Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

28 March 2013

Dikira Menderhaka Kalau Kritik

Bhai.... Kiter semua tahu yang pengurusan FAM memang macam bangang.... cacamarba... Sejak pengurusan FAM dilepaskan oleh Hamzah Abu Samah..... pengurusan dan pembangunan bolasepak di Malaysia jatuh merudum... Kalu menang pon tak berapa konsisten.... lagi banyak kalah dari menang.... kalu menang pon dengan nasib baik jer.... kalah pulak biasa kalah dengan pasukan lemah dan cikai.....

Sekarang nih.... kalu kiter memberikan komen dan mengkritik FAM.... maka ianya akan dianggap menderhaka.... sebab FAM dikendalikan oleh DEWA.... jadi DEWA adalah maksum.... dan tidak boleh dipertikai tindakan dier.... walaupun dewa kalu sambut harijadi bukan potong kek bola... tapi kek kapla kuda.... hahahaha

So..... tolong aaa.... tolong jangan kritik FAM.... tolong jangan komen FAM.... sebab mereka maksum..... hahahaha.... budus betul lar.... pening betul lar....

Tak caya ka... lu baca sini bawah.... hahaha


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.

Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepada jurulatih berusia 56 tahun itu kerana didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.

"Kita mempunyai merit untuk menghantar surat pertuduhan kepada beliau (Rajagobal) kerana melanggar Artikel 88 selain turut meneliti laporan beberapa akhbar tempatan mengenai kenyataan beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Taufik berkata, prosedur sama akan turut digunakan dalam kes Rajagobal bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Surat pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh yang akan ditetapkan Jawatankuasa Tata Tertib.

"Beliau perlu menjawab surat berkenaan bersama Borang A (pengakuan bersalah) dan Borang B (pengakuan tidak bersalah)," katanya.

Rajagobal sebelum ini dilaporkan berkata kekalahan 1-4 skuad Harimau Malaya di tangan Arab Saudi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 17 Mac lepas disebabkan kekurangan sifat-sifat penyerang semula jadi dalam pasukan kendaliannya.

Beliau dikatakan turut mengaitkan kekalahan skuad bimbingannya itu dengan lambakan pemain import dalam kancah saingan Liga Malaysia musim ini.

07 February 2013

Terkini : Felda Bakal Memiliki Hospital Sendiri

6 Februari 2013

SEREMBAN - Pembinaan hospital milik Felda di Jengka, Pahang dijangka bermula awal bulan depan dan siap dalam tempoh dua tahun, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata kontraktor untuk pembinaan hospital itu telah dilantik minggu lepas.

Hospital baharu ini dianggar menelan belanja sekurang-kurangnya RM80 juta dan boleh menampung 300 pesakit pada satu masa, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Mohd Isa, pembinaan hospital itu adalah fasa pertama dalam pembinaan kompleks kesihatan bersepadu yang meliputi pembinaan beberapa kemudahan kesihatan yang lain.

"Bagaimanpun ini bergantung kepada pemaju kita yang juga mempunyai tanah. Ini mengikut perbincangan kita untuk fasa kedua. Fasa pertama dikhususkan untuk pembinaan hospital baharu ini," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Mohd Isa berkata Felda juga telah merancang untuk mewujudkan tiga lagi kompleks kesihatan dan perubatan iaitu di Gua Musang, Kelantan; Alor Setar, Kedah dan satu lagi di selatan tanah air.

Setakat ini Felda telah memiliki sebuah fasiliti kesihatan iaitu sebuah Dispensari di Kuantan, Pahang, katanya. Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 50 anak Felda yang menjalani latihan pegawai perubatan di Akademi Perubatan di Wales, United Kingdom dari 11 Nov hingga 5 Dis lepas.

Program itu diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Karnival kesihatan Felda (Felda Health Carnival - FHC) di ibu negara April lepas. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FHC Sdn Bhd Datuk Chan Tien Ghee.

NONAMA News Agency - NNA
(edisi sarkastik dari NNA)


23 January 2013

SPRM Pun Nak Main Bola?

Bhai... Hahaha... Lawak la... Cuma dalam beza sehari jer SPRM dah cakap berbelit... Hahaha... SPRM nak main bola jugak ker? Hahaha... Lawak betul lar....

Semalam kecoh dalam media yang katanya Ibupejabat SPRM mengesahkan tak ader hantar pegawai diorang untuk siasat pengadil perlawanan bolasepak antara Kelantan dan Johor Darul Takzim baru-baru nih... SPRM kata diorang tak tahu...

La nih.. Kuar plak berita yang katanya SPRM memang tahu ader pegawai penyiasat SPRM yang telah menyiasat para pengadil perlawanan bolasepak tue.. .... Hahaha... Biar betul nih...

Takkan pasai nak cover perangai bangan golongan VVIP kot sampaikan SPRM pon dah mula cakap berbelit.. Ini macam kalu memang sahlah SPRM langsung tabley dipercayai...

Lu tengok dua snapshot dibawah nih... Okeh...



22 January 2013

Bila Bola Dah Jadi Macam Politik Malaysia

Bhai... Nih aper punya citer nih... Camana boleh ader 4 orang yang menyamar jadi pegawaj SPRM pi kacau ganggu pengadil perlawanan bolasepak nih... Macam haram jer kan... Hahaha

Takkan la TMJ nak ugut pengadil perlawanan kot... Nampak macam tak logik jer... Takkan la dengan ader enam laras karbin Colt M4 tue tak cukup lagi nak kasi orang takut... Takkan perlu sampai nak menyamar jadi pegawai SPRM...

Aper-aper pon... Kredibiliti FAM sudah tercalar... Semenjak dua menjak nih... FAM dah jadi tak ketahuan... Sebab itu la gua dari dulu lagi memang tak suka dua jenis manusia nih terlibat dalam sukan bolasepak... Satu aderlah golongan Istana dan satu lagi aderlah ahli politik... Hancuss jadinyer...

Sebab itu la sukan bolasepak kat Malaysia nih jatuh merudumt tak kebah-kebah macam ayam berak kapur... Hahaha... Pasai dua jenis manusia tue.... Shooosh... Pi main jauh-jauh boleh tak... Jangan campurtangan bab sukan bolasepak...

Lagi lama lu orang duduk dalam sukan bolasepak... Lagi teruk mutu permainan... Dan lagi menyampah para peminat sukan kat Malaysia nih... Tolong blah la... Dan bawak sekali lu punya enam laras karbin Colt M4 tue ....

19 January 2013

TMJ Sudah Terkantoi?

Bhai... Ini aper citer nih.. TMJ kata GGK untuk persediaan kalo Sultan Johor turun tengok bola kat Stadium... Tapi... Hahaha... Tapi Annuar Musa kata takder pon isu keselamatan Sultan yang dibincangkan... Hahaha

Tambah lagi ader pegawai GGK yang berpangkat Mejar bagitau yang diorang diarahkan untuk jaga keselamatan pemain dan penyokong JDT.. Hahaha

So... Saper yang kantoi nih.. TMJ atau Annuar Musa... Hahaha... Baru kejap tadi gua tanya kengkawan gua kat Cawangan Khas.. Diorang cakap... Takder arahan pon untuk eskot Sultan ke Stadium pada hari tue...

Jadik... Saper yang salah maklumat nih... Dan siapa yang sudah terkantoi nih???? Hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1