Susu oh susu...
1
Sejak dah hantar anak ke taska, baru lah terasa gigih sikit nak buat stok ebm setelah sebulan tak buat stok. Stok yang ada kat dalam peti ais tu yang paling latest adalah 24/10. That's mean, stok yang ada cuma akan bertahan sehingga 24/1/13 sahaja. Stok2 yang ada tu pun aku gigih mengepam sejak Damia berumur sebulan lebih. Tapi, sejak2 Damia memang reject habis-habisan minum susu guna botol, mood nak buat stok mula merudum. Hari ke-3 Damia di taska, alhamdulillah, elok2 je dia minum susu pakai botol tanpa banyak songeh, maka semangat nak mengepam kembali membara. hehehehe... Kalau tak buat stok, risau pulak takut tak cukup susu untuk dihantar ke taska nanti.
Memandangkan ice box dah memang tak muat nak isi susu baru, maka proses pembersihan perlu dijalankan dengan segera. Susu2 yang dah expired kena la dilupuskan. Hai, sedih pulak tengok susu2 yang dah expired ni.. bukannya sikit, banyak tu... ada la dalam 22 bungkus (22 x 8oz =176oz). Owh nak mengalir air mata tengok susu2 tu yang terpaksa dibuang begitu sahaja. Takkan semuanya nak dimandikan Damia..Pasrah dan redha je la.. Mudah-mudahan rezeki susu untuk Damia semakin hari semakin bertambah. Walaupun tak banyak tapi sekurang2nya ianya mencukupi untuk Damia. Alhamdulillah...
[Susu yang dah expired dan bakal dibuang.. hukhukhuk]
Sejak dua tiga hari ni, badan agak kurang sihat. Demam, selsema dan batuk asyik datang silih berganti. Ubat dah nak habis, tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Mungkin dos yang diberikan agak lambat untuk proses recovery, so hati nak kena banyak bersabar. Susu pulak alhamdulillah masih maintain, tak kurang dan tak lebih.. Dan nasib baik jugak, Damia sekarang dah tak banyak meragam. Sejak2 dihantar ke taska ni, Damia dah banyak berubah. Dah jarang menangis, dah boleh main2 sorang2, letak kat bawah lama2 pun tak menangis. Fuh, senang kerja aku...
Bercakap pasal susu, sekarang ni aku tengah amik supplemen Shaklee untuk tingkatkan penghasilan susu. Sana sini orang bercakap pasal kelebihan Alfalfa sebagai milk booster ni, nak la jugak kome nak menerainya. Mana la tahu rezeki anak lebih, menjadi la nanti. Kebetulan kawan ada promote kaw2 bulan lepas. Harap2 berkesan la ye..
Adios..