Yeay...dah ada Nemo...
15
Ye.. kalau nak tahu, kami suami isteri memang peminat ikan. Pantang lalu depan kedai ikan, sure singgah punya even tak beli pun...sesaja tengok ikan2 yang comel2 warna warni tu.... Setakat ni kat rumah dah ada 4 akuarium... 1 akuarium besar letak kat luar rumah... Yang lain2 kat dalam rumah (",)
.
.
.
Dan yang terbaru, kami bela ikan air masin pulak..
Excited sebab dapat bela Nemo... (",)
Kalau dulu time snorkeling kat Pulau Tioman, beria-ria mencari Nemo
tapi sekarang tak perlu susah2...
bangun pepagi, tengok Nemo kat rumah sendiri je... LIVE gitu...
.
.
Ni semua gara2 time pergi beli ikan kat sebuah kedai ikan di Taman Tun Aminah, JB
Kat pintu masuk kedai tu, ada satu akuarium besar berisi Nemo yang comel2...
Cuba la risik2 tanya2... rupa2nya kat situ ada dijual ikan air masin...tak disangka2 kan...
Apa lagi?
Macam2 soalan tanya, macam mana cara nak bela...
Nak kena guna air laut ke?
Hahahaha.... Rupa2nya, tak perlu sampai nak kena ambil air laut pun... Ada garam khas dijual untuk sediakan air masin.... Bak kata apek kedai tu, bela ikan air masin ni takde la susah mana pun, yang susahnya nak kena bela air... nak kene pastikan tahap ketumpatan air masin tu cukup..
.
.
.
First try cuma beli dua ikan kecil je...
Dah masuk hari ke-3, tengok ikan2 tu still bernafas, kemain happy berenang-renang, kejar mengejar kat dalam akuarium tu, maknanya diorang bahagia la dengan rumah baru diorang tu....
So, apa lagi?
Misi memenuhkan akuarium tu dengan nemo2 la pulak...
Sekarang dah ada 2 ekor nemo orange putih, 1 nemo merah putih dan 1 nemo hitam putih.
Yipppie (",)