Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tikam Belakang. Show all posts
Showing posts with label Tikam Belakang. Show all posts

14 October 2022

Masa Bercinta vs Masa Bercerai

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... ini memang lawak... masa bercinta kentut pasangan pun bau wangi.... masa bercerai kentut pun boleh jadi bahan berperang berparang bagai...

Hahahaha... lawak la UMNO dan PAS nih.... Muafakat Nasional lah sangat... Hahaha



17 July 2013

Terbaek Dari Najib Razak

Bhai/DeeDee sekalian.... Lu orang tau dak... kalu Najib Razak mahu mengekalkan pengaruh dan kuasa serta jawatannya dalam UMNO dan BN.... sebaiknyer Najib Razak kena selalu buat benda camnie.... Najib Razak kena rajin keluarkan modal sikit.... bukan modal dari duit poket dier sendiri.... aper ader hal...

Itu jer cara untuk Najib Razak nak sekat Muhyiddin Yassin... skarang nih... percaturan terbesar aderlah di Kuala Besut.... ader dua percaturan.... ... satu antara Ahmad Said melawan Idris Jusoh.... sungguh hebat perlawanan diorang... masing-masing menunjukkan pengaruh... dan masing-masing perlukan kemenangan disana...

Samer jugak ngan satu lagi percaturan di Kuala Besut... iaitu antara Najib Razak dengan Muhyiddin Yassin.... Menang atau kalah BN di Kuala Besut akan menyebabkan Ahmad Said, Idris Jusoh, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak bermasalah.... hahaha... tengok kat saper yang terkena lebih dulu aaa... hahaha...

Jadi... kalu Najib Razak nak terkedepan... umumkan jer bonus raya setengah bulan gaji (paling minimum RM1000) bagi semua kakitangan kerajaan..... Dan terbaek kalu Najib Razak boleh bagi arahan supaya syarikat swasta pon berbuat samer... bagi token hari raya.... at least RM200 ka... RM500 ka.... hahaha

Aper macam.... Najib Razak ader brani ka mau sambut ini cabaran...... hahaha


SUNGKAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM32,313,300 kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Replika cek duit raya itu diserahkan kepada setiap ketua peneroka Wilayah Felda pada program Ihya Rahmat warga Felda peringkat kebangsaan di sini malam ini.

Najib berkata peneroka yang bersama Felda akan menerima RM300 manakala yang tidak bersama Felda menerima RM150.

"Sebelum ini peneroka hanya bergantung kepada hasil ladang mereka sahaja, tapi hari ini setiap peneroka dapat dari punca-punca lain.

"Dalam perjalanan ke sini tadi, saya kira-kira punca lain yang setiap peneroka dapat termasuk bonus tahunan, duit raya dan durian runtuh sebanyak tiga kali," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 peneroka pada program itu di Felda Gunung Besout 2 di sini.

Najib turut mengumumkan pembinaan 420 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bagi gugusan Besout dengan keluasan 19.14 hektar di samping pembinaan sebuah dewan serbaguna bernilai RM900,000 di Felda Besout 2.

Beliau berkata nikmat dan perubahan yang dikecapi warga Felda hari ini adalah hasil perjuangan yang dibawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Katanya semasa dailog pintar di Tanzania baru-baru ini, kebanyakan negara yang mendapat kemerdekaan hampir sama dengan Malaysia masih membicarakan mengenai pembangunan pertanian di luar bandar yang tidak maju serta bekalan asas.

"Sedangkan perkara ini di negara kita telah tinggal dalam lipatan sejarah. Kita telah berjaya menyelesaikan agenda pembangunan luar bandar. Ini bukan perkara yang disebut secara khayalan tapi dilihat dengan mata kita sendiri," katanya.

Beliau turut menolak dakwaan pembangkang dua tahun lepas bahawa Felda akan bankrap dengan menjelaskan kedudukan agensi itu semakin kukuh dan mantap.

"Felda tidak bankrap. Nilai saham yang terkumpul Kumpulan Felda termasuk dalam syarikat tersenarai kalau kita jual lebih RM8 bilion yang boleh diperoleh," katanya.

Kejayaan Felda juga dibuktikan dengan memiliki kilang di Kanada, restoran di Mekah, hotel di Kota Kinabalu dan pemilikan tanah di Kalimantan, Indonesia, katanya.

"Kita ada perancangan untuk jangka masa lebih jauh ke hadapan. Kita harap satu hari nanti Felda jadi lebih besar dan kukuh di pasaran antarabangsa," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. - Bernama

08 May 2013

Muhyiddin Yassin Lebih Layak Jadi PM

Bhai.... pada 2008 iaitu selepas kekalahan teruk BN sehingga hanya mendapat 140 kerusi Parlimen sajer berbanding 222 kerusi yang ader.... banyak cakap-cakap dalam Barisan Nasional yang mahukan Abdullah Ahmad Badawi berundur... alasan yang banyak diutarakan pada masa tue aderlah kealpaan dan salah urus tadbir negara yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Banyak tindakan drastik yang Abdullah Ahmad Badawi buat seperti penjualan pemilikan MV Agusta kepada asing dengan hanya EUR1 memang menjadi buah mulut rakyat. Salah satu yang gua ingat gua serang Abdullah Ahmad Badawi aderlah tentang isu penjualan beberapa saham penting dalam GLC kepada Temasek Group... dan jugak tentang kenaikan harga minyak petrol kepada RM2.70 seliter...

Jadi pada 2009... Abdullah Ahmad Badawi ditekan oleh semua orang sama ader dari dalam UMNO/BN hinggalah kepada orang luar UMNO/BN.... Mahathir Mohamed adalah salah seorang "malaun" yang menibai Abdullah Ahmad Badawi dan menyuruhnya meletakkan jawatan.... Bukan sebab aper.... semuanya pasai kalu Abdullah Ahmad Badawi kat PM punya kerusi... maka anak-anak Mahathir susah nak bisnes...

Lalu... jatuhlah Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan PM dan dilantik Mohd Najib Razak sebagai PM yang baru.... PM yang dilantik tanpa mandat rakyat... PM yang naik mengikut jalan belakang...

La nih... pada 2013 ... Najib Razak pulak mengalami kekalahan yang lebih teruk dari Abdullah Ahmad Badawi.... iaitu pada 133 kerusi Parlimen berbanding 222 kerusi yang ader... Ini nampaknyer membuktikan bahawaNajib Razak juga tidak layak mentadbir negara ini atas dasar PM.... Sebaiknyer Najib Razak digantikan oleh Muhyiddin Yassin....

Muhyiddin Yassin lebih layak jadi PM .... memang layak.... jadi aderkah semua penyokong UMNO/BN akan menggerakkan usaha untuk memohon Najib Razak mengundurkan diri dengan memberi peluang Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia...

Gua nak tunggu ..... memang nak tunggu... hahahaha....

30 November 2009

Isa Samad Dah Mula Melobi

Hahaha... Korang jangan plak buat terkezut.. Isa Samad dah mula melobi nih... teringin benor dier nih nak jadi MB Negeri Sembilan sekali lagi... tak sabor-sabor nunggu PRU13 nih... Mohamad Hassan pulak dah nak tercirit la nih....

Sekarang nie kat Negeri Sembilan dah pecah 3 puak.
  1. Puak MB Mohamad Hassan
  2. Puak Bekas MB (Katik @ Doraemon) Isa Samad
  3. Puak Khairy Jamaluddin
so..... Nampaknyer Mohamad Hassan tengah panas punggung pasai duit RM10 juta yang terkantul dengan Bank Negara Malaysia nih... punya la ader banyak cara nak transfer duit (boleh guna Wire Transfer, Western Union ataupun E-Currency) tapi.. dier pilih transfer guna money changer..

Nak kata bodoh ...takkan la.. dulu Mohamad Hassan nie MD Cycle & Carriage ... takkan tak tau prosedur pemindahan wang... Giler aper... AMLA (Anti Money Laundering Act) dah lama ujud... takkan tak tau kot...

Maklumat yang gua dapat... info yang menyebabkan kekantulan Mohamad Hassan nih dibocorkan oleh puak yang tak sebulu dengannyer.. Diorang bukan boleh tunggu lama... peluang ader depan mata... so apa lagie.. kasi tau Bank Negara Malaysia (BNM) la... habis kantul... Nampak sangat la ader yang tak sabar-sabar nak jadi MB Negeri Sembilan...

Yer la... tak der peluang nak jadi Menteri di peringkat pusat (Isa Samad dulu Menteri Wilayah Persekutuan dan KJ teringin nak jadi Menteri Belia dan Sukan) ... jadi ini la peluang yang ada .. walau pun peluang nie kecik.. tapi jadi la... janji masyuk... hahaha...

Lu ingat jadi MB Negeri Sembilan tak boleh nak kaya ker.... podah ler... memang kaya punya... banyak kawasan komersial ader kat Negeri Sembilan nih.. banyak plak tanah orang Melayu yang boleh dirembat... banyak hasil negeri la....

Jadi... ada dua jer kemungkinan... Kalu bukan Isa Samad (Doraemon @ Katik) yang sabotaj MB Mohamad Hassan.... hehehe... tentunya Khairy Jamaluddin terlibat... begitulah sebaliknya... tapi apa-apa pun... masing-masing tak sabar nak merembat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum Negeri Sembilan tersungkur ketangan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti...

Dapat dua tahun jadi MB Negeri Sembilan pon dah kira okeh.... ader pencen... ader duit share masuk... dan macam-macam lagie.... halal haram aper mau kira.... spesis UMNO/BN nieh mana ader malu makan rasuah dan sebagainya....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1