Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

15 July 2023

Cerita Kelapa

Bhai/DeeDee semua...

Kelapa ... yer Kelapa.... apalah sangat dengan kelapa... Banyak orang berpandangan begitu.. Tapi mereka lupa bahawa Kepada itu adalah pohon 1000 kegunaan... Dari daunnya, dari pelepahnya, dari lidinya, dari isinya, dari airnya, dari sabutnya, dari batangnya ... cukup banyak kegunaan...

Fiber yang datangnya dari sabut kelapa boleh buat banyak benda... sebagai campuran dalam pembuatan jalanraya sampailah kepada pembuatan jaket kalis peluru...

Tapi itulah... Kerajaan (tak kira mana satu pun) tetap memandang sepi industri kelapa nih... Walhalnya boleh saja digembeling untuk menjana pendapatan negara... Pokok kelapa jarang sakit.... kurang makhluk perosak...  buah kelapa mumbang pon boleh menjadi pendapatan dari sabutnya.... Huhuhu..

Payah...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kelapa / Nyiur


25 December 2022

Apa Dah Jadi Dengan Malaysia Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Gua pernah terbaca dulu... satu ucapan yang mengatakan sebegini...

"Kepapaan dan kemiskinan boleh menjadi punca kesesatan dan kebinasaan"

Dan gua percaya sesangat... bilamana orang dalam keadaan terdesak (tak kisah lah atas apa isu sekalipun) ... mereka akan mampu berbuat sesuatu yang mungkin menyalahi undang-undang dan norma kehidupan bermasyarakat... 

Sebab itulah dalam Islam... ujudnya zakat, wakaf, infaq, baitulmal, sadaqah dan dan pelbagai lagi mekanisma..... keluarga, masyarakat dan pemerintah sewajarnya mengambil berat akan isu ini.... jangan sampai benda macam dibawah nih terjadi...

Allahuakbar...


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, suspek yang bersenjatakan pisau telah melarikan wang tunai RM197 dan tiga kotak rokok.

Menurutnya, tidak sampai lima jam melakukan jenayah tersebut, suspek yang berusia 32 tahun berjaya dicekup sepasukan polis dari cawangan Siasatan Khas D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Melaka Tengah.

“Suspek yang tidak bekerja dipercayai mengaburi perbuatannya dengan mempergunakan anaknya yang juga OKU lembam untuk melakukan jenayah tersebut.

“Ekoran penahanan lelaki itu, polis menemui semula wang tunai RM187, sekotak rokok dan pakaian yang digunakan dalam kejadian tersebut,”

21 December 2021

Makin Kuca Lana

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua nampak tak ketahuan berlaku pada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Ismail Sabri adalah tindakan para Menteri yang makin kuca lana... Kelam kabut dan dah tak tahu macam-mana nak kendalikan bencana...

Sampaikan ader yang melancarkan kempen bantuan banjir pun dibuat di hotel dalam majlis makan-makan yang dilihat mewah...

Gila betul...

Tak pernah dibuat orang sebelum nih tak kira la zaman PM1 sampailah PM6 dibuat orang lancarkan kempen bantuan banjir dalam Hotel pada majlis makan-makan .... giler ker apa... Pelik aaa Rina Harun nih.... look bangang.... Timbalan Menteri dier yang dari PAS pon sama bangangnya... takkan tak boleh nak nasihat???

Giler aaa ... Yang lagi giler aderlah bagi sumbangan Thermomix tue... Hahahaha ... gempak giler...




20 May 2013

Siapa Mereka Ini?

Bhai..... mereka kata mereka pejuang .... mereka kata mereka pejuang golongan mustad'afin... mereka kata mereka pejuang ekonomi.... mereka kata mereka pejuang negara.... mereka kata mereka pejuang bangsa ..... tapi.... tapi.... siapa mereka ini???
  1. Jika mereka pejuang.... mesti sepatutnya merekalah yang terkedepan...
  2. Jika mereka pejuang.... mesti sepatutnya merekalah yang prihatin masalah golongan mustad'afin...
  3. Jika mereka pejuang.... mesti sepatutnya merekalah yang prihatin masalah ekonomi...
  4. Jika mereka pejuang.... mesti sepatutnya merekalah yang prihatin masalah negara...
  5. Jika mereka pejuang.... mesti sepatutnya merekalah yang prihatin masalah bangsa...
Tapi.... tapi bila mereka kecapi sedikit kejayaan ... bila mereka kecapi sedikit kemenangan.... bila mereka kecapi sedikit kekuasaan.... bila mereka kecapi sedikit penghormatan... 

Mereka lupa.... mereka berpaling.... mereka berdusta.... mereka khianat.... 

Dan ..... mereka juga kini memandang serong kepada masalah rakyat... memandang serong kepada masalah hak.... memandang serong kepada apa sahaja yang dibuat oleh golongan mustad'afin  .... malah ada makin ramai dikalangan mereka makin kuat mengeluarkan kenyataan menghina perjuangan golongan mustad'afin ....

Hebat mereka nih..... hebat sungguh lar...

Jangan di lupa..... bila dalam perjuangan..... mereka-mereka ini tidak pernah berada di saf pertama berjuang menegakkan yang haq.... tidak pernah dipukul dibelasah... tidak pernah dihujani air berasid dan gas yang memeritkan....  tetapi merekalah yang selalu mengambil laba atas perjuangan golongan mustad'afin....

Mereka kata mereka tahu masalah golongan mustad'afin... tapi sebenarnya mereka menipu.... demi secebis kuasa.....

Kini mereka mendapat kuasa.... 

Dan juga...... mendapat maki hamun dari golongan mustad'afin....  Tunggulah balasan dari golongan mustad'afin.... kami tidak lupa... kami tunggu masa dan ketika.... akan kami pastikan mereka-mereka ini tersungkur menyembah bumi.... 

Jangan terkejut.... Allah Taala lebih menerima doa golongan mustad'afin ... diwaktu pagi, diwaktu petang dan diwaktu malam... Maha Suci Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat...

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...

P/S : You know lar what I mean... and who's I mean .... right?? ..... Hahaha...

10 May 2013

Pasca PRU13 (Satu Analisis)

Bhai.... sekali lagi gua terpaksa untuk menulis dalam ayat skema SPM dan STPM.... hahaha... hampeh betul lar... hahaha... ini bagi memudahkan sesiapa yang nak buat assignment .... hahaha okeh...

PRU13 adalah merupakan satu pertembungan kuasa poitik yang berlingkar dari golongan tua dan golongan muda. Golongan tua seakan sudah mangli dengan keselesaan pentadbiran kerajaan yang sedia ada walaupun mereka tahu budaya rasuah dan salahguna kuasa amatlah meruncing serta sukar dibendung. Ini kerana penyakit rasuah dan salahguna kuasa ini bukan sahaja melibatkan pegawai kecil tetapi ianya juga melibatkan pucuk pimpinan negara.

Bagi golongan muda, mereka melihat bahawa sudah sampai masanya semua ini diubah jika ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berjaya dan boleh bersaing diperingkat global. Dalam usaha mendepani masa depan yang agak sengit persaingannya, Malaysia perlulah membuang budaya rasuah, ugut dan salahguna kuasa.

Peratusan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi juga telah meningkat dengan banyaknya semenjak letusan akademik di Malaysia bermula pada tahun 1970'an. Masyarakat di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi sebuah masyarakat yang moden dan berdaya saing. Isu berkaitan dengan perkauman seakan cuba dilupakan demi untuk memastikan bahawa konsep "Anak Bangsa Malaysia" diterima dan digunapakai.

Pada kemuncak kempen PRU13, ujud beberapa gerakan yang cuba mencetuskan sentimen perkauman yang agak kritikal disana sini yang diusahakan oleh UMNO sama ada secara terus mahupun melalui unit siber yang mereka miliki. Gerakan menghasut isu perkauman ini tidak dapat bergerak jauh kerana disekat oleh satu gelombang anak-anak muda berbilang kaum yang sama-sama menunjukkan kecenderungan untuk menghapuskan isu perkauman.

Pihak keselamatan terutamanya PDRM seakan membiarkan sahaja isu perkauman ini dicanang dan disuarakan oleh UMNO tanpa ada sekatan mahupun halangan. Ianya telah menimbulkan persoalan sama ada pihak UMNO sememangnya mendapat restu daripada PDRM ataupun PDRM sebenarnya dikuasai oleh UMNO.


Pasca PRU13 kita dapat lihat beberapa usaha UMNO untuk menghasut orang Melayu bangkit mempertahankan hak dan kuasa Melayu cuba dilakukan secara sistematik dengan bantuan media cetak seperti Utusan Malaysia dan media elektronik seperti TV3. Kempen menghasut secara terang-terangan ini nampaknya dibiarkan sahaja oleh PDRM walaupun terdapatnya Akta Hasutan. Alasan yang diberikan adalah seperti kononnya tiada pihak yang telah membuat laporan Polis berkaitan perkara ini. Jika tiada laporan maknanya tiada tindakan boleh diambil. Malah Mahathir Mohamed sebagai bekas Perdana Menteri juga terlibat dalam usaha menghasut isu perkauman setiap kali sesi ceramah politiknya.

Kini setelah hampir seminggu PRU13 selesai, saya dapati kempen menghasut isu perkauman ini semakin rancak dan ianya adalah satu perkara yang bahaya. Ianya ditambah lagi dengan adanya peperangan dalaman dalam setiap parti politik kerana masing-masing mahukan jawatan dan kuasa dalam Parti mahupun dalam pentadbiran kerajaan.

Dan biasanya jika ada peperangan didalam parti, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat marhaen. Rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kadangkala kais pagi langsung tidak mendapat apa-apa hasil..

Rakyat marhaen ini mengundi calon-calon yang menjadi kaya dan senang atas pangkat dan jawatan yang mereka dapat, namun akhirnya melupakan nasib rakyat marhaen ini...

Apa yang pastu PRU13 telah menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamed sudah tidak relevan dalam dunia politik hari ini, dimana setiap hujah dan komennya tidak lagi berpaksi kepada Malaysia Moden. Idea-ideanya ketinggalan zaman. Malah kempen yang dilakukan oleh Mahathir Mohamed sebagai membantu Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam dan Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas telah ditolak oleh masyarakat setempat.

Adalah wajar seorang negarawan ulung negara seperti Mahathir Mohammed berhenti dari berpolitik dan menghabiskan masa-masa akhir hidupnya dengan berbakti dan beribadat kepada Allah Taala.

Fikirlah dengan akal yang matang dan bersih.
Sekian Terima kasih,

Hahaha.... amacam.... ader gaya tak gua punya artikel dalam bahasa skema SPM dan STPM nih.... hahaha... kalu ader salah nahu atau tatabahasa... sila bagitau..... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1