Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

30 December 2023

Bomoh Akan Kenakan SST

Bhai/DeeDee semua...

Lepas nih lu orang jangan marah la... Jumpa bomoh ka... jumpa dukun ka... jumpa tabib ka... sure korang akan dikenakan caj SST.... Hahahha....

Masak ooo.... pi berurut, pi berbekam.. pi akupuntur pun kena SST.... hahahaha...

Silap-silap deal ngan Bomoh Santau pun kena SST... jangan main-main aaa... Jabatan Kastam dan Kementerian Kewangan akan carik dan pantau.... Hahahaha

Nasib la korang...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Santau Pun Kena Caj SST


16 November 2023

Paling Tepat - Kera Di Hutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan

Bhai/DeeDee semua...

Dari dulu lagi gua kurang bersetuju dengan kita melebihkan beri bantuan sana sini... tapi warganegara sendiri serupa peminta sedekah.... bantuan di Malaysia pun hancuss... lagi nak tunjuk hebat bantu negara luar...

Rakyat sendiri pun ramai yang tak dapat akses kepada pendidikan yang teratur, sempurna dan kos rendah termasuklah biasiswa dan bantuan .... tapi boleh pula berabis untuk warga asing... tak kira atas status solidariti ka apa ka...

Sebagai kerajaan... dahulukan la anak bangsa...  itu tanggungjawab korang...
Sebagai NGO kesihatan... dahulukan kemudahan kesihatan untuk rakyat warganegara dulu... baru pi bantu negara luar...

Prioriti kena betul.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Jangan Salah Prioriti


01 October 2023

Uzur Sangat Dah Kemudahan Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua...

Banyah dah kemudahan yang uzur... Teruk sangat... sampai membahayakan keselamatan murid dan guru... Adoilah... 

Patut pihak berwajib sentiasa pantau dan ganti apa yang perlu.... Tak perlu tunggu peruntukan atau bajet menyeluruh baru nak buat.... 

Huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



15 June 2023

Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Bhai/DeeDee semua...

Ini agenda celaka... Ini agenda secara halus nak menekan rakyat... Konon... golongan kaya mempergunakan perkhidmatan kesihatan awam untuk kepentingan depa...

Wei... gila apa... dah lama dah golongan kaya pi guna hospital swasta la... Dah lama geng berduit guna medical card apa bagai untuk dapatkan khidmat perubatan di Hospital Swasta... Depa taknak beratur bagai... depa boleh bayar semuanya... M40 pon ramai yang guna Hospital Swasta... tak payah sembang la T20 ka apa ka... depa semua tu amik insuran kesihatan la...

Taktik kertas putih ker apa jadah nih sebenarnya adalah agenda nak menarik subsidi kesihatan dari kalangan rakyat... Ini agenda halus.... Nampak macam bagoosh kononnya la... 

Ingat rakyat bodoh ka??? Dah jadi kerajaan... satu demi satu kemudahan untuk rakyat nak ditarik balik... ajer bajang .... hampeh betul la Kerajaan Madani nih..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Cara halus nak tarik hak rakyat




05 January 2023

Tak Berbaloi

Bhai/DeeDee semua...

Ada pro dan cons terhadap isu nih... Satu part ialah berkenaan dengan cover-up mengenai isu kesihatan Najib Razak (kes mengelat ngan mengelak takmo masuk penjara tue) dan yang kedua adalah isu dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat...

Seingat gua... tiada kata-kata kesat yang dikeluarkan ... cuma sekadar perkataan biasa jer... tapi yer la.. bila terkait dengan anak dan orang VIP nih... walaupun engkau berada di pihak yang benar sekali pun... tetap engkau akan diperlihatkan bersalah....

Biasa la.... dan gua tak terkejut pun bila pengakhiran kes nih jadi camnie... memang tak berbaloi pon... sebab kat Malaysia nih... once ko dapat status VIP atau VVIP .. ko dan keluarga ko akan menjadi seumpama Dewa Kayangan... tiada bersalah.. tiada dosa... sentiasa sempurna dan sentiasa betul... 

Malah sesiapa yang mempertikaikan kedudukan ko sebagai VIP atau VVIP pulak akan dicarikan segala macam kesalahan dan dosa....

Hahaha... Semoga Allah Taala membalas atas segala ketidakadilan nih...

p/s... Sampai hari nih takder bukti yang Najib Razak benar-benar ditahan didalam sel penjara... Maaf lah sebab gua tak percaya dia ditahan disana...





Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

“Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya.

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik pegawai berkenaan, di akaun Twitternya mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung rekod kesihatan bapanya dan turut meninggalkan kata-kata kesat.

Sebelum itu, difahamkan Nooryana Najwa mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.

29 December 2022

Apa Isu Sebenarnya Di HTAR?

Bhai/DeeDee semua..

Dulu gua tinggal agak lama di Shah Alam... Duduk di Seksyen 7 dan kemudiannya di TTDI Jaya... Lebih 10 tahun.... jadi gua rasa gua boleh bagi komen tentang apa isu sebenarnya di HTAR...

Masa zaman gua nih... Takder lagi Hospital Kerajaan di Shah Alam... paling dekat Hospital Kerajaan cuma ader di Klang, Sg Buluh dan di Universiti Malaya... Walhal penduduk kawasan nih cukup ramai.... bayangkanlah....

So apa option yang ada buat penduduk Shah Alam... terpaksalah ke Klang (itu paling dekat) ... Sg Buloh pun agak jauh juga kalu korang amik jarak perjalanan dari tengah Shah Alam... Penduduk ramai... itu belum masuk yang memang dari Klang, Pandamaran, Port Klang dan Meru... 

Jadi memang ramai orang dikawasan nih... dan semua tertumpu di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang... pernah gua perasan... di kawasan bersalin.... ibu-ibu hanya diletakkan dalam stretcher jer... sebab katil tak cukup... staff pun tak cukup... adoilah....

Kalu lu nak pi Jabatan Pesakit Luar... lagi naya... masak menunggu.... huhuhu... queue time memang mengarut... bilangan doktor berbanding jumlah pesakit pun tak berapa nak tally.... huhuhu

Gua ingat lagi.... masa gua bawak anak sulung gua secara mingguan di Hospital Universiti Malaya atas rutin "Hips Dislocation"... masuk nama pukul 8 pagi... pukul 2.30 petang pun belum tentu dapat jumpa doktor pakar... Itu HUM ... bayangkan kalu di HTAR ... masak aaa

Nak selesaikannya mudah jer... Bukak lagi satu Hospital Kerajaan (Awam) di Meru contohnya... atau pun di Bandar Sultan Sulaiman.... InsyaAllah .... kesesakan di HTAR dapat dikurangkan.... Nak lagi bagoosh.... buat Hospital baru tue boleh handle 300 katil .... makna kata ianya akan punyai Jabatan Pesakit Luar yang lebih besar.... amacam??

Dengan ketirisan yang dah banyak dalam beberapa projek kerajaan sebelum nih.... patut dah boleh buat dua tiga buah hospital baru...

Hospital baru 300 katil cuma perlu modal sebanyak RM600 juta jer.... Aper ader hal...


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membuat kunjungan mengejut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor, malam tadi.

Berpakaian kasual dan berpelitup muka, dia duduk berbual dengan sejumlah pesakit yang sedang menunggu rawatan di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

Kunjungan itu dibuat tanpa memaklumkan kepada pihak hospital terlebih dulu.

Menurut seorang pegawainya, Zaliha hadir untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang perkhidmatan di situ terutama isu waktu menunggu yang lama di jabatan kecemasan.

Zaliha bukanlah menteri pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang melakukan kunjungan mengejut di kemudahan di bawah kementeriannya.

25 December 2022

Apa Dah Jadi Dengan Malaysia Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Gua pernah terbaca dulu... satu ucapan yang mengatakan sebegini...

"Kepapaan dan kemiskinan boleh menjadi punca kesesatan dan kebinasaan"

Dan gua percaya sesangat... bilamana orang dalam keadaan terdesak (tak kisah lah atas apa isu sekalipun) ... mereka akan mampu berbuat sesuatu yang mungkin menyalahi undang-undang dan norma kehidupan bermasyarakat... 

Sebab itulah dalam Islam... ujudnya zakat, wakaf, infaq, baitulmal, sadaqah dan dan pelbagai lagi mekanisma..... keluarga, masyarakat dan pemerintah sewajarnya mengambil berat akan isu ini.... jangan sampai benda macam dibawah nih terjadi...

Allahuakbar...


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, suspek yang bersenjatakan pisau telah melarikan wang tunai RM197 dan tiga kotak rokok.

Menurutnya, tidak sampai lima jam melakukan jenayah tersebut, suspek yang berusia 32 tahun berjaya dicekup sepasukan polis dari cawangan Siasatan Khas D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Melaka Tengah.

“Suspek yang tidak bekerja dipercayai mengaburi perbuatannya dengan mempergunakan anaknya yang juga OKU lembam untuk melakukan jenayah tersebut.

“Ekoran penahanan lelaki itu, polis menemui semula wang tunai RM187, sekotak rokok dan pakaian yang digunakan dalam kejadian tersebut,”

Macam-Macam Persepsi ...

Bhai/DeeDee semua...

Covid-19 adalah satu wabak penyakit... Ianya memang bahaya... menyebabkan masalah pernafasan.. Betul ada ramai orang yang mengatakan bahawa Covid-19 nih sekadar hoax jer.. Ada juga yang menolak langsung semua perkara terkait Covid-19 termasuklah pemvaksinan... Malah mereka mengatakan bahawa Vaksin Covid-19 itu sebenarnya yang lebih membahayakan nyawa mereka...

Anti-Vaksin ada dimana-mana.. Bukan sahaja di negara membangun, negara mundur.... tapi juga di negara maju... Pandangan manusia ada pelbagai... macam-macam persepsi... Nak buat macam-mana... ianya seperti macam pandangan tentang parti politik... ditipu berkali-kali oleh sesuatu parti politik pun tetap juga bertegas nak mengundi dan menyokong parti politik yang itu  juga... Hahaha

Kebodohan itu kekal.. ketaksuban itu juga kekal.... Sebab itulah Syaitan berjaya... berjaya menghasut manusia.... walaupun manusia tahu syaitan itu musuhnya yang nyata....

Apa pun.. gua berharap sangat agar Kerajaan Malaysia kekal mengadakan ujian yang ketat di semua pintu masuk negara ini (darat, laut dan udara) untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dari China dan negara lain... Saringan dan penilaian serta pemantauan yang ketat perlu sentiasa dikuat-kuasakan.

Kita taknak varian baru wabak ini dari menular di sini... Kita taknak impak Covid-19 menyusahkan urusan harian masyarakat Malaysia....

Covid-19 is real ... kepada yang tak percaya kepadanya, gua harap korang tak kena la Covid-19 sehingga ketahap perlu ditidurkan.... tapi kalu itulah sesuatu yang perlu untuk menyedarkan korang... apa salahnya kan... Huhuhu...


Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19.

Imuniti rendah yang berpunca daripada kadar vaksinasi tidak meluas dan kekurangan jangkitan sebelum ini akibat dasar sifar Covid, menjadi pendorong kepada gelombang Covid-19 di China pada masa ini.

Sehingga sejuta orang dibimbangi berisiko meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut satu unjuran yang mengejutkan.

Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Sun Yang mendedahkan angka terkini itu semasa taklimat kesihatan Rabu lalu, lapor akhbar Financial Times.

Angka itu termasuk 37 juta orang yang dijangkiti Selasa lalu sahaja yang menyumbang kira-kira 2.6 peratus daripada penduduk China. Yang berkata, Covid-19 kini merebak pada kadar yang lebih cepat.

Kira-kira separuh daripada penduduk di bandar raya Beijing dan Sichuan telah pun dijangkiti, kata sumber pula.

20 December 2022

Allahuakbar.. Kasihannya ...

Bhaii/DeeDee semua...

Tragedi Batang Kali nih memang kritikal... ramai yang terlibat... ramai mangsa.... even dah sampai hari ke 5 pun masih tak jumpa lagi sembilan (9) mangsa.... Kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang melibatkan tapak perkhemahan Father's Organic Farm telah menyebabkan 24 orang maut setakat ini... dan ini adalah insiden yang terbesar di Malaysia... insiden ke 4 melibatkan mangsa yang ramai...

Apa pun... gua salute kat Agensi yang terlibat... terutamanya Bomba, PDRM, JPAM, ATM, Hospital dan banyak lagi....  Salute juga buat skuad Anjing Pengesan K9 yang bertungkus lumus cuba mengesan mangsa selama 24 jam setiap hari...

Paling sedih bila membaca berita Pengarah Bomba Selangor (Norazam Khamis) pula telah tumbang.. kerana keletihan melampau dan stroke ringan... Allahuakbar... kasihannya...

Semoga Allah Taala berikan kekuatan dan penyelesaian bagi kejadian tragedi Batang Kali nih.... dan harapnya semua mangsa dapat ditemui dengan segera....

Aamin Ya Rabb



14 May 2022

Lobai Kalu Bab Sembang ...

Bhai/DeeDee semua...

Payah kalu deal ngan lobai nih... Dier bising pasai susah nak dapat doktor perempuan handle pesakit perempuan... tapi bininya yang dulunya kerja doktor pon dier tak bagi kerja...

Bangang betul lar..



04 September 2021

Tak Ada Gaya Nak Pulih ...

Bhai/DeeDee semua...

Ini macam takder gaya la nak ader pemulihan bab Covid-19 nih... Mana taknyer... orang yang gagal 17 bulan dulu telah dilantik mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara (MPN).... Giler ker aper nih..

Memang giler aaa sapa yang melantik Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).... Dah tahu dulu dia gagal... nak lagi lantik...




12 August 2021

Makin Kelakar Malaysia Ni

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia ni dah jadi makin kelakar... Semenjak Muhyiddin Yasin mengambil alih tampuk kepimpinan negara tanpa mandat yang sah... semenjak itulah makin kelakar Malaysia ni..

Ditambah lagi dengan pengurusan kesihatan dan keselamatan yang caca marba... yang semacam ayam tiada kepala... huhuhu... memang haru biru...

Memang makin kelakar Malaysia ni...  ekonomi kacau.. merudum... 
Begitulah juga dengan Demokrasi.... sampaikan Parlimen pun dipasangkan kawat berduri... Hahaha... punya la teruk amalan Demokrasi di Malaysia... mengalahkan negara Afrika ..... hina betul lar..



11 July 2021

Brazil sudah kronik. Jumlah kematian akibat Covid-19 adalah lebih 500 ribu orang.

Bhai/DeeDee semua...

Brazil sudah kronik. Jumlah kematian akibat Covid-19 adalah lebih 500 ribu orang.

Brazil dilanda gelombang jangkitan Covid 19 baharu... angka keseluruhan dah cecah lebih 19 juta orang... Harapnya benda camnie tak jadi kat Malaysia. Kalu jadi... memang naya... Huhuhu

Ya Allah... Selamatkanlah Malaysia...

#WabakCovid #PusatPemberianVaksin #Vaksin

03 July 2021

Kesesakan Di Wad Kecemasan Akibat Salah Percaturan Kerajaan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Sebab apa perkara ni terjadi? Sebab apa? Sebab Hospital Awam tidak mencukupi di Lembah Klang. Cuba lu orang kira berapa banyak Hospital Awam di kawasan Lembah Klang berbanding Hospital Swasta. Hospital Swasta boleh berada bersebelahan antara satu sama lain dan tetap juga mendapat sambutan. Kenapa jadi begini?

Persoalannya sekarang. Dalam kes wabak macam ni... Hospital Swasta tak amik port. Semuanya dibebankan kepada Hospital Awam.

Ini sebenarnya adalah salah perancangan oleh Kerajaan Malaysia dan KKM. Patutnya bilangan Hospital Awam ini mesti mengikut nisbah bilangan penduduk dalam kawasan radius perkhidmatannya. Ini yang sepatutnya.

Tapi bukan ini yang berlaku... Polisi Kerajaan yang lebih kepada nak menguntungkan Hospital Swasta itulah yang menjadikan masalah.

#WadKecemasanSesak #HospitalAwamSesak #DoktorKontrakMogok #HartalDoktorKontrak

26 June 2021

MyEG Pulak Terlibat?

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari kecoh Presiden MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) kata ader pihak yang tidak terlibat dengan bidang perubatan terlibat menjual vaksin... Err... Ini MyEG nih pun bukan syarikat yang terlibat dalam bidang perubatan... So... macam mana cerita nih...

Lagi satu... dari dana mana MyEG nak beli 10 juta dos vaksin ni? Duit depa sendiri ka? atau diambil dari dana Kerajaan?? Satu lagi... vaksin yang ini dah diluluskan oleh NPRA ka??? Kalau dah lulus... macam mana ianya boleh lulus?? Sedangkan vaksin Sputnik-V dari Gamaleya pon NPRA tak approvedkan sampai hari ni...

Ader beza-beza ka?? Ker pasai ader syarikat vaksin yang boleh bayar komisyen... itu yang cepat lulus tue?? Hahaha... macam la kita kat Malaysia nih tak biasa tengok dan dengar... Hahaha

Aper pon... kita tahu la siapa disebalik MyEG nih.... hahahaha

#MyEG #SyarikatKroni #Rasuah

19 May 2021

Kebodohan Bukan Satu Jenayah

Bhai/DeeDee semua...

Hanya kerana ada yang bodoh, bebal dan bangang... maka ramai la yang terjangkiti dengan wabak Covid-19.... Payah nak buat kalu dah bodoh, bebal dan bangang...

Dah orang kata kalu sakit, demam atau batuk... dok la kuarantin diri sendiri... tapi takmo nak ikut... siap ada yang keluar berjalan-jalan... belum lagi yang siap pi solt berjemaah... sanggup solat dalam gelap pasai takmo kena tangkap...


Bodoh tak boleh diajar... bijak tabley diikut...

Bangang aaa...



26 January 2021

Isu Ini Bukan Isu Baru

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang sedih bila mendapat tahu bahawa ada berlaku pecah amanah berlaku dalam institusi kesihatan terutamanya Hospital awam... memang sedih... malah isu yang diutarakan bukanlah isi baru... Isu ini adalah isu yang sudah lama...

Pernah terjadi dulu ada berlaku kes yang hampir sama... barang kemas dan wang ringgit pesakit dirompak (dicuri) ketika mereka sedang menjalani rawatan atau sebagainya di hospital... Yang kali ini pulak kes barang kemas jenazah pula hilang... berkemungkinan dicuri.

Adoilah...

Petugas atau kakitangan kesihatan wajarlah amanah.. Terutama semasa mengendalikan pesakit kecemasan mahupun jenazah.. jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga...

Jangan sampai perkara macam ni berlaku lagi... kita tak mahu imej institusi kesihatan menjadi buruk akibat dari tangan-tangan staff yang tidak amanah... Tolonglah.



15 January 2021

Syarikat Insuran / Takaful Pasti Akan Mengelat

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang gua pasti.... benda yang gua nak bagitau nih memang pasti... aderlah Syarikat Insuran / Takaful pasti akan mengelat... 

Kita semua pasti tahu dalam semua polisi insuran, ader klausa dan terma yang mengatakan bahawa pihak syarikat Insuran / Takaful tidak akan menanggung apa-apa tuntutan pampasan insuran / takaful bilamana berlakunya keadaan darurat didalam negara dimana pemegang polisi sedang berada semasa tuntutan itu dibuat... Gua dah citer bab ni semalam..

Kalau betul sepertimana yang di"canang"kan oleh PIAM, LIAM dan MTA berkenaan pihak Insuran / Takaful tetap akan menanggung tuntutan pampasan daripada pemegang polisi... pada gua itu semua mengarut.. Sebab dalam polisi telah tertera isu Darurat ini.

Jika benar ianya dicover... tentunya pihak syarikat Insuran / Takaful sudah memaklumkan kepada semua pemegang polisi... dan para pemegang polisi dikehendaki menandatangani satu akuan baru sebagai caveat dalam polisi sedia ada.... 

Persoalannya... aderkah ianya dibuat sedemikian?



30 December 2020

Jururawat Disahkan Positif Covid-19 Selepas Terima Vaksin Pfizer

Bhai/DeeDee semua..

Ini berita yang baru sejam gua terima... 

Ada seorang jururawat sebuah Hospital di California telah disahkan positif Covid-19 selepas seminggu dia menerima vaksin Covid-19 dari syarikat farmasi Pfizer.

Katanya selepas dia menerima suntikan vaksin, tangannya ada lebam dan rasa kebas pada hari yang sama. Enam hari kemudian, dia disahkan terjangkin Covid-19 dengan masalah lemah saraf dan otot.

Jadi ini masih menjadi satu kerisauan yang besar kepada semua orang. Harap ianya tidak menjadi masalah kepada penerima vaksin yang sama di Malaysia. Risiko tetap ada.





18 August 2013

Tikus Sekilo RM20

Bhai/DeeDee sekalian....

Ini gua nak promo lu orang dengan kempen tangkap tikus yang berkeliaran... Seekor akan dibayar RM2... Dier tak kira saiz dan umur tikus... Anak tikus yang baru lahir pon dikira RM2 seekor...

Kalu lu dapat tangkap tikus mondok yang gemuk boyot tue ... Pon jugak harga dier RM2... walaupun mungkin berat seekor dah nak cecah sekilo.... Hahaha.... Jadi terbaek lu tangkap je banyak anak tikus... Kalu anak tikus ... sekilo mungkin boleh dapat lebih dari RM20 hahahaha

Jom tangkap tikus, cencurut atau mana-mana marsupial yang seangkatan dengannya... sugar glider tak masuk dalam ini cerita aaa.... Hahahaha

Bebas kan Kemaman dari bahaya wabak penyakit bawaan tikus.... Hahahaha... Dapat tangkap semua tikus nih... Kita hantar pi serang pulau Singa yang berpura-pura tue ... Lepas tue senang la kiter amik balik Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) .... Hahahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1