Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Staidum. Show all posts
Showing posts with label Staidum. Show all posts

07 February 2013

Terkini : Felda Bakal Memiliki Hospital Sendiri

6 Februari 2013

SEREMBAN - Pembinaan hospital milik Felda di Jengka, Pahang dijangka bermula awal bulan depan dan siap dalam tempoh dua tahun, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata kontraktor untuk pembinaan hospital itu telah dilantik minggu lepas.

Hospital baharu ini dianggar menelan belanja sekurang-kurangnya RM80 juta dan boleh menampung 300 pesakit pada satu masa, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Mohd Isa, pembinaan hospital itu adalah fasa pertama dalam pembinaan kompleks kesihatan bersepadu yang meliputi pembinaan beberapa kemudahan kesihatan yang lain.

"Bagaimanpun ini bergantung kepada pemaju kita yang juga mempunyai tanah. Ini mengikut perbincangan kita untuk fasa kedua. Fasa pertama dikhususkan untuk pembinaan hospital baharu ini," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Mohd Isa berkata Felda juga telah merancang untuk mewujudkan tiga lagi kompleks kesihatan dan perubatan iaitu di Gua Musang, Kelantan; Alor Setar, Kedah dan satu lagi di selatan tanah air.

Setakat ini Felda telah memiliki sebuah fasiliti kesihatan iaitu sebuah Dispensari di Kuantan, Pahang, katanya. Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 50 anak Felda yang menjalani latihan pegawai perubatan di Akademi Perubatan di Wales, United Kingdom dari 11 Nov hingga 5 Dis lepas.

Program itu diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Karnival kesihatan Felda (Felda Health Carnival - FHC) di ibu negara April lepas. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FHC Sdn Bhd Datuk Chan Tien Ghee.

NONAMA News Agency - NNA
(edisi sarkastik dari NNA)


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1