Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Isa Samad. Show all posts
Showing posts with label Isa Samad. Show all posts

07 March 2024

Sekor Lagi Lepas Dan Bebas

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Apa nak hairan.... Semua bangkai level VIP ... pastinya lepas dan bebas... penting sekali mesti ngam dengan depa... Hahaha

Bangkai betul la,.,,



03 October 2023

Agak-Agak Boleh Sangkut Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Masa kes nih memuncak... 2 nama besar nih memang sangkut dalam kes nih.... Isa Samad dan Shahrir Samad....

Tiba-tiba tengah panas isu nih... terus senyap... terus selamat 2 mangkuk nih...

Harap kali nih kes bersambung di peringkat Mahkamah Rayuan... sangkut la hendaknya dua mangkuk nih dengan sabitan kes.... Hahaha... Supaya dua mangkuk nih boleh dok sebilik dalam jel...

Hahaha....

Tapi kan.... PMX kan suka sangat ngan DNAA.... Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Sangkut ka atau DNAA???


21 July 2023

Ramai Yang Meroyan

Bhai/DeeDee semua...

Gua berani jamin... post macam nih mesti akan trigger WalaNON dan Bangsa Slurpp... Depa mesti akan kecam gua... Hahaha...  

Jangan la bodo sangat... Hahaha.. cukup-cukup la Walaun dan Mahacai jer yang bodo... Hahaha

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif  = https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



07 July 2023

Sikit-Sikit Felda

Bhai/DeeDee semua....

Parti mana pun naik jadi Kerajaan...Tetap gak nak jaga Felda.... huhu.... gua tau la situ pengundi totok ramai sangat... tapi macam la takder pengundi lain Kerajaan nak jaga...

Dulu Felda dibawah Isa Samad pinjam RM8 bilion dari KWSP .... dah bayar balik ka??? dah abis bayar ka? Huhuhu... rasanya sekupang pun tak bayar lagi...

Ini Kerajaan Madani Anwar Ibrahim pulak nak pam RM10 bilion.... ajer gampang lar....
Sebelum nih batalkan hutang peneroka... tak abis-abis batalkan hutang peneroka... berkali kali tiap kali nak pilihanraya...

Boring aaaa...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Felda Lagi


21 February 2023

Siapa Lagi Yang Kena

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... gua kalu bab pendakwaan dari SPRM nih... gua biasanya takmo nak melompat awal seronok bukan main... sebab dah banyak kes yang SPRM bawak pendakwaan ... last-last lepas bebas sebab teknikal jer....

Contoh macam kes Musa Aman la... Adnan Mansor la... Annuar Musa la... Isa Samad la.... Shahrir Samad la...  dan ramai lagi...

Hahahaha....

Ini semua lawak...


Dua ahli perniagaan dijangka didakwa di mahkamah esok berkaitan program Jana Wibawa yang kontroversi, menurut notis media yang dikeluarkan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Notis itu menyatakan kedua-dua individu itu akan didakwa masing-masing di Mahkamah Sesyen di Shah Alam dan Johor Bahru.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap dua individu berkaitan Jana Wibawa," kata notis itu.

Tiada maklumat lain didedahkan dalam notis media oleh SPRM itu.

19 January 2018

Habislah Lagi Duit KWSP

Bhai/DeeDee semua....

KWSP dan PNB rancang nak beli aset fasa 2 Battersea Power Station jangkanya pada nilai RM8.8 Bilion.... Huhu..... Masalahnya... dalam keadaan ekonomi goyah ni... patutnya kiter kena banyakkan bawak masuk Foreign Direct Investment (FDI)... tapi la ni nak bawak keluar duit melabur kat luar negaralah pulak...

Giler ker aper.... Projek Battersea Power Station ni adalah projek Sime Darby (yang dulu rembat bagi nama Synergy Drive) dan SP Setia .... Masalahnya.... ini pelaburan kat England.... Memang la berpotensi untung.... tapi bukannya dapat menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang secara otomatiknya akan menaikkan taraf hidup rakyat...

Kalu pun untung la KWSP dan PNB dalam projek Battersea Power Station ni..... berapa sangat la dividen yang akan KWSP dan PNB bagi kat rakyat sebab dana KWSP dan PNB ni datangnya dari rakyat....

Tak pernah lagi gua dengar KWSP dan PNB bayar dividen sampai 15% walhal dana yang dikendalikan lebih besar dari dana Bank Rakyat.... Bank Rakyat pun biasa pernah bagi dividen keuntungan saham sampaoi 15% sedangkan Bank Rakyat hanya melabur dalam negara jer....

Oh yer.... duit yang Isa Samad pinjam melalui FELDA itu hari dari KWSP pada nilaian RM5 billion tu FELDA (Isa Samad) dah abis bayar ker??? Ker senyap terus..... Adoyailah...

Mampuih la rakyat Malaysia kena tipu berkali-kali....

Macam dana dalam AMANAH RAYA BERHAD.... yang sekarang ni hanya sekadar nombor jer..... fizikalnya tak ader.... dah lama lebuh.... linchin.... hahahaha......

16 January 2018

Tutup Cerita

Bhai/DeeDee semua...

Lu orang tengok la..... bukan susah pon nak tipu orang kampung yang tak tau tentang perjalana bidang financial ni.... Hahaha... mudah benor....  Cuba kiter peratikan isu Tanah Felda di Jalan Semarak yang kecoh baru ni...

Bayangkanla..... tanah dah dipindahmilik..... pastu setelah kecoh semua.... baru kelam kabut depa kata tanah tu dah dapat balik.... tutup kes kata Shahrir Samad.... Hahaha.... Najib Razak tak terlibat kata Shahir Samad..... PMO tak terlibat..... Ahli Lembaga Pengarah Felda tak terlibat..... hahahaha

Walhal.....

Siasatan oleh PDRM dan SPRM pun tak abis lagi..... siapa yang buat kerja tu pun kita tak dapat tahu.... macam mana depa buat kerja haramjadah ni pon kita tak tau.... senang senang jer Shahir Samad kata dah solosai... dah tutup kes.... Hahaha

Patutnya....Semua tu kena siasat.... Najib Razak kena disiasat pasai apa dier tak tau... PMO pun kena siasat pasai apa boleh tak tau... Ahli Lembaga Pengarah pun patut digantung tugas sampai semua siasatan selesai....

Nih sapa nak jadi kambing hitam ni..... Isa Samad sure jauh panggang dari babi...... huhuhu

Siapa pegawai pejabat tanah yang terlibat..... takkan la takder kot?? giler ker aper...

Ini mesti salah tanah tu sendiri yang pandai-pandai lacurkan diri dier kepada orang lain.... Hahaha.... Bongoklar....

Nak buat macam mana.... peneroka Felda memang bangang.... Hahaha... kalu peneroka Felda tak bangang... dah lama pengurusan Felda kena halau keluar.... Hahaha.......

06 June 2013

Najib Mesra Wanita? Hahaha

Bhai ... Inilah yang dinamakan dalam kata bidalan Melayu "pukul anak sindir menantu" .... Hahahaha... Gua tak sangka Rosmah Mansor akan kuarkan statement yang macham nih.... Hahaha... Terbaek...

Biler Rosmah Mansor sendiri yang kata "Najib adalah mesra wanita" .... Pergh... Gua jadik terkejut...

Aderkah Rosmah Mansor ingin memperkatakan tentang Altantuya .... atau sekadar memperingatkan Najib insiden di Blue Lagoon Port Dickson dulu.... Hahaha... Memang Najib Razak mesra wanita.... Hahaha

Terbaek la Rosmah Mansor... gua tabik... Hahaha

07 February 2013

Terkini : Felda Bakal Memiliki Hospital Sendiri

6 Februari 2013

SEREMBAN - Pembinaan hospital milik Felda di Jengka, Pahang dijangka bermula awal bulan depan dan siap dalam tempoh dua tahun, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata kontraktor untuk pembinaan hospital itu telah dilantik minggu lepas.

Hospital baharu ini dianggar menelan belanja sekurang-kurangnya RM80 juta dan boleh menampung 300 pesakit pada satu masa, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Mohd Isa, pembinaan hospital itu adalah fasa pertama dalam pembinaan kompleks kesihatan bersepadu yang meliputi pembinaan beberapa kemudahan kesihatan yang lain.

"Bagaimanpun ini bergantung kepada pemaju kita yang juga mempunyai tanah. Ini mengikut perbincangan kita untuk fasa kedua. Fasa pertama dikhususkan untuk pembinaan hospital baharu ini," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Mohd Isa berkata Felda juga telah merancang untuk mewujudkan tiga lagi kompleks kesihatan dan perubatan iaitu di Gua Musang, Kelantan; Alor Setar, Kedah dan satu lagi di selatan tanah air.

Setakat ini Felda telah memiliki sebuah fasiliti kesihatan iaitu sebuah Dispensari di Kuantan, Pahang, katanya. Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 50 anak Felda yang menjalani latihan pegawai perubatan di Akademi Perubatan di Wales, United Kingdom dari 11 Nov hingga 5 Dis lepas.

Program itu diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Karnival kesihatan Felda (Felda Health Carnival - FHC) di ibu negara April lepas. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FHC Sdn Bhd Datuk Chan Tien Ghee.

NONAMA News Agency - NNA
(edisi sarkastik dari NNA)


07 September 2012

EUR/USD Dah Cecah 1.27xxx mata

Bhai.... bagi yang kaki forex (foreign exchange) nih... pair EUR/USD nih paling ramai yang pilih... ramai yang folo dan trade dalam pair nih.... Gua pon terikut samer ... hahaha....

Sori.. gua bukan nak citer pasai forex atau EUR/USD ... cuma biasa la... gua kan banyak bermetafora kat dalam blog nih... baca artikel gua dengan akal dan ilmu... jangan ikut emosi biler baca artikel gua macam puak-puak Geng Rusila tue... hahaha

Anyway... aper yang gua nak sampaikan nih aderlah tentang isu sahamn FGVH yang kini merudum jatuh dibawah paras psikologi iaitu dibawah RM 4.80 seunit.... Ingat ... ini harga bagi saham FGVH yang Najib Razak kata lebih besar (atau setara) dengan saham FACEBOOK.... hehehe

Saham nih ader turun naik... naik kalu ader untung... jatuh kalu memang rugi... tak macam forex... forex.. dua-dua arah kiter boleh untung... cuma tau macam mana nak trading jer... hahahaha.... tapi saham nih... hanya waktu naik jer yang boleh untung...

So... agak-agak lu aaa.. boleh tak saham FGVH nih cecah paras RM3.80 dalam masa 3 bulan lagi.... hehehe..... gua saspek ader peluang besar tue... melainkan pelabur sindiket membuat satu magik... hahaha.. biasa la... biler pelabur sindiket buat untung besar dengan magik... yang jadi mangsa aderlah pelabur runcit... macam peneroka yang pegang saham FGVH lar.... hahaha

Aper-aper pon... gua jangkakan paras RM4 tue boleh cecah dalam tempoh terdekat nih... kalu sampai level tue... mau terbongkang ramai orang... hahaha... nak buat camana... sebijik kena macam kes Pak Man Telo lar.... hahaha... nih diganti dengan Pak Najib Telor..... hahahahaha

30 August 2012

Durian Runtuh Adalah Pinjaman Sebenarnya

Hahahaha... akhirnya Ahmad Maslan mengaku juga... hahaha.... Maknanyer.. semua peneroka Felda sudah kena tipu... hahaha.. itu hari kecoh Najib Razak, Isa Samad dan Ahmad Maslan citer konon peneroka Felda akan dapat durian runtuh..... hahahaha

Tapi... rupanyer... sumer sudah kena tipu la bhai... hahaha... itu bukan durian runtuh... itu aderlah jambatan runtuh... hahahaha.... rupanya... durian runtuh adalah pinjaman sebenarnya... Kalu dulu.. pinjaman dengan bank pada kadar 5% caj interest... la nih ditukar kepada pinjaman dengan Felda.... hahaha... konon takder peratus caj interest.... hahaha

Aper pon.... itu semua tipu... hahaha....  sebab kalu durian runtuh mestilah dapat tak perlu dibayar sesen pon... macam orang dapat hadiah ler... ini... hahaha... still kena bayar jugak... Hahaha... yang untung aderlah BANK dan kroni....

Err.. nak tanya sikit... peneroka dapat 800 unit saham FGVH .... kena dalam bentuk pinjaman... jadi... Isa Samad yang dapat 150 ribu unit saham tue melalui pinjaman gak ker... hahaha... Kalu gitue maknanyer.. Isa Samad boleh bayar kat Felda la zero interest... wei.. best la Isa Samad... yang kesian kena kencing aderlah peneroka Felda gak.... hahaha....

Aper cer nih bhai.... hahahaha.....

01 August 2012

Saham FACEBOOK Jatuh 43% Dibawah IPO

Pergh... kalu syarikat sebesar dan seglamer FACEBOOK boleh terbongkang sahamnyer dan jatuh 43% dibawah IPO ... aper lu nak harapkan ngan Saham FGV... hahahaha..

Rakan blogger gua TukangLawan ader follow saham FGV nih.. dan baru-baru nih dier ader postkan artikel mengenainya... jadi... macam biasa la.. gua tak terkezut sangat...

Benda macam nih aderlah perkara biasa dalam mana-mana saham... perkara kecik jer... yang jadi mangsa biasanyer aderlah pelabur runcit... hahaha.. yang kenyang aderlah pelabur sindiket.... macam siot jer kan... hahaha....

Najib Razak, Ahmad Maslan dan Isa Samad nak kata aper aaa tentang kejatuhan saham FGV nih... please lar.. bagi komen skit... hahahaha.... Oh yer... nak tanya gak aper komen Azizan Razak pasai saham FGV nih... hahaha

Baca Sini, Sini, Sini dan Sini

31 May 2012

Yahoo... Isa Samad Kekal Pengerusi KPF

Pergh.... hebat.. hebat.... hahahaha... Yahoo.... Isa Samad kekal pengerusi KPF.... hahaha

Suruhanjaya Koperasi pon takder taring dan telor untuk jatuhkan hukuman kepada Isa Samad... dier maksum tue bhai.... Isa Samad maner ader buat rasuah.... dier suci lagi menyucikan.... hahahaha.... seumpama bayi... hahaha

Bhai... Kalu Isa Samad ader masalah.. dan buat benda tak betul.. tentu Suruhanjaya Koperasi boleh kenakan hukuman pada dier... dier tak salah... dier bersih sebersih-bersihnyer... hahaha

Walaupun perlantikan Isa Samad tue menyalahi undang-undang kecil koperasi... tapi itu sumer boleh kawtim... kecik punya hal... takder peruntukan untuk pecat dier pon... lawak...  serupa macam didapati bersalah mencuri.. tapi takder dalam undang-undang hukuman untuk pencuri... hahaha... lawak aaa....

Tahniah la Isa Samad oooi... hahaha... lu memang maksum.... hahaha

Saham FACEBOOK Pun Menjunam Jatuh

Hahahaha....

Najib Razak dengan bangganyer berkata beliau konfiden dengan penyenaraian FGVH tue... ala IPO FGVH yang konon-kononnyer dikatakan akan lebih berjaya dari IPO FACEBOOK .... hahaha

IPO FACEBOOK dimulakan pada harga USD$38 seunit saham.... dan kurang dari dua minggu selepas ianya dilancarkan.... harganya aderlah pada USD$28.19 .. walaupun ianya melonjak ke paras tertinggi hari pertama dagangan pada USD$45 tapi ditutup pada harga USD$38.26 hari dagangan yang sama...

So.... Kalu FACEBOOK yang begitu gempak dalam dunia nih boleh diniagakan sahamnyer bawah 26% ( -26% ) dari paras IPO dalam tempoh tak sampai sebulan.... hehehe... lu ingat-ingat aaa... berapa agaknyer saham FGVH akan diniagakan pada tempoh masa yang sama (kurang dari sebulan dipasaran)???

Hahahaha.... gua berani jamin aaa... takkan kekal lama la atas harga IPO tue... mesti maintain pada harga IPO atau jatuh teruk bawah harga IPO....

So... agak-agaknyer la... aper akan jadi ngan peneroka yang buat pinjaman untuk beli IPO FGVH tue... hahaha.. camana depa nak buat untung... kalu terpaksa bayar pinjaman jugak walaupun harga saham bawah harga IPO... hahaha.... mampuih.... hahaha

Hahaha.... mari kiter bayangkan berapa ramai peneroka yang akan merempat lepas tue....

Kiter semua jangan lupa aaa.. bukan peneroka FELDA jer yang kena .. tapi peserta FELCRA dan pekebun kecil bawah RISDA pon terkena gak... hahaha...

Bukan ker FELDA, FELCRA dan RISDA dah digabungkan... hahaha

Mampuih.. mampuih...

Baca : Sini , Sini , Sini dan Sini

19 May 2012

Penyenaraian IPO FGVH Bakal Mengalahkan IPO Facebook

Pergh.... nak termuntah gua dengar ader orang politik yang dok canangkan bahawa penyenaraian IPO FGVH bakal mengalahkan IPO Facebook ..... hehehe....

Bhai.. untuk pengetahuan lu... IPO Facebook dimulakan di NASDAQ semalam.... sekitar pukul 10 malam waktu Malaysia....dibuka permulaan pada harga USD$38 dan melonjak sehingga USD$45 pada waktu puncak walaupun ader sedikit kelewatan pasai masalah sistem bursa....namun...  ianya ditutup pada harga yang USD$38.23 dihujung dagangan.

So.... Kalu Facebook yang gempak giler babat dalam dunia nih .. yang dapat sambutan kuat dari pelabur di NASDAQ pon boleh jadi macam tue jer... tak kekal lebih dari sehari pon nilaian tertinggi dier ... iaitu "peak trading" ... lu agak-agak la camana ngan IPO FELDA nanti... ala.. IPO FGVH tue la... hahaha

Mari kita kaji tentang penyenaraian FGVH ... IPO FGVH nih katakanlah dibuka pada harga RM1 seunit... lepas tue meledak dalam hari pertama penyenaraian pergi sampai RM3 atau RM5 .... lu agak-agaknyer la... bolehkah dier bertahan selama lebih dari 6 bulan harga tue... atau turun mendadak kepada bawah RM0.80 selepas didagangkan selama 6 bulan...

Kalu jatuh bawah paras penyenaraian... jatuh bawah paras IPO... makanyer.. peneroka FELDA yang buat pinjaman untuk beli saham FGVH tue akan bayar hutang saham tue buta-buta jer tanpa keuntungan... malah boleh rugi takder pasai jer... hahaha

Hutang saham tetap kena bayar.. walaupun saham belum boleh dijual/ditunaikan kerana "tempoh bertenang" belum selesai... namun.. harga saham berada dibawah paras penyenaraian....tak ker mampus tue... hahaha

Kalu peneroka beli saham tue dengan duit tunai.. takder hal la... hari pertama trading pon boleh jual.... hahaha.. bagi yang buat pinjaman.. biasanyer tabley jual... hahahaha... kena tunggu selesai tempoh bertenang.... hahaha... mampuih...

Yang kaya giler nanti pasai penyenaraian FGVH nih... yang kaut untung giler pasai IPO FGVH nih... aderlah Najib dan kroni dier... termasuk Isa Samad dan ramai lagi... semua untung giler... yer la... sebab depa ader cash... itu sebab la diorang buat benda nih... sebab mau untung segera... hahaha... yang melingkup... orang felda... peneroka Felda.... hahaha

10 May 2012

IPO Felda Global Venture

Hahaha... banyak orang yang sedang ternganga la nih... hahaha... yer la... ader tiga empat sebab diorang ternganga...

  1. Ternganga pasai dengaq citer dapat RM15 ribu...
  2. Ternganga biler dengaq citer saham-saham... dan pasaran saham...
  3. Ternganga dengar labun boleh jadi jutawan segera..
  4. Ternganga dengar citer gempak pasai Felda ...
  5. Ternganga dan ternganga lagi biler tau pasai boleh buat pinjaman bank beli saham FGVHB
  6. Ternganga biler dengar boleh buat pinjaman tanpa cagaran..
  7. Ternganga biler tahu boleh buat pinjaman tanpa had....
Tapi ngaga diorang nih... sampai langau boleh masuk dalam mulut... hahaha... diorang lupa bahawa...
  1. Pinjaman tue kena buat ngan Maybank (Maybank tue UMNO punya la.. hahaha)
  2. Pinjaman tue kena bayar bulan-bulan start dari tarikh pinjam
  3. Saham tue hanya boleh jadi duit kalu dijualkan pada harga tinggi.. kalu harga jatuh... simpan jer la... hahaha
  4. Harga Pra IPO biasanya sekitar RM1 seunit... tapi dijangkakan naik masa IPO sehingga RM3 atau RM5 dalam satu hari (ini memang biasa untuk semua IPO)
  5. Harga saham akan turun naik selepas itu.... lagi lama simpan... lagi banyak la kena bayar hutang bank..
  6. Bank biasanyer akan buat satu terma (bayar full settlement) cuma boleh dibuat selepas tempoh bertenang biasanyer selepas 6 bulan... jadi... kalu saham FGVHB nih jatuh merudum dalam tempoh 6 bulan tue... mampuih kena bayar hutang dan tanggung rugi.
  7. Kalu harga saham FGVHB kekal lebih tinggi dari harga Pra IPO... selama lebih 6 bulan.. makanya boleh untung kalu jual dan tolak hutang Maybank
  8. Maybank tetapkan caj bunga atas pinjaman tersebut pada 5% (lebih tinggi daripada pembiayaan peribadi biasa - contoh BSN cuma menetapkan kadar bunga pinjaman peribadi pada sekitar 2.99 atau 3.5% sahaja)
Nak kata untung... kalu beli saham Pra IPO FGVHB nih... memang gua stuju untung... tapi kalu pakai modal sendiri la.. sebab .. dalam tiga hari selepas IPO ... boleh dah jual... masa tue harga akan pergi pada nilaian "Highest Peak Price" ....  tapi lepas tue... hehehe... harga akan jadi stagnant... hahaha... statik atau merudum... hahaha

Kalu gua ader duit banyak... gua tak beli sekarang nih... tapi gua akan beli direct ngan mana-mana pakcik makcik peneroka Felda yang dah tersangkut hutangnyer ngan Maybank pasai beli saham nih... gua akan beli saham nih secara bawah  harga market.... harga nak kasi pakcik makcik nih setel hutang bank jer... hahaha... yang penting gua untung... hahaha...

Pergh... kapitalis sungguh la gua nih.... hahaha.... lantak la.... saper suruh terlibat ngan saham....  pakcik makcik Felda nih ingat IPO FGVHB nih samer sebuntat sebijik macam saham ASB... hahaha... cukup tahun dapat dividen dan bonus... hahaha.... maner taknyer... Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Razak dok labun macam tue... hahaha... percaya besar la pakcik makcik Felda nih... hahaha

Kantoi... kantoi... 

30 November 2009

Isa Samad Dah Mula Melobi

Hahaha... Korang jangan plak buat terkezut.. Isa Samad dah mula melobi nih... teringin benor dier nih nak jadi MB Negeri Sembilan sekali lagi... tak sabor-sabor nunggu PRU13 nih... Mohamad Hassan pulak dah nak tercirit la nih....

Sekarang nie kat Negeri Sembilan dah pecah 3 puak.
  1. Puak MB Mohamad Hassan
  2. Puak Bekas MB (Katik @ Doraemon) Isa Samad
  3. Puak Khairy Jamaluddin
so..... Nampaknyer Mohamad Hassan tengah panas punggung pasai duit RM10 juta yang terkantul dengan Bank Negara Malaysia nih... punya la ader banyak cara nak transfer duit (boleh guna Wire Transfer, Western Union ataupun E-Currency) tapi.. dier pilih transfer guna money changer..

Nak kata bodoh ...takkan la.. dulu Mohamad Hassan nie MD Cycle & Carriage ... takkan tak tau prosedur pemindahan wang... Giler aper... AMLA (Anti Money Laundering Act) dah lama ujud... takkan tak tau kot...

Maklumat yang gua dapat... info yang menyebabkan kekantulan Mohamad Hassan nih dibocorkan oleh puak yang tak sebulu dengannyer.. Diorang bukan boleh tunggu lama... peluang ader depan mata... so apa lagie.. kasi tau Bank Negara Malaysia (BNM) la... habis kantul... Nampak sangat la ader yang tak sabar-sabar nak jadi MB Negeri Sembilan...

Yer la... tak der peluang nak jadi Menteri di peringkat pusat (Isa Samad dulu Menteri Wilayah Persekutuan dan KJ teringin nak jadi Menteri Belia dan Sukan) ... jadi ini la peluang yang ada .. walau pun peluang nie kecik.. tapi jadi la... janji masyuk... hahaha...

Lu ingat jadi MB Negeri Sembilan tak boleh nak kaya ker.... podah ler... memang kaya punya... banyak kawasan komersial ader kat Negeri Sembilan nih.. banyak plak tanah orang Melayu yang boleh dirembat... banyak hasil negeri la....

Jadi... ada dua jer kemungkinan... Kalu bukan Isa Samad (Doraemon @ Katik) yang sabotaj MB Mohamad Hassan.... hehehe... tentunya Khairy Jamaluddin terlibat... begitulah sebaliknya... tapi apa-apa pun... masing-masing tak sabar nak merembat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum Negeri Sembilan tersungkur ketangan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti...

Dapat dua tahun jadi MB Negeri Sembilan pon dah kira okeh.... ader pencen... ader duit share masuk... dan macam-macam lagie.... halal haram aper mau kira.... spesis UMNO/BN nieh mana ader malu makan rasuah dan sebagainya....

14 October 2009

Wahdatul Rishwah

Pergh... ader rukun baru UMNO/BN nampaknyer.... hahaha

Rukun Islam dah ader.. Rukun Iman dah ada, Rukun Nikah dah ader, nie Rukun Pembaharuan UMNO ... pergh.. hebat.. hebat..
  1. Wahdatul fikr,
  2. Wahdatul qalb,
  3. Wahdatul amal,
  4. Wahdatul hadaf,
  5. Wahdatul rishwah (nie Pak Bakaq yang bagi idea tambah nih)
Hebat... hebat.... Kalu dulu UMNO/BN dok cadang Islam Hadhari (Islam yang ada had dan hari tertentu sahaja) ... la nie ader fatwa baru la pulak dah kuar yang gantikan Islam Hadhari kepada 1Malaysia (WahWahWahWah) ....

Mana taknyer... ader 4 WahWahWahWah .... iaitu wahdatul fikr, wahdatul qalb, wahdatul amal, wahdatul hadaf.

Hahahaha... hebat la UMNO/BN nie... yang pada diorang nih perkataan takbir mana ader.. yang ader "take beer" jer.... apa punya setan la gini... UMNO/BN mana ader takbir dah tahmid memuji Allah S.W.T ... kalu ader pon.. cuma salawat keatas Rasulullah S.A.W jer....

So.... dalam keadaan UMNO/BN yang suka sangat kat rasuah nih... apa kata kita tambahkan satu lagi Wah kat dalam rukun UMNO/BN tue.. Isa Samad tentu suka.. pengundi di N31 Bagan Pinang tentu suka gak.... Wahdatul Rishwah...

Dei.... Rumbu Ranggi Aaaa..

Dei Thambi....

Rumbu Ranggi Aaa.... (tunjuk samseng yer) ....

Pergh... Isa Samad dah nak jadi Superstar Tamil la pulak... nak kalahkan Rajinikanth .... abis tue Abdul Azeez tue nak campak kat mana.... Bukan ker Abdul Azeez la yang paling teringin nak jadi hero Superstar Tamil tue... hehehehe..

Kesian la pulak gua kat Abdul Azeez (Ketua Putera UMNO tue) .... dah abis berlakon sampai masuk dalam spital la... tapi susah nak dapat title Superstar Tamil tue... hehehehe...

Taik Judi

Bhai..

Lu nak tau dak... taik judi telah leburkan hampir RM9.7 juta masa PRK N31 Bagan Pinang baru nih... ini total yang gua dapat dari kengkawan kaki judi online... website mana diorang betting tue gua maleh nak cerita.. lu tanya dan cari sendiri la... PDRM pun dengar khabar tau tentang website tue....

Pergh... kalu dah taik judi tue... taik judi jugak... mana ader kira ... alangkan betting pilihanraya pon diorang sapu... usahkan pulak perlawanan bolasepak ker... tenis ker.... malah tentang artis kahwin cerai pon diorang jadikan modal untuk betting judi... giler ker aper diorang nih..

Lu tau dak... total yang bet Isa Samad menang itu hari adalah sebanyak RM4.7 juta .. manakala yang bet lawan dier tue cuma RM5 juta... hehehehe.... maknanyer ... korang bayangkan la.. berapa la tokey judi terpaksa bayar untung bagi yang menang itu hari...

Katakan lah leverage menang RM1 modal = RM5 untung .... maknanyer RM 23.5 juta tokey judi kena bayar.... hehehehe... macam mana diorang bayar dan dengan duit mana lu jangan tanya gua la.. gua bukan tokey judi... gua tak tau... tapi yang gua dengar .. semua yang menang tak komplen apa-apa .. maknanyer diorang dah dapat la untung diorang tue...

Pergh... giler betul la judi pilihanraya kecil nih... N31 Bagan Pinang jer... cuba lu bayangkan kalu ader banyak lagi PRK sepanjang tahun nie dan tahun depan... sure lagi banyak duit yang taik judi leburkan dalam online betting nih... giler nak mampus...

(p/s: Semua kerja haram nie adalah dosa besar... lu buat lu tanggung la sendiri seksa api neraka.)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1