Begitu banyak persoalan yang timbul dalam kes rompak dan bunuh di Ambank USJ baru-baru ni... Terlalu banyak cover-up yang dilakukan... Sampaikan rakyat jadi pening... Tak tau mana satu nak percaya...
1. KDN tuduh syarikat keselamatan cuai dan tidak buat siasatan latar belakang.
2. Kad Pengenalan suspek pula palsu... Tapi JPN senyap membisu... Iris Technology Sdn Bhd pon diam jer... Walhal syarikat ini yang bekalkan MyKAD.
3. JPN.pun dibawah KDN... Jadi isu ini balik kepada KDN. Menteri KDN iaitu Zahid Hamidi buat-buat pekak dan bisu tak keluarkan apa-apa statement.
4. KDN takmo kasitau dan dedahkan nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat... Biler blogger dedahkan Syarikat Securiforce Sdn Bhd yang terlibat... Langsung takder apa-apa input daripada pengurusan Securiforce Sdn Bhd secara rasmi...
4. Securiforce Sdn Bhd plak tuding kawalan Prima Sdn Bhd kononnya yang terlibat... Tapi takder satu pon statement rasmi dari Kawalan Prima Sdn Bhd.
5. Takder wakil dari mana-mana syarikat kawalan keselamatan nih hadir dan menunjukkan simpati waris mangsa.
6. Kenyataan media "kononnya" dari Securiforce Sdn Bhd hanya dibuat oleh blogger dan tidak melalui mana-mana media cetak dan elektronik yang sepatutnya.
7. Ambank sendiri tidak pasti sama ada mahu meneruskan kontrak kawalan keselamatan syarikat terbabit atau tidak.
8. Industri Insuran dan Takaful juga lengang tanpa ada cerita-cerita dan kekecohan macan biasa bila ader kes besar yang melibatkan tuntutan dan pampasan.
9. Adakah nilaI RM450 ribu itu nilai sebenar atau nilai yang di"bloated"kan sekadar untuk memenuhi tuntutan Insuran & Takaful.
10. Paling best skali... Semacam ader "gag order" terhadap media... Sampaikan takder satu media pon berani nak risik dan dedahkan nama syarikat keselamatan yang terlibat. Mungkin disebabkan ader ugutan saman kot...
Jadi... Berasaskan semua point diatas... Ader beberapa poiny lagi yang malas gua nak sebutkan kat sini (sebab banyak sangat orang yang bengap tabley nak berfikir dengan rasional).... Disini gua nak dedahkan lagi dua senario kemungkinan
Pertama - Suspek adelah sebenarnya agen rahsia dari negara luar yang beroperasi di Malaysia dimana semua maklumat peribadinya serta dokumen perjalanan dan dokumen peribadinya telah dengan sengaja dibina dan difabrikasikan. Tapi... Gua kureng yakin sangat dengan kemungkinan nih pasai biasanyer special-ops operative takkan menonjolkan diri mereka ...
Kedua - Suspek aderlah pembunuh upahan @ bekas pembunuh upahan yang dalam masa yang sama mengambil upah untuk kawalan keselamatan.. Sebab itu dokumen peribadi dan perjalanannya semua palsu. Ini memudahkannya untuk menyelinap keluar selepas tugasannya selesai... Bagi kemungkinan yang ini pada gua ianya agak relevan skit...
Ntahlah...
Oh yer... Sekadar info kepada lu orang... Masa gua bertugas dalam Ops Alpha Two-Zero yang bertempat di Cagayan De Oro sekitar Februari 2013... Gua masuk ke Filipina dengan dokumen perjalanan diri Indonesia... Dengan SPLP ... Dengan Paspor.. Gua blending di sana tanpa masalah... Bila Imigresen Filipina semak masa kat Airport... Semuanya valid dan clear.... Takder masalah... Walhal semua dokumen tue dibekalkan oleh Agensi.... Hahaha...
Samer macam masa gua di Slovenia dulu sekitar tahun 90'an..... Masuk guna ID Thailand..... Hahaha.... Semua dibekalkan....
UPDATE:
Ada berita warga asing tidak dikenali didapati mati dibunuh di Shah Alam tadi. Mungkinkah dia suspek kes rompak dan bunuh di Ambank USJ?
UPDATE LAGI:
UPDATE LAGI:
Rasanyer geng-geng IO kes ini boleh semak dengan Ambank Taipan .... sebab pada 26 Jun katanyer suspek dapat bukak akaun bank.... Errr... macam mana nih... IC dier nih betul ker palsu nih.... Macam mana boleh lepas dengan biometrics verification.... Ambank mesti jugak kena siasatan nih...
Lagi satu.... Patut IO kes nih kena semak dan siasat semua member FB suspek nih.... siasat betul-betul lar....okeh.... wa caya sama lu orang....
P/S: Lagi satue... khabarnyer dier nih dulu belajar di Sunway College... yang nih pon patut kena semak jugak... kaitannyer...