Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label Pekerjaan. Show all posts

26 November 2023

Kementerian Sumber Manusia Salah Tumpuan

Bhai/DeeDee semua...

Kementerian Sumber Manusia nih dah salah tumpuan... Yang sepatutnya lebih dibantu adalah warganegara tempatan... Rakyat Malaysia yang terabai tidak dapat pekerjaan.... Sama ada setelah diberhentikan kerja akibat masalah majikan... atau atas sebab-sebab ekonomi yang lain...

Ini yang sepatutnya KSM buat... 

Warga Asing yang terabai takder pekerjaan... antar jer balik ke negara mereka... Malaysia kena dahulukan beri pekerjaan kepada warganegara terlebih dahulu...

Ini tidak.... adoilah... Huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Salah Tumpuan


22 August 2023

Realiti Hidup

Bhai/DeeDee semua...

Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita sejak zaman berzaman... sejak sebelum dari zaman Kerajaan lama Langkasuka, Pan Pan, Chih Tu, Gelanggi dan Gangga Negara...

Sebab itu la Malaysia jadi macam nih... tak dapat nak jadi negara maju... Huhuhu... segalanya kena ader kabel dan kroni even sampai ke isu politik pon sama.... Adoilah

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 




01 June 2023

Semuanya Berkenaan Dengan Polisi

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah tulis tadi tentang benda nih... Semua masalah bukan sebab isu buruh dan kos tinggi... tapi masalahnya dekat polisi... Polisi yang Kerajaan Malaysia dah lama buat.. satu polisi yang bodoh...

Kalu gua la yang jadi pemilik syarikat.....

Pastinya gua akan pindahkan operasi kat mana buruh berada.... contoh... dah lama kat Malaysia nih kilang amik pekerja vietnam.... Kilang Seagate... Kilang Western Digital... banyak kilang elektronik yang amik pekerja kilang dari bangsa Vietnam....

La nih.... kalu gua bukak kilang di Vietnam... gua dapat semua keperluan buruh mahir yang gua nak... semuanya dah ready... dilatih di Malaysia... dan kini depa semua balik ke Vietnam... 

Sebab apa... sebab polisi Kerajaan Malaysia dulu yang membenarkan kilang ambil pekerja asing sampai 90% ..... sebab itu la... sejak dari PM4 lagi..... kebodohan yang tegar.... Sekarang nak repair dah teruk... Anwar Ibrahim maybe takkan mampu nak kekalkan pelaburan asing ni kat Malaysia...

dan selagi polisi ini kekal ader dalam sistem pemburuhan di Malaysia... selagi itulah satu demi satu kilang akan berpindah ke negara lain...

Babai Malaysia...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sudah terlambat


07 May 2023

Kesan Penggunaan Pekerja Asing Dalam Industri Perkilangan Di Malaysia

Industri perkilangan merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Industri ini menyumbang kepada ekonomi Malaysia melalui penghasilan produk yang berkualiti tinggi dan juga peluang pekerjaan yang tersedia untuk rakyat Malaysia. Namun, dalam beberapa tahun terakhir, industri perkilangan di Malaysia telah melibatkan pekerja asing untuk memenuhi kekurangan tenaga kerja. Keprihatinan mengenai kesan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia semakin meningkat kerana wujud kebimbangan bahawa terdapat impak negatif pada ekonomi dan juga masyarakat.

Kesan penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia boleh dilihat dari beberapa aspek. Di antaranya termasuklah:

Kesan sosial dan budaya
Keberadaan pekerja asing di dalam industri perkilangan telah memberikan kesan sosial dan budaya yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Budaya, tradisi dan bahasa telah terjejas kerana pekerja asing cenderung untuk berkumpul dan mempertahankan budaya mereka sendiri. Ini mempunyai kesan negatif terhadap integrasi sosial dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

Kesan ekonomi
Pekerja asing dalam industri perkilangan boleh menjejaskan ekonomi negara. Walaupun pekerja asing membantu mengurangkan kos tenaga kerja, mereka seringkali mendapat gaji yang lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Ini bermaksud bahawa industri perkilangan dapat mempunyai keuntungan yang lebih besar, tetapi rakyat Malaysia tidak dapat menikmati keuntungan tersebut. Pekerja asing biasanya akan membuat pengaliran matawang negara ke luar negara dengan skala besar. Dalam banyak keadaan mereka menghantar lebih 80% daripada pendapatan mereka yang diterima.

Kesan pekerjaan
Keupayaan pekerja asing untuk menerima gaji yang lebih rendah dapat mengancam keberadaan pekerja tempatan. Industri perkilangan cenderung memilih pekerja asing kerana kos yang lebih rendah, dan ini boleh menjejaskan peluang kerja bagi rakyat Malaysia. Dalam jangka panjang, ini boleh mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, dan juga memperlemah ekonomi negara. Malah terdapat cadangan diperingkat dasar yang menganjurkan agar pihak industri dalam bidang ekspot dibenarkan menggunakan 100% pekerja asing dalam operasinya. Ini secara tidak langsung seakan menutup peluang untuk warganegara mendapatkan pekerjaan.

Kesan keselamatan dan kesihatan
Industri perkilangan memerlukan tenaga kerja yang cekap dan mahir untuk menjalankan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran khusus. Pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi mungkin boleh mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja lain di tempat kerja. Ini boleh membawa kesan yang serius terhadap produktiviti dan prestasi industri perkilangan.

Kesan kualiti produk
Kualiti produk dalam industri perkilangan sangat penting untuk memastikan reputasi industri yang baik dan menjaga kepuasan pelanggan. Pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi boleh mengancam kualiti produk yang dihasilkan. Ini boleh membawa kesan negatif terhadap industri perkilangan dan mempengaruhi daya saing Malaysia dalam pasaran global.

Akhir kata, penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia adalah suatu perkara yang kompleks. Walaupun terdapat banyak kesan negatif pekerja asing di industri perkilangan dalam banyak perkara, terdapat juga kesan positif yang perlu diambil kira. Penting untuk mempertimbangkan kedua-dua impak positif dan negatif sebelum membuat keputusan mengenai penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ




15 March 2023

Ketirisan Paling Kritikal

Bhai/DeeDee semua...

Dah lama dah gua suarakan benda nih... Dah banyak kali gua bawak cerita nih... dan dengan banyak pihak dah gua sampai benda nih.... Tapi itu la...

Pekerja Asing yang berpermit punya la ramai di Malaysia... dan diorang takder langsung sekatan untuk hantar berapa banyak pun pendapatan mereka di Malaysia balik ke kampung halaman dan negara mereka.... Langsung takder limit... nak hantar 100% pon boleh...

Itu yang berpermit... yang masuk secara haram... yang PATI ... sama la boleh hantar seberapa banyak pun... 

Sudah lah mereka hidup di Malaysia nih menggunapakai semua subsidi yang ada... subsidi bahan bakar.. subsidi barang makan.. segala-gala disubsidi... elektrik dan air pun ikut harga rakyat tempatan.... belum lagi naik bas naik teksi atau naik e-hailing.... mereka sama macam rakyat tempatan... satu cukai pon tak dibayar... haramjadah betul...

Itu yang ketirisan banyak dana negara nih... ketirisan paling kritikal... Huhuhuhu

Kerajaan kena amik cakna dan buat tindakan penting... sekat penghantaran keluar duit kita... limitkan penghantaran... kenakan cukai atas penghantaran duit ke luar negara oleh syarikat-syarikat penghantar wang macam Merchant Trade dan sebagainya tue.... kena setkan limit penghantaran ikut nombor paspot bagi setiap bulan...

Bagi syarikat yang menggajikan pekerja asing... kutip terus cukai khas dari gaji pekerja asing tue... Majikan kena bayar automatik masuk dalam tabung khas nih... kenakan denda kepada majikan yang culas dan degil...

Rugi banyak Malaysia


25 December 2022

Apa Dah Jadi Dengan Malaysia Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Gua pernah terbaca dulu... satu ucapan yang mengatakan sebegini...

"Kepapaan dan kemiskinan boleh menjadi punca kesesatan dan kebinasaan"

Dan gua percaya sesangat... bilamana orang dalam keadaan terdesak (tak kisah lah atas apa isu sekalipun) ... mereka akan mampu berbuat sesuatu yang mungkin menyalahi undang-undang dan norma kehidupan bermasyarakat... 

Sebab itulah dalam Islam... ujudnya zakat, wakaf, infaq, baitulmal, sadaqah dan dan pelbagai lagi mekanisma..... keluarga, masyarakat dan pemerintah sewajarnya mengambil berat akan isu ini.... jangan sampai benda macam dibawah nih terjadi...

Allahuakbar...


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, suspek yang bersenjatakan pisau telah melarikan wang tunai RM197 dan tiga kotak rokok.

Menurutnya, tidak sampai lima jam melakukan jenayah tersebut, suspek yang berusia 32 tahun berjaya dicekup sepasukan polis dari cawangan Siasatan Khas D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Melaka Tengah.

“Suspek yang tidak bekerja dipercayai mengaburi perbuatannya dengan mempergunakan anaknya yang juga OKU lembam untuk melakukan jenayah tersebut.

“Ekoran penahanan lelaki itu, polis menemui semula wang tunai RM187, sekotak rokok dan pakaian yang digunakan dalam kejadian tersebut,”

24 June 2022

Rakyat Malaysia Pulak Akan Jadi Buruh Kasar Di Indonesia

Bhai/DeeDee semua...

Menjelang 2024, dijangkakan akan berlakulah ramai rakyat Malaysia berhijrah bekerja dan menjadi buruh kasar di Indonesia...  Bukan sebab bayaran disana lebih bagoosh.. tapi pasai peluang kerja yang banyak..


Takkan la rakyat Sabah dan Sarawak nak terus carik pekerjaan yang tiada di sana... mereka tentunya akan mencari pekerjaan di Borneo... di ibu negara baru Indonesia... yang mana menjanjikan ada kerja bagi yang mahu mencari pekerjaan...

Kerajaan Malaysia? Masih leka dan lena.



03 January 2022

Terengganu Setanding Bangladesh?

Bhai/DeeDee semua...

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad nih tak beragak bagi komen... Hahaha... macam mana la Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad boleh samakan Terengganu dengan Bangladesh.. Boleh kata Terengganu setanding Bangladesh... bilamana Terengganu telah mengekspot tenaga pekerja mereka ke negeri lain.. seperti mana apa yang Bangladesh lakukan.

Kena ingat satu la.... Bila PAS Terengganu meletakkan tawaran peluang 20 ribu pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu dalam Manifesto Pilihanraya mereka... sepatutnya ianya mestilah mencerminkan peluang pekerjaan di Negeri Terengganu... bukan kat tempat lain... tapi biasa la... kalu ikut cakap Mahathir Mohamed... Manifesto adalah bukan kitab suci... Hahaha... jadi itu yang PAS Terengganu ejast 20 ribu peluang pekerjaan itu ke Negeri lain... Hahaha...

Itulah caranya nak elakkan pengangguran... lambakkan kat Negeri lain... jadi nampak la negeri macam bagoosh... walhal tak naik apa pun pembangunan sumber manusia di negeri itu sendiri... Ini dah diamalkan oleh PAS Kelantan buat sekian lama... lebih 30 tahun.... bilamana tiada peluang pekerjaan di Kelantan... maka terpaksa la rakyat mencari rejeki di negeri lain... menyemak di negeri lain... sampai membawa budaya dan perangai buruk ke negeri lain...

Bukan tak biasa kita dengar kes-kes jenayah yang berlaku di negeri lain.. bila kita semak identiti pesalah... kita akan dapati pesalah ini datang dari Kelantan atau Terengganu.... Banyak sangat dah...

Patutnya .... semua pesalah dari negeri berbeza ini... once melakukan jenayah... kita hantar mereka balik menjalani hukuman dan mereput di negeri asal mereka... biar kos pengendalian jenayah mereka dikendalikan oleh negeri asal mereka... contohnya ... penjara adalah dibawah kos negeri.... jadi masa itu baru la boleh kita nampak dengan jelas negeri mana paling ramai penjenayah tegar... supaya ada akai sikit pemerintah negeri tersebut...

Amacam??

Jangan la ekspot masalah ke negeri lain... setelkan masalah ko dalam negeri ko sahaja...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1