadaan ready je bila-bila masa... bila dah ada sebarang tanda, terus bergegas ke hospital la jawabnya. Tapi in-case kalau dalam beberapa hari ni still jugak tak bersalin, khamis pagi pukul 6.30 pagi nak kena admit kat hospital... huhuhu...
.
.

Sepanjang Ramadhan ke-9 ni, alhamdulillah aku masih lagi mampu untuk sama-sama menjalani ibadat puasa.. Cuma baru 1 hari je yang burn... tak tahan, takut memudaratkan baby... So, takpe la.. sanggup berbuka walaupun sayang nak berbuka... Ikutkan suami, memang dia langsung tak kasi aku berpuasa... Ini pun berdasarkan keadaan aku yang hampir pitam masa hari ke-3 dan ke-4 puasa haritu... Waktu siang takde masalah sangat, cuma kena tahan lapar serta angin yang bergelodak hebat kat perut... Masalahnya bila time berbuka, bila start je makanan mula masuk dalam perut, perut tetiba rasa pedih + perit, pedih kat ulu hati, angin dari perut terus naik ke kepala, pandangan akan mula gelap.. hohoho... Tu yang suami risau takut keadaan macam tu memudaratkan diri sendiri dan baby....
.
.

Semalam aku berjaya jugak bertahan puasa walaupun energy tak hampir 0, sedangkan ada lagi lebih kurang 2 jam untuk berbuka. Baring je la jawabnya sementara menanti waktu berbuka... Ni la beruntungnya bila dapat suami yang pandai memasak.. time2 camni la dia boleh take-over kerja-kerja memasak untuk kita... Syukur sangat-sangat, suami banyak membantu dalam waktu-waktu macam ni.
.
.

Menu berbuka puasa petang semalam adalah mushroom bolognese spaghetti... Air tangan suami sepenuhnya... (",)  Bersyukur sangat-sangat dapat suami yang sangat penyayang...


dan jugak salad special... semalam punya menu memang gaya mat saleh habis punya la... hehehehe...
.
.
.

Last but not least, ni mungkin entry terakhir sebelum bersalin. Doakan ye kawan2 semoga proses melahirkan dipermudahkan olehNya... berkat Ramadhan....






Hand made - Barut baby

0


Salam 5 Ramadhan...
Hurmmm... Sudah agak lama tidak bercerita pasal perkembangan mak buyung dan baby yang bakal lahir. Perkembangan mak buyung for sure la semakin berkembang dan terus berkembang dari sehari ke sehari. Even puasa pun, berat still jugak naik walaupun 0.5kg... huhu... Tapi tak kisah la, sebab itu adalah bertambahan berat baby sebenarnya... Yang penting baby sihat dan membesar mengikut fasa yang sepatutnya... Sekarang ni merupakan fasa-fasa terakhir menuju proses melahirkan our lil caliph... Tunggu hari je bak kata orang... ok fine, i'm nervous... tapi hati dah tak sabar nak tunggu baby keluar... hehehehe...
.
.

Ok la... cerita ni dah lama sebenarnya... Since hubby belikan mesin jahit khas untuk mak buyung ni ha... maka aktiviti jahit menjahit sangat giat dilakukan. Walaupun baru 10 minit duduk mengadap mesin jahit dah pun mengaduh sakit pinggang, tapi dek kerana perasaan ke'excited'an yang melampau maka ada mak buyung kisah??? hahahahaha....
.
.

Setakat ni mak buyung dah pun berjaya menjahit barut dan bedung baby yang beraneka corak, sarung tilam dan sarung bantal untuk baby cot serta sarung bantal untuk orang dewasa punya... Barut baby tu pulak ada dua saiz, saiz newborn dan jugak saiz besar sikit... harap2 muat la barut tu untuk baby pakai sampai usia 3 bulan... Barut saiz besar tu kasi anak buah (Hasya) pakai dulu...
.
.

Hurmmm ikutkan hati nak sambung jahit kain langsir yang tak sudah2 jahit lagi sejak raya tahun lepas... Tapi dah saat-saat macam ni malas pulak rasanya nak menjahit... Tengok la, kalau perasaan rajin tu datang maka siap la langsir tu nanti... boleh buat pakai raya... hehehehe...  Lagipun tinggal dua keping je pun... Eh eh eh, sempat lagi mak buyung ni fikir pasal raya kan... sedar la sikit, nanti time orang lain seronok beraya, mak buyung pulak tengah syok berpantang... mmm tak de maknanya nak beraya sangat tahun ni... huhuhu...
.
.

 Mmmm ok la... Penat dah membebel sensorang kat sini... Nak bersiap-siap pergi klinik untuk weekly checkup... Harap2 baby dah engage minggu ni... tak sabar dah ni... hehehehe...







The latest picture of Mak Buyong...

10


Hari tu dapat request dari Kak Jaja'Z nak tengok gambar Mak Buyong ni ha.. Seriously, sepanjang preggy ni memang tak pernah post gambar tayang perut kat mana2 pun.. Memang tak bergambar sangat la time preggy ni.. Entah la.. takde mood langsung nak bergambar... Ada la plan nak amik gambar dengan hubby sebelum bersalin ni.. tapi entah la bila tu.. tinggal lagi 5 minggu je lebih kurang..
.
.

 Tapi untuk tidak menghampakan Kak Jaja... jeng jeng jeng.. Ini la satu2nya gambar yang sempat dirakamkan dan menampakkan perutku yang memboyot terkedepan itu.. hihi... time ni usia kandungan 7 bulan.. Gambar kenangan dengan pengantin baru (Apat & Mas) kat Terengganu bulan Jun tempohari...

.
.

Sekarang dah nak masuk 35 minggu... sila jangan bayangkan rupa serta saiz badanku yang semakin membesar bagai juara saban hari.. adat la kot orang tengah pregnant kan.. time ni la nak ternak lemak banyak2 tanpa ada rasa bersalah... hahahaha... makan je kerjanya... semuanya untuk baby... bila dah meletop nanti, pandai2 la nak kuruskan balik badan sendiri.. huhuhu...







8 bulan ^_________~

2

Alhamdulillah, kandungan sudahpun masuk minggu yang ke-33.
My baby pun bergerak aktif, suka tendang-tendang, bergolek-golek bagai kat dalam.. lagak macam main dan tendang bola.. mentang2lah sekarang ni musim bola.. huhuhu...
.
.

Detik demi detik... cepat betul masa berlalu...
Lebih kurang 6 minggu sahaja lagi untuk si kecik kat dalam ni keluar melihat dunia.. tak sabar nak tatap wajah comel itu... (",) So far, barang2 kelengkapan baby 100% sudah ready... beg untuk dibawa ke hospital pun semuanya dah ready.. apa2 jadi nanti senang... semuanya angkat masuk kereta je...

 Gambar ni merupakan cucian baju pakaian baby untuk fasa yang ke-3. Gambar cucian untuk fasa pertama dan ke-2 lupa nak snap la pulak.. Cucian kali ke-3 ni tak banyak sangat sebab dah setelkan semua sebelum tu.. cuma ada la sikit2 hadiah pemberian dari saudara mara...
 .
 .

 Koleksi baju baby setakat ni.. setakat ni ye sebabnya mana la tahu kot2 bertambah pulak lepas ni.. selagi belum meletop ni, pantang keluar nampak je baju baby yang cantik2 sure nak disambarnya sepasang dua.. hehehehe... tapi nampaknya baju2 baby dah nak penuh satu cot ni.. Tapi jangan risau ye.. baju2 yang dibeli ni semuanya saiz besar2.. kebanyakkannnya 3-6 months.. yang newborn punya ada la sikit2... tak banyak sangat.. kalau beli banyak2 nanti, pakainye sekejap je.. rugi kan..
.
.

 Yang ni gambar paling latest...
Weegro cover cloth diapers.. Baru je sampai 3 hari lepas... fresh dari oven lagi... hehehe..
.
.
.
.

Kelengkapan baby semuanya dah setel.. sekarang mood untuk persediaan untuk proses delivery.. semoga dipermudahkan semuanya... Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan... semoga diberi kekuatan untuk sama2 menunaikan ibadah puasa... InsyaAllah... mudah-mudahan ^_________~










Checklist barang mommy-to-be

3

 Menuju ke dunia parenthood ni memerlukan banyak persiapan yang perlu dilakukan. Bukan setakat barang baby je yang perlu kita sediakan, malah barang mommy jugak perlu dititikberatkan.. betul tak? Walaupun barang mommy takde la sebanyak barang baby, tapi still jugak nak kena sediakan kan...

.
.
.
Orait, sebelum ni dah setel buat list barang baby. So kali ni nak buat list barang mommy pulak... So far, untuk barang mommy baru beli 1 barang je .. hahahaha... teruk kan.. ala takpe, slow2... still ada masa lagi...hihihi...


CHECKLIST MOMMY STUFF

1. Set bersalin - belum beli
2. Bengkung moden - dah beli
3. Stoking - guna hubby punya je, tapi nak kena beli jugak lagi...
4. Maternity pad - dah beli
5. Nursing Bra - belum beli
6. Kain batik - nak kena beli lagi sikit, buat tambah2 yang sedia ada.
.
.
.
.

So far, itu je la kot keperluan yang diperlukan. Ke ada yang tertinggal ek?







7 bulan - Checklist barang baby...

7

Mood nak update blog sekejap ada sekejap hilang.. hahaha.. padahal tak tahu nak bebel pasal apa.. ;p Minggu ni kandungan sudah pun masuk bulan ke-7. Tinggal lebih kurang 12 minggu sahaja lagi.. tak sabar pulak nak melihat wajah si comel dalam perut ni.. (",)


So far, barang2 baby banyak yang sudah dibeli. Tapi belum lengkap sepenuhnya lagi. Untuk memudahkan urusan selanjutnya, ada baiknya kalau buat list kat sini kan. Paling2 tidak, tahu la jugak mana yang terkurang kan.. Jom tengok list.
.
.
.

Pakaian Baby
Sarung Kaki - dah beli
Sarung Tangan - dah beli
Baju Lengan Panjang - dah beli
Baju Lengan Pendek - dah beli
Seluar Panjang - dah beli
Seluar Pendek - dah beli
Rompers - Baru ada dua, nak kena beli lagi
Topi/Bonet - Baru ada dua, nak kena beli lagi
Stoking - dah beli... 
Detergent Khas untuk cuci pakaian baby -dah beli


Penjagaan Diri
 Bedak Baby - belum beli
Losyen Baby - belum beli
Minyak Baby - belum beli
Sikat Rambut - dah beli
Minyak Yu Yi - pakai yang ada je.. ada 1 botol yang belum guna lagi
Pemotong Kuku - dah beli 
Termometer - dah beli
Kapas Muka - belum beli
Krim ruam lampin - belum beli
Kain Bedung - MIL sediakan
Barut - MIL sediakan
Cotton Buds - belum beli
Nasal Aspirator - dah beli

Penyusuan
 Botol susu BPA free - dah beli
Storage Bottle - dah beli
Puting - tak perlu
Berus Botol - dah beli
Botol Sterilizer - dah beli
Breast Pump - dah beli
Home & car warmer - dah beli
Cooler Bag - dah beli
Ice Pack - dah beli
Nursing Pillow - dah beli
Nursing Bra - belum beli
Nursing Pad - belum beli

Mandian
Tab Mandian - dah beli
Pengalas Tab Mandian - dah beli
Tuala Muka - dah beli
Tuala Mandi - dah beli
Mandian Baby - belum beli
Syampu Baby - belum beli

 Lampin
Lampin Pakai Buang - dah beli
Lampin Kain Moden - dah beli
Tisu Basah - dah beli
Pelapik menukar Lampin - dah beli
Beg Lampin - dah beli
 Bakul Baju Baby  - dah beli

Tidur
Baby Cot - dah beli
Tilam - dah beli
Cadar - dah hantar jahit
Selimut - dah beli
Bantal  - dah beli
Bantal Panjang - dah beli
Mosquito Net - belum beli


Travel
Stroller - dah beli
Car seat - belum beli
Nursing Cover - belum beli
.
.
.
.

So far, tengok pada list tu banyak yang dah dibeli... ada beberapa je yang belum beli... masih ada masa lagi untuk pergi shoppping after ni.. hehehe... Kepada ibu2 diluar sana yang dah ada pengalaman, mungkin nak komen apa2 pada list tu sama ada terkurang ke terlebih ke, dipersilakan.. saya budak baru belajar.. hihihi...













 

6 bulan sudaaa.......

6


Bersiaran lagi..
Kalau lihat pada timeline Lilypie tu, hari ni genaplah 6 bulan usia kandungan... Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana diberikan kesihatan kepada kami berdua.

 Kat atas ni gambar scan 5 bulan. Dr Maimunah scan 3D punya, tapi print hitam putih je... lagipun baby pemalu betul la nak tunjuk muka dia... kemain lagi tutup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Puas pujuk tapi still jugak tak nak tunjuk muka... ada la dalam 2-3 saat je nampak mukanya yang comel tu... aishhh, frust ayahanda dan bondanya nak tatap wajah anakanda tercinta...hehehe...
.
.
Semakin hari, semakin aktif baby menendang-nendang kat dalam perut ni. Waktu pagi dan malam adalah waktu yang sangat aktif...tengah sakan bermain la tu...hihihi... sukar untuk diluahkan dengan kata-kata di saat terasa tendangan itu... Syukur Ya Allah kerana memberikan aku peluang ini untuk merasai nikmat mengandung dan bakal menjadi seorang ibu...
.
.
Semakin hari semakin teruja mencari info-info penting untuk mempersiapkan diri bergelar seorang ibu tidak lama lagi. Setakat ni sangat curious dengan info2 berkaitan breastfeeding memandangkan niat dihati memang nak menyusukan baby sepenuhnya sehingga baby 2 tahun... Mudah-mudahan niat murni ni dimakbulkan... insyaAllah... Dalam gigih mencari info2 terbaik, terjumpa la satu blog yang sangat best dan banyak dipenuhi dengan info-info bagus berkenaan breastfeeding ni. Kiranya, blog ni sangat2 la bagus kerana tuan punya blog banyak memberi galakan kepada bakal2 ibu yang nak berikan yang terbaik untuk baby masing2 berdasarkan pengalamannya sendiri. Siapa2 yang berminat boleh la terjah ke blog beliau [http://zahirahzainal.blogspot.com/]. Sangat teruja diri ini baca kisah2 gigih beliau mengepam dan mengumpul stok EBM tak kira masa dan ketika semata-mata untuk berikan yang terbaik kepada anak tersayang.  Dear Kak Zahirah, tq for sharing us very good info about breastfeeding.. I'm adore with you la...kagum dengan kegigihan serta semangat akak dalam memberi nasihat serta galakan membina kepada insan2 sepertiku yang baru nak bertatih dalam ilmu2 penyusuan baby ni...
.
.
Ok la, nak sambung baca blog akak tu... banyak lagi info2 penting yang nak kena khatam ni..hihihihi...



Baby boy ke baby girl?

1

Jeng jeng jeng....
Surprise!!! Surprise!!!

.
.
.

Ahad lepas pergi checkup kat Klinik Maimunah... Sambil2 tu scan terus jantina baby... Owh, dengan yakinnya doktor bagitau jantina baby adalah dotdotdot.... Owh, maafkan mama ye baby sayang, salah jangkaan rupanya...hahahaha...nasib baik kelengkapan baju2 tak beli sangat lagi... Tapi kadang2, kita tak boleh nak percaya 100% pada scan tu kan... hehehe...siap tanya Dr, berapa peratus ketepatan jantina baby tu? Dr Maimunah dengan yakinnya menjawab: "90%"..... perghhh...yakin betul Dr ni... betul kot!! hehehe... tapi tengok la nanti bila dah masuk 7 bulan nak pergi buat scan 3d/4d kat klinik lain pulak.
.
.
.
 Tak kisah la baby boy ke baby girl... yang penting baby sihat dan selamat... betul tak?








5 bulan ^_________~

2


Selamat pagi semua..
Wah, semangat nak update blog hari ni..
Pepagi lagi dah bangun masak nasi lemak untuk bekalkan hubby ke program PEKSO kat UTM hari ni... kesian dia, hari minggu pun kena kerja... 2 minggu pulak tu.. huhuhu...
.
.
Ikutkan pada sticky Lilypie kat atas tu, usia kandungan dahpun masuk bulan ke-5. Wah! Cepat betul masa berlalu, perut pun dah besar sikit...membuncit dengan jayanya...hehehe...ni kiranya first time buat entry bercerita pasal kandungan ni...sebelum ni just selit2 cerita je... Start minggu lepas dah rasa macam ada gerakan halus kat dalam perut...rasa seolah-olah ada benda yang mengetuk dari dalam... kadang2 rasa ada benda yang berdenyut-denyut...kat tempat yang sama pulak tu...first experience, so tak pasti sangat adakah itu gerakan baby yang sedang bergerak-gerak kat dalam perut...(",)
.
.
Setakat ni, kandungan tiada masalah....semuanya OK..Alhamdulillah syukur...tekanan darah ok, hb pun ok...dan yang pastinya berat badan naik 1 kg 1 bulan...hahaha...dah debam dah! *pasrah je!!;p
Kalau nak bercerita dari awal usia kandungan, memang langsung takde alahan apa-apa...cuma, demam dan selsema yang agak teruk pada awal kehamilan dulu... demam + selsema tu adalah perkara normal yang terjadi pada ibu mengandung... yang lain2 semuanya tiada masalah... muntah2 teruk langsung tiada, kalau tak silap cuma muntah 2 kali je kot sepanjang tempoh kehamilan ni... cuma hubby je yang loya2 lebih mengalahkan mak buyung..hehehe... tu pun masa sebelum tahu yang diri ini pregnant. Loya2 yang hubby dapat tu boleh dikatakan signal untuk kitorang buat pregnancy test. Sebabnya, bila dah tahu yang resultnya +ve, terus hilang loya2 tu semua...hehehehe...


Yang ni gambar ultrasound kandungan bulan ke-4...jelas kan kepala dan badannya...seronok betul tiap kali nak pergi buat check-up bulan2 sebab dapat tengok baby gerak2 kat dalam...hehehe... check-up kat klinik panel dapat la tengok baby...kalau pergi check-up kat Pusat Kesihatan UTM takde buat ultrasound ni... yang pastinya diri ini gigih buat dua kali check-up setiap bulan...hehehe....
.
.
.
.
.
Ok la, akhir kalam...doakan kesihatan KS dan baby ye...semoga dipermudahkan segalanya...Petang ni nak pergi Mom & Baby Expo kat Danga City Mall. Siapa nak ikut sila angkat tangan laju-laju... Yang pastinya, kena tunggu en Hubby balik dulu...nasib baik la hari ni slot dia setengah hari je...  kalau tak bini dia ni sure akan muncung panjang2 sebab dah marked lama dah kat kalendar pasal expo baby ni. Hari ni je yang available sebabnya semalam dan esok full slot! Nak tak nak kena la spend masa untuk usha dan beli barang baby hari ni jugak...
.
.
.
Ok la, pen off here...bye...
^_________~





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)