Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pemantauan. Show all posts
Showing posts with label Pemantauan. Show all posts

30 November 2023

Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Grafik dibawah bukanlah nak menunjukkan betapa besarnya Sarawak berbanding Semenanjung Malaysia... tapi sebenarnya adalah lebih kepada berapa kroniknya jalinan jalanraya di Sarawak... yang macam kawah di permukaan bulan...

Hahaha.... naya sungguh la buat orang Sarawak dan Sabah...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 




27 November 2023

Sebijik Perangai BN

Bhai/DeeDee semua...

Dulu masa jadi Pembangkang... bukan main marah bila BN tak bagi peruntukan Ahli Parlimen selayaknya.... bukan main menyalak... bising hingar... biler BN hulur dana melalui JPP ..... Pergh...siap jaja sana sini citer buruk pasai kerajaan.... konon Kerajaan tidak adil....

La nih... bila dah jadi Kerajaan yang bersekongkol dengan BN.... naik pun pasai BN bekap.... bukan main nak teruskan agenda nih... katanya buat apa bagi kepada Ahli Parlimen Pembangkang...

Hahaha... serupa tahi nih bhai.... perangai serupa bangkai.... sebijik perangai BN yang ditirunya... Hahahaha...

Reformasi kejadahnya... Hahahaha....


=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Perangai Lagi BN dari BN


26 November 2023

Serupa Bangkai

Bhai/DeeDee semua...

Dulu masa puak nih jadi pembangkang... bukan main diorang marah bila Kerajaan buat pemantauan terhadap kakitangan awam yang pro pembangkang...

La nih... bila puak nih jadi Kerajaan... bukan main melalak nak suruh Kerajaan buat pemantauan terhadap kakitangan awam yang pro pembangkang...

Ini semua ahli politik (Haryati Abu Nasir) level bangkai ja bhai... Bangkai...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Parti Serupa Bangkai


25 December 2022

Macam-Macam Persepsi ...

Bhai/DeeDee semua...

Covid-19 adalah satu wabak penyakit... Ianya memang bahaya... menyebabkan masalah pernafasan.. Betul ada ramai orang yang mengatakan bahawa Covid-19 nih sekadar hoax jer.. Ada juga yang menolak langsung semua perkara terkait Covid-19 termasuklah pemvaksinan... Malah mereka mengatakan bahawa Vaksin Covid-19 itu sebenarnya yang lebih membahayakan nyawa mereka...

Anti-Vaksin ada dimana-mana.. Bukan sahaja di negara membangun, negara mundur.... tapi juga di negara maju... Pandangan manusia ada pelbagai... macam-macam persepsi... Nak buat macam-mana... ianya seperti macam pandangan tentang parti politik... ditipu berkali-kali oleh sesuatu parti politik pun tetap juga bertegas nak mengundi dan menyokong parti politik yang itu  juga... Hahaha

Kebodohan itu kekal.. ketaksuban itu juga kekal.... Sebab itulah Syaitan berjaya... berjaya menghasut manusia.... walaupun manusia tahu syaitan itu musuhnya yang nyata....

Apa pun.. gua berharap sangat agar Kerajaan Malaysia kekal mengadakan ujian yang ketat di semua pintu masuk negara ini (darat, laut dan udara) untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dari China dan negara lain... Saringan dan penilaian serta pemantauan yang ketat perlu sentiasa dikuat-kuasakan.

Kita taknak varian baru wabak ini dari menular di sini... Kita taknak impak Covid-19 menyusahkan urusan harian masyarakat Malaysia....

Covid-19 is real ... kepada yang tak percaya kepadanya, gua harap korang tak kena la Covid-19 sehingga ketahap perlu ditidurkan.... tapi kalu itulah sesuatu yang perlu untuk menyedarkan korang... apa salahnya kan... Huhuhu...


Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19.

Imuniti rendah yang berpunca daripada kadar vaksinasi tidak meluas dan kekurangan jangkitan sebelum ini akibat dasar sifar Covid, menjadi pendorong kepada gelombang Covid-19 di China pada masa ini.

Sehingga sejuta orang dibimbangi berisiko meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut satu unjuran yang mengejutkan.

Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Sun Yang mendedahkan angka terkini itu semasa taklimat kesihatan Rabu lalu, lapor akhbar Financial Times.

Angka itu termasuk 37 juta orang yang dijangkiti Selasa lalu sahaja yang menyumbang kira-kira 2.6 peratus daripada penduduk China. Yang berkata, Covid-19 kini merebak pada kadar yang lebih cepat.

Kira-kira separuh daripada penduduk di bandar raya Beijing dan Sichuan telah pun dijangkiti, kata sumber pula.

07 July 2021

Doktor Palsu Di Pusat Pemberian Vaksin

Bhai/DeeDee semua...

Memang jadi masalah besar bila dikesan terdapatnya Doktor Palsu. Ini memang membahayakan. Tambah lagi bila melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Bayangkan kalu si pelaku (Doktor Palsu) ini boleh terlibat dalam banyak lagi aktiviti macam pembedahan dan sebagainya. Apakah risiko yang bakal terjadi.

Kita perlu tangani isu ini dengan segera dan berkesan.

#DoktorPalsu #PusatPemberianVaksin #DoktorKontrak



KUCHING: Tembelang seorang lelaki menyamar sebagai doktor sukarelawan yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan terbongkar.

Rahsia suspek pecah disebabkan seorang sukarelawan yang mengenalinya dan mengakui rakan sekelasnya ketika berada Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru di 2016.

Sebelum itu, suspek dari Bandar Baru Samariang memperkenalkan diri sebagai sebagai Doktor Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugas di hospital kerajaan di bahagian neurologi.

Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit Neurologi Sarawak Hospital Umum kepada kakitangan lain di PPV.

Suspek ditangkap oleh polis pada pukul 2 petang pada 1 Julai selepas rahsianya terbongkar.

Ketika ditahan, polis merampas beberapa barangan daripada suspek iaitu sebuah beg sandang berwarna coklat, sehelai baju kerja berwarna biru bertulis Sarawak General Hospital, satu unit stetoskop jenama Littman, satu pas nama pekerja MOH termasuk perkakas kerja kedoktoran yang lain, seunit i-Phone dan baju kerja berwarna biru bertulis Shah Hairul Izman dan seluar biru gelap.

Sarawak Tribune melaporkan, nasib suspek akan diketahui 17 Ogos apabila Mahkamah Majistret memerintahkan suspek 20 tahun ditahan lanjut sementara menunggu laporan sosialnya.

Berdasarkan fakta kes, suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit neurologi Sarawak Hospital Umum di bawah pengawasan Dr Lau, kepada kakitangan lain di PPV.

Dia kemudian memberitahu mereka bahawa dia mengunjungi pusat untuk melihat kes trauma terutamanya melibatkan kejadian buruk imunisasi.

Kelakuan suspek telah meyakinkan dia adalah doktor yang tulen serta dibenarkan bekerja sebagai sukarelawan di Stadium PPV Perpaduan dari 16 Jun hingga 1 Julai



19 March 2015

Airborne Warning And Electronic Control System (AWAEC)

Bhai/DeeDee semua...

Gua terpanggil untuk membicarakan isu berkaitan keperluan mendesak TUDM untuk mendapatkan pesawat "Airborne Warning And Electronic Control System" @ AWAECS berbanding untuk membeli dan menggantikan pesawat BBJ bagi keperluan YDP Agong dan Perdana Menteri Malaysia... Pertamanyer... BBJ milik TUDM untuk kegunaan VVIP tue bukanlah suatu pesawat yang uzur dan terlalu mendesak dari segi penyenggaraannya... Tapi lebih kepada hendak menunjukkan gaya kepada negara luar...

Sedangkan keperluan pesawat AWAECS bagi kegunaan TUDM amatlah mendesak tambah lagi dengan keluasan perairan dan wilayah yang dimiliki oleh Malaysia... Sesebuah radar statik yang berada didaratan amatlah terhad kawasan liputannyer... Dan ini telah terbukti dalam senario biasa dimana pesawat MH370 dikhabarkan tidak dapat dikesan dengan pantas dan tuntas.. Bagi orang biasa, mereka ingat radar yang ada dimiliki oleh pihak ATM dapat mengawal keseluruhan ruang udara Malaysia, tetapi bagi yang tahu... Diam-diam jer la sudeyy.. Hahaha

Sekitar tahun 2000 gua ader terlibat dengan sebuah syarikat berkaitan pertahanan dimana kami telah membuat beberapa kertas cadangan untuk memperkasakan TUDM dengan kemudahan AWAECS... Malah ianya telahpun dibawa ke peringkat atasan dimana kemudahan ini akan dibangunkan secara dalam negara (in-house)... Namun pihak STRIDE telah memintas kertas cadangan kami dengan mencadangkan projek tersebut dibangungkan oleh pihak SAPURA.. Dari apa yang kami tahu, SAPURA tidak ada kepakaran untuk membangunkan sistem AWAECS sementelah kertas cadangan pertama kami (projek C4SIR) yang disailang oleh mereka pun gagal dibangunkan oleh SAPURA sehingga ke hari ini walaupun khabarnya ratusan juta ringgit yang disediakan oleh Kementerian Kewangan telah hangus tanpa ada hasil yang boleh dibanggakan....

Aper pon walau kami terkilan atas kegagalan kami untuk membekalkan kemudahan AWAECS dan C4SIR kepada TUDM/ATM ... Atas sebab projek tersebut telah disailang... Kami tetap juga membuat cadangan dan kertas kerja bagi projek RECONNAISANCE menggunakan unmanned DRONE yang mempunyai sensor yang terbaek.. Tapi yang ini jugak disailang oleh pihak tertentu yang akhirnya dibekalkan oleh syarikat EAGLE AIRCRAFT (agak kelakar biler pesawat drone yang disedikan oleh EAGLE AIRCRAFT aderlah pesawat EAGLE standard yang diubahsuai) dan bukannyer seperti yang sepatutnya...

Jadi... Atas dasar ini gua tetap mengatakan bahawa kegagalan TUDM untuk mendapatkan pesawat AWAECS sebenarnya berpunca dari sikap pimpinan atasan TUDM dan ATM yang terlalu kuat membodek dan salahguna kuasa.... Sebab itulah dana yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemudahan AWAECS telah disonglap untuk kegunaan VVIP.... hahaha... Padan muka.. Jangan nak kecoh la...

Untuk projek "armed drone" kali nih... Gua dan kengkawan takmo nak jual kepada TUDM/ATM tetapi kami akan jual kepada pembida terbaek... Even kalo Singapore nak beli pon kami akan jual... Hahaha

P/S : BTW... Walaupun projek AWAECS dan C4SIR gagal, kami masih lagi membangunkan teknologinya dan berharap dalam beberapa tahun lagi kami akan dapat mempamerkan kemudahan AWAECS dan C4SIR buatan tempatan pada mana-mana pameran pertahanan bersekali dengan pekakasan "armed drone"

28 February 2013

Semua Mahu Dipolitikkan

Bhai.... gua baru ajer abis meeting selama 2 jam lebih.... meeting berkaitan dengan isu keselamatan.... hahaha... tak ramai pon dalam meeting tertutup nih... total ader 15 orang jer... hehehe.... salah sorang daripada anggota mengeluarkan satu presentation berkaitan dengan komen-komen dan andaian yang berlegar di dunia siber tentang insiden di Lahad Datu...

Mostly 80% daripada komen dan andaian yang terpapar kat layar putih dalam bilik meeting tue berkisar tentang isu politik... konon Najib Razak mengaturgerak insiden di Lahad Datu atas alasan untuk menangguhkan PRU13.... lepas tue keluar pulak cerita yang konon Anwar Ibrahim adalah dalang utama insiden di Lahad Datu... sampaikan kononnya Presiden Filipina sudah warning Anwar Ibrahim...

Bos besar dan kitorang sumer gelak sakan biler baca benda-benda camnie... Best gak yer teori, komen dan andaian yang berlegar.... semua benda nak dikaitkan dengan politik dalaman Malaysia...  walhalnyer insiden di  Lahad Datu takder kena mengena pon dengan isu politik BN dan PR...  lawak betul.... tapi takper la... nak buat camana... orang awam Malaysia camtue.... tapi yang lagi best tue.... geng-geng yang "konon" anggota pasukan keselamatan pon terikut-ikut sentimen nih... hahahaha

Bos besar kata... biar lantak diorang nak mainkan citer jadi kena dengan politik... iyerla... nak larang tabley... lagipon PRU13 dah dekat sangat... biar la kat diorang... Bos besar kata... kiter buat kerja kita sudah la.......hahaha

Tadi bos besar ader tanya... berapa ramai anggota yang dah diantar turun padang ke Sabah.... En XXX bagitau... operatif dah ader kat sana from the day one seramai 200 orang... sampai kering operatif kat tempat lain.... hahaha.... Bos besar gelak... dan dier cakap bagoosh... dier suruh percepatkan dapat maklumat... tak kisah la nak pintas TELCO ker mender ker... jadi dapat pinpoint maklumat dan pass semua maklumat tue kat JCC secepat mungkin.

Aper-aper pon...  sasaran telahpon dipindahkan bagi tujuan keselamatan... dan pemantauan tahap maksima sedang, telah dan akan dilakukan. Kengkawan gua yang berada kat Sabah la nih memang sibuk giler... hahaha... kesian diorang... nak buat camana... bos bagi masa maksima seminggu jer lagi.... semua 14 orang anggota 'E Company" tue mesti dikenalpasti dan ditahan segera.

Tadi... untuk kali yang ke 7 ... gua submit surat letak jawatan.... bos kata no way man..... once in.... always in... sorry mate..... Hampeh.... dan gua kena teruskan bertugas di Pantai Timur untuk pastikan no sabotage towards our O&G facilities..... chitt....

22 February 2013

Ops Pantau Sekat

Bhai.... Kalu lu orang perasan... Line internet agak terganggu semenjak dua menjak nih... Bandwidth macam tak cukup jer... Walhal network utilisation macam biasa jer... Kalu ader peningkatan pon sekita 15 ~ 25% jer... Tapi sungguh... Line internet jadik slow..

Tambah lagi kalu yang guna perkhidmatan dari TMNET... Ader banyak slownyer... Tapi slow nih cuma berkaitan dengan sesetengah laman web jer... Bukan semua... Nampak macam pelik jer kan.... Hahaha

Gua dapat maklumat dari member-member yang kerja ngan telco nih... Diorang cakap TMNET tengah migrate dan test guna satu equipment baru... Tapi tak pulak gua diberitahu aper equipmentnya... Kalu lu orang ader tau... Jangan malu dan jangan segan pass skit info kat emel gua yang tertera kat atas tue... Hahaha

Sebab gua tau.. Sistem pemantauan komunikasi internet milik beberapa agensi penguatkuasaan nih skrang sedang pantau semua traffic masuk dan keluar dari Malaysia... Malah traffic dalam negara juga termasuk dalam pemantauan...

Dari aper yang gua diberitahu... Ini semuanya ader kena mengena dengan PRU13 yang semakin hampir dan kesannya secara langsung kepada BN.... Kemungkinan besar ianya adalah satu cara untuk mengenalpasti dan menentusahkan individu terutama blogger yang pro-Pakatan Rakyat..

Tapi... Rasanyer itu semua tidak akan menggugat kerjabuat para blogger anti-Barisan Nasional yang istiqamah... Gua berani jamin diorang akan berusaha untuk menjarakkan serta mengekalkan keselamatan diri mereka... Aper pon... Be safe than sorry...

Hahaha... Gua hari nih kena pi Masjid awal... Nak bentang sejadah... Pak Iman dah kontrakkan kat gua kerja bentang sejadah... Hahaha.... Babai....

TERKINI : Disahkan ada satu ujian sedang dijalankan oleh pihak tertentu yang telah menyebabkan line internet terutamanya yang berasaskan TMNET menghadapi masalah capaian. Difahamkan ujian ini adalah satu ujian simulasi pra PRU13. Harap maklum...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1