Showing posts with label ramadhan. Show all posts

RumahKu disimbahi lampu2 pelita...

10

Lagu raya semakin rancak berkumandang di sana sini.....merata2 tempat dah pasang lagu raya....Saat entri ini ditulis pun, lagu raya (lagu CT) tengah berkumandang kat radio HotFM. Owh, tak sabarnya nak raya...hahahahaha....bahang raya semakin terasa...eh eh eh, sabooooo.....ada 8 hari lagi ye adik2, abang2 dan kakak2 sekalian...(",)
.
.
.
.
Bila dah masuk minggu terakhir puasa, maka semakin rancak la semua orang buat persiapan raya kan. Baju raya sure ramai yang dah siap kan...Cuma tinggal untuk disarungkan pada pagi raya nanti je kan... Dapur masing2 pun sure dah berasap + berbau dengan bermacam aneka jenis kuih raya kan....Tuan rumah sendiri pun dah berperang kat dapur buat kuih raya ada hari sabtu dan ahad lepas...Sampai sakit pinggang dibuatnya....Bayangkan la, dalam satu hari je (sabtu) boleh siapkan 4 jenis kuih raya (biskut tart, biskut kacang, biskut kelapa rangup, biskut conflakes madu). Setiap jenis tu 2 adunan...cuma tart je yang 3 adunan... Hari Ahad, sambung lagi buat biskut conflakes madu. Eh eh, aku tak buat sorang2 la...semua kerja2 tu buat sama2 dengan MIL + SIL...Siap belajar buat coklat dengan adik ipar!!! Meriah la kuih raya tahun ni....Dah tak perlu kuih tunjuk-tunjuk lagi macam tahun lepas lagi dah....semuanya HOME-MADE punya version ye!
.
.
.
.
Oppss melalut bercerita pasal kuih raya la pulak
Ok, back to the real topic!
Eh, rumah korang dah pasang lampu lip-lap2 belum? Pelita dah pasang lom?
Ha! Jangan tak tahu, aku dan suami dah sibuk2 pasang pelita dan lampu lip-lap2 sejak 2 minggu puasa lagi...hahahahahaha.....semangat kan!

Meriah betul laman rumah kitorang...kaya dengan simbahan lampu2 pelita...
Mentang2 la laman luas, seboleh2nya setiap sudut nak letak pelita. Tak cukup kat pagar, pacak pulak kat atas tanah....meriah sungguh!

Kasi close-up sikit
Dah pasang pelita ni, tak meriah kalau tak main bunga api kan.hehehehe.....oppps, diam2 sudah ye. Bab bunga api + mercun ni takleh bising2...hahahahaha....Tapi tak best la main bunga api dua orang dengan Incik Suami je....tunggu balik Trg baru syiok main bunga api ramai2 dengan anak2 buah....baru MERIAH!!!




1 Ramadhan = Johor Cuti...Yeay

8



Bagi sesiapa yang bekerja di Johor pasti 'happy' sebab cuti hari ni kan.. Sure la gembira sebab dapat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga masing2 (bagi yang balik rumah la). Tapi bagi Kasih bersahur bersama-sama kawan2 pon dah cukup bermakna, maklumlah, begini la nasib si perantau.. jauh dari keluarga.. nak balik kampung jauh..buat penat badan je.. ye la, cuti tengah2 minggu..lain la cuti hujung minggu...betul tak.. walau apapun, ibadah puasa tetap dijalankan...
.
.
.
.
Bercakap pasal puasa, pasti banyak kenangan manis yang tersimpan dalam kamus hidup masing2 kan...tambah2 lagi kenangan berpuasa ketika bergelar seoarang pelajar, tak kira la pelajar2 sekolah berasrama ataupun penuntut universiti... terlalu banyak untuk dikongsikan kalau nak bercerita kat sini..semuanya manis2 belaka.. hai, rindu la pulak kat kawan2 lama... time sama2 pergi ke bazar ramadhan, buka puasa ramai2.. sure ada satu bilik yang akan dijadikan 'port' untuk berbuka puasa...(",).. bila dah bosan asyik berbuka dengan makanan yang hampir sama je setiap hari, mula la plan berbuka kat luar, restoren yang mahal2..hahahaha..tapi kena pergi awal2 la, kalau tak sure penuh..
.
.
.
Semua tu dah tinggal kenangan manis yang tersimpan kemas dalam lipatan hidup masing2.. dan yang pastinya Ramadhan kali ini bakal menjanjikan sesuatu yang lagi manis untuk dikenang pada masa akan datang... Semoga kita semua mendapat keberkatan dan menjalani ibadah puasa dengan sebaik2nya... 






Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

5

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA
Marilah kita sama-sama menghayati ibadat puasa dan semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)