Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label JKR. Show all posts
Showing posts with label JKR. Show all posts

22 January 2024

Hanya Di Malaysia

Bhai/Dee semua...

Hanya di Malaysia jer.... jalanraya berlubang ditampal masa hari hujan guna Hotmix Premix... Hahaha... Giler aaa...

Hanya di Malaysia jer bila nak lalu jambatan... jalan biasa atau highway... mesti kenderaan akan sedikit melompat...

Hahaha... ini barulah fly....



30 November 2023

Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Grafik dibawah bukanlah nak menunjukkan betapa besarnya Sarawak berbanding Semenanjung Malaysia... tapi sebenarnya adalah lebih kepada berapa kroniknya jalinan jalanraya di Sarawak... yang macam kawah di permukaan bulan...

Hahaha.... naya sungguh la buat orang Sarawak dan Sabah...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 




01 October 2023

Uzur Sangat Dah Kemudahan Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua...

Banyah dah kemudahan yang uzur... Teruk sangat... sampai membahayakan keselamatan murid dan guru... Adoilah... 

Patut pihak berwajib sentiasa pantau dan ganti apa yang perlu.... Tak perlu tunggu peruntukan atau bajet menyeluruh baru nak buat.... 

Huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



29 May 2023

Bab Membazir Cukup Bijak

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang lawak dengan Kerajaan di Malaysia nih aderlah part membazir... Ntah tatau dimana depa punya kajian... last-last buat benda mengarut dan membazir...

Jalan sesak dari Tanah Rata ke Kea Farm .... tapi yang nak dikeluarkan belanja adalah buat jalan dari Tanah Rata ke Habu.... Hahahaha.... kira nak buat one loop road... RM480 juta tue belanja...

Walhal.... kalu bikin Cameron Highland Business Park pada modal RM30 juta... dah setel semua masalah besar... semua gerai tepi jalan di Cameron Highland disusun atur di satu lokasi jer... siap dengan parking bertetingkat dan kemudahan bas perantara.... Adoilah....

Apalah susahnya..... problem utama kat Cameron Highland adalah kurangnya tempat parking.... sebab orang parking tepi jalan untuk pergi ke gerai dan lokasi tumpuan pelancong... itu ja...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Bab Membazir Kita Nombor 1


22 March 2023

Naya Sungguh La

Bhai/DeeDee semua...

Hanya kerana lambat siap punya pasai... memang naya sungguh la kontraktor buat lebuhraya di Kelantan nih kena denda sampai RM30k sehari ... pergh... masak.... Dah la lewat 300 hari... denda sehari ja dah kena RM30 ribu.... masak wei...

Mampoih...

Bukan ker Projek Lebuhraya Rakyat nih idea Husam Musa dulu ker?


Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berjalan dengan denda RM30,000 sehari disebabkan kelewatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, hari ini, Azami berkata, denda itu membabitkan Pakej 2B iaitu dari Ketereh hingga Kok Lanas, Kota Bharu.

"Kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor," katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan perkembangan projek berkenaan.

Pada Ogos tahun lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu, dilapor berkata, Pakej 2B Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang sudah melebihi 300 hari.

Mengulas lanjut, Azami berkata, projek lebuh raya itu membabitkan tujuh pakej sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.

"Ketika ini dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok ke Ketereh), sementara pakej lain sedang berjalan," katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok itu, Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang ke Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya, Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.

"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.

"Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.

31 December 2022

Apa Masalahnya Dengan Terowong Menora?

Bhai/DeeDee semua...

Ada 3 terowong utama di Lebuhraya Malaysia.... Satu di Perak (Terowong Menora), satu lagi di Karak dan satu lagi di Penchala.... Semuanya penting... semuanya kritikal...  Ianya mengurakkan jarak perjalanan... dan semuanya kena lalu TOL.

Terowong di Perak dan di Karak nih memang ada satu masalah kritikal...

Mereka tiada laluan alternatif... kalu la berlaku kemalangan atau perkara lain... ianya akan menyebabkan kesesakan tahap Dewa Jalan Duta ... berkilometer jauhnya... dan takder option lain ... terpaksa la tunggu... nak pusing pun tak boleh...

Memang sewajarnya disediakan beberapa laluan alternatif lain untuk mengurangkan impak dari masalah terkait dengan dua terowong nih... Nampaknya bagi Terowong Menora... akan ader alternatif lain... bagooshlah.... 

Cumanya alternatif ini nampaknya bukan dapat menyelesaikan masalah bagi kenderaan yang tersekat pada jarak 3 atau 5 km dari lubang Terowong.... tapi ianya hanyalah alternatif laluan yang berkedudukan 40 atau 50 km dari lubang terowong.... Huhu.... kesian juga lah dekat kenderaan yang tersangkut dan tersekat pada jarak 3 atau 5 km dari lubang terowong tue... takder pilihan lain melainkan hadap jer la kesesakan tu kekadang sampai 3 atau 4 jam...

Huhuhu....

Untuk terowong di Karak tue... gua tetap berpandangan kena ader lagi satu laluan alternatif  bagi kenderaan yang datang dari KL dan Selangor untuk ke Pantai Timur... kena ader satu lagi lebuhraya... kena ader satu lagi option.....

Harapnya adalah supaya memudahkan orang membuat pilihan....


Penderitaan pengguna setiap kali terpaksa melalui kesesakan sehingga berjam-jam ketika melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan bakal berakhir menerusi pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE). 

Lebuh raya dianggarkan sepanjang 60 kilometer (km) itu bakal dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Tronoh, Seri Iskandar, Manong, Bekor seterusnya ke Kuala Kangsar.

23 December 2022

Laluan Biasa Gua ...

Bhai/DeeDee semua...

Seminggu sebelum kejadian tanah runtuh di Batang Kali melibatkan Father's Organic Farm, gua sekeluarga lalu disini dalam keadaan hujan waktu pergi dan balik dalam perjalanan gua dari Kemaman ke Sungai Petani (ada kenduri di sana).

Perjalanan pergi melalui kawasan ini sekitar pukul 8 malam pada Jumaat ... kami singgah di Stesen Minyak Caltex baharu di Batang Kali yang ada Family Mart tu untuk pekena Oden... dan berehat sekejap... dan kami sampai Sungai Petani sekitar pukul 1 pagi... sepanjang perjalanan dalam hujan yang agak lebat.

Perjalanan balik pula pada hari Ahad lalu dikawasan ini sekitar pukul 1 pagi ... dan singgah di Genting Sempah sekejap untuk rehat... Hujan lebat juga dikawasan ini.... Sampai di Kemaman pukul 4 pagi.

Menggunakan laluan ini Genting Sempah - Genting - Batang Kali  adalah satu cara untuk mempercepatkan perjalanan... jimat masa... naik dan turun dalam masa 20 minit hingga 30 minit bergantung dengan keadaan jalan dan cuaca...

Kalu gua bawak motor pula... ini memang laluan utama... biasa gua lalu jalan nih sekitar pukul 12 malam atau 3 pagi.... Ini memang laluan gua layan selekoh (corner) walaupun tak cecah lutut la... Hahaha... Cukup suka lalu jalan nih waktu malam... best...

Bayangkan setahun tabley lalu jalan nih... kena lalu jalan lain yang amat jauh dan membuang masa.... Itu baru gua... belum lagi orang lain dan mereka-mereka yang terkesan dengan tiadanya laluan ini... Peniaga... semua tue....

Memang susah dan memberikan impak yang teruk kepada semua.. Harap Kerajaan Malaysia dapat sediakan laluan alternatif lain yang agak reasonable dan sesuai untuk semua... kesian kat orang di Batang Kali yang hilang sebahagian besar sumber pendapatan...

Sedihnya...


Penutupan jalan B66 Batang Kali-Genting Highlands selama setahun susulan tragedi tanah runtuh dekat Batang Kali, ternyata meresahkan banyak pihak terutama peniaga dan pengusaha hotel di Batang Kali, selain mereka yang menggunakan laluan berkenaan untuk ke tempat kerja di Genting Highlands.

Mana tidaknya, Batang Kali, sebuah bandar yang terletak di Hulu Selangor dan berdekatan dengan simpang menuju pusat peranginan utama negara itu, disifatkan penduduk sebagai ‘bandar Rehat dan Rawat (RnR)’ untuk orang ramai singgah menjamu selera atau menginap sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur atau utara termasuk ke Genting Highlands.

Pengurus sebuah hotel di Batang Kali, Riduan Adnan ketika ditemui Bernama berkata jalan berkenaan sering menjadi laluan alternatif bagi pemandu dari utara yang keluar menerusi Tol Tanjung Malim, seterusnya melalui Genting Highlands untuk ke pantai timur atau sebaliknya.

Riduan yang telah menetap di Batang Kali sejak 2012 berkata selain itu, hotelnya turut menjadi pilihan pengunjung terutamanya ketika musim cuti persekolahan memandangkan hotel-hotel di sekitar Genting Highlands agak mahal.

“Di Hulu Selangor ini, antara bandar yang paling ‘hidup’ ialah Batang Kali, sekali gus menjadikannya tumpuan utama tempat persinggahan bagi mereka yang ingin bercuti ke Genting Highlands namun tidak mampu mengeluarkan bajet yang besar.

“Atas faktor itu, ramai yang memilih untuk singgah dan menginap di bandar ini kerana jaraknya yang lebih dekat ke Genting Highlands, iaitu kira-kira setengah jam, selain harga makanan di sini yang lebih murah berbanding ‘di atas” (Genting Highlands),” katanya.


02 June 2022

Siapa Punya Kerja Macam Bangang Nih?

Bhai/DeeDee semua...

Siapa punya kerja macam bangang nih? Kehebatan rekabentuk BODOH sesetengah jalan raya di Malaysia.

Malaun mana yang approve planning? Yang suffer, rakyat.

Traffic jam, traffic jam, traffic jam! Sakit mental wooih!


01 June 2022

Pembaziran Berskala Besar

Bhai/DeeDee semua...

Dengan nilai sebanyak ini.... kita boleh bangunkan 5 buah hospital yang mempunyai 100 katil setiap satunya siap dengan kemudahan makmal dan mesin MRI, CT Scan dan X-Ray yang terkini... Bayangkanlah .... bila berlaku pembaziran berskala besar macam nih.... adoilah....

Nanti yang akan dipersalahkan adalah Kementerian Kerjaraya... dan Jabatan Kerja Raya.... Takkan ader salah langsung dengan puak-puak "makan tanggung berak cangkung" nih.... sure la..



25 December 2021

Siapa Punya Kerja Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam Malaysia nih tiada yang mustahil... Bayangkan... Parti yang kalah dalam pilihanraya pun boleh diangkat memimpin negara... takkan la takder benda lain yang lebih giler dan mustahil...

Macam dalam gambar nih.. Ini bukan gambar edit... Ini gambar lokasi sebenar.. Ini gambar sebenar... ini gambar kerja buat kontraktor yang sebenar... 

Dan memang giler agaknya kontraktor ini dan penyelia tapak kawasan projek ini... Lagi giler adalah Jurutera Projek dan Penyelaras Projek... Dan pastinya yang meluluskan projek ini pon sama giler... Hahaha ... JKR tido ka???

Siapa punya kerja ni??? Gila aaaa



23 March 2021

Kes SUKE Bukanlah Yang Pertama

Bhai/DeeDee semua...

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan di tapak pembinaan lebuhraya SUKE ... yang menyebabkan ada kematian. Tidak berapa lama sebelum ini juga berlaku satu kes yang hampir serupa yang juga menyebabkan kematian...

Dan kalu kita kaji dan semak... memang banyak kes kejadian kemalangan di tapak pembinaan yang berkaitan dengan jalanraya dan lebuhraya... Masalahnya... ianya telah melibatkan kehilangan nyawa kepada pengguna jalanraya...

Nampaknya pihak berwajib gagal memastikan keselamatan pengguna jalanraya yang melalui kawasan pembinaan ini...

Gua selalu naik motor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.... dan kerapkali gua lihat proses menukar premix pada lebuhraya dibuat dengan cara memotong panjang kawasan yang nak di tukar premixnya...  Dan hanya kon yang tidak berlampu sahaja menjadi peringatan kepada kita bahawasanya premix jalanraya itu telah dikorek... Tiada lampu... tiada amaran lain....

Malah kedudukan kon yang sangat hampir dengan premix yang dipotong juga menyebakan satu bahawa kepada penunggang motorsikal atau kereta jika kawasan tersebut gelap.... kemungkinan besar tayar kenderaan boleh terjerlus kepada kawasan premix yang telah dikorek (dipotong) ini jika tak berhati-hati...

Bukan apa... sebab dalam banyak keadaan ... kon keselamatan ini pon hilang atau dipasang jarak yang tidak sekata...

Apa salahnya dipasangkan lampu dikawasan kerja-kerja jalanraya ini...

Dalam kes Lebuhraya SUKE semalam... sepatutnya aliran trafik dilencongkan daripada melalui kawasan bawah tapak pembinaan.... sebab kita tak tahu bila skru, besi atau alatan kerja di tapak pembinaan akan jatuh menimpa kenderaan atau orang yang melalui kawasan kerja tersebut...

Ini semua ada prosidurnya... tapi pasai ramai yang malah nak ikut maka jadilah kemalangan ini...









28 December 2020

Untung Sangat La

Bhai/DeeDee semua...

Jadi VIP kat Malaysia nih memang untung... Polis takkan kacau atau saman kalu bawak laju... takkan kena saman kalu tak patuh SOP Covid-19... malah siap akan dapat layanan baik lagi... Siap boleh ditukar tarikh apa sahaja pon.... back dated semata-mata nak selamatkan VIP...

Tapi....

Bukan sajer VIP nih dapat layanan baik dari syarikat / organisasi / agensi dalam negara... tapi syarikat luar pon akan layan VIP macam dewa...

Kat bawah nih ader satu contoh layanan bertaraf dewa jalan duta buat VIP... cuba kalu orang lain yang kena... orang biasa... lu orang ingat boleh dapat ka layanan camnie... mimpi la wei... 

Bukan itu sahaja... siap JKR Hulu Langat laju ja minta maaf sebab jalan berlubang kat Khairy Jamaluddin.... hahaha...  dah ramai yang mati pasai jalan berlubang... ader pernah lu dengar JKR minta maaf selama ni???


RM45k punya basikal... kalu belikan basikal kat bebudak miskin pada harga RM200 sebijik basikal... boleh dapat manfaatkan 225 bebudak sekolah....

Itu baru satu basikal... mamat nih bukan ader 1 basikal jer... hahaha


23 August 2013

Kesalahan Bahasa Yang Melucukan

Bhai/DeeDee sekalian...

Cuba lu orang tengok kesalahan bahasa yang gua capturekan kat bawah nih menggunakan tepon cap buah epal nih...

Lokasi ...

Kawasan projek pemulihan pantai disebuah kawasan peranginan yang dikendalikan dan diseliakan sekarang ini oleh JKR ...

Macam mana lar boleh jadi camnie.... Hahaha... Memalukan lar...


31 July 2013

Jambatan Bukit Kuang Kemaman Dibuka Sekarang

Bhai/DeeDee sekalian...

Bagi menyambut Hari Raya Eid'ul Fitr yang akan menjelang tak lama lagi dan untuk memudahkan semua orang tidak tersangkut dalam kesesakan jalanraya di Bukit Kuang Kemaman... maka JKR telah berjaya mengarahkan pihak kontraktor supaya membuka satu laluan di Jambatan Bukit Kuang, Kemaman nih....

Semoga dengan ini semua aliran trafik akan berjalan dengan lancar... Untuk pengetahuan semua ... inilah jambatan darat kedua tertinggi di Malaysia.... pergh... hebat.... Cayalah... Skali skala kena la puji skit kan.. Tak rugi kita puji ...

Disini gua sertakan beberapa gambar yang gua amik tadi.... sori aaa.. tak sempat nak edit berbagai.. takder masa... cuma sempat letak watermark jer.... hahahaha...

Semua gambar diambil dengan menggunakan kamera DSLR Canon EOS 40D dengan lens SIGMA DC OS 18 - 200mm pada ISO 100 .... kamera model lama nih... hahaha... tapi banyak berjasa....

Zoom sikit kawasan Restoran Terapung Bakau Tinggi dan kawasan ternakan ikan sangkar

Memang lengang masa nih... hahaha

Jalan tengah lengang masa nih...

Sori... gambar nih gua terlupa nak control Horizon Line (HL) dier... hahaha

Jeti awam di Kampung Pengkalan Cicar

Sisi lain Kampung Pengkalan Cicar dan Kampung Bukit Kuang (menara Masjid Bukit Kuang kelihatan di kanan)

03 July 2013

Sebulan Sahaja Lagi

Bhai/DeeDee ...... gua dikhabarkan bahawa Jambatan Bukit Kuang di Kemaman yang dibina dibawah projek ECER akan dibenarkan penggunaannya sebulan sahaja lagi dari sekarang.... Pihak kontraktor telah diarahkan membuka satu laluan bagi pemandu yang memandu dari arah bandar Chukai menuju ke Kuala Terengganu...

Rekabentuk Senibina Kejuruteraan Lendut
Jadi..... kalu lu orang nak merasa memandu diatas Jambatan yang dibina dengan senibina kejuruteraan lendut.... lu orang gua alu-alukan datang ke sini untuk merasainya Ramadhan ini...... hahaha .....

Jangan lupa ajak kengkawan-kengkawan lu orang... tak kisah la jurutera awam ker.... untuk menikmati senibina unik di Malaysia ini.... iaitu senibina kejuruteraan struktur lendut.... hahahaha... Jangan ketinggalan... sebab Jambatan ini akan dimasukkan dan disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai satu-satunya senibina kejuruteraan lendut bagi sebuah jambatan konkrit.

MB Terengganu iaitu Ahmad Said pasti berbangga dengan adanya jambatan paling unik di Malaysia.... hebat....

Gua dengar khabar... PM Najib Razak juga akan hadir merasmikan pembukaan jambatan Bukit Kuang Kemaman ini setelah semuanya siap sepenuhnya dijangkakan pada Disember tahun ini...... Hahahaha... terbaek....

Berkaitan : Baca Sini

Terima kasih bagi yang dah updatekan isu nih dalam FB


01 January 2013

Roboh Banglo: JJ Dan Zulhasnan Untung Besar

Bhai... Awal pagi tadi sekitar pukul 3.30 pagi... Gua dapat input dari sorang kawan gua yang bekerja sebagai jurunilai hartanah.... Dier story kat gua tentang isu banglo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique... Ala isu yang kemungkinan dua banglo tue diruntuhkan untuk bagi zon penampan bagi kawasan perunahan mewah Puncak Setiawangsa... Citer dier berdasarkan kepada kapasiti personal dier.. Takder kena mengena dengan organisasi tempat dier bekerja....

Dier bagitau... Sebenarnya perbincangan skrang nih bukan lagi berpusat kepada isu zon penampan... Isu zon penampan tue sajer direkacipta untuk menjustifikasikan agenda... Sebab Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique dah tabrani nak duduk kat banglo tue... Pihak insuran plak takmo nak memberikan pampasan kalu rumah tue roboh... Sebab alasan bencana alam... Takder coverage insuran...

Jadi Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique takmo rugi... So diorang push supaya rumah tue diruntuhkan oleh DBKL dan JKR... Dan pampasan boleh diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia atas alaan keselamatan awam... Khabarnya diorang menuntut harga pampasan sampai tiga setengah kali ganda daripada harga pasaran banglo tue...

Para jurunilai hartanah semua kecoh isu nih... Sebab pada diorang benda macma nih tak patut jadi... Hanya kerana kabel politik... Boleh plak salahgunakan harta awam untuk dapatkan pampasan... Dan best lagi ... Boleh plak tentukan harga tue..

Skrang nih tengah tunggu persetujuan daripada Kementerian Kewangan... Kalu dah diberi greenlight... Untung besar la Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafque... Dengar khabar bayaran pampasan nih boleh mencecah puluhan juta... Ntah la.. Tapi yang pasti.. Ianya semacam pampasan politik pasai dua penama nih tak tersenarai dalam PRU13 sebagai calon...

Aper pon... Nilai pampasan nih lu orang takkan dapat tau melalui media... Sebab akan ader sanction.. Ader sekatan... Hehehe... Oh yer lupa nak citer... Member gua tue kerja dengan Raine & Horne International.... Hehehe

21 December 2012

Dulu Bakun Kini KKIA

Bhai... Lu kenal tak Ting Pek Khiing... Ala.... Dulu dier nih bos besar kat Ekran Berhad... Ala... Yang dapat tender projek Empangan Bakun... Ala... Masa zaman Mahathir Mohamed dulu tue.... Dier la kroni dan kawan baik Mahathir kat Sarawak masa tue... Skrang dier bos GUSB (Global Upline Sdn Bhd)

Masa projek Bakun ader masalah dengan EIA... Dier dapat gantirugi bernilai beratus juta RM... Walaupun projek Bakun terbengkalai... Tapi dier masih lagi untung... Last-last projek Bakun pernah dikendalikan sendiri oleh JKR... Seberlum diambil alih dan disiapkan oleh satu pemaju lain...

Ekran Berhad masa tue untung atas angin... Ting Pek Khiing memang untung giler masa tue... Tapi tue citer lama... La nih dalam projek penambahbaikan KKIA... Dier dah mula buat kerja lama dier balik... Kerja tak siap... Terbengkalai... Pastu tuntut gantirugi atas alasan kononnya kerja dier terganggu atas keputusan kerajaan...

Zaman Mahathir Mohamed boleh la menipu camtue.. Mahathir Mohamed mesti cover punya... Ini zaman Najib Razak... Lu ingat senang ka nak guna idea lama... Lu ingat senang ker nak kowtim ngan Rosmah Mansor... Hahaha

Ini kerja tak siap... Menyusahkan pengguna dan operator KKIA... Tapi masih mau pow Kerajaan ... Tak gampang ker macam nih... Cam sial lar...


09 September 2012

Nyawa Belia Kemaman Digadai Selama 8 Tahun

Bhai.... Ader member pass info kat gua... info tentang nyawa para belia yang digadai selama 8 tahun bhai... 8 tahun bukan sikit anak... kot ader yang terbunuh dan kojol ker masa nih... saper nak tanggung... nak claim insuran pon tabley...

Nih citer tentang Kompleks Rakan Muda Kemaman yang berada tidak jauh dari kawasan Mak Lagam.... Selama 12 tahun... iaitu sejak dari Mei 2004 lagi... belia dan rakan muda Kemaman dah menggunakan fasiliti ini... dan bukan setakat tue jer... dah beberapa kali Menteri Besar, Menteri Belia dan Sukan dan sebagainyer membuat pelbagai acara kat sini....

Tapi... rupanya bangunan kompleks Rakan Muda Kemaman nih sebenarnya takder Sijil Layak Menduduki (CF) ..... pergh... giler mender.... Tahun 2004 tue Idris Jusuh punya time jadi MB.... aper kerja yang dier dah buat... Tahun 2008 plak.. Ahmad Said pulak amik alih.... takkan benda macam nih boleh terlepas pandang...

Ahmad Shabery Cheek yang jadi Menteri Belia Dan Sukan takkan tak tau mender nih... ini Parlimen dier aper... ini kawasan dier... tambah lagi dengar citer dier nak jadi MB Terengganu plak lepas PRU13 nih.... takkan buta mata kot... takkan pekak telinga kot... aper daaa...

Persoalannyer... macam mana boleh bangunan Kompleks Rakan Muda Kemaman nih takder CF... macam mana boleh berlaku... Aderkah agensi BOMBA yang tak nak bagi kelulusan nih... Aderkah pihak Majlis Tempatan yang buat kerja tak siap...

Bukankah bangunan Kompleks Rakan Muda Kemaman nih semasa pembinaan ianya dipantau oleh Jurutera Daerah... takkan berlaku penyelewengan... Takkan ader rasuah kot... pelik bin ajaib... Ini kerja dikawal oleh JKR aper... takkan la JKR rasuah... hahaha.... SPRM Kemaman buta mata ker... hahaha... takkan takmo nak buat siasatan...

Cuba tengok snapshot yang gua publishkan kat bawah nih... link website pon gua bagi.... pi la tengok.... hahahaha


30 November 2009

Gua Nak Marah Nih

Bhai.. Gua nak kasitau semua... gua nak marah nih... memang marah tahap Raksaksa Sepit nih...

Pasai apa.... nih gua bagitau ikut format Che Det nih...

  1. Sekarang nih musim "Tengku Joe" (tengkujuh) ... jadi merata-rata la ader hujan hari-hari... Tapi cam sial betul kat Kemaman nih ... terutamanya kat area Bukit Kuang (paling cam sial adalah jambatan Bukit Kuang nih) .... jalan tar dah rosak teruk dah... bukan sehari dua.. dah lebih 2 minggu dah.. tapi takder sesapa nak amik tindakan.. JKR Negeri dan Pusat buat buta kayu jer... sebab jalan tar rosak... jalan jadi jem sejauh lebih 10 km di kedua-dua arah... giler ker aper... Kenapa takder sesapa nak amik tindakan nih.... itu hari masa Hari Raya Haji (Jumaat) ... hari kering takder hujan... awat.. tak boleh nak turap jalan ker... 3 hari oooi.. takder hujan.. takkan tak reti nak turap ... turap ler sebelah-sebelah... jambatan nie dah ler kecik... selorong jer sebelah... giler aper... laluan utama tue...
  2. Dah tau jalan tar di jambatan Bukit Kuang tue dah jahanam... tapi POLIS dan JKR takder pasang papan tanda tunjuk jalan alternatif.... pasang la.. bukan mahai pon kosnya... tue yang berbilion abis kat PKFZ tue takper plak... Kan senang kalu ader tunjuk arah jalan alternatif.. senang la skit bagi orang yang tak biasa jalan tue (yang tak perlu masuk lalu bandar Chukai @ Texas) ... ikut jalan Jabor-Cheneh-Jerangau tue ker... ini tidak... jalan teruk jem pasai takder sistem
  3. Menteri Besar Terengganu mana pergi.. dier orang Kijal ... Bukit Kuang nie dekat jer dengan Kijal... mana dier geng-geng orang pejabat DUN ... Ahmad Said buta ker... Awang Tera takder mata dan telinga ker... takkan benda macam nie tak sampai maklumat kat korang.... baik tak payah jadi ADUN kalu macam nie..
  4. Maner dier Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan) nih.... dier orang Kemaman... takkan tak balik raya haji kot... takkan tak tau benda nih... harap ader jadi Menteri jer... tapi satu habuk tak boleh pakai.... bodoh bangang nak mampus....cam sial jer...
  5. Kalu ler ader ambulan nak lalu bawak orang nak terberanak ker... orang nak mati ker... sure tunggu mati atau beranak kat dalam ambulan jer... sebab.. jalan jem sangkut macam sial.. cuba kalo korang kena jem 10 KM tetiap hari dan amik masa untuk lepas sekitar 1 setengah jam atau lebih... sure korang mengamuk punya.... kalu ikut hati gua yang panas nih.. mau romah Ahmad Said, Awang Tera atau Ahmad Shabery Cheek tue gua baling cat merah.... harap pengaruh jer kuat.. tapi takder tindakan...
  6. Takkan gua nak kasi kecoh kat TV3 bagitau sama Karam Singh Walia kot baru nak ambik tindakan.... lu orang jangan terkezut kalu isu nih gua kecohkan sampai kat AFP atau AlJazeera ... Takkan nak tunggu Najib Razak atau Muhyiddin Yassin amik tindakan kot... Menteri Kerjaraya (Shaziman Mansor) tak dapat info lagie ker... kalu tak dapat.. nanti gua sampaikan....
  7. Ini semua betul-betul Niamah ... (sori apek Patrick Teoh.. gua pinjam lu punya ayat power)
  8. Korang tau dah .... rasanyer dah berjuta-juta lemon dah orang yang sangkut kat jem bodoh pasai jalan berlubang tak berturap kat Jambatan Bukit Kuang nih maki hari-hari.... itu tak termasuk gua yang bikin maki nie macam zikir dah.... gampang punya ADUN/MB/Menteri .... tak boleh pakai betul...
  9. Jambatan nih penting oooo... sebab ader banyak kawasan Industri Minyak dan Gas yang gunakannya... terutamanya Kemaman Supply Base (KSB), Kawasan Industri Telok Kalong dan Kawasan Industri Minyak dan Gas Kerteh & Paka.
  10. Tolong aaaa.... gua dah tak larat la nak maki lagi.... dah macam zikir dah perkataan maki yang keluar daripada mulut gua nih... orang lain yang sangkut kat sini pon sama maki yang berjela dah jadi macam zikir....

01 November 2009

Jambatan Gantung Perlu Kepala Budak

Gua masih ingat lagie masa gua kecik dulu... opah gua selalu kasi peringat.. jangan main jauh-jauh.... nanti kena tangkap dek benggali potong kepala ...

Gua tanya opah gua... benggali macam mana yang suka potong kepala tue... dier kata benggali yang naik basikal dan bawak guni gula tue.... oooooo..

Gua tanya lagi opah gua.... errr... dier buat aper aaa... kepala budak-budak tue... opah gua dengan selambernyer jawab ... dier potong kepala budak tue pasai orang nak buat jambatan.. ... kalu nak jambatan kukuh.. kena ader kepala budak ditanam kat dua-dua hujung jambatan tue.... oooooo...

Masa tue jambatan Bailey kat Parit tue baru jer siap.... hahahaha... nasib baik kepala gua tak kena rembat... hahahaha.. tak tau la berapa banyak kepala budak yang diorang tanam kat pangkal jambatan Bailey kat Parit tue...

Opah gua ader cakap... hantu ayor memang nakkan kepala budak... sebab tue la kalu nak buat jambatan kena ader kepala budak.... hehehe...

Jadi ... kalu korang nak tau... Jambatan Gantung yang runtuh kat SK Kuala Dipang (dekat bebenor dengan kampung gua kalu ikut jalan Malim Nawar) ....sebab kat dua-dua hujung jambatan gantung tue takder ditanam kepala budak... hahahaha... giler ker aper...

Lain kali gua nak ingatkan kontraktor yang buat jambatan tak kira gantung ker .. floating ker... pasak bumi ker.... semua kena taruk kepala budak kat dasar kepala jambatan tue...

Nak bagus lagie... kena amik potong kepala anak menteri atau timbalan menteri .... hahahaha... dapat anak Perdana Menteri lagilah bagus.. sebab sure jambatan tue akan kukuh sampai kiamat..... sampai Armageddon .... hahahaha ... tapi aaaa... kepala budak botak kecik (dalam seluar tue) tak boleh amik kira aaaa...... nanti lagi cepat runtuh...

Oh yer... satu lagie... lain kali biler ader siap mana-mana jambatan gantung ker .. jambatan biasa ker... kena mintak di test oleh Rosmah Mansor (Bik Mama) sebelum dapat kelulusan JKR ... sebab kalu jambatan tue boleh tahan dengan beban Rosmah Mansor (Bik Mama) ... sure jambatan tue selamat ...

Bebudak sivil engineering tentu paham apa yang gua maksudkan tue... beban ricih ... hehehe.. atau beban langsung .... pengiraan MaCaulay perlu diambik kira masa mengkaji rasuk (trust) .... "relationship between bending moment and shear stress" ... kena guna British Standard dan bukan Malaysia Standard... kalu dapat guna Indian Standard lagi bagus masa kira "analisis strukturnya" ...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1