Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Laporan Polis. Show all posts
Showing posts with label Laporan Polis. Show all posts

18 July 2023

Sanusi Kena Tangkap Pukul 3 Pagi

Bhai/DeeDee semua...

Adakah LGE turut sama akan ditangkap pukul 3 pagi akibat dari hina Islam seperti mana Sanusi Md Nor kena akibat dari hina Sultan?

Pastinya tidak sebab nanti akan goyang la kedudukan. Hahahaha. 40 kerusi tue, bukan sikit anak.

BTW... Pemimpin UMNO takder sorang pun buat laporan Polis pasai LGE hina Islam... korang nampak tak kat situe... semua hanya mau jaga kedudukan dan jawatan jer... Hahahaha.. tapi depa laju ja buat laporang Polis pasai Sanusi hina Sultan... 

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



18 May 2023

Bila Nak Dipanggil?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu orang lain... tak sempat Subuh dah kena kutip untuk disoalsiasat... biasa macam tue la...

Tapi... bila kena tang Abdul Hadi Awang... mmm... lambat sangat nak tengok ader tindakan yang diambil... slow sangat...

Sebab sampai ke hari ini pun Abdul Hadi Awang masih belum dipanggil untuk soalsiasat dan diambil keterangannya...

Special case kot... Hahaha ... kebal betul lar...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kebal Betul Abdul Hadi Awang nih


10 May 2023

Kenapa Suruh Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu Abdul Hadi Awang tue mengarut... banyak pusingnya... pening... dah lama dah pon... nak tunggu orang cabut atap IJN supaya boleh la saka Abdul Hadi Awang nih bebas... keluar dari jasad yang dihuni... hahaha

Cuma pelik gak dengan saranan Lim Guan Eng nih...

Bukan apa... kenapa suruh rakyat yang buat laporan Polis.... kenapa Lim Guan Eng sendiri tak nak buat laporan Polis... kepada ahli dan penyokong DAP sendiri takmo buat laporan Polis.... Patut yang bercakap la dulu buat.... baru la ahli dan penyokong DAP pun buat sama... takkan takut nak buat laporan Polis???

Kenapa suruh rakyat?? Rakyat (walaun) takkan nak buat laporan terhadap Abdul Hadi Awang ... sure tak logik... puak PN pon gua berani jamin takkan buat punya...

Habis... takkan nak suruh kami yang atas pagar nih buat laporan Polis... ah.. takmo la... buat masa, duit minyak dan lain-lain kos kalu kami yang pi buat laporan Polis.... bukan ader sesapa nak sponsor pon...

Takpon suruh la cytro dan JKOM korang pi buat laporan Polis.... duit elaun dan gaji amik... tapi kerja tak buat.... serupa mendukung biawak hidup la maknanya... 

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

LGE sendiri takmo buat laporan Polis ka?


02 January 2023

Lahanat Betul

Bhai/DeeDee semua...

Dalam banyak keadaaan... gua dah tak terkejut dengan kes-kes lahanat betul macam nih... Sebab makin hari makin kronik mentaliti pegawai-pegawai PDRM...

Sori aaa... gua ader ramai kawan yang masih berkhidmat dan yang dah pencen dari PDRM ... dan gua harap takder la kawan-kawan gua nih terlibat ngan benda-benda bangang macam nih... memalukan sungguh la....

Otak kalu tak boleh nak digunakan... memang sekupang tagune hidup sebagai manusia... patut jadi lagi hina dari binatang ternak ja....

Payah aaa....


Seorang inspektor polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kes rogol membabitkan mangsa berusia 16 tahun telah ditahan atas dakwaan merogol mangsa itu semasa melakukan soal siasat.

Gadis itu telah membuat laporan polis pada 31 Dis terhadap pegawai penyiasat dari sebuah balai polis daerah dekat Alor Setar, Kedah.

Terdahulu, di balai yang sama juga dia pergi untuk merakam kenyataannya berhubung dakwaan asal dirogol bapa tirinya.

Pegawai polis itu didakwa merogol mangsa sekitar jam 6.30 petang pada 28 Dis lepas, selepas dia meminta untuk memeriksa bahagian sulit mangsa, kononnya sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

"Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya,"

Gadis itu kemudiannya terpaksa menanggalkan pakaian dan berbaring di atas katil di dalam bilik penyiasatan di mana dia didakwa dirogol.

13 September 2022

Isu Ambank : Najib Razak Terkantoi

Bhai/DeeDee semua...

Dalam isu akaun Ambank milik peribadi Najib Razak, nampaknya Najib Razak telah terkantoi. Terang dan nyata dia tahu apa yang berlaku pada akaun bank tersebut. Malah dia tidak pertikaikan akaunnya. Dan tidak pulak ada orang lain yang kendalikan akaun tersebut tanpa pengetahuannya.

Sudah kantoi di Mahkamah.

Ambank - Najib Razak tidak pertikai akaunnya

#NajibRazak #Ambank #1MDB #AkaunBank #AMLA #Rasuah #Banduan #Penjara #Saman #LaporanPolis
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

10 December 2021

Kalaulah Tak Viral

Bhai/DeeDee semua...

Kalaulah tak viral... agak-agaknya pelakon lelaki Melayu dalam filem gay "Stay Away From Me" nak ker buat laporan Polis?? Agak-agaknya dier nak buat ka?? Hahaha...

Gua tak confident dier nak buat laporan Polis... tambah lagi biler gua dimaklumkan bayaran yang dier dapat agak lumayan... Huhuhu...

Tapi yer la... benda dah viral....  baru la kelam kabut buat report Polis..

Cuma satu jer... satu suara pon takder gua dengar dari Pemuda PAS .... tak kisah la Pemuda PAS Pusat atau Kawasan atau Cawangan... semuanya senyap sunyi... takkan la takder bantahan ka... komen ka... atau apa-apa yang berkaitan...

Takkan la kan... Biasa benda memalukan Melayu dan Islam nih dulu PAS memang cukup laju... tapi la nih dah mandom... lawak aaa...


PAS cuma berani cakap camnie jer sebelum nih..





06 October 2021

Satu Elemen Bahaya

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua memang tak menyampah bilamana ada orang yang dah terbukti bercakap itu ini dalam video ucapannya.... tetiba biler terdapatnya banyak laporan Polis terhadapnya terus cakap semua itu yang diviralkan telah diambil diluar konteks....

Bhai... citernya camnie... memang la orang kerat video ucapan lu yang panjang berjela... tapi jangan la main sedap mulut ja bagi ucapan itu ini... lu pon tau kan... terlajak perahu boleh undur... terlajak kata... buruk padahnya... tambah pulak ucapan yang ader unsur-unsur melibatkan ketenteraman awam, mencetuskan kebencian kaum, mencetuskan keganasan, dan ada elemen ekstrem.... Memang mencari bala la...

Sori aaa... nak bagitau lu... Islam tak pernah ditegakkan dengan mata pedang .. Nabi tak ajar keganasan.... Jangan lu salah tafsirkan hadith Rasulullah... jangan memandai... jangan memalukan Islam...

Walau apa pun kita... walau siapa pun kita... please la jaga ucapan kita... tak kira la dimana sekali pun... dalam kelompok kecil sesama kengkawan ka atau lain-lain... sebab nanti tak pasai je kena...

Mulut tu kena jaga...

Kerana Mulut Badan Binasa


14 August 2021

Laporan Polis Terhadap PM

Bhai/DeeDee semua....

Malam tadi beredar satu poster yang gua pamerkan dibawah ini... Ianya mengajak rakyat yang prihatin untuk membuat satu laporan Polis secara beramai-ramai di seluruh Malaysia terhadap Perdana Menteri (PM).


Selain dari membuat laporan Polis... gua galakkan semua agar buat laporan juga kepada SPRM berkaitan isu ini...

Jom semua...



19 November 2015

Wah. Ini Sudah Semakin Menarik...

Bhai/DeeDee semua...

Gua dapat maklumat semalam bahawa tindakan YAPEIM membuat laporan polis berkaitan dengan pendedahan NOW adalah bersalahan dengan AKTA 711 iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang telah dikuatkuasakan oleh Parlimen Malaysia...

Nampaknyer.... Terdapat percanggahan tindakan yang boleh diambil.... Kalau PDRM  menangkap, menyiasat dan mendakwa NOW atas sebab laporan polis ini.... ianya secara tidak langsung akan bersalahan dengan AKTA 711...

Jadi... macam mana nie??? Hahaha...


Soalan Lazim : AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (AKTA 711 )

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]?

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] ialah akta yang baru digubal bagi memperuntukkan perlindungan terhadap Pemberi Maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar. Sebagai contoh,sekiranya seseorang Pemberi Maklumat itu mendedahkan kesalahan rasuah majikan atau rakan mereka sendiri di tempat kerjanya, maka beliau berhak untuk mendapatkan perlindungan di bawah akta ini.

2. Apakah perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat?

Perlindungan yang diberikan merangkumi tiga perkara seperti berikut: perlindungan maklumat sulit. Sebagai contoh, maklumat mengenai identiti, pekerjaan, alamat kediaman, tempat pekerjaan dan lain-lain; kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba dikenakan terhadap pemberi maklumat.Sebagai contoh, seseorang pemberi maklumat, tidak boleh disaman atau didakwa oleh pihak yang telah didedahkan kelakuan tidak wajarnya; dan perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan. Sebagai contoh, seorang pemberi maklumat telah memberi maklumat mengenai perbuatan rasuah majikannya. Jika majikannya ingin mengambil tindakan balas seperti membuang kerja si pemberi maklumat itu, maka pemberi maklumat itu adalah dilindungi di bawah akta ini.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan tidak wajar?

Kelakuan tidak wajar bermaksud suatu kesalahan yang boleh terjumlah kepada kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah. Kesalahan tatatertib bermaksud tindakan yang melanggar tatatertib dalam badan awam atau badan swasta. Kesalahan tersebut hendaklah diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau kontrak kerja. Manakala kesalahan jenayah pula adalah kesalahan yang telah diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang jenayah Negara ini seperti Kanun Keseksaan.

4. Apakah pula yang dimaksudkan dengan tindakan yang memudaratkan?

Tindakan yang memudaratkan termasuklah perbuatan mencederakan, ugutan, gangguan, diskriminasi, penamatan perkhidmatan, gantung kerja, ancaman atau apa sahaja yang menyebabkan kerugian yang disebabkan oleh mana-mana orang ke atas pemberi maklumat.

5. Kepada siapakah Akta ini terpakai?

Akta ini terpakai dalam kepada mereka yang berada dalam sektor awam dan swasta. Semua badan, agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan badan swasta seperti syarikat adalah tertakluk kepada pemakaian Akta ini.

6. Bilakah pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta ini dan adakah pembatalan boleh dilakukan terhadap perlindungan yang telah diberikan?

Pada saat pemberi maklumat mendedahkan kelakuan tidak wajar (aduan), dia sudah menikmati perlindungan di bawah Akta ini.Perlindungan ini akan kekal selama-lamanya kecuali dibatalkan di bawah seksyen 11 Akta ini. Antara sebab-sebab pembatalan perlindungan adalah : pemberi maklumat sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar itu; pemberi maklumat sengaja membuat pernyataan palsu; pendedahan adalah remeh atau menyusahkan; pendedahan mempersoalkan merit dasar Kerajaan; pendedahan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada dibuang kerja/tindakan tatatertib yang lain; dan pemberi maklumat telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini.

7. Sekiranya saya mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar mengenai majikan saya, siapakah atau di mana saya perlu mendedahkan maklumat tersebut? Bolehkah saya mendedahkan melalui e-mel, telefon atau surat?

Pemberi maklumat boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysa (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya. Agensi penguatkuasaan tidak akan menolak pendedahan tersebut atas dasar “no wrong door policy”.

Mengikut Akta ini, pendedahan boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mengubahnya ke dalam bentuk bertulis. Pendedahan boleh dibuat secara e-mel, telefon atau surat tetapi tetap perlu hadir untuk pengesahan.

Untuk melindungi pemberi maklumat tersebut, pegawai yang diberi kuasa akan menghubungi pemberi maklumat untuk menghadiri temujanji supaya perlindungan di bawah Akta ini dapat dilaksanakan.

8. Apakah remedi yang boleh dituntut oleh seseorang pemberi maklumat sekiranya tindakan memudaratkan telah dikenakan terhadapnya?

Pemberi maklumat dan orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat boleh menuntut remedi daripada mahkamah jika tindakan yang memudaratkan sebagai tindak balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar telah diambil atau pemberi maklumat bimbang tindakan yang memudaratkan akan diambil terhadapnya. Remedi yang boleh dituntut oleh pemberi maklumat : Ganti rugi atau pampasan; Injunksi (tegahan); atau Relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

9. Bilakah Akta ini dikuatkuasakan?

Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. 

SUMBER

13 March 2015

Macam Mana Nak Siasat Syaitan?

Bhai/DeeDee semua...

Gua respek kat pegawai penyiasat bagi laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli Nordin semalam .... Tak sampai 24 jam... terus amik tindakan... walaupun banyak lagi kes lain yang lagi penting dan besar... Hanya kerana ianya melibatkan orang-orang dalam Pakatan Rakyat ... laju ja bukak kertas siasatan.... Pergh...

Setahu gua la dari pengalaman-pengalaman yang lepas-lepas.... kalu kat IPD tue pon dah ader sehari dalam sepuluh atau dua puluh laporan polis yang dibuat.... itu belum lagi kat IPK.... Hahaha.... punya la banyak kes nak kena siasat dan amik kenyataan... dari kes bunuh, kes rompak, kes ragut, kes rogol dan macam-macam lagi mak nenek kes yang ader.... kes politik plak yang didahulukan....

Hebat.. hebat... Pelik bin ajaib.... patut la pon rakyat biasa pandang serong ngan PDRM... sebab kalo siasatan berkaitan dengan politik sebelah anti-kerajaan BN ... laju ja siasat.... Dulu masa kes hasutan dan penghinaan agama yang dibuat oleh Zulkifli Nordin.... berapa lama baru diorang amik tindakan nak siasat.... Hahaha...

Nih biler Zulkifli Nordin dah duduk belah sana... skali buat laporan kes hasutan... tak sampai 24 jam dah berkejar nak siasat... agak-agak la bhai.... nampak sangat la... Kalo yer pon nak bodek agak-agak la.... Hahaha... buat malu kengkawan anggota yang lain ja.... Hahaha

So.... Nurul Izzah sudah on da way amik statement.... err... biler mau siasat Syaitan plak.... err... macam mana nak siasat Syaitan??? Ini kena tanya Mahathir Mohamed nih.... Hahaha ...

17 June 2013

Adakah Ini Juga Salah Anwar Ibrahim?

Bhai.... gua ader sedikit pelik bila macam berita camnie.... errr.... abang angkat.... Anggota Polis... mak tak bagi buat laporan.... tarik balik laporan asal.... errr....  banyak yang pelik aaa..... adakah ini juga salah Anwar Ibrahim? (no pun intended)....

Banyak persoalan disini... kenapa mak mangsa tak bagi teruskan isu... adakah mak mangsa takut dengan suspek.... atau......

Mmm...... something wrong somewhere.... hehehe


Remaja dakwa diliwat abang angkat

SUNGAI PETANI - Seorang remaja belasan tahun mendakwa dirinya diliwat oleh abang angkatnya dalam satu kejadian dekat Sungai Petani lebih kurang jam 6 pagi Jumaat lalu.

Suspek, lewat 20-an dikatakan bertindak menolak mangsa dalam keadaan tertiarap sebelum meliwatnya di mana kejadian berlaku di rumah suspek apabila mangsa menumpang tidur di rumah abang angkatnya.

Mangsa yang juga merupakan pelajar sekolah tahfiz bagaimanapun bertindak menarik balik laporan polis yang dibuat olehnya pada hari sama laporan dibuat.

Ini dikatakan atas faktor nasihat ibu mangsa supaya tidak memanjangkan kes tersebut memandangkan suspek dipercayai seorang anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan perubatan daripada doktor yang merawat mangsa sama ada berlaku kes itu atau sebaliknya.

Namun katanya, siasatan sedang dijalankan kemungkinan sama ada laporan pertama dibuat mangsa adalah palsu.

“Kita sedang siasat perkara itu (laporan palsu). Jika ada kes (liwat) kita akan siasat dan bawa pesalah ke muka pengadilan,” katanya.

08 June 2013

Buang Masa Bunuh Mangkuk Nih

Bhai... Malang sungguh la saper yang "kununnya" dah bagi ugutan bunuh kat Abdul Aziz nih.... Sebab aper gua cakap camnie.... Sebab mamat bernama Abdul Aziz nih bukannyer ader masa lama lagi hidup dier nih...

Hidup pon atas sisa-sisa nyawa jer... Dah lebih 70 tahun pun umur mamat "Tungku Dapor" nih.... Paling lama pon boleh bertahan hidup dier nih pon selama 30 tahun ... Itu pon kalu dier nih takder penyakit mender...

Hahaha... Tak payah la buang masa nak ugut bunuh mamat "Tungku Dapor" nih.... Umur dier pon dah masuk umur reserve...  Umur sezen... Biler-biler masa jer boleh kiok... Malaikat maut pon dah lama tunggu nak jemput dier...

Nih dah level nyanyuk dah nih.... Tue la sebab kalu orang tue dah umur level nyanyuk macam nih (macam Mahathir Mohamed) ka... Kiter tak perlu amik pot aper yang dier cakap... Sebab percakapan orang tua ganyut dan nyanyuk nih serupa macam orang gila... Banyak sangat mengarut dan berangan-angannyer...

Banyak sangat halusinasi .... Hahaha... Dah nyanyuk dah orang tua nih.... Hahaha.... Kesian....




12 May 2013

Bila Polis Membuat Laporan Polis

Bhai.... gua takmo nak cakap lebih-lebih.... selalu tue gua dengar citer yang susah Polis nak buat siasatan kalu takder laporan Polis.... contohnyer.... walaupun Polis sedar yang ader banyak citer tentang hasutan perkauman yang dibuat oleh ramai blogger-blogger pencacai UMNO... tapi Polis tak dapat nak amik tindakan dan mulakan siasatan... pasai takder laporan Polis...

Itulah alasan yang selama nih gua dengar.... dah tak larat dah gua dengar... biler gua tanya dengan kengkawan kat Jabatan "E" Bukit Aman... diorang cakap... yang Jabatan diorang tak ikut SOP tue.... diorang tak perlu pon ikut.... yang banyak songel pasai isu laporan Polis nih biasanyer bahagian GD... 

Kalu JSJ ker... D7 ker... D8 ker... tue sumer ... biasa tak perlu pon adernyer laporan Polis.... boleh jer buat siasatan dan operasi..... yang memang selalu banyak songel nih cuma GD jer....  (no pun intended)

Gua gelak jer biler dengar member gua tue citer... sebab kat Agensi... kitorang tak perlu pon adernyer laporan... sebab kiter yang cari sendiri laporan..... hahaha ... tu pasai la kitorang kedepan skit dalam bab kerja nih.... 

Tapi... biler gua dengar ader polis membuat laporan polis.... pergh... terkejut gua dengar... hahaha... sendiri lapor sendiri siasat.... lawak aaa.... pandai plak nak buat laporan... kata kena tunggu orang awam buat laporan.... aper daaa..


01 May 2013

Siapa Sebenarnya Azhar Bin Sulaiman?

Bhai.... Gua nak tanya lu orang lar.... Inche Azhar Bin Sulaiman tue siapa? Orang maner? Dier tue calon PRU13 kerusi DUN maner? Kalau bukan DUN... dier bertanding ker kerusi Parlimen?

Kalu dier tue bukan calon PRU13.... hahaha..... diam-diam sajer la... jangan kasi susahkan PDRM ... dah cukup banyak dah laporan polis yang dibuat oleh ramai orang... Ibrahim Ali jer ader beratus laporan Polis.... Tian Chua dan Ahmad Sabu pon ader beratus laporan Polis...

Hahaha... jadi... kalu bukan calon PRU13... tak kisah la calon bebas ker mender ker.... tak payah la nak tumpang semangkuk dalam senario PRU13.... hahaha... tak payah la nak tumpang glamer.... tak payah la nak sensasikan mender... Kalu nak sensasi gak... sila lah Inche Azhar Bin Sulaiman calling-calling Nas Ahmad... mintak dier buat sisi terjah masuk dalam rancangan MELODI..... hahaha

So... ader paham ka Inche Azhar Bin Sulaiman.... hahaha... kalu tarak paham... nih gua kasi paham skali lagi.... hahahaha...

Lu kalu takder kena mengena dengan PRU13 dan takder jadi calon PRU13 atau wakil calon PRU13... sila ketepi... jangan nak tumpang glamer pasai PRU13.... dan jangan la nak susah kan PDRM untuk siasat macam-macam ... sampaikan akaun fesbuk "dipadam sendiri" pon kecoh....


Lain kali pi la buat laporan BOMBA... kesian takder saper nak pi Balai Bomba buat laporan... ini asik-asik pi Balai Polis.... aper daaa...  kata itu hari tak takut kena panah petir... tapi buat laporan polis pasai takut keselamatan terancam.... nih bodoh tahap aper nih.... hahaha... ini bangang namanyer.... hahahaha ... memang lawak... Allah Taala tak takut... tapi takut dengan manusia..... 

Satu lagi nak peringatkan..... TUPAC, 50CENT, BEYONCE, EMINEM, MADONNA, SHAKIRA, JENIFFER LOPEZ, ANGELINA JOLIE semua tue takder terkesan pon biler Parti Republican amik alih pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat..... hahaha.... okeh jer diorang... berjuta sales album dan wayang diorang.... hahaha

LISA ANN, JENNA JAMESON, RON JEREMY, PETER NORTH dan ramai lagi still boleh buat macam macam video dan jualan video yang memberangsangkan.... hahaha.... takder efek pon dengan perubahan tampuk pimpinan negara Amerika Syarikat..... hahaha.....

Ker gua nak kena bagi banyak lagi sample.... hahahaha

P/S : Jangan gatai-gatai pi tanya Lebai Google nama-nama diatas... gua takmo dikaitkan dengan tindakan lu orang yang gatai pi tanya Lebai Google.... hahahaha

21 April 2013

Timbalan KPN Tibai Kerajaan Persekutuan?

Bhai.... cuba lu tengok statement Timbalan KPN yang gua cilok dari Sinar Harian nih... kalu kiter baca kenyataan nih... sohih ianya ditujukan kepada Kerajaan Persekutuan biler mana Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu hari ader buat benda yang samer di majlis himpunan bulanan kakitangan awam di Putrajaya....

Hehehe... betul bhai... diorang ader ugut kakitangan awam.... memang ader....

Kalu ikut statement nih,..... makanyyer memang sohih lar Kerajaan Persekutuan mengugut kakitangan awam dengan macam-macam lenggok bahasa dan ayat supaya menyokong hanya BN... katanyer hanya BN yang mampu mentadbir... hanya BN yang mampu memerintah... hanya BN yang janjinya ditepati....

Macam haram jer kan... kalu lu tarak percaya... semak balik video masa pelancaran Manifesto BN yang dibuat baru-baru nih... hahaha.... kantoi sudah....


Maknanyer la ... kalu kiter tengok statement nih... nampak macam Timbalan KPN tibai Kerajaan Persekutuan.... hahaha...

27 December 2012

TERKINI: PDRM Online Police Report

Bhai.... Hahaha... PDRM dalam proses nak jalankan sistem "Online Police Report" secara atas talian.. Maknanyer lepas nih kiter tak perlu nak pi mana-mana balai polis untuk buat laporan polis... Khalid Abu Bakar bagi info tengahari tadi kepada media...

Semuanya boleh dibuat secara online.... Pergh... Gua cukup gelak besar benda nih... Gua jamin... Yang akan memenuhkan dan spam sistem tue mestilah sama ader dari JATI atau PERKASA atau JMM.... Hahaha

Mampuih... Akan ader perperangan la antara Hassan Ali dengan Ibrahim Ali.. Semua bersaing nak jadi yang paling banyak buat laporan polis.... Hahaha

Pastu PAS dan PKR serta UMNO antara parti Politik yang jugak akan spam sistem nih.. Dan yang pasti... Kiter tunggu dan lihat aper agaknya tindakan yang akan dilakukan dengan lambakan laporan polis...

26 June 2012

Kena Belasah Lagi...

Member gua sorang nih memang lar... selalu sangat kena belasah... itu hari orang PAS Terengganu belasah dier kat Rusila .... La nih orang BN Kelantan plak belasah dier...

Dulu sikit jer kena.... tak la sampai lencun basah baju dengan darah...

La nih... memang sohih lar... orang Kelantan gedebe... gedebe tak bertempat... budus... hahaha... sori gua mengata orang Kelantan... tapi dah memang benda betul... hahaha

Aper-aper pon... gua kesian kat member gua AdukaTaruna tue.... tak pasai-pasai jer dier kena belasah....  dio orang Nogori Semilan....  dio nak bagi chan orang Kelantan dapat Royalti... tapi nampaknyer orang Kelantan takmo Royalti... hahaha...

Punya la baik hati orang Nogori Semilan nak tolong orang Kelantan.. tapi dah orang Kelantan gedebe budus... tak pasai jer berdarah kapla.... mmmmm.....

Aper-aper pon.. gua salute kat orang Nogori Semilan yang sorang nih... iyolah... bini dio orang Kelantan..... tue yang dio dok cari jalan nak bagi bini dio dapat tumpang tuah Royalti....

Aper daaaa..... gedebe tak bertempat... yang ini PDRM tak nampak nih... dah sah buta-buta kaki belasah tue diketuai oleh adik Ibrahim Ali Katak.... hahaha.... tangkap jer la soal siasat....

Err.. lagi satu.... kenaper orang Johor yang gempak macam gampang itu hari tarak brani nak belasah AdukaTaruna aaa.... kerr orang Johor gempaq jer lebih... berani buat laporan Polis jer... hahahaha.... pondan macam Hishamuddin Hussien ker... hahaha

28 July 2011

Bila Polis Buat Laporan Polis

Hahaha... makin lawak senario di Malaysia nih... sekarang nih kalu orang biasa yang buat laporan Polis... tambah lagi kalu yang buat laporan tue adalah datangnya dari Pakatan Rakyat... Polis jarang amik pot... buat siasatan jauh la lagie... hasil siasatan... mampuih keras la.. sampai kesudah tak tau aper citer....

Tapi kalu yang buat laporan tue adalah Polis sendiri... atas kapasiti Polis... atas kapasiti pengampu UMNO/BN ... atau yang buat tue adalah penyokong UMNO/BN.... belum abis tulis laporan lagie dah diambil tindakan siasatan dan ader hasilnyer... itu belum abis buat laporan.... kalu dah abis tak tau la aper nak citer lagie.. hahaha...

Nampak sangat la sohih Polis nih memang tabley pakai... gua tulis nih secara harfiah jer nih... sila baca dengan gunakan akal yang Allah Taala beri... jangan guna kepala lutut plak... hahaha

Bila Polis pulak rajin buat laporan Polis... gua tabley nak kata aper.... pelik bin ajaib... cuma kat Malaysia jer la Polis buat laporan Polis... kat tempat lain takdernyer..... hehehe

Memang lawak..

21 March 2011

Whoa... Gua Takut

Whoa... Gua takut la... hahaha.... hantu SKMM dah mula dengan agenda menakut-nakutkan blogger... hahahaha.... Lawak la... dalam kes Blogger Hanief tue.. pegawai SKMM siap mintak password untuk masuk blogger.com... password untuk login tue... buat aper dier mintak... bukan ader kena mengena pon dengan artikel yang diterbitkan...

Kalu nak baca sangat.... baca la kat direct kat blogspot.... hahaha... takkan pasai artikel pon password Google Account kena bagi.... Print Screen ajer la aper yang tertera kat dalam blogspot tue... hahaha.... budus... kata pegawai SKMM pakar IT... hahaha... takkan benda simple macam Print Screen pon tak tau.... pandai lagi la Abdul Azeez Ketua Putera UMNO tue... dier selalu print screen benda-benda yang dier kata fitnah..... hahahaha.... pegawai SKMM ini macam kalu sure kayu punya pegawai... mana belajar aaa... Universiti Sintok ker.... hahaha...

Wei.... Gua takut la.... nanti SKMM akan mintak gua punya password.... abis la gua punya income Internet... hehehe.... mesti kena rembat punya... hahaha.... Itu macam kalu lepas nih... sure SKMM akan mintak akaun Fesbuk la pulak.... hahaha...

Wei mangkuk SKMM ..... kalu takder Blogspot pon orang boleh guna medium lain untuk post artikel dan komen... hehehe... tak heran punya... Ini pasai sudah dekat mau PRU13... jadi sure la kecut telor... tue yang nak sekat Internet tue... hahaha....

Satu blogger kena... 1000 blogger lain akan publish isu dan cerita yang samer... malah kat dalam Internet nih ader Cache Server yang akan arkib kan semua artikel dan cerita online secara live... aper der hal... hahaha....

Ini nasihat gua pada semua blogger... kalu SKMM datang nak siasat korang sumer... pasai katanya ader report terhadap blog lu orang.... lu mintak dier kasi dulu salinan report tue... kalu pegawai SKMM tak nak kasi... kira dier buat satu kesalahan serius... sebab kalu ader orang report... mesti ader salinan report....

Walaupun pegawai SKMM tue bawak seguni waran geledah dan sebagainya... tapi kalu dier tak pamerkan sekali salinan report yang katanya dibuat oleh pihak tertentu... korang boleh halang dier untuk masuk dalam kawasan rumah korang ... sampai pegawai SKMM tue boleh publish salinan report tue dan korang boleh teliti report tue tentang artikel korang yang maner... selagi takder... jangan layan... itu semua ugutan jer...

Macam jugak kalu polis kater ader laporan terhadap lu... pegawai polis tue kena bagi lu dier punya salinan laporan terlebih dahulu sebelum dier boleh masuk dan kuatkuasakan waran geledah....

Itu hak kiter semua.... yang ditentukan oleh Perlembagaan....

Anyway... salute untuk Blogger Hanief.....

15 September 2010

Kalaulah Datuk Sosilawati Tidak Mati

Bhai... sori la kalu artikel gua nih mungkin menyebabkan keluarga simati lebih sedih... bukan tujuan gua nak bangkitkan kesedihan diorang.... persoalan yang gua nak tanya nih... kalaulah Datuk Sosilawati tidak mati... dan urusan beliau dengan saspek berjalan dengan lancar... agak-agaknyer terbongkarkan misteri pembunuhan terancang yang lain...

Gua diberitahu bahawa saspek telah terlibat dengan pelbagai kes yang hampir sama sejak dari tahun 1997 lagie... maknanyer.. sudah lebih 13 tahun saspek bergelumang dengan jenayah keji psiko nih...

Dan selama 13 tahun itu lah tak ader satu pon siasatan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak berwajib atas alasan kekurang bukti...

Bagi kita yang hidup ini.... perlukah kita biarkan ramai lagi yang akan mati dibunuh sebegini baru hendak disiasat... ataupun ... mengikut kata-kata lawak orang ramai... "tunggu ader kena kat anak Menteri atau sebagainya barulah ader siasatan menyeluruh" ...

Sikap lebih melayan laporan polis berkaitan dengan isu politik lalu mengabaikan laporan polis berkaitan dengan isu jenayah la yang menyebabkan indeks jenayah di Malaysia makin meningkat dari hari ke sehari...

Polis bertindak pantas dan tuntas jika ader laporan berkaitan isu politik.. waima sanggup mengerahkan berpuluh-puluh orang anggota untuknya... tapi bagi kes jenayah... IO yang disediakan cuma mungkin seorang atau dua orang bagi setiap balai....

Jika ader seorang menteri ingin melakukan lawatan... berbelas orang anggota polis mengiringinya... dari outrider... sampailah kepada bodyguard... walaupun Malaysia kita nih tak ader lagi budaya pengebom berani mati macam di India atau Sri Lanka dimasa biasanya menteri disana ramai yang mati dengan cara ini....

Jadi.. pada gua la... buat aper diperuntukkan kalu tak berpuluh orang... maybe berbelas orang anggota polis untuk mengiringi seorang Menteri.... buang masa dan duit ringgit rakyat sahaja... cukup lah setakat empat lima orang itu pon sudah kira banyak...

Kepada PDRM... tolong la lebihkan anggota untuk unit D7, D8 dan D9... tolong aaaa.... dan tolong aaa... jangan la ramai sangat dok hurung menteri pi sana sini... tak matinyer menteri nih ditembak atau dibom berani mati kat Malaysia nih... orang Malaysia takder nak buat kerja bodoh bunuh menteri la....

Sepanjang 50 tahun kemerdekaan Malaysia... cuba bagitau gua.. ader pernah tak menteri kat Malaysia nih diancam .. diugut bunuh.. dicederakan ataupun dibom berani mati .... wei.. kat Malaysia nih takder rekod lagie....

Samer gak ngan golongan bang-sawan.... ramai sangat yang escort.... gua rasa aaa... semua penjenayah akan kata... buang masa jer bunuh atau tembak golongan bang-sawan nihg..... takder pekdah jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1