Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bunuh. Show all posts
Showing posts with label Bunuh. Show all posts

19 May 2024

Nak Jugak Enter Frame

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah.... nak gak enter frame.... Puak-puak nih mesti akan cari peluang nak enter frame...  setakat bakar rumah pun depa boleh buat wayang... inikan pulak yang macam nih..

Kah Kah Kah.... Wayang apa pulak la lepas nih....



05 April 2024

Ajer Bajang Lar

Bhai/DeeDee semua...

Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo Tinggi, Antoo Galah, Antoo Bagi Salam, Cik Ponti dan lain-lain.

Lepas kejadian di Manek Urai nih… Maybe kita akan dapat satu lagi Antoo … Antoo *toot* la pulak…

Ajer bajang aaaa…

Cukup la masalah dalam Malaysia yang dah banyak macam Ketaksuban Melampau terhadap Orang Agama, Orang Politik, Kartel dan Kayangan..

Nih nak tambah pulak ngan kes Antoo…



14 November 2023

Persoalannya Ialah Nak Dibawa Balik Atau Tidak?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu nak ikut proses ekstradisi memang la harapan tipis.. apa saja pun dari dulu camtue.. Tapi itu la... berbalik kepada persoalan asas... ialah betul ka nak dibawa balik? Nak dibawa balik atau tidak ... itu isunya...  Tak perlu menggunakan macam-macam helah dan ayat.... benda mudah jer..

Bukan tak pernah pasukan keselamatan Malaysia kutip sasaran di negara lain dan dibawa balik ke Malaysia.. dah banyak kali... 

Cumanya ader berani kah nak keluarkan direktif untuk kutip dan bawa balik ke Malaysia. Itu ja...  Macam dalam kes Jho Low la... sampai kesudah pun Notis Merah Interpol tetap tak buat-buat .... Hahaha...

Ini lah satu Menteri yang tatau apa kerja boleh dibuat... blurr sentiasa... sembang kencang...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Kah Kah Kah


04 June 2023

Jadi Ketua Polis Kenalah Berani

Bhai/DeeDee semua...

Nak jadi Ketua Polis... kenalah berani... mana boleh takut dengan ugutan bagai...  Kuasa ada ditangan... kena la amik tindakan...  baru la tegas dan boleh jadi contoh...

Kita pon tahu ader ular-ular puak gangster yang duduk dalam perkhidmatan Polis... itu open secret... Cuma sebagai Ketua Polis... kena la tunjuk contoh yang bagoosh... hapuskan semua ular-ular nih...

Itu ja.... 

Selamat bertugas la cip...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kena Berani


26 September 2022

Penculikan Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua..

Kes culik di Sekolah.

Isu ini gua dah utarakan lama dulu… sama ada di media (cetak dan elektronik) atau media sosial (blog dan sebagainya). Risiko penculikan amat mudah berlaku pada waktu balik sekolah (tanpa mengira jenis atau peringkat sekolah) rendah atau menengah.

Ini berlaku apabila hampir semua sekolah menyediakan ruang pondok menunggu ibubapa atau penjaga di kawasan luar pagar sekolah. Ada yang mengatakan potensi kejadian hanya akan tinggi bilamana bilangan pelajar agak kurang dikawasan luar sekolah. Sebenarnya tidak. Diwaktu puncak pun boleh sahaja berlaku kejadian culik.

CCTV pula hanya merakamkan apa yang berlaku dalam kawasan sekolah. Susah nak jumpa ada CCTV yang memantau pelajar yang berada di pondok tunggu bas di luar pagar sekolah. Ketiadaan pengawal yang bertugas memantau pun satu hal juga. Pelajar ramai, pengawal pula mungkin seorang dua.

Tambah lagi ader banyak gerak-gerai jualan ataupun peniaga bermotorsikal / berkereta yang berjualan dikawasan luar sekolah selepas habis sesi persekolahan. Pastinya para pelajar akan berkerumun membeli jualan tersebut. Ada banyak kes kemalangan berlaku dikawasan luar pagar sekolah akibat dari keadaan sibuk yang tidak terkawal.

Jangan terkejut kalu ader insiden “kemalangan olok-olok” yang sengaja dibuat untuk menculik pelajar. Ianya hanya perlukan dua kenderaan… Motorsikal dan Kereta / Van. Motorsikal berlakon melanggar, manakala Kereta / Van akan cuba menbawa pelajar ke Hospital.. Selebihnya anda boleh fikir sendiri.

Jadi apa penyelesaiannya?

Pelajar tidak dibenarkan keluar sesuka hati di luar pagar selolah. Ibu bapa atau penjaga mesti turun dan ambil sendiri pelajar didalam kawasan sekolah.

Tapi gua faham… dalam banyak senario susah nak buat atau educate. Tambah pula kawasan yang sesak atau sekolah yang ramai pelajarnya. Dan tenpat parking kenderaan tidak ada disediakan.

Maybe juga boleh ditempatkan seorang dua anggota keselamatan (Polis, Rela, JPA3) atau sebagainya untuk membantu keselamatan diwaktu balik sekolah ni je.

Setakat elaun tambahan rasanya boleh je Kerajaan menyediakan dana mrlalui Kementerian Dalam Negeri.

Benda nih sebenarnya boleh dilaksanakan demi keselamatan pelajar kita. Bezanya antara hendak buat atau tidak. Bagi kes negeri bersempadan dengan negara lain… buat jer la tembok konkrit setinggi 12 kaki dengan dawai kawat berduri disepanjang sempadan. Setel.



06 October 2021

Satu Elemen Bahaya

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua memang tak menyampah bilamana ada orang yang dah terbukti bercakap itu ini dalam video ucapannya.... tetiba biler terdapatnya banyak laporan Polis terhadapnya terus cakap semua itu yang diviralkan telah diambil diluar konteks....

Bhai... citernya camnie... memang la orang kerat video ucapan lu yang panjang berjela... tapi jangan la main sedap mulut ja bagi ucapan itu ini... lu pon tau kan... terlajak perahu boleh undur... terlajak kata... buruk padahnya... tambah pulak ucapan yang ader unsur-unsur melibatkan ketenteraman awam, mencetuskan kebencian kaum, mencetuskan keganasan, dan ada elemen ekstrem.... Memang mencari bala la...

Sori aaa... nak bagitau lu... Islam tak pernah ditegakkan dengan mata pedang .. Nabi tak ajar keganasan.... Jangan lu salah tafsirkan hadith Rasulullah... jangan memandai... jangan memalukan Islam...

Walau apa pun kita... walau siapa pun kita... please la jaga ucapan kita... tak kira la dimana sekali pun... dalam kelompok kecil sesama kengkawan ka atau lain-lain... sebab nanti tak pasai je kena...

Mulut tu kena jaga...

Kerana Mulut Badan Binasa


28 August 2021

Bagi Masa 100 Hari

Bhai/DeeDee semua...

Ismail Sabri nih gila ka?? PM paling gila dalam sejarah Malaysia... Boleh plak cakap bagi masa la 100 hari buat anggota kabinet dier nih...  Kalu tak perform lepas 100 hari... boleh pecat dan tukar orang lain...

Gila ka apa nih??

Ini semua bangsat...



08 March 2021

Keganasan Rumahtangga Sesuatu Yang Terjangka

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak nih kita lihat kerap berlakunya episod keganasan rumahtangga berlaku di Malaysia. Sama ada ianya dilakukan oleh suami atau juga oleh isteri. Jangan kita ingat hanya suami sahaja yang melakukan keganasan rumahtangga. Ada juga keadaan keganasan rumah tangga dibuat oleh isteri.

Namun untuk tidak menafikan juga... semua ini kebanyakannya ada kaitan dengan elemen ketiga... sama ada dari keluarga terdekat ataupun rakan taulan...

Memang bahaya keganasan rumahtangga nih sampaikan boleh membawa maut... sama ader maut tersebut disebabkan oleh kesan keganasan itu sendiri (tersengaja bunuh) ataupun dari sudut yang lain (membunuh diri).

Kalau nak dikira dengan kecederaan... itu sudah dikira biasa... dalam semua kes berkaitan keganasan rumahtangga... kecederaan pada mangsa adalah normal.. mesti akan berlaku kecederaan fizikal... penderaan fizikal... itu belum masuk lagi penderaan mental.... yang ini lebih trauma..

Dari apa yang gua lihat... bukan status kewangan sahaja yang menjadi punca.... tapi juga elemen lain... Memang peratusan paling besar keganasan rumahtangga disebabkan masalah kewangan... sama ader hilang pekerjaan, dibuang kerja atau lain-lain masalah sosial (judi, dadah, arak dan maksiat) tapi banyak juga kes keganasan rumah tangga yang berlaku pada yang tiada masalah kewangan... Ini menunjukkan bukanlah 100% masalah kewangan menjadi punca...

Jangan terkejut kalu kita juga boleh melihat elemen ketaksuban (politik, agama, pemimpin) juga boleh menjadi sebab berlakunya keganasan rumahtangga... Sejak tahun 80'an lagi berlaku keganasan rumahtangga disebabkan perbezaan pendapat terhadap politik, agama atau pemimpin.... Ini banyak berlaku disebabkan elemen taksub yang melampau... Dan ini bahaya...

Kebelakangan ini ketaksuban terhadap agama dilihat juga menjadi satu asas kepada berlakunya keganasan rumahtangga... Salah tafsir dan penyalahgunaan ayat-ayat Al Quran dan Hadith dilihat menjadi punca dan sebab berlakunya keganasan rumahtangga... Ada kes keganasan rumahtangga berlaku hanya disebabkan kes kecil seperti tidak mahu memasak .... mangsa maut akhirnya... hanya disebabkan ketaksuban dalam mentafsir hadith yang mengatakan bahawa perintah suami wajib untuk isteri ikut jika tidak dikira menderhaka kepada suami...

Ini gila... memang gila.... kalu gua nak tulis perincian tentang perkara ini... rasanya mau artikel ini menjadi panjang berjela.... Aper yang gua nak tekankan disini.... berpada-padalah dan amalkan sikap bertolak ansur... Jangan taksub... jangan ekstrim... Ingat... perkahwinan itu dulunya sebab apa? Kenapa dulunya boleh ambil sikap tanggungjawab kenapa sekarang tidak lagi...

Jangan ikut bisikan syaitan... terutamanya syaitan yang bertopengkan agama...

Be cool.




02 March 2021

Bukan Benda Baru

Bhai/DeeDee semua...

Kalo ko semak balik semua jenayah kat Malaysia nih... carik sampai atas sekali dier punya link... bukan setakat ko jumpa Tan Sri atau Dato' Seri... malah silap-silap ko akan dapat sampai Dewata Raya dan Kayangan punya link... dan mesti ader sangkut paut dengan politik...

Huhuhuhu...

Benda nih bukan baru... bukan rahsia pun.... cuma beza nak atau tak nak semak ja... nak atau tak nak carik ja.... huhuhu

Ini bukan tuduhan... ini realiti... sebab itulah jenayah agak susah nak dibenteras.... Benda macam nih bukan sajer berlaku kat Malaysia... tapi diseluruh dunia... Ini semua open secret lar...  Biler kiter kaitkan jenayah semua nih... mesti akan ader sangkut dengan salahguna kuasa dan rasuah.... tak kisah lah aper jenis jenayah kolar biru ka... kolar putih ka... atau kolar agama ka....

Hahaha... aper lu ingat geng agama tak terlibat ka ngan jenayah... maybe tak terlibat secara terang-terangan... tapi... hahaha... ader bhai... banyak bhai... terutama kes berkaitan duit tabung atau duit derma atau duit collection....

Hahahaha.....



01 March 2021

Pelik Juga Bila Polis Juga Melindungi Gengster

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan dalam beberapa insiden yang dikenalpasti.... terdapat anggota Polis yang juga melindungi gengster... Ada yang sampai bila ketua gengster kaki pukul dan peras ugut singgah berurusan di balai polis.... ader anggota polis yang siap cium tangan ketua gengster tue...

Nak kata ader ikatan sedara mara tidak lah pulak.... sebab anggota polis tersebut bukan orang kawasan itu...

Yang menariknya... ketua gengster kaki pukul dan peras ugut tu siap berbangga dengan kad keahlian Kelab Anti Jenayah (siap bernombor siri 000001) lagie (lambang pada kad Kelab ini meragukan @ maaf tak sempat shotkan gambarnya) .. hahahaha ... dier siap berbangga dengan kehebatannya dalam jenayah... bunuh dan pukul..... sembangnya...

Gua jadi pelik gak... macam mana institusi kepolisian boleh berjalan seiring dengan kongsi gelap, gengsterisme, dan segala macam jenayah....  siap boleh keluar masuk dan bertepuk tampar dengan pegawai-pegawai polis di balai...

Ader deal dan kawtim baik ka??

Takkan tanya pon salah.....



24 December 2013

Kes Rompak Dan Bunuh Ambank Kini Senyap

Bhai/DeeDee sekalian...

Ingat lagi ka dengan kes rompak dan bunuh di Ambang Subang Jaya tue... nampaknyer kini dah senyap dah.... Takder saper nak bawak komen lagie.... takut nanti diklasifikasikan sebagai "menghina mahkamah" .... Hahahaha

Ader beberapa persoalan yang masih lagi tak dapat terjawab... dan gua amat berharap agar pendakwaraya boleh membawa persoalan nih.... Antara persoalan yang gua nak sangat tau aderlah....

1. Bagaimana KDN boleh cuai dalam tapisan keselamatan
2. Bagaimana KDN boleh memberikan lesen senjata api kepada warga asing
3. Bagaimana KDN boleh membiarkan syarikat keselamatan tanpa dipantau
4. Bagaimana KDN boleh membiarkan agensi dibawah seliaan mereka (JPN) cuai dalam urusan berkaitan MyKAD.
5. Bagaimana KDN boleh memberikan permit dan lesen senjata kepada syarikat tanpa tapisan keselamatan
6. Bagaimana KDN boleh meluluskan dan membenarkan syarikat keselamatan beroperasi dengan mudah
7. Bagaimana KDN boleh membiarkan begitu ramai pegawal keselamatan di premis kerajaan dari warga asing.

Selagi beberapa isu nih tak terjawab.... pada gua semua kesalahan dan beban adalah terletak pada bahu KDN yang mana Menterinya (Zahid Hamidi) adalah Menteri Gred B.

Agak-agaknyer la... KDN jadi camnie pasai ramai pegawai dan kakitangan dier dari Gred B macam si Zamihan tue jugak la..... Hahahaha.....

By the way..... Biler baca citer kat bawah nih..... nampak macam gempak jer hebat kesatuan sekerja di Malaysia nih..... Hahahaha.... macam bagoosh jer... macam hebat jer.....  ker .... sebenarnya macam chilaka..... Hahahaha

Kematian kakitangan bank ditembak oleh pengawal keselamatan bank langsung takder saper nak bising buat demo ka ... buat piket ka... buat bantahan ka... tak kisah la kesatuan sekerja mana pon.... Nih.... MTUC nampak macam bersolidariti ngan NUBE.... konon kepentingan kesatuan perlu bekerjasama... berpadu tenaga.... Hahahaha... Macam haramjadah ker..... Inilah sebenarnya sikap kesatuan sekerja kat Malaysia nih..... berpilih-pilih.... hampeh.....


17 December 2013

KDN Memang Cuai Dan Tak Ikut Prosedur

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper nak jadi aaa.... Itu hari kes pengawal keselamatan yang merompak dan membunuh di Ambank melibatkan warga asing yang pengesahan identiti dan tapisan keselamatan meragukan...  Kecoh satu Malaysia kononnya KDN akan amik tindakan drastik untuk semak dan siasat semua pengawal keselamatan.... Tapi KDN sendiri takmo nak mengaku yang mereka sendiri cuai dan leka...

KDN sendiri takmo nak ngaku yang diorang tak ikut SOP.... KDN sendiri takmo nak ngaku yang diorang tak buat kerja yang sepatutnya.... Semuanya disalahkan kat syarikat kawalan keselamatan.... yang lagi best tue... syarikat kawalan keselamatan yang punya tender tak ngaku yang mereka terlibat... dipersalahkan plak kat syarikat kawalan keselamatan yang jadi sub-con ..... Hahahaha

Takper la..... nak buat camana.... KDN pon takmo nak mengaku yang diorang cuai... aper lagi syarikat keselamatan.... Hahahaha.... Menteri KDN pon boleh lepas tangan... sebab Menteri KDN lebih amik berat isu Syiah (Gred B) dari isu keselamatan dalam negara... hahahaha

SUMBER

Nih.... ader kes terbaru.... melibatkan kakitangan syarikat kawalan keselamatan yang merompak van keselamatan yang dipandunya dimana melibatkan wang bernilai RM250 ribu..... Persoalan yang gua nak bawak.... kenapa biler dah jadi kes camnie... baru la dapat tau yang suspek tue ader rekod jenayah lampau ... tak kisah la rekod jenayah berkaitan dadah ker... aper ker... yang pastinya suspek ader rekod jenayah....

Macam mana kerja tapisan keselamatan yang sepatutnyer ader dalam SOP syarikat keselamatan dan KDN nih... macam mana suspek nih boleh lepas dan berkhidmat semalam lebih 3 bulan..... takkan la cuai sangat kot....

Aper nak jadi aaa.....

02 December 2013

Sedih Dengar Luahan Hati Kazim Elias

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua sungguh bersedih bila mendengar luahan hati Kazim Elias nih.... bukannyer aper... itu hari katanyer dier kena ugut bunuh.... ader orang bagi amaran kat dier... kalu berceramah lagi... akan kena bunuh... Nih plak... dier kena maki hamun hanya kerana dier dioffer jadi MT UMNO....

UMNO bukankah parti yang menegakkan Islam.... UMNO sajer la yang memperjuangkan Islam... termasuklah sampai berjuang mempertahankan kalimah Allah..... Hebat kan.... Pejuang Islam macam Zulkifli Nordin yang konpiden 101% itu hari pon kerana UMNO....

Kalu la UMNO takder... dah lama dah Islam hanyut kat Malaysia nih... dah lama dah "Geng Memali" dok sesatkan negara nih.... dan dah lama dah "Al Maunah" dok amik alih ATM..... malah kalu takder la UMNO.... habis semua puak perniagaan halalan thoyyiban dikuasai oleh "Al Arqam"....

Kalu la UMNO takder..... sebagai parti yang memperjuangkan Islam..... macam mana Magnum 4D, Sport TOTO dan Kasino di Genting Highland serta Kasino di Bukit Tinggi nak maju dan dapat lesen..... Itu belum masuk lagi kalu UMNO takder... susah la Kilang Arak nak dapat tempat beroperasi... susah wei... bukan ker UMNO nih parti Islam.... parti yang memperjuangkan Islam...

Sebab itulah hanya pemimpin UMNO jer yang layak duduk dikerusi CEO Tabung Haji..... Hahaha.... Malah terbaeknyer... hanyan pemimpin UMNO jer jugak yang layak duduk mempengerusikan Pusat Zakat .....  Hahahaha

Jadi biler Kazim Elias nih dijemput masuk join UMNO sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) ... gua rasa dier memang layak.... sebab UMNO memang parti yang memperjuangkan Islam... sebab itulah Mashitah Ibrahim join dier.....  Nakhaie pon join jugak dulu ..... sampai tinggalkan PAS sebab PAS nih dah jadi Parti Ajaran Sesat kata diorang ...

Sebab itu lah... biler Kazim Elias dihina dan dimaki.... gua cukup sedih.... tambah lagi ugutan bunuh itu hari tak setel lagie.... kesian....  tak patut Kazim Elias nih dimaki dengan perkataan haram jadah... munafik... babi ... dan anjing....

HAHAHAHAHA..... macam siot jer la yer.... HAHAHAHAHA

Cuma selayaknyer Kazim Elias nih dipanggil Ostad 2 Ringgit jer.... HAHAHAHA




26 November 2013

KDN : Idea Cari Duit Baru

Bhai/DeeDee sekalian...

Terbaek la idea dari Zahid Hamidi nih.... Ala... Dier nih yang tabley nak bagi jawapan pasai aper berlaku kecuaian tugas dalam KDN sehinggakan tapisan keselamatan bagi pengawal bersenjata yang mendapat lesen senjata api boleh terlepas kepada tangan warga asing....

La nih.... hanya kerana isu pendatang asing yang ader MyKad..... yang takder satu pon tindakan tuntas dan audit kepada kecuaian KDN..... terus plak Zahid Hamidi cadangkan agar KDN mengenakan caj dan denda terhadap sesiapa yang hilang kad pengenalan MyKad....

Walhal.... hampir 80% orang yang hilang kad pengenalan MyKad aderlah disebabkan jenayah ragut dan samun...... yang semuanya patut ditangani dengan berkesan oleh PDRM yang dok bawah KDN.... dimana KDN nih dikuasai oleh Zahid Hamidi.....

Aper ker jadahnyer mangsa-mangsa nih akan kena denda yang diorang tak buat... tak pasai-pasai jer.....

Ini semya kerana idea cari duit baru.... terbaek la.... Semua kerana duit..... macam cilaka jer.... Kalu jenayah ragut dan samun takder berlaku... atau kurang berlaku.... maka tak ramai la yang akan hilang kad pengenalan MyKad.....  cuba lihat zaman dahulu... sekitar tahun 70'an.... ader berapa banyakkan jenayah ragut dan samun.... tak banyak la bhai.....

Sebab itu la orang dulu-dulu jarang sangat hilang kad pengenalan...... sebab masa tue PDRM buat kerja sungguh-sungguh dan orang politik jarang campur tangan kacau kerja polis..... La nih... anggota polis banyak plak buat kerja berkaitan politik..... semua kerana nak selamatkan UMNO yang dah tak releven lagie tue..... hahahaha ... hampeh....

SUMBER

12 November 2013

Persoalan Yang Tidak Terjawab

Bhai/DeeDee sekalian...

Ader beberapa perkara yang masih menjadi persoalan yang tidak terjawab bagi kes rompak dan bunuh di Ambank USJ...

1. Kenapa sampai ke hari ini pihak bank tidak membatalkan kontrak syarikat kawalan keselamatan yang terlibat?

2. Wakil syarikat keselamatan tidak hadir langsung sebagai unjuk simpati kepada waris mangsa.

3. Bagaimana urusan tapisan keselamatan yang dilakukan oleh syarikat keselamatan adakah mengikut SOP?

4. Bagaimana mereka menyemak maklumat kakitangan? Adakah MyKAD itu sebenarnya MyKAD asli?

5. Bagaimana lemahnya tadbir urus dan keselamatan maklumat di JPN (dibawah KDN). Adakah memang terdapat unit tertentu didalam JPN yang mengeluarkan  MyKAD ini seperti yang didedahkan dalam kes Projek IC di Sabah?

6. Bagaimana urusan tapisan keselamatan oleh KDN sehingga suspek boleh lolos dan dapat lesen senjata api?

7. Siapakah dalang yang sebenarnya yang menjadi pemangkin kepada semua ini?

8. Kenapakah syarikat kawalan keselamatan yang dikambing hitamkan seakan mengamuk. Adakah mereka telah dikambinghitamkan oleh kumpulan pemodal yang berstatus VVIP?

Terlalu banyak yang pelik dan anih dalam kes ini... Tak tau aderkah ianya akan menjadi seperti kes Altantuya versi Indon.... Hahaha

Yang best tue..... Ader plak yang buat gempak ugut sana sini.... Last-last sampai ke hari ini senyap.... Aper daaa....

10 November 2013

Kes Tembak Di Indera Mahkota Kuantan.

Bhai/DeeDee sekalian...

Baru sekejap tadi gua dapat info... Aderk kes tembak berlaku di Indera Mahkota Kuantan... 

Yang maut katanya aderlah Tinbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam .... 3 das tembakan (berkemungkinan tembakan pistol)... Lokasi kejadian sekitar IM2...

Motif masih tidak diketahui dan suspek masih lagi dijejaki..

Suspek Kes Ambank Berjaya Ditahan

Bhai/DeeDee sekalian...

Tahniah gua ucapkan kepada PDRM kerana berjaya menahan suspek kes rompak dan bunuh di Ambank USJ baru-baru nih... 

Cuma....

Cuma satu jer la... Jangan la cover muka suspek dalam setiap kali kes dibawa ke mahkamah macam suspek kes bunuh Altantuya... Sebab nantikan orang ramai tak percaya la plak yang suspek sebenar telah ditahan...

Biasa la kan... Lagi dicover muka lagi la fishy episod nih.... Ader paham ka???


06 November 2013

Ader Dengar Citer Tak?

Bhai/DeeDee sekalian...

Hari nih aderlah hari Rabu... Rabu minggu ketiga setelah berlakunya insiden rompak dan bunuh di Ambank USJ... Sudah lama masa berlalu... Ader lu dengar citer tak tentang pemilik syarikat kawalan keselamatan tue atau wakilnya hadir berjumpa waris mangsa untuk menyampaikan kekesalan atas aper yang berlaku...

Ader dengar citer tak?

Pemilik kontrak kawalan keselamatan tue pon takder amik pot... Inikan pulak kambing hitam... Takkan la kambing hitam mau sesajer hulur tengkok nak bagi kena sembelih ... Hahaha... Betul tak.... Memang haramjadah punya manusia nih... Oh yer... Kambing hitam pon khabarnya kejap nama nih kejap nama tue.... Hahaha... Lawak siot...

Kambing Hitam Strikes Back.... Hahahaha    (Sumber)

KDN yang cuai dalam urusan tapisan keselamatan pon takder nak nyatakan kekesalan... Nak harap Zahid Hamidi datang jumpa waris mangsa pon jangan mimpi la... Nasib baik la ader mamak tulekek sorang tue yang hadir... Itu pon kiter tak tau dier hadir sebab ikhlas atau sebab mau masuk berita... Hanya Allah jer yang tahu...

Berbalik kepada citer kes nih...

Ader dengar citer tak suspek dah ditangkap... Ader dengar citer tak yang Fitness First disiasat.... Ader dengar citer tak??

Oh yer... Gua rasa kan... Kalu ader lagi kakitangan yang mati ditembak di Ambank... Mesti takder sorang pon kakitangan akan bising... Sebab semua sudah jadi pengecut... Semua sudah diugut.... Tabrani nak bising... Takut nanti kena buang kerja... Kesatuan Sekerja Ambank pon senyap jer... Wei ... Berapa banyak duit sudah sumbat kat mulut aaaa....

Inilah jadinyer kat Malaysia... Teruk...


01 November 2013

Planning Baek Punya

Bhai/DeeDee sekalian...

Ader orang tuduh yang gua dibayar oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Hadi Awang... Ader gak yang tuduh gua dibayar untuk jatuhkan Zahid Hamidi... Ader plak yang tuduh gua dibayar untuk jatuhkan Maznah Hamid...

Hahaha....

Lawak aaa lu orang nih... Gua nak kasitau sini aaaa.... Tak mampu nyer kalu ader pihak ketiga yang nak upah gua jatuhkan mana-mana individu... Kalu stakat kekayaan macam Taib Mahmud pon masih tak mampu nak bayar "rate" upah gua.... Hahaha

Kalu nak bayar blogger cikai boleh la ngan rate yang ader... Ala... Blogger Papagomo dan Parpukari dulu pon rate dier pernah paling lekeh RM500 dibayar untuk memfitnah dan menjatuhkan orang... Murah benar la... Hahaha... Cikai betul lar... Hahaha

So.. Kalu stakat Maznah Hamid punya balachi nak tuduh gua diupah untuk jatuhkan Maznah Hamid.... Gua gelak jer la.... Hahahahaha

Ader paham ka??

By the way... Untuk pengetahuan lu orang sumer... Stakat masa la nih... Takder satu kompeni keselamatan pon yang dibatalkan ataupon digantung lesennya... Malah surat tunjuk sebab pon tarak keluar rupanyer.... Hahaha... Gempaq jer lebeh.... Hahahaha

Lawak siot.... Hahaha... Planning baek punya.... Hahahaha

31 October 2013

Kakitangan AMBANK Di Ugut?

Bhai/DeeDee sekalian...

Yang mati bukan mereka.... Yang cedera bukan mereka.... tapi yang mati dan cedera adalah rakan-rakan mereka dalam bidang yang sama.... namun para doktor dan jururawat disebuah hospital di China bangkit menuntut hak keselamatan yang selayaknya untuk mereka...

Inilah yang sepatutnya berlaku.... keprihatinan bukan sahaja untuk diri sendiri... tapi solidariti untuk kepentingan semua dimasa akan datang... Lu tak tau biler masa plak lu akan kena... Lu tak tau plak bila masa lu akan jadi mangsa....

Tapi dalam kes rompak dan bunuh di AMBANK USJ.... takder sorang pon pekerja AMBANK yang nak ambik cakna... nak buat bantahan secara serius bagi kepentingan keselamatan diri mereka..... agaknyer mereka takut dengan pengurusan AMBANK kot... agaknyer mereka semua telah diugut.... Gua tak tau.... tapi yang pasti... sudah lebih seminggu... takder satu pon anggota dan kakitangan AMBANK meluahkan rasa tidak selamat mereka atas kes kejadian rompak dan bunuh di AMBANK USJ

Takper la kot... maybe diorang takut dengan pengurusan AMBANK... maybe diorang diugut..... Tapi satu jer nasihat gua.... takkan nak tunggu lu orang jadi mangsa dulu baru nak bising..... hahahaha..... masa tue .... tak guna dah nak bising... dah masuk 6 kaki dalam tanah baru nak kepoh... baik tak payah.... baik lupakan sajer la....

Berkaitan : Perlu Tubuhkan Satu Suruhanjaya DiRaja


BEIJING - CHINA. Kakitangan sebuah hospital di Wenling, timur wilayah Zhejiang membuat bantahan selepas seorang pesakit membunuh seorang doktor dan mencederakan dua yang lain, menurut media tempatan, kelmarin.

Puluhan doktor dan jururawat hospital itu memakai kot putih dan topeng pembedahan ketika berhimpun di luar pekarangan hospital tersebut.

Mereka turut melaungkan slogan menggesa hak keselamatan kakitangan perubatan dilindungi berikutan sektor kesihatan di negara itu masih tidak mendapat perlindungan sepenuhnya.

Jumaat lalu, seorang pesakit bertindak menikam seorang pakar dan menyerang dua doktor lain kerana tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan hidung yang dilakukan ke atasnya, laporan dipetik dari AFP.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1