Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label UBAH. Show all posts
Showing posts with label UBAH. Show all posts

12 January 2023

UMNO Sudah Tersalah Langkah

Bhai/DeeDee semua...

Benar ... UMNO memang sudah tersalah langkah... 60 tahun lebih UMNO melawan DAP tapi tiada memberikan makna signifikan. UMNO tersilap percaturan. Lawan DAP sepatutnya dilakukan oleh MCA. 

Tapi MCA tak buat kerja tue... MCA ambil untung sahaja dari kerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional.... Calon MCA tak pernah pun menang dikawasan majoriti orang Cina... Calon MCA hanya boleh menang dikawasan majoriti orang Melayu.

Itulah kesilapan UMNO. Dan kini UMNO sudah sedar... Harapnya terus sedar... Tok Mat Hasan dan Ahmad Zahid Hamidi perlu sedarkan ahli UMNO untuk lihat semua ini dengan mata yang lebih jelas..

'Berpuluh tahun Umno lawan DAP, sokongan Melayu tetap merosot'

#UMNO #ReformasiUMNO #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2023 #PerhimpunanAgungUMNO #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO
#reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

26 November 2022

Politik Baru Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Pasca PRU15 dan setelah Yang Di Pertuan Agong dengan consent dari Majlis Raja-Raja Melayu mengangkat dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke sepuluh, nampaknya satu fasa dalam kemelut politik Malaysia dapat dirungkaikan.

Sebagai rakyat Malaysia yang bernaung dibawah titah perintah Yang Di Pertuan Agong, maka hendaklah kita semua menerima dengan hati yang terbuka akan keputusan ini...

Sama ada kita suka atau tidak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kita tetap perlu bersetia dan berkerja untuk membetulkan dan membangunkan kembali Malaysia sebagai semua negara hebat. Begitu jugalah masa dulu bilamana Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri... walaupun mungkin ada yang kita tak bersetuju... tapi tetap mereka adalah Perdana Menteri...

Dan kita sama-sama mengharungi keadaan ekonomi yang muram serta kesan dari wabak Covid-19 yang berlaku.... Dan akhirnya kita berjaya melepasi semua halangan itu..

Kini... dengan naiknya Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia... dan dengan ujudnya Kerajaan Perpaduan yang digagaskan oleh Yang Di Pertuan Agong... Maka hendaklah kita bersama-sama berpadu tenaga dan usaha untuk menukar Malaysia dari berpolitik cara lama kepada politik baru Malaysia...

Gua berpandangan... perlunya ada lantikan kabinet dari semua parti yang ada di Malaysia.... sebagai contoh... 

Anwar Ibrahim (PKR/PH) sebagai Perdana Menteri
TPM1 = Calon dari GPS
TPM2 = Muhyiddin Yasin (BERSATU/PN)

Menteri Kewangan : Johari Abdul (UMNO/BN)
Tim. Menteri Kewangan : Lim Guan Eng (DAP/PH)

Menteri Pengangkutan : Anthony Loke (DAP/PH)
Tim. Menteri Pengangkutan : Wee Ka Siong (MCA/BN)

Menteri Pertahanan : Hishamuddin Hussein (UMNO/BN)
Tim. Menteri Pertahanan : Mat Sabu (AMANAH/PH)

Menteri Pendidikan : Senator Maszlee Malek (PKR/PH)
Tim. Menteri Pendidikan  : Radzi Jidin (BERSATU/PN)

Menteri Komunikasi : Gobind Singh Deo (DAP/PH)
Tim Menteri Komunikasi : Saifuddin Nasution (AMANAH/PH)

Menteri Agama : Abdul Hadi Awang (PAS/PN)
Tim. Menteri Agama : dari (DAP/PH)

Menteri Kesihatan : Dr Zulkifli (AMANAH/PH)
Tim. Menteri Kesihatan : Dr Azman (PAS/PN)

Menteri Kerjaraya : Dr Fadhilah (GPS)
Tim. Menteri Kerjaraya : Senator Lando Zawawi (PEJUANG/GTA)

Menteri Dalam Negeri : Salahudin Ayub (AMANAH/PH)
Tim. Menteri Dalam Negeri : dari (DAP/PH)

Menteri Pembangunan : dari GRS
Tim. Menteri Pembangunan : dari GPS

Menteri Luar Bandar : Shafie Apdal (WARISAN)
Tim. Menteri Luar Bandar : dari GPS

Menteri Belia : Syed Saddiq (MUDA/PH)
Tim. Menteei Belia : Adam Adli (PKR/PH)

Menteri Sains : dari PKR/PH
Tim. Menteri Sains : dari PAS/PN

Menteri Luar : Fahmi Fadzil (PKR/PH)
Tim. Menteri Luar : Saifuddin Abdullah (BERSATU/PN)

Menteri Wanita : Dr Wan Azizah (PKR/PH)
Tim. Menteri Wanita : Young Seyfura (DAP/PH)

Menteri Komoditi : dari (DAP/PH)
Tim. Menteri Komoditi : dari (UMNO/BN)

Menteri Wilayah : dari (PKR/PH)
Tim. Menteri Wilayah : dari (AMANAH/PH)

Menteri Alam Sekitar : Yeo Bee Yin (DAP/PH)
Tim. Menteri Alam Sekitar : Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS/PN)

Menteri Perpaduan : dari (AMANAH/PH)
Tim. Menteri Perpaduan : dari (DAP/PH)

Menteri Ekonomi : dari (PKR/PH)
Tim. Menteri Ekonomi : dari (DAP/PH)

Menteri Tenaga : dari (DAP/PH)
Tim Menteri Tenaga : dari (UMNO/BN)

Menteri Sumber Manusia : S. Saravanan (MIC/BN)
Tim. Menteri Sumber Manusia : dari (DAP/PH)

Bagi yang takder nama tue... korang bagilah cadangan nama calon yang terbaek dari parti yang gua cadangkan itu... 

Dengan cara ini.... pada gua inilah pilihan terbaek dan cara terbaek untuk kita membangunkan Malaysia kearah Malaysia Baru....

Tambahan : Kalu Muhyiddin atau Abdul Hadi Awang taknak bekerjasama duduk dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan... Ianya dikira sebagai MENDERHAKA kepada YDP Agong... dan hukum menderhaka boleh menyebabkan seseorang itu digugurkan kerakyatan dan di buang dari Malaysia.... HAHAHAHA



28 October 2022

Mampukah Perubahan Berlaku

Bhai/DeeDee semua..

Parlimen Pasir Salak adalah kawasan solid Melayu.. terakam banyak insiden yang menjadikan Orang Melayu disini menjadi kuat dan menjadi pejuang... Ada dua DUN disini... satunya di DUN Sungai Manik dan satu lagi di DUN Kampung Gajah..

Ikut sejarah... Jepun dan Komunis diserang besar di Sungai Manik... Manakala British pula banyak yang hilang nyawa di Kampung Gajah .... 

Kini pada PRU15 ... Anak Almarhum Nik Abdul Aziz (mantan Menteri Besar Kelantan) pula akan bertanding di Parlimen Pasir Salak... Nik Omar Nik Abdul Aziz dari Parti Amanah yang membawa logo Pakatan Harapan nampaknya berkemungkinan besar akan berlawan dengan Tajuddin Abd Rahman dari UMNO yang akan membawa bendera Barisan Nasional.

Itupun kalu Tajuddin Abd Rahman kekal bertanding pada PRU15 kali ini... susah nak cakap percaturan UMNO/BN kali ini sebab Tajuddin Abd Rahman telah digantung keahliannya dalam Parti... 

Tapi kalu orang lain yang dinamakan oleh UMNO/BN sebagai calon PRU15... rasanya mungkin akan ader sedikit peluang bagi Nik Omar Nik Abdul Aziz nih...

Persoalannya... Mampukan perubahan berlaku di Parlimen Pasir Salak atau pun para pengundi kekal mahukan UMNO/BN menerajui politik di Pasir Salak. 

Pengundi bukan tak tahu betapa kroniknya masalah rasuah yang membelenggun UMNO/BN dimana tidak ada seorang pemimpin dalam UMNO/BN yang tidak terpalit dengan salahlaku ini... Tapi pengundi biasanya sekadar menutup mata, telingan dan mulut... Sekadar menolak dalam hati tapi tangan tetap memangkah calon korup dalam UMNO/BN seperti biasa....

Huhuhu



12 January 2021

Nak Hantar Memorandum Pun Payah

Bhai/DeeDee semua...

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka... diceritakan bahawa pada setiap hari Rabu... Sultan Melaka akan menerima mengadap mana-mana rakyat dalam Negeri Melaka bagi mendengar permasalahan rakyat... Masa inilah juga ketua-ketua kampung akan hadir membawa khabar kampung mereka kepada Sultan Melaka....

Tak ader birokrasi... takder ader kena amik permit... takder banyak cekadak...

Aper korang ingat Kesultanan Melayu Melaka punya sempadan hanya sebesar Negeri Melaka yang ader sekarang nih ka?? Deyy... mana ader besar tu ja.... Kesultanan Melayu Melaka punya sempadan lebihkurang satu Semenanjung Tanah Melayu la bhai dan kawasan-kawasan yang lain ....

Tapi... la nih.... bila gua baca pasai Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) gagal menghantar memorandum kepada YDP Agong... gua memang rasa geram..... Payah betul ka nak sampaikan maklumat kepada YDP Agong???


Apersal susah sangat YDP Agong nak terima memorandum.... Bukan perlu YDP Agong sendiri nak kena bertemu dengan yang menghantar memorandum... Tak perlu pon YDP Agong terima sendiri pon... cukuplah pegawai Istana jer... macam Ketua Kerani ka.... kalu payah sangat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nak pi amik dan terima memorandum tue...

Takkan la tabley tetapkan sorang pegawai pi jumpa mana-mana orang yang nak bagi memorandum...

Paling cikap pon.... Jaga Istana tue boleh ja terima semua dokumen memorandum tue... bagi pihak pejabat YDP Agong... amik dan chop "Telah Diterima pada tarikh sekian-sekian" ... Takkan itu pon susah kot???  Ini siap nak kena ader permit Polis bagai ... nak antar dokumen je pon.... adoilah...

Benda paling simple ja....

Betul la Istana Negara dan mana-mana Istana kena ader protokol... tapi rasanya tak susah kalu sediakan seorang pegawai untuk tugas terima apa-apa dokumen atau memorandum..... Rasanya kat Istana ader ramai kakitangan ... takkan tak tabley peruntukkan seorang kakitangan.... 

Macam mana la YDP Agong nak tau apa yang berlaku... nak tau luahan rakyat... nak tau cerita ... kalu rakyat susah nak sampaikan info.... adoilah... sebab itu la sekarang ni YDP Agong hanya dapat cerita yang molek-molek ja... cerita yang suci mulus ja.... dari mulut-mulut yang dekat dengan dier.... yang telah difabrikasikan jer sampai ke telinga YDP Agong....

Ubahlah wei... Sultan Melaka pon boleh buat sesi bertemu rakyat...

16 May 2013

Ini Macamlah Kita Mahu

Bhai.... Ini macamlah kita mahu.... tindakan proaktif yang pantas dan tuntas... tak perlu amik masa yang lama... tak perlu amik masa berpuluh tahun.... tak perlu amik masa 20 tahun... Kalu semua  orang amik pot... dan amik tindakan... semua perkara boleh selesai punya... tarak percaya kalu try lar...

Tapi.. kalu semua tak amik pot ... tambah lagi wakil rakyat pon buat derk jer... memang la masak.... memang la jadi masalah....  memang la semua tabley nak setel...

Aper-aper pon.. tahniah diucapkan kepada TNB Pontian yang segera take action benda nih.... Patut kat semua tempat dalam Malaysia pon diorang amik pot.... turap jalan yang rosak... betulkan jambatan... baik pulih sekolah.... baik pulih masjid.... baik pulih lampu jalan... Semua kena aktif la wei...


10 May 2013

Pasca PRU13 (Satu Analisis)

Bhai.... sekali lagi gua terpaksa untuk menulis dalam ayat skema SPM dan STPM.... hahaha... hampeh betul lar... hahaha... ini bagi memudahkan sesiapa yang nak buat assignment .... hahaha okeh...

PRU13 adalah merupakan satu pertembungan kuasa poitik yang berlingkar dari golongan tua dan golongan muda. Golongan tua seakan sudah mangli dengan keselesaan pentadbiran kerajaan yang sedia ada walaupun mereka tahu budaya rasuah dan salahguna kuasa amatlah meruncing serta sukar dibendung. Ini kerana penyakit rasuah dan salahguna kuasa ini bukan sahaja melibatkan pegawai kecil tetapi ianya juga melibatkan pucuk pimpinan negara.

Bagi golongan muda, mereka melihat bahawa sudah sampai masanya semua ini diubah jika ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berjaya dan boleh bersaing diperingkat global. Dalam usaha mendepani masa depan yang agak sengit persaingannya, Malaysia perlulah membuang budaya rasuah, ugut dan salahguna kuasa.

Peratusan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi juga telah meningkat dengan banyaknya semenjak letusan akademik di Malaysia bermula pada tahun 1970'an. Masyarakat di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi sebuah masyarakat yang moden dan berdaya saing. Isu berkaitan dengan perkauman seakan cuba dilupakan demi untuk memastikan bahawa konsep "Anak Bangsa Malaysia" diterima dan digunapakai.

Pada kemuncak kempen PRU13, ujud beberapa gerakan yang cuba mencetuskan sentimen perkauman yang agak kritikal disana sini yang diusahakan oleh UMNO sama ada secara terus mahupun melalui unit siber yang mereka miliki. Gerakan menghasut isu perkauman ini tidak dapat bergerak jauh kerana disekat oleh satu gelombang anak-anak muda berbilang kaum yang sama-sama menunjukkan kecenderungan untuk menghapuskan isu perkauman.

Pihak keselamatan terutamanya PDRM seakan membiarkan sahaja isu perkauman ini dicanang dan disuarakan oleh UMNO tanpa ada sekatan mahupun halangan. Ianya telah menimbulkan persoalan sama ada pihak UMNO sememangnya mendapat restu daripada PDRM ataupun PDRM sebenarnya dikuasai oleh UMNO.


Pasca PRU13 kita dapat lihat beberapa usaha UMNO untuk menghasut orang Melayu bangkit mempertahankan hak dan kuasa Melayu cuba dilakukan secara sistematik dengan bantuan media cetak seperti Utusan Malaysia dan media elektronik seperti TV3. Kempen menghasut secara terang-terangan ini nampaknya dibiarkan sahaja oleh PDRM walaupun terdapatnya Akta Hasutan. Alasan yang diberikan adalah seperti kononnya tiada pihak yang telah membuat laporan Polis berkaitan perkara ini. Jika tiada laporan maknanya tiada tindakan boleh diambil. Malah Mahathir Mohamed sebagai bekas Perdana Menteri juga terlibat dalam usaha menghasut isu perkauman setiap kali sesi ceramah politiknya.

Kini setelah hampir seminggu PRU13 selesai, saya dapati kempen menghasut isu perkauman ini semakin rancak dan ianya adalah satu perkara yang bahaya. Ianya ditambah lagi dengan adanya peperangan dalaman dalam setiap parti politik kerana masing-masing mahukan jawatan dan kuasa dalam Parti mahupun dalam pentadbiran kerajaan.

Dan biasanya jika ada peperangan didalam parti, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat marhaen. Rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kadangkala kais pagi langsung tidak mendapat apa-apa hasil..

Rakyat marhaen ini mengundi calon-calon yang menjadi kaya dan senang atas pangkat dan jawatan yang mereka dapat, namun akhirnya melupakan nasib rakyat marhaen ini...

Apa yang pastu PRU13 telah menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamed sudah tidak relevan dalam dunia politik hari ini, dimana setiap hujah dan komennya tidak lagi berpaksi kepada Malaysia Moden. Idea-ideanya ketinggalan zaman. Malah kempen yang dilakukan oleh Mahathir Mohamed sebagai membantu Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam dan Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas telah ditolak oleh masyarakat setempat.

Adalah wajar seorang negarawan ulung negara seperti Mahathir Mohammed berhenti dari berpolitik dan menghabiskan masa-masa akhir hidupnya dengan berbakti dan beribadat kepada Allah Taala.

Fikirlah dengan akal yang matang dan bersih.
Sekian Terima kasih,

Hahaha.... amacam.... ader gaya tak gua punya artikel dalam bahasa skema SPM dan STPM nih.... hahaha... kalu ader salah nahu atau tatabahasa... sila bagitau..... hahaha

05 May 2013

Ini Kali Lah...

Bhai... Kiter cuma ader peluang kali nih jer untuk menukar kerajaan yang korup, kerajaan yang zalim, kerajaan yang tidak tahu membezakan antara fungsi kerajaan dan parti politik...

Kalu kita tidak membuat apa-apa tindakan la nih... Bermakna kita sengaja melepaskan peluang sekali seumur hidup untuk membuat perubahan... membuat tindakan .... membuat perhitungan...

Gua takmo nak berkempen pasai waktu berkempen telah tamat... Cuma gua nak peringatkan lu orang....

Ini Kali Lah....

Jangan jadikan ianya menjadi "Lain Kali Lah".... Tolong sesangat... Kita mahukan semua yang mengkhianati amanah rakyat selama ini disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman...

Kiter mahu siapa yang terlibat dalam kes BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD, PERWAJA HOLDING, BAKUN dan lain-lainnya dikenakan tindakan..

04 May 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (4th May) - Report

Bhai.... Ini aderlah Voter Sentiment Ratio (VSR) yang terakhir sebelum kempen PRU13 tamat... jadi aper-aper pon...  BN memang selesa dengan sentimen ini... manakala PR perlukan satu keajaiban dan sokongan padu semua pengundi yang skarang nih sudah berada dikawasan pengundian mereka...

Kalu lu orang nak kasik PR menang... lu orang kena keluar mengundi dan pastikan peratusan keluar mengundi lebih dari 93% .... itu kalu nak sekat "magik" yang sedang, telah dan akan dibuat oleh SPR dan pelbagai lagi agensi lain yang terlibat....

Kalu lu orang nak BN menang... dalam tempoh kurang 24 jam nih... buat la perangai "mulut longkang" macam biasa tue.... ini gua sound direct kat pimpinan utama PR... terutamanya Hadi Awang, Harun Taib dan Haron Din dari PAS atau Karpal Singh dari DAP... atau Azmin Ali dari PKR..... tolong jangan buat perangai "mulut longkang"...

PAStikan Voter Sentiment Ratio (VSR) ini kekal menjadi analisis akademik sajer... dan bukannyer menjadi kenyataan....  Ini Kali Lah... UBAH...

Yang semalam punya boleh dibaca di Voter Sentimen Ratio (VSR)

(c) 2013 - Agency
Amacam... banyak bahaya kan.... hehehe

01 May 2013

Siapa Sebenarnya Azhar Bin Sulaiman?

Bhai.... Gua nak tanya lu orang lar.... Inche Azhar Bin Sulaiman tue siapa? Orang maner? Dier tue calon PRU13 kerusi DUN maner? Kalau bukan DUN... dier bertanding ker kerusi Parlimen?

Kalu dier tue bukan calon PRU13.... hahaha..... diam-diam sajer la... jangan kasi susahkan PDRM ... dah cukup banyak dah laporan polis yang dibuat oleh ramai orang... Ibrahim Ali jer ader beratus laporan Polis.... Tian Chua dan Ahmad Sabu pon ader beratus laporan Polis...

Hahaha... jadi... kalu bukan calon PRU13... tak kisah la calon bebas ker mender ker.... tak payah la nak tumpang semangkuk dalam senario PRU13.... hahaha... tak payah la nak tumpang glamer.... tak payah la nak sensasikan mender... Kalu nak sensasi gak... sila lah Inche Azhar Bin Sulaiman calling-calling Nas Ahmad... mintak dier buat sisi terjah masuk dalam rancangan MELODI..... hahaha

So... ader paham ka Inche Azhar Bin Sulaiman.... hahaha... kalu tarak paham... nih gua kasi paham skali lagi.... hahahaha...

Lu kalu takder kena mengena dengan PRU13 dan takder jadi calon PRU13 atau wakil calon PRU13... sila ketepi... jangan nak tumpang glamer pasai PRU13.... dan jangan la nak susah kan PDRM untuk siasat macam-macam ... sampaikan akaun fesbuk "dipadam sendiri" pon kecoh....


Lain kali pi la buat laporan BOMBA... kesian takder saper nak pi Balai Bomba buat laporan... ini asik-asik pi Balai Polis.... aper daaa...  kata itu hari tak takut kena panah petir... tapi buat laporan polis pasai takut keselamatan terancam.... nih bodoh tahap aper nih.... hahaha... ini bangang namanyer.... hahahaha ... memang lawak... Allah Taala tak takut... tapi takut dengan manusia..... 

Satu lagi nak peringatkan..... TUPAC, 50CENT, BEYONCE, EMINEM, MADONNA, SHAKIRA, JENIFFER LOPEZ, ANGELINA JOLIE semua tue takder terkesan pon biler Parti Republican amik alih pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat..... hahaha.... okeh jer diorang... berjuta sales album dan wayang diorang.... hahaha

LISA ANN, JENNA JAMESON, RON JEREMY, PETER NORTH dan ramai lagi still boleh buat macam macam video dan jualan video yang memberangsangkan.... hahaha.... takder efek pon dengan perubahan tampuk pimpinan negara Amerika Syarikat..... hahaha.....

Ker gua nak kena bagi banyak lagi sample.... hahahaha

P/S : Jangan gatai-gatai pi tanya Lebai Google nama-nama diatas... gua takmo dikaitkan dengan tindakan lu orang yang gatai pi tanya Lebai Google.... hahahaha

28 April 2013

Rakyat Nasihat Mahathir Mohamed 'Balik India'

Bhai..... Kalu tanya 10 orang golongan muda yang berjiwa merdeka dan berfikiran terbuka di Malaysia la nih.... golongan muda yang warganegara.... golongan muda yang celik patriotismanya... golongan muda yang faham apa kepentingan politik dan siasah di Malaysia.... pastinya 9 daripada mereka akan memberikan nasihat begini...

Rakyat nasihat Mahathir Mohamed 'Balik India' .... hahahaha .... ataupun 'Balik Kerala' lar...

Betul... semua orang akan nasihat Mahathir Mohamed... sebelum lagi banyak lawak merapu yang Mahathir Mohamed buat... sebelum lagi banyak nyanyuk Mahathir Mohamed buat.... sebelum Mahathir Mohamed memalukan diri dier.... rakyat nasihatkan Mahathir Mohamed sila 'balik india' ....

Hahahaha...... amacam... ader stuju???

Dan ini nasihat baek punya dari gua buat cybertroopers UMNO/BN ..... hahaha...

Ceramah Kempen PRU13 oleh Husam Musa di Putrajaya (26 April 2013)


Mahathir nasihat Husam 'balik Kelantan'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, yang juga anggota exco dalam kerajaan sementara PAS di Kelantan, sepatutnya menyelesaikan masalah negeri berkenaan sebelum menjadi calon di pusat pentadbiran negara itu.

"Sehingga itu, duduk diam-diam di Kelantan. Itu tempat anda. Perbaiki tempat anda dan contohi presint Putrajaha. Bina pejabat yang baik dan rumah untuk orang tempatan yang bekerja dalam sektor awam,” kata Mahathir.

Selepas itu, barulah Husam boleh memohon untuk bekerja di Putrajaya dan naik pangkat sedikit demi sedikit, kata Mahathir lagi dalam satu ceramah ketika berkempen untuk penyandang kerusi tersebut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,734 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Pada masa itu, Putrajaya menjadi kawasan parlimen paling kecil dengan hanya 6,608 voters. Ia amat ketara berbanding kawasan Kapar yang merupakan kawasan parlimen terbesar dengan 144,369 pengundi. Pengundi Putrajaya kini berjumlah 15, 798 orang, meningkat kepada hampir 140 peratus yang kebanyakannya merupakan penjawat awam.

Oleh yang demikian, golongan berkenaan, dan juga kawasan Putrajaya secara umumnya dianggap sebagai kawasan penyokong BN.

Dalam ceramah di Putrajaya itu, Mahathir juga membandingkan negeri Kelantan, yang diberi nama jolokan Serambi Mekah, dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur yang menurutnya dicemburui masyarakat Islam dunia. Mahathir seterusnya mempersoalkan sama ada Kelantan layak digelar negeri Serambi Mekah sedangkan bekalan air di negeri tersebut “tidak boleh diminum”.

Dalam ucapannya kepada 1,000 orang itu, Mahathir juga menggesa agar pengundi memastikan Husam tewas dalam pilihan raya umum 5 Mei. Majlis itu berlangsung susulan kehadiran lebih 6,000 orang di ceramah yang turut disertai Husam dan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Jumaat malam lalu.

23 April 2013

Logo Terkini Barisan Nasional

Bhai/DeeDee sekalian.... sekarang nih zaman millenium.... zaman moden... zaman digital... zaman internet.... zaman teknologi..... zaman dimana semuanya guna sistem metrik.... walaupun sistem imperial masih jugak digunakan sebagai akademik (cuma disesetengah negara sahaja digunakan secara undang-undang)...

Jadi... penggunaan KATI @ DACING sudah tidak releven... sebab banyak unsur menipu padanya... mudah sangat peniaga menipu sukatan dan timbangan.... jadi memang wajarlah DACING ini ditukarkan.. tambah pulak dengan implementasi sistem metrik...

Susah la nak jumpa timbang KATI @ DACING nih... banyak mengarut jer pakai benda nih... so... aper tunggu lagi.... berubahlah..... ubahlah.... jangan ketinggalan dan diperbodohkan oleh golongan kapitalis dan bangsat nih .... cukup lah selama 56 tahun guna timbang KATI @ DACING nih.... buang semuanyer.... campakkan ketepi... jangan memalukan negara Malaysia yang nak jadi negara maju nih....

Berubahlah.... Ubahlah.... Ini Kali lah....


Jangan buat malu anak cucu..... hahahaha

Zambry Kadeer Sudah Mula Tibai Najib Razak?

Bhai.... terkejut gua baca artikel kat Sinar Harian nih.... aper citer nih... aderkah "dalam hati ader taman" buat Zambry Kadeer.... Nampak macam "Marah Anak Sindir Menantu" jer.... hahahah .. tak aper... elok sangat la tue... memang itu yang sepatutnya.... mungkin lepas nih kiter akan dengar statement yang lebih direct to the point dari Zambry Kadeer nih...

Gua tau yang dier nih ader skit pendidikan agama... jadi tak terkejut kalu dier pon makin jelek dengan UMNO/BN.... harapnyer akan ader perubahan pada diri dier... sebab gua rasa "ader taman dalam hati" dier.... tak gitue Zambry ooi.... hehehe

Aper-aper pon... statement "Marah Anak Sindir Menantu" nih... memang yang terbaek.... hahaha....


19 January 2013

Rakyat Sarawak Perlu Buka Mata

Bhai... Kepada semua saudara kita di Sarawak... Nih gua nak nasihatkan lu orang... Ini kali lah... Ini kali lah lu orang kena buat satu keputusan yang drastik... Lu orang sumer kena kuar dari kepompong.... Lu orang sumer kena kuar dari penipuan...

Selama lebih 38 tahun lu orang sudah kena tipu... Selama 38 tahun lu oranv sudah kena rompak... Selama 38 tahun lu orang sudah kena perdajal... Ini kali lah lu orang kena amik tindakan... Kena UBAH... Kalu tidak... Alamat sampai biler la lu orang kena kencing...

Hasil bumi Sarawak hebat... Banyak... Kalu dikira duit royalti minyak dan gas ... Sure lu orang kat Sarawak dah ader jalinan jalanraya dan kemudahan infrastruktur yang paling terbaek... Patutnya lu orang dah lama ader highway tiga lorong sehala dari Kuching sampai ker Limbang...

Patutnya lu orang dah ader jalinan jalan keretapi dengan kemudahan keretapi laju dari Kuching sampailah ke Kota Kinabalu... Patutnya lu orang sumer dah ader kemudahan elektrik 24jam dan kemudahan air bersih melalui jalinan paip-paip bekalan yang hebat...

Tapi... Itu sumer mimpi... Dan akan kenal mimpi kalu lu orang takmo bertindak... Lu orang kena amik tindakan drastik kali nih... Lu orang kena undi Pakatan Rakyat... Lu orang kena tolak Barisan Nasional yang dah menipu lu orang selama 38 tahun... Ini kali lah lu orang kena kasi ajar sama itu Barisan Nasional dan Taib Mahmud...

Kasi buang BN dari Sarawak... Ini kali lah...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1