Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ahmad Said. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Said. Show all posts

03 December 2023

PRK Kemaman - 10K Undi Tu Datang Dari Mana?

PRK Kemaman sudah menutup tirai. Keputusan akhirnya telah diketahui.

Jika duhulu perbezaan undi adalah sekitar 27 ribu lebih, tapi kini sudah menjadi sekitar 37 ribu lebih undi majoriti. Satu kenaikan sebanyak 10 ribu undi. Bukan sesuatu yang sikit.

Sebelum UMNO/BN memulakan petisyen pilihanraya Parlimen Kemaman tempohari yang membuka jalan untuk adanya PRK di Kemaman, ramai pihak kata tak perlulah dibuat petisyen itu. Ini kerana beza jurang undi yang cukup besar. Agak susah nak mengubahnya.
Dan gua pada masa tu sekadar memperingatkan bahawa kos untuk mengendalikan PRK adalah cukup besar. Mungkin boleh mencecah hampir RM 10 juta. Ini semua membazirkan wang pembayar cukai.

Tapi itulah… semua ini umpama angin lalu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada diambil peduli. Biasa la orang politik punya nafsu. Hahaha.

Sepanjang tempoh dari hari penamaan calon lagi sampailah kepada hari pengundian, gua ader pusing kawasan PRK Kemaman nih. Apa yang gua nampak… di banyak kubu kuat UMNO/BN selama nih, keadaan kempen UMNO/BN agak sendu. Bahan promo pilihanraya pun semacam tak bergerak. Banner dan bendera pun tak ada banyak.

Di kawasan Teluk Kalong umpamanya iaitu dikawasan sekitar rumah Ahmad Said (Bekas MB Terengganu) selaku Ketua Bahagian UMNO Kemaman pun tiada kelihatan bendera dan bahan kempen Barisan Nasional. Sampai ke hari mengundi pun masih tak kelihatan bendera BN.

Pelik bukan?

Dahulu pada PRU15, dikatakan kekalahan kerusi P040 Kemaman adalah disebabkan ramai pengundi baharu dari #UNDI18 memberikan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN).

Saya setuju bab ini sebab pada masa itu Saluran 7, 8 dan 9 yang dikhaskan buat pengundi baharu kelihatan sesak dengan pengundi yang teruja untuk mengundi buat pertama kali.

Namun pada PRK Kemaman kali ini, hasil dari pemerhatian gua yang pergi ke hampir 50% pusat pembuangan undi mendapati bahawa Saluran 7, 8 dan 9 adalah sendu. Apabila ditanya jawapan yang didapati adalah sama. Pengundi baru #UNDI18 tak dapat balik mengundi kerana sesi pembelajaran di IPTA/IPTS sedang berlangsung sekarang ini.

Ini memang benar. 2 anak gua yang merupakan pengundi #UNDI18 pun tidak dapat balik mengundi kerana jarak lokasi dan kekangan masa. Seorang di KL dan seorang lagi di Perlis.

Oleh itu jika pengundi #UNDI18 tidak ramai kali ini, maka apakah yang sebenarnya berlaku sehinggakan kenaikan jumlah undi menyebabkan ianya bertambah lebih 10 ribu undi?

Sedangkan jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Kemaman kali ini agak jauh rendah berbanding PRU15 iaitu sebanyak lebih kurang 9%. Dari mana datangnya undi tambahan ini?

Tidak dapat tidak kita kena mengakui bahawa undi tambahan sebanyak 10 ribu ini datangnya dari pengundi UMNO/BN itu sendiri yang rata-ratanya memboikot secara senyap pada PRK Kemaman kali ini.

Mereka mungkin nak memberikan satu isyarat jelas bahawa pilihan calon yang dibuat oleh pucuk pimpinan di peringkat Pusat adalah tidak tepat dengan tidak memberikan peluang kepada calon yang lebih solid dan dikenali ramai di UMNO Bahagian Kemaman.

Mungkin juga undi lebih ini datangnya dari para penyokong Pakatan Harapan (PH) yang juga tidak bersetuju dengan apa yang pimpinan PH buat pada hari nih. Tentang pembahagian kuasa misalnya. Entahlah. Kita tidak tahu.

Buatlah post mortem PRK Kemaman dan salahkan lah apa yang boleh dipersalahkan. Tapi yang pasti PN telah berjaya menambah undi lebih 10 ribu dalam keadaan peratusan keluar mengundi adalah sekitar 65% jer.

Ini semua bukanlah kerana kebodohan para pengundi (seperti mana yang pastinya para pentaksub PHBN akan laungkan) tapi sebelum nak salahkan orang lain, lihatlah kepada diri sendiri… Apakah yang sedang berlaku sebenarnya dalam komposisi politik di peringkat pusat. Apa pandangan para pengundi. Ambilah maklum.

Adakah sebab pengundi dah tak percaya dengan janji-janji dan retorik demi nak mendapatkan undi? Adakah para pengundi sudah mangli dengan sembang kosong reformasi yang akhirnya reformati?

Yang pasti warga Kemaman memang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup (untuk pengetahuan semua, kos sara hidup di Kemaman nih lebih tinggi dari di Shah Alam) dan isu-isu ekonomi yang tak berkesudahan tidak ditangani dengan elok.

30% pengundi di Kemaman adalah orang luar yang menetap disini bekerja dalam industri yang terkait dengan minyak dan gas serta industri hilirannya. Jadi mereka bukanlah mudah untuk dikatakan berbudaya @ berfeel @ bermentaliti tempatan (lokal).

Kesimpulannya.. PRK Kemaman adalah sesuatu yang membuang duit pembayar cukai atas benda yang sebenarnya tak perlu langsung untuk dibuat. Tapi pasai nafsu dan sombong, maka dapatlah tengok duit terbuang, status quo kekal dan hilang lagi 10 ribu undi.

Hahaha…

Sekadar menambahkan “garam pada luka”.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



20 November 2023

PRK Kemaman - Mana Bendera BN?

Bhai/DeeDee semua...

Dah dua hari Penamaan Calor PRK Kemaman. Tapi usahkan “kubu kuat” (katanya la) BN di Kijal pun tiada satu bayang bendera BN, malah depan rumah bekas MB Terengganu iaitu Ahmad Said (Ketua Bahagian UMNO Kemaman) pun cuma ader 2 bendera BN yang dipasang masa PRN baru-baru nih dan 2 bendera Palestine.

Nampaknya di Kemaman nih, bendera Palestine beratus kali ganda lebih banyak dari bendera BN. Adoilah

Bekas PAT ATM kena sabotaj ker nih?

#PrkKemaman #PHBN #PN #Pilihanraya #Undi18

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 







13 November 2023

Betul Ka Tu?

Bhai/DeeDee semua...

Pergh... Kompidennya... Hahaha... Kubu Kuat tue... Hahaha...

Takpa la... bagi chan la Ahmad Zahid Hamidi nak rasa kompiden pun.... Hahaha... Cuma nak bagitau la... Undi18 di Kemaman nih 70% memang solid ke PAS.... Itu ja nak bagitau... 

Bukan kata gua sokong PAS ka BERSATU ka atau PN kan... tapi ini realiti.. hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Kompidennya


04 October 2023

Siapa Yang Cadang Ni Memang La Tak Tau Sentimen Di Terengganu

Bhai/DeeDee semua....

Bangang... Siapa yang cadang ni memang la tak tau sentimen di Terengganu.... Nih nak bagitau... walaupun gua bukan orang Terengganu... tapi gua dah menetap di Terengganu lebih 18 tahun... dan gua cukup tahu sangat sentimen orang Terengganu...

Orang Terengganu cukup anti ngan Mahathir Mohamed... Tak mungkin sangat la depa nak bagi peluang satu kerusi kat Mahathir Mohamed nih... Tak logik sungguh la...

Hahaha...

Kalu letak juga Mahathir Mohamed kat kerusi Kemaman nih... sure kalah teruk nanti... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Memang Bodoh Lah Kalu Mahathir Mohamed Dicalonkan


28 July 2023

Kalahkah Ahmad Said?

Bhai/DeeDee semua...

Kerusi DUN Kijal di Kemaman sudah lama dipegang oleh Ahmad Said. Orangnya mudah kira. Mudah bicara. Personally... gua memang kenal dengannya. Malah anak saudaranya yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman pun gua berkawan baik.

Tapi mari kita bercerita tentang undi... Pada PRU14 tempohari, bila mana kerusi DUN dipertandingkan... Ahmad Said cuma menang majoriti sebanyak 1265 undi sahaja.. Agak tipis juga. 

Tapi kita kena ingat.. ada undi dari penyokong Pakatan Harapan yang pada masa itu mengundi calon BERSATU (masa itu PPBM masih bersekutu dalam PH). Untuk itu jika kita mengambil kira semua itu... kita boleh nampak sebenarnya undi memang agak tipis untuk menyebelahi Ahmad Said pada kali ini.

Kemungkinan perbezaan undi majoriti akan turun lebih banyak ... mungkin cecah puluh-puluh undi sahaja... Dan bagi kes Ahmad Said nih... payah nak ada undi menolak dari dalam kalangan ahli UMNO sendiri tak seperti di kawasan lain... 

Kalau kita mengambil kira undi solid dari penyokong dan pentaksub Anwar Ibrahim .... mungkin ramai yang akan undi Ahmad Said kali ini.. Itu perkara biasa.

Namun.... bagi Undi18 ... hah... yang ini payah nak jangka sebab kebanyakkannya dikesan solid undi mereka kepada PAS... di banyak tempat.. dan tidak mustahil ianya juga berlaku di DUN Kijal kali ini.

Persoalan yang perlu diingatkan... beza undi mungkin tipis... sikit sangat.... dan kemungkinan akan berlaku kiraan semula undi beberapa kali....  Mungkin akan ada bantahan... dan mungkin akan berlaku sedikit kekecohan...

Apa pun... ini sekadar DUN... dan tidak merubah apa-apa diperingkat Nasional...

Fikir-fikirkan lah....

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Razali Idris vs Ahmad Said




25 March 2022

Ahmad Said Setuju PRU15 Dipercepatkan

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya suara-suara dalam akar umbi UMNO sedang sekata mendesak Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Naib Presiden UMNO Ismail Sabri agar membubarkan Parlimen dengan kadar segera agar PRU15 dapat dipercepatkan...

Pengerusi Barisan Nasional Terengganu ... iaitu Ahmad Said pun setuju PRU15 dipercepatkan. So apa tunggu lagi... buat la PRU15 secepat mungkin... jangan berlengah.

Ader berani ka?

#PRU15 #AhmadSaid #UMNO #BarisanNasional #Politik #PerikatanNasional #Bubar #BubarParlimen #CipanTapirTenuk #SocialCritics

27 March 2021

Perang Di Tiga Negeri

Bhai/DeeDee semua...

Gua setuju ngan cadangan Ahmad Said (Bekas MB Terengganu) yang UMNO mesti bertentang mano a mano (face to face) dengan PAS di tiga negeri... Tiga negeri yang dipilih itu adalah .. Kelantan, Terengganu dan Kedah...

Tak guna UMNO bagi muka ngan PAS kat tiga negeri tue sebab PAS memang takkan nak bagi muka kat UMNO pon.... jadi kena la lawan 1 dengan 1

Sebab PAS bukan jenis berpegang pada janji.... dah terbukti lama dah.... 

So terbaek untuk UMNO lawan PAS dalam perang di tiga negeri nih..... Baru boleh tau PAS kuat atau setakat sembang ja....



21 January 2021

Tabik Kepada Ahmad Said Nelang

Pada 2009 (10 tahun dulu) Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan MB Ahmad Said (Nelang Kijal) telah menperkenalkan e-book kepada semua pelajar sekolah di Terengganu.

Betul ... banyak duit dihabiskan untuk kemudahan pelajar. Setiap makmal komputer di sekolah ada disediakan pegawai teknologi maklumat yang dibiayai penggajiannya oleh Kerajaan Terengganu.

Malah kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah syarikat (TopIT Industries Sdn Bhd) bagi mengendalikan kemudahan komputer ini. Tujuannya cuma dua... mengurangkan beban beg sekolah dengan buku teks dan menyediakan prasarana untuk sekolah Maya.

Beberapa sekolah telah diangkat menjadi perintis Sekolah Maya dengan penggantian papan hitam kapur dengan papan hitam digital bersambung dengan komputer dan projektor khas.

Tapi yang berlaku...

Mulut-mulut orang kita jugak yang kuat kondem mengutuk inisiatif ini mengatakan ianya membazir... memburukkan malah menggagalkan projek ini sebaik berjaya menjatuhkan MB Ahmad Said.

Sebenarnya semua Kerajaan Negeri mampu untuk melaksanakan program seperti ini... Dana kita ada... Kepakaran pon kita ada... tambah lagi harga Chrome Book bukanlah mahal sangat... Tapi sebab sikap bodoh sombong dan tidak berfikiran jauh serta meletakkan kepentingan di tempat yang salah maka hari ini ramai dikalangan kita kecoh dan kepoh berkaitan isu pembelajaran secara maya ini.

Ketidak mampuan golongan miskin untuk akses kepada laptop dan internet menjadi kekangan dalam sesi pembelajaran secara maya.

Gua tetap salute kepada bekas MB Terengganu Ahmad Said atas inisiatif ini. Dua orang anak gua dapat e-book ini dan ianya masih lagi berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini.

Terengganu adalah negeri contoh dalam bab penbelajaran secara maya ini. Jahanam disebabkan oleh sikap orang bodoh (mostly dari pihak PAS Terengganu) dan terlebih politiking.

P/S : YB Satipul Bahri (PAS Dungun) adalah antara yang paling bising bab sekolah maya ini pada masa itu. Gua tabley lupa dier punya ceramah sana sini. Bye the way... Gua bukan orang UMNO atau sebagainya tapi gua sebagai technologist memang respek ngan idea Ahmad Said ni.



08 March 2016

Sesuatu Yang Menarik Berlaku Di Terengganu Hari Ini

Bhai/DeeDee semua...

Apa yang berlaku di Sidang DUN Terengganu hari ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji...

Pertamanya ada satu usul Undi Tidak Percaya yang telah dibangkitkan oleh salah seorang ADUN didalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.... Usul dibawa oleh Bekas MB Terengganu selaku ADUN Kijal.

Yang menariknya usul Undi Tidak Percaya ini dibuat sendiri oleh Ahli UMNO kepada MB Terengganu sekali ADUN Kuala Nerus yang juga daripada UMNO.. Dan nampaknya ianya mendapat sokongan dari anggota DUN dari kalangan parti Pembangkang di Terengganu...

Keduanya usul Undi Tidak Percaya ini ditolak dengan kuasa mutlak yang ada pada Speaker DUN Terengganu (juga dari UMNO) atas alasan tiada notis awal diberikan oleh pembawa usul berkaitan dengan perkara ini.

Yang menariknya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu dan Perlembagaan Negeri tidak memperuntukkan bahawa perlunya notis diberikan terlebih dahulu bagi usul Undi Tidak Percaya.

Jadi sekarang ini jika kita perhatikan dalam konteks perundangan, tindakan Speaker DUN menolak usul ini adalah salah. Tindakan ini juga mengundang sama anda Speaker DUN boleh dikenakan tindakan dibawah undang-undang Negeri/Malaysia atas sebab salahguna kuasa.

Adakah Peguam Negara akan benar-benar berpijak diatas keluhuran undang-undang dalam menilai persoalan undang-undang ini. Kita faham kuasa Speaker adalah mutlak didalam sesuatu persidangan DUN namun ini bukanlah alasan untuk beliau menyalahgunakan kuasanya.

Apa pun yang berlaku. Malaysia adalah Bolehland.

*** Rujuk Sini ***

22 July 2013

Jika Calon BN Kalah Di Kuala Besut

Bhai/DeeDee sekalian...

Agak-agaknyer la.... aper tindakan yang akan UMNO/BN buat jika calon BN kalah di PRK N1 Kuala Besut nih....  Aper plak strategi yang akan UMNO buat... Aper plak tindakan yang akan dibuat oleh Idris Jusoh... Aderkah akan ader kempen serangan bertali arus kepada Ahmad Said? Aderkah Ahmad Said akan diminta turun dari jawatan MB Terengganu.

Bagaimana pula dengan nasib Idris Jusoh? Adakah ianya akan menyebabkan pengaruh Ahmad Said akan lebih kuat di Kuala Besut dan Hulu Terengganu?  Bagaimana pula dengan sidang DUN Terengganu lepas nih??

Kalu ikut pemahaman gua lar.... Sultan Terengganu tetap akan menerima BN sebagai kuasa pemerintahan di Terengganu.... dan kemungkinan Ahmad Said akan dikekalkan agak tinggi.... Tentang pengaruh 16:16.... Itu tidak jadi masalah pada percaturan politik di Terengganu... Kemungkinan untuk Sultan Terengganu melantik Hadi Awang sebagai MB Terengganu setakat yang gua tahu agak tipis... melainkan kalu PAS mendapat kerusi 17:15

Aper pon.... dengan kempen yang masuk sesi akhir nih.... dari aper yang gua dimaklumkan.... potensi untuk menjadi 16:16 agak tipis... Ini kerana para pengundi di Kuala Besut khabarnya lebih terpengaruh dengan kempen BN yang mengingatkan mereka tentang apa yang pernah PAS buat di Terengganu semasa PAS memerintah negeri ini pada 1999 hingga 2004

Aper pon jangkaan yang ada.... pada pandangan gua...  BN masih mempunyai sengat yang agak kuat dalam kempen PRK N1 Kuala Besut kali ini walaupun calon BN agak goyah dari segi kredibilitinyer... Aper pon... semuanya terletak ditangan para pengundi.... Aderkah mereka boleh dijual beli dengan nilaian RM yang mencurah-curah semasa kempen PRK nih yang hanya sementara.... atau mereka mahu mendapat laba yang berpanjangan sehingga PRU14.... kiter lihat sajer la....

Hahahaha

17 July 2013

Terbaek Dari Najib Razak

Bhai/DeeDee sekalian.... Lu orang tau dak... kalu Najib Razak mahu mengekalkan pengaruh dan kuasa serta jawatannya dalam UMNO dan BN.... sebaiknyer Najib Razak kena selalu buat benda camnie.... Najib Razak kena rajin keluarkan modal sikit.... bukan modal dari duit poket dier sendiri.... aper ader hal...

Itu jer cara untuk Najib Razak nak sekat Muhyiddin Yassin... skarang nih... percaturan terbesar aderlah di Kuala Besut.... ader dua percaturan.... ... satu antara Ahmad Said melawan Idris Jusoh.... sungguh hebat perlawanan diorang... masing-masing menunjukkan pengaruh... dan masing-masing perlukan kemenangan disana...

Samer jugak ngan satu lagi percaturan di Kuala Besut... iaitu antara Najib Razak dengan Muhyiddin Yassin.... Menang atau kalah BN di Kuala Besut akan menyebabkan Ahmad Said, Idris Jusoh, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak bermasalah.... hahaha... tengok kat saper yang terkena lebih dulu aaa... hahaha...

Jadi... kalu Najib Razak nak terkedepan... umumkan jer bonus raya setengah bulan gaji (paling minimum RM1000) bagi semua kakitangan kerajaan..... Dan terbaek kalu Najib Razak boleh bagi arahan supaya syarikat swasta pon berbuat samer... bagi token hari raya.... at least RM200 ka... RM500 ka.... hahaha

Aper macam.... Najib Razak ader brani ka mau sambut ini cabaran...... hahaha


SUNGKAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM32,313,300 kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Replika cek duit raya itu diserahkan kepada setiap ketua peneroka Wilayah Felda pada program Ihya Rahmat warga Felda peringkat kebangsaan di sini malam ini.

Najib berkata peneroka yang bersama Felda akan menerima RM300 manakala yang tidak bersama Felda menerima RM150.

"Sebelum ini peneroka hanya bergantung kepada hasil ladang mereka sahaja, tapi hari ini setiap peneroka dapat dari punca-punca lain.

"Dalam perjalanan ke sini tadi, saya kira-kira punca lain yang setiap peneroka dapat termasuk bonus tahunan, duit raya dan durian runtuh sebanyak tiga kali," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 peneroka pada program itu di Felda Gunung Besout 2 di sini.

Najib turut mengumumkan pembinaan 420 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bagi gugusan Besout dengan keluasan 19.14 hektar di samping pembinaan sebuah dewan serbaguna bernilai RM900,000 di Felda Besout 2.

Beliau berkata nikmat dan perubahan yang dikecapi warga Felda hari ini adalah hasil perjuangan yang dibawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Katanya semasa dailog pintar di Tanzania baru-baru ini, kebanyakan negara yang mendapat kemerdekaan hampir sama dengan Malaysia masih membicarakan mengenai pembangunan pertanian di luar bandar yang tidak maju serta bekalan asas.

"Sedangkan perkara ini di negara kita telah tinggal dalam lipatan sejarah. Kita telah berjaya menyelesaikan agenda pembangunan luar bandar. Ini bukan perkara yang disebut secara khayalan tapi dilihat dengan mata kita sendiri," katanya.

Beliau turut menolak dakwaan pembangkang dua tahun lepas bahawa Felda akan bankrap dengan menjelaskan kedudukan agensi itu semakin kukuh dan mantap.

"Felda tidak bankrap. Nilai saham yang terkumpul Kumpulan Felda termasuk dalam syarikat tersenarai kalau kita jual lebih RM8 bilion yang boleh diperoleh," katanya.

Kejayaan Felda juga dibuktikan dengan memiliki kilang di Kanada, restoran di Mekah, hotel di Kota Kinabalu dan pemilikan tanah di Kalimantan, Indonesia, katanya.

"Kita ada perancangan untuk jangka masa lebih jauh ke hadapan. Kita harap satu hari nanti Felda jadi lebih besar dan kukuh di pasaran antarabangsa," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. - Bernama

03 July 2013

Sebulan Sahaja Lagi

Bhai/DeeDee ...... gua dikhabarkan bahawa Jambatan Bukit Kuang di Kemaman yang dibina dibawah projek ECER akan dibenarkan penggunaannya sebulan sahaja lagi dari sekarang.... Pihak kontraktor telah diarahkan membuka satu laluan bagi pemandu yang memandu dari arah bandar Chukai menuju ke Kuala Terengganu...

Rekabentuk Senibina Kejuruteraan Lendut
Jadi..... kalu lu orang nak merasa memandu diatas Jambatan yang dibina dengan senibina kejuruteraan lendut.... lu orang gua alu-alukan datang ke sini untuk merasainya Ramadhan ini...... hahaha .....

Jangan lupa ajak kengkawan-kengkawan lu orang... tak kisah la jurutera awam ker.... untuk menikmati senibina unik di Malaysia ini.... iaitu senibina kejuruteraan struktur lendut.... hahahaha... Jangan ketinggalan... sebab Jambatan ini akan dimasukkan dan disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai satu-satunya senibina kejuruteraan lendut bagi sebuah jambatan konkrit.

MB Terengganu iaitu Ahmad Said pasti berbangga dengan adanya jambatan paling unik di Malaysia.... hebat....

Gua dengar khabar... PM Najib Razak juga akan hadir merasmikan pembukaan jambatan Bukit Kuang Kemaman ini setelah semuanya siap sepenuhnya dijangkakan pada Disember tahun ini...... Hahahaha... terbaek....

Berkaitan : Baca Sini

Terima kasih bagi yang dah updatekan isu nih dalam FB


27 June 2013

YB PAS Mana Yang Akan Melompat?

Bhai... Allah Taala punya perancangan... aderlah sebaik-baik perancangan.... Kalulah Allah Taala nak menjadikan satu perkara tue... amatlah mudah bagiNYA...

Okeh... sebelum gua sambung cerita... mari kita sedekahkan Al Fatihah buat YB Kuala Besut yang dah kembali menemui pencipta...

Bhai.... Kalu ikut kedudukan sekarang nih..... satu kerusi sudah kosong dalam DUN Terengganu.... dan keadaan sekarang aderlah 16 UMNO/BN, 15 PAS dan 1 PKR.... Kalu lah Allah Taala mentakdirkan PRK Kuala Besut berpihak kepada PAS.... makanya akan menjadi camnie...

UMNO/BN : 16
PAS : 16
PKR : 1

Kalulah Allah Taala mentakdirkan perkara semacam ini berlaku..... agak-agaknyer aaa... YB PAS mana satu kah yang akan melompat terlebih dahulu...

Betul... kita tak pernah alami situasi sengit macam nih... tapi semua tu boleh berlaku.... Tiada yang mustahil dalam dunia nih... dan gua tak terkejut kalu bukan setakat ader berlaku insiden melompat.... tapi akan sampai kepada terjadinya Kerajaan Campuran.... Kerajaan Perpaduan.....

Hahaha.....

24 June 2013

Darurat Di Kemaman

Bhai... Kalu nak tunggu MB Terengganu (Ahmad Said) tue declare Darurat di Kemaman... gua rasa MB Terengganu nak tunggu ada yang mati dulu kot.... Payah.. Payah....

Jadi... gua dengan ini mengambil inisiatif sendiri dengan mengisytiharkan bahawa Kemaman adalah kawasan darurat disebabkan indeks pencemaran udara yang agak teruk.... malah lebih teruk daripada Kuala Lumpur dan hampir sama dengan Pelabuhan Kelang bagi bacaan IPU... bahaya nih... aiyark.. tabley nak bernafas la....


Kepada murid-murid sekolah, sila jangan terlibat dengan aktiviti luar dan kepada sesiapa yang terlibat dengan urusan diluar... sila kurangkan sikit aktiviti...

Kesihatan lu orang sumer adalah keperihatinan gua....

Gua cadangkan sekolah ditutup sementara hari ini sehingga kadar IPU turun kepada dibawah 100 mata dan gua akan arahkan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman untuk mengagihkan secara percuma topeng muka kepada semua pelajar dan juga penduduk Daerah Kemaman.

Gua juga arahkan diujudkan pusat khas menangani masalah kesihan yang berkaitan dengan pencemaran udara dibuka 24jam di Hospital Kemaman dan setiap laporan mesti dihantar kepada gua.

MB Terengganu Nak Tunggu Ada Yang Mati Kot

Bhai..... Hari nih Kuantan, Pahang diumumkan sekolahnya cuti... Dan biler sekolah cuti... bebudak dapat kurangkan aktiviti diluar dalam keadaan jerebu yang makin teruk nih..... Walaupun Kuantan takder la cecah lebih 160 nilai IPU dier.... tapi... MB Pahang... si Adnan Yaakob tue ader la otak skit.... dan umumkan supaya sekolah ditutup sementara sehingga keadaan jerebu surut...

Tapi..... MB Terengganu nih plak... si Ahmad Said tue.... nak tunggu ada yang mati kot... baru la nak umumkan supaya sekolah ditutup sementara.... walhalnyer... kalu ikut Indek Pencemaran Udara di Kemaman (contohnya).... memang lagi teruk dari Kuantan.... sampai dah tak nampak bukit bukau dah...

Tapi yer la... MB Terengganu nih skrang duduk kat Kuala Terengganu..,.. jadi efek dier tak la teruk sangat di sana... Tapi di Kemaman nih... sesak nafas la wei.... dah teruk sangat dah nih.... sampai tak nampak jalan dah... Takkan la MB Terengganu nak tunggu ada yang mati kot....

Aper daa...




Di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.

"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baru 149 dan Indera Mahkota.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.

"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara. - SUMBER

11 May 2013

Memang Bangang Ahmad Said Nih

Bhai.... hahaha.... Gua tak tau samer ader Ahmad Said nih dilahirkan bangang sejak azali atau dier bangang kerana dier join parti BaNgang ..... hahahaha

Itu lar... gua rasa aaa... kat ITM takder diajar subjek Kenegaraan kot... pasai tue la bangang..... hahaha .... malang sungguh lar.... hahaha

Duit kutipan cukai dalam negeri Terengganu adalah datangnya dari seluruh rakyat dan penduduk Terengganu Darul Iman... ianya dikutip tanpa mengira status dan profil politik seseorang penduduk itu.... Tak kira la lu saper... penyokong BN ka... penyokong PR ka... pengundi BN ka... pengundi PR ka.... pengundi ROSAK ka... pengundi BEBAS ka.... semua kena bayar cukai... dan semua cukai tue akan masuk kantung Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman...



Nih aper plak boleh tetiba jer Ahmad Said yang baru jer naik jadi MB Terengganu penggal kedua keluarkan statement bangang camnie... ajer ke bodoh.... hahaha.... Ker dier ader wayar putus kot kat mana-mana.... hahaha... Gua rasa Ahmad Said perlu dirujuk ke unit psikologi Hospital Terengganu nih.... kena buat kajian...

Aper pasal lar boleh cakap... peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu hanya untuk kawasan yang BN menang jer... hahaha... tabley nak digunakan kepada kawasan BN kalah... itu macham kalu.... gua tak perlu la bayar aper-aper cukai lepas nih kat Kerajaan Negeri Terengganu... pasai DUN yang gua tinggal nih dimenangi oleh PAS.... hahaha...

Boleh la gua bayar ufti kat PAS lepas nih.... hahaha.. hancus lar.... hahaha

Cukup-cukup la tue bodohnyer.... hahaha.... dulu masa MB dari PAS pon.... samer perangai camnie gak.... ker atau memang orang politik kat Ganu nih bangang-bangang belaka?? Hahahaha...

Nasib baik gua orang Perak...... hahaha

23 February 2013

Gua Sokong Cadangan Kerajaan Negeri Terengganu

Bhai.... Citer tentang siapa individu misteri yang menjadi tandatanya pembaca blog nih seperti yang gua warwarkan semalam gua tangguhkan kepada tengahari nih.... sebab nak memberikan laluan kepada berita yang gua rasa penting nih.... Sungguh...

Betul... kadangkala ader benda yang betul dibuat oleh pihak Kerajaan pimpinan BN kiter kena la setuju dan kata betul... gua sokong usaha untuk mengekalkan semua peniaga Pasar Payang di Kuala Terengganu nih ditempat asal... tanpa seorang pon dipindahkan ke Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu yang terletak lebih kurang 3km dari lokasi asal...

Tapi... peniaga barangan basah di Pasar Payang yang baru tue nanti kena la professional... kena la jaga kebersihan... kena la ikut prosidur... tambah lagi Pasar Payang nih jadi tempat tumpuan pelancong.... Gua punya cadangan tambahan aderlah dengan pihak Kerajaan menyediakan pengawal keselamatan di kawasan itu. Kita tau yang anggota Polis biasa mengawasi kawasan ini... tapi dengan adanyer pengawal keselamatan... keadaan keselamatan dapat lebih terjamin...

Gua berharap... Pasar Payang yang baru dilengkapi dengan kemudahan perbankan dan juga pusat setempat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memudahkan urusan peniaga dan pelancong. Pejabat TDC juga wajar ditempatkan disini...

Apa pon... gua tahu sentimen yang dibawa oleh Pakatan Rakyat... tapi demi kepentingan semua pihak termasuk pelancong... gua lebih suka cadangan terkini yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Pasar Payang aderlah trademark Terengganu... dan ianya perlu kekal sebegitu dengan dipertingkatkan lagi kemudahan asas dan infrastruktur.


KUALA TERENGGANU – Kemelut peniaga di Pasar Besar Kedai Payang berakhir apabila Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan peniaga barangan basah seperti ikan, daging dan sayur beroperasi di bangunan baru pasar tersebut apabila pembinaannya siap kelak.

Sebelum ini, segelintir peniaga membantah cadangan projek membina bangunan baru Pasar Besar Kedai Payang empat tingkat dan berdingin hawa kerana peniaga ikan dan barang-barang basah yang berniaga di situ sejak sekian lama akan dipindahkan ke Pasar Cabang Tiga.

Bagaimanapun, selepas perbincangan antara Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dengan ahli jawatankuasa Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu ((PPPKM) kelmarin, kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan semua peniaga, dengan syarat mereka menjaga kebersihan di premis masing-masing.

Dalam pertemuan itu yang diadakan di Kediaman Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.

“Atas permintaan persatuan, kita bersetuju menerima cadangan untuk menempatkan semula semua peniaga dengan syarat mereka bersedia memenuhi peraturan kita. Saya tak mahu terjadi seperti mana tapak pasar sekarang dengan menghadapi masalah bau.


“Sebab kita menyediakan kemudahan terkini, dengan menyediakan ‘freezer’ dan sistem ‘piping’, mereka perlu berdisiplin dan menjaga kebersihan. Sekiranya ada individu yang melanggar syarat, tindakan akan diambil termasuk menyingkirkan mereka daripada mengusahakan perniagaan di pasar,” katanya.

Hadir sama, Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim dan juga Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, Ibrahim Mohd.

Keadaan sudah tidak sesuai

Sebelum ini, Kerajaan Negeri merancang pembinaan bangunan baru bagi menggantikan Pasar Besar Kedai Payang yang sedia ada selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengesahkan ia tidak selamat diduduki dengan kos RM80 juta untuk pasar sahaja.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartmen 30 tingkat akan turut dibina di tapak yang sama dan projek itu akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan kos keseluruhan lebih RM400 juta.

“Buat sementara waktu, peniaga ditempatkan di pasar sementara yang akan dibina di Pulau Warisan dengan kos RM8 juta dan pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini. Ia mengambil masa enam bulan,” katanya.

Ahmad berkata, keadaan Pasar Besar Kedai Payang yang ada sekarang sudah tidak sesuai kerana sempit, kotor dan mencemarkan imej Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membina semula pasar dengan pelbagai kemudahan moden dan struktur baru supaya lebih selamat dan mampu menarik lebih ramai pelancong membeli-belah di situ. - SUMBER

04 February 2013

Hehehe

Bhai.... Pertama sekali... gua nak ucapkan selamat maju jaya kepada wartawan Sinar Harian yang bernama Wan Saidatul Fadzilah Binti Wan Najemudin ... gua saspek dier nih mesti wartawan paling junior.... paling muda... baru dapat kerja kot.... hahaha....

Pasai tue la nama orang yang dier temuramah dier boleh tersalah tulis dalam artikel dier yang diterbitkan di Sinar Harian hari nih... Hahaha... yang lagi lawak tue... editor akhbar Sinar Harian pon terlupa nak semak nama orang yang ditemuramah.... kesilapan yang agak besar bagi sesiapa yang berkhidmat dalam dunia kewartawanan.... Hahaha...

Takper.. takper.. kiter bagi peluang kepada dier.... hahaha



Keduanya .....

13 December 2012

Jangan DIlawan Sultan

Bhai.. lu tolong skit peringatkan Ahmad Said MB Terengganu tue... tolong bagitau dier... pantang orang UMNO melawan Sultan Pahang... derhaka tue.... takkan pasai isu lapangan minyak Bertam pon nanti juak-juak Ahmad Said akan kuarkan banner "Bertam Kami Punya La, Natang" ..... hahahaha

Jangan aaa... jangan dilawan Sultan... derhaka nanti... pantang anak Melayu menderhaka kepada Sultan.... Kasi chan la Pahang plak dapat wang ihsan minyak... ader duit tue nanti boleh la pi joli.... tempah kek kapla kuda ka... hahahaha .... Jadi... tolong aaa... jangan lawan cakap Sultan...


09 September 2012

Nyawa Belia Kemaman Digadai Selama 8 Tahun

Bhai.... Ader member pass info kat gua... info tentang nyawa para belia yang digadai selama 8 tahun bhai... 8 tahun bukan sikit anak... kot ader yang terbunuh dan kojol ker masa nih... saper nak tanggung... nak claim insuran pon tabley...

Nih citer tentang Kompleks Rakan Muda Kemaman yang berada tidak jauh dari kawasan Mak Lagam.... Selama 12 tahun... iaitu sejak dari Mei 2004 lagi... belia dan rakan muda Kemaman dah menggunakan fasiliti ini... dan bukan setakat tue jer... dah beberapa kali Menteri Besar, Menteri Belia dan Sukan dan sebagainyer membuat pelbagai acara kat sini....

Tapi... rupanya bangunan kompleks Rakan Muda Kemaman nih sebenarnya takder Sijil Layak Menduduki (CF) ..... pergh... giler mender.... Tahun 2004 tue Idris Jusuh punya time jadi MB.... aper kerja yang dier dah buat... Tahun 2008 plak.. Ahmad Said pulak amik alih.... takkan benda macam nih boleh terlepas pandang...

Ahmad Shabery Cheek yang jadi Menteri Belia Dan Sukan takkan tak tau mender nih... ini Parlimen dier aper... ini kawasan dier... tambah lagi dengar citer dier nak jadi MB Terengganu plak lepas PRU13 nih.... takkan buta mata kot... takkan pekak telinga kot... aper daaa...

Persoalannyer... macam mana boleh bangunan Kompleks Rakan Muda Kemaman nih takder CF... macam mana boleh berlaku... Aderkah agensi BOMBA yang tak nak bagi kelulusan nih... Aderkah pihak Majlis Tempatan yang buat kerja tak siap...

Bukankah bangunan Kompleks Rakan Muda Kemaman nih semasa pembinaan ianya dipantau oleh Jurutera Daerah... takkan berlaku penyelewengan... Takkan ader rasuah kot... pelik bin ajaib... Ini kerja dikawal oleh JKR aper... takkan la JKR rasuah... hahaha.... SPRM Kemaman buta mata ker... hahaha... takkan takmo nak buat siasatan...

Cuba tengok snapshot yang gua publishkan kat bawah nih... link website pon gua bagi.... pi la tengok.... hahahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1