Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label JMF. Show all posts
Showing posts with label JMF. Show all posts

06 October 2024

Pengawal Peribadi

Bhai/DeeDee semua ...

Pengawal Peribadi. Mari sini gua terangkan sedikit berkenaan isu ini dari sudut pandang perundangan dan SOP biasa.


Ianya terbahagi kepada 4 jenis pengawql peribadi (walaupun asalnya tetap 2 - bersenjata atau tidak).

Pertamanya adalah pengawal peribadi bagi pemimpin negara (YDPA, Sultan, Raja, Gabenor, TYT, Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri). Senua yang dinyatakan ini diletak pada kategori “Advanced”. Ianya adalah Wajib dan Perlu.

Semua pengawal peribadi ini wajib dilengkapkan dengan senjata api (automatik dan semi auto) dari jenis Pistol atau Rifle Tempur. Pilihan senjata api adalah bergantung kepada kesesuaian lokasi, majlis dan operasi.

Semua akan dibekalkan dengan “Comms” dan “Body Armour” palinh cikai pun dari Type 3A. Wajib berpakaian sesuai dengan majlis, namun pakaian celoreng juga dibenarkan. Penggunaan “Jammer” bukan wajib tapi dibenarkan ikut situasi.

Biasanya pengawal peribadi kategori “Advanced” ni diambil dari UTK PDRM dan GGK ATM. Tapi, ada juga unit khas lain boleh diaturgerak.Semua kos termasuk emolumen dan logistik ditanggung oleh Kerajaan.

Jenis pengawal peribadi kedua adalah untuk pemimpin politik (di pihak Kerajaan terutamanya Menteri Kabinet) serta Kerabat Utama Diraja (Raja Muda, Tengku Mahkota). Ikut syarat sebenar hanya penggunaan sidearm (Pistol Automatik) sahaja dibenarkan digunapakai oleh semua pengawal peribadi ini. Assault Rifle memang tidak dibenarkan sama sekali. Body Armour adakah compulsary kepada semua pengawal peribadi.

Cara berpakaian mestilah tidak menonjol dan pakaoan celorang tidak dibenarkan pada semua keadaan untuk kategori pengawal peribadi ini. Tiada dibenarkan mana-mana penggunaan ”Jammer” digunakan sama sekali dalam apa-apa situasi. Anggota pengawal perobadi ini biasanya diambil dari Cawangan Khas PDRM. Tiada penggunaan anggota dari cabang ATM dibenarkan.

Kos emolumen dan logistik bagi pengawal peribadi dari kategori ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.

Bagi kategori ketiga pula, ianya adalah pengawal peribadi berlesen yang dibenarkan atas syarat-syarat tertentu oleh PDRM. Ianya perlulah menepati semua semak silang yang dibuat oleh Cawangan Khas (SB) PDRM. Untuk memohon, sila hadir di mana-mana IPK PDRM yang berhampiran. Hanya IPK sahaja yang boleh memberikan kebenaran itu pun setelah mendapat kelulusan semak silang SB dan dari Bukit Aman.

Anggota pengawal peribadi mestilah diambil (digajikan) dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan berlesen yang ada di Malaysia. Pengawal bersenjata atau tidak hanya ditetapkan oleh Kelulusan dari Bukit Aman.

Kos semua dibiaya sendiri okeh pelanggan. Pakaian pengawal keselamatan hanya boleh berpakaoan preman atau pakaian yang ditetapkan oleh Syarikat Kawalan Keselamatan. Penggunaan “Jammer” tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan Tazer juga tidak dibenarkan melainkan mendapat kelulusan dari Bukit Aman. Hanya senjata api Semi Auto sahaja yang dibenar digunakan.

Manakala kategori keempat pula adalah Pengawal Peribadi tidak berlesen atau HARAM. Yang ini ramai penjahat, gangster. samseng dan kartel gunakan. Pakaian kasual. Biasanya bergelang emas atau perak yang terlalu menonjol. Tiada etika kerja.

Senjata yang dibawa sama ada buku lima, baton, tazer, pisau lipat, pisau rambo, kerambit, badek, parang, pedang samurai atau pistol.

Semua ini adalah satu kesalahan dibawah Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Tajam 1958 dan juga Akta 206. Sabit kesalahan memang sakit la.

Jadi… Kesimpulannya walau siapa pun anda, anda tertakluk kepada undang-undang yang telah digariskan dalam Perlembagaqn Malaysia. Tiada boleh penggunaan pengawal peribadi ini digunakan sewenang-wenangnya.

Tambah lagi jika berpakaian yang terlalu menonjol dengan pakaian celoreng (tak kira apa corak celoreng yang digunakan) dan dengan senjata automatik.

Hanya Pengawal Peribadi bagi Kategori Advanced sahaja yang dibenarkan menggunakan peluru 5.56mm atau 7.62mm. Selain dari itu hanya 9mm sahaja yang dibenarkan. Diharapkan artikel ini menjawab persoalan yang ditanya oleh rakab friendlist.

p/s: Mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) hanya dibenarkan berpakaian celoreng dalam wilayah takluk Johor semata-mata. Di luar Johor mereka wajib berpakaian preman.

Senjata api pula hanya dibenarkan guna sidearm (Pistol) sahaja di luar Johor. Dalam wilayah Johor diorang dibenarkan pakai apa yang mereka diibekalkan. Tiada isu bab ini.

Mereka sekadar pengawal keselamatan sahaja bukannya Tentera atau Polis. Di luar Johor mereka tiada kuasa melakukan siasatan dan operasi taktikal.

02 June 2013

Kereta Kebal Masuk Stadium

Bhai .... Itu hari masa team bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) bawak masuk Komando lengkap dengan bersenjata Colt AR15 ... kecoh satu Malaya pasai benda nih... sampaikan gua ader antar emel kat Sepp Blater pasai isu nih... gua kasi kecoh kat FIFA.... hahaha......


Nih nampaknyer... kiter ader peluang tengok team bolasepak JDT lawan TRW (The Red Warrior) kat Final..... hahahaha.... mampuih.... nesti boleh runtuh Stadium kalu FAM buat bangang kuarkan tiket lebih dari kapasiti Stadium... hahaha ....

Nampaknyer... ader chan la kiter tengok kereta kebal plak masuk Stadium.... hahaha... baru la hebat dan bermutu tinggi sukan bolasepak Malaysia.... mana ader dalam dunia nih pasukan bersenjata masuk Stadium... hahaha...

Amacam.... ini kali... kalu ader kucing berak kat tengah padang dalam Stadium masa final... boleh la kereta kebal yang masuk stadium tue tembak atau lenyekkan kucing tue.... hahahaha ....



Susah sangat lar pasai sebijik bola pon boleh gaduh bawak senjata api ... nak bawak kereta kebal.... pasai tue la kucing tue bagi warning dengan membuang air besar di tengah padang..... terbaek lar metafora kucing nih.... Hahaha.... memang terbaek... kena sebijik kat SPRM, FAM, dewata bola dan dewa bola.... hahahahaha.... Terbaek...

Patut kucing nih dinobatkan sebagai pejuang... dan dibagi pingat yang membawa gelaran Ching Sri ... (sebab dier bukan manusia... jadi dier tak dapat la Tan Sri ker mender ker) ... hahaha

23 January 2013

SPRM Pun Nak Main Bola?

Bhai... Hahaha... Lawak la... Cuma dalam beza sehari jer SPRM dah cakap berbelit... Hahaha... SPRM nak main bola jugak ker? Hahaha... Lawak betul lar....

Semalam kecoh dalam media yang katanya Ibupejabat SPRM mengesahkan tak ader hantar pegawai diorang untuk siasat pengadil perlawanan bolasepak antara Kelantan dan Johor Darul Takzim baru-baru nih... SPRM kata diorang tak tahu...

La nih.. Kuar plak berita yang katanya SPRM memang tahu ader pegawai penyiasat SPRM yang telah menyiasat para pengadil perlawanan bolasepak tue.. .... Hahaha... Biar betul nih...

Takkan pasai nak cover perangai bangan golongan VVIP kot sampaikan SPRM pon dah mula cakap berbelit.. Ini macam kalu memang sahlah SPRM langsung tabley dipercayai...

Lu tengok dua snapshot dibawah nih... Okeh...



19 January 2013

TMJ Sudah Terkantoi?

Bhai... Ini aper citer nih.. TMJ kata GGK untuk persediaan kalo Sultan Johor turun tengok bola kat Stadium... Tapi... Hahaha... Tapi Annuar Musa kata takder pon isu keselamatan Sultan yang dibincangkan... Hahaha

Tambah lagi ader pegawai GGK yang berpangkat Mejar bagitau yang diorang diarahkan untuk jaga keselamatan pemain dan penyokong JDT.. Hahaha

So... Saper yang kantoi nih.. TMJ atau Annuar Musa... Hahaha... Baru kejap tadi gua tanya kengkawan gua kat Cawangan Khas.. Diorang cakap... Takder arahan pon untuk eskot Sultan ke Stadium pada hari tue...

Jadik... Saper yang salah maklumat nih... Dan siapa yang sudah terkantoi nih???? Hahahaha

18 January 2013

TMJ : Salahguna Instrumen Awam

Bhai... Semua Sultan dan Raja-Raja Melayu nih ader bodyguard dier sendiri... Selain bodyguard, ader gak outrider dari pihak PDRM. Tue belum masuk lagi anggota Cawangan Khas dan MKN.... Dan tak masuk gak pemantauan sekeliling oleh MIO dan agensi lain....

Punya la ramai... Sekali Ketua Agama nih jalan... Berpuluh anggota keselamatan mengiringinya... Yang lu orang biasa nampak cuma sekitar sepuluh dua puluh orang... Tapi sebenarnya lebih dari tue... Hahaha...

Jadi... Aper perlunya GGK (Grup Gerak Khas) "katanya" lah perlu diturunkan untuk keselamatan Sultan Johor di Stadium bolasepak... Macam la tak cukup lagi anggota keselamatan yang ader mengiringi tue... Hahaha... Takder saper rakyat Malaysia nak tembak atau bunuh Sultan atau Raja-Raja Melayu... Buat rugi peluru jer... Walaupun sebijik peluru .38 cuma berharga sekitar 65 sen jer... Hahaha

So... Kalu stakat nak gunakan GGK untuk handle keselamatan pemain dan penyokong bolasepak Johor... Itu sudah kira salahguna instrumen awam... Salahguna tahap tertinggi... Memalukan GGK yang professional tapi kena jaga pemain dan penyokong bolasepak Johor... Hahaha

Hebat betul lar penyokong bolasepak Johor... Punya la hebat sampaikan GGK yang digunakan untuk jaga keselamatan diorang... Ini sungguh memalukan PDRM macam la diorang nih tak pandai buat kerja... Hahaha...

TMJ kena cari alasan lagi bagoosh la... Hahahaha

Gua ulang balik aaa... Kat Malaysia nih takder saper nak tembak Sultan dan Raja-Raja... Buat rugi peluru jer... Malaysia nih aman la... Belum pernah lagi dalam sejarah sebelum Kemerdekaan atau selepas Kemerdekaan... Ader Sultan atau Raja-Raja Melayu dibunuh oleh orang awam..

Kes Sultan Mahmud dibunuh oleh Megat Seri Rama tue citer lain... Tue pasai Sultan bodoh dok pi belah perut perempuan bini Megat Seri Rama pasai nak tengok betul ker anak dalam kandungan nak sangat nangka masak tue... Hahahaha... Tak tau la kalu ader lagi Sultan dan Raja-Raja Melayu yang sebengong dan sebangang nih.... Hahaha

17 January 2013

Johor Military Force Bukan Setaraf France Foreign Legion

Bhai... Selepas gua SPM dulu... Gua ader cadang nak terlibat dengan angkatan bersenjata nih... Masa tue gua cukup teruja dengan France Foreign Legion... Pasai diorang nih cover seluruh dunia... Anggota Legionaire nih boleh mohon untuk jadi warganegara Peranchis... Mudah jer....

Tapi... Pasai sesi temuduganya gua kantoi... Hahaha... Gua amik option kedua... Join Mujaheedeen... Lepas tapisan pertama... Tapi kantoi ujian fizikal... Hahahaha... Nak buat camana... Masa tue abang gua dah lulus tapisan masuk Legionaire... Cumanyer dier tak sempat pergi pasai VAT69 dah panggil lebih awal...

Gua plak.... Mak dan ayah bising... Jadi tak dapat lepas join Mujaheedeen.... Walaupun dalam hati nih berbunga nak jadi mercenary.... Hahaha.... Then... Tetiba dapat panggilan join agensi.... Hahaha... Masa tue serentak dapat sambung belajar di pusat pengajian separuh tinggi (3 tingkat bangunan jer) dan join agensi... Dua-dua gua pergi... Dan selebihnya aderlah sejarah....

Aper yang gua nak citer aderlah....kenapa gua takmo nak join JMF (Johor Military Force) ... Walaupun gaya nampak macam mercenary gak... Hahaha... Stakat gaya jer la.... Satunyer... JMF nih hanya untuk rakyat Negeri Johor Darul Takzim... Dan gua aderlah rakyat Perak Darul Ridzuan... Hahaha... Mana boleh la bhai... Hahaha

Tapi yang paling utamanyer aderlah... Gua dari kecik lagi tak percaya pada kuasa yang bergelar DEWA atau DEWATA RAYA nih.... Sebab pada gua mender nih karut marut jer... ketaksuban melampau... Jadi... Kalu gua join JMF makanyer gua akan terpaksa membodek dan mengampu serta jadi balachi DEWA... Ini bertentangan dengan prinsip hidup gua...

Lagipon... Johor Military Force (JMF) bukan setaraf atau samer level dengan France Foreign Legion (Legionaire) ... jauh panggang dari lighter la bhai.... Hahaha... JMF nih level pengawal keselamatan @ jaga jer... Tak macam Legionaire... Diorang aderlah government funded mercenary....

By the way... Latihan yang gua dapat semasa berkhidmat dengan agensi tue hampir samer dengan latihan Legionaire... Terutama yang bab special-ops dan psy-ops... Hahaha...

Itu citer lama.... Skrang purut sudah abg roy... Hahaha ... Mampuih... Dah tak fit dah.... Dan gua "sudah" tak bersama dengan agensi lagi... Hahaha...

Skrang kalu... Lebih baik gua teruskan berkhidmat sebagai "independent security contractor" dan sekali sekala termasuklah sebagai local correspondence dengan media asing.... Hahahaha... Lagi masyuk dan lagi relaks... Tapikan tahap patriotisma gua lu orang harap jangan pertikaikan..... Hahaha

So kesimpulannya... JMF bukan setaraf Legionaire... Hahaha....

Pembetulan : French Foreign Legion (bukannya France Foreign Legion)

FAM : JMF Langgar Peraturan, JDT Bakal Digantung Perlawanan

Bhai... nih gua mau citer pasai JMF ... Johor Military Force ... Askar Timbalan Setia Negeri Johor.... Hehehe... ayoyo.. lepas nih mengamuk lagi la puak-puak JMF nih kat gua... hahaha... takper.. takper... setakat maner la diorang boleh mengamuk... hahaha...

Bhai... lu tau dak bahawa JMF nih level dier cuma macam pengawal keselamatan Nepal tue jer ... lu tau dak... Sebab diorang nih cuma boleh bagi khidmat kawalan keselamatan kepada Istana dan golongan bangsawan Johor jer... lebih dari tue takdernyer...

Masa Jepun serang Malaya dulu pon JMF nih tengok jer... takder defend pon... takder serang balik Jepun pon... sekadar jadi pemerhati... nasib baik la tentera Jepun telah diarahkan jangan usik JMF nih.... hahaha... kalu tidak.. gua tak tau la camana diorang nih akan bertindak....

Oh yer.. gaji diorang nih dibayar oleh Kerajaan Negeri Johor... dibawah peruntukan aper ntah.... tapi yang lawaknyer... walaupun Johor nih dah ader JMF... tapi biler Sultan dan kerabatnyer travel... mesti ader eskot dari JMF dan PDRM... aper nih... bertindan fungi... kalu hebat sangat la JMF nih... buatper PDRM kena jadi eskot gak.... baik biarkan jer JMF buat kerja eskot tue... Jimat kos PDRM dan Kerajaan Persekutuan...

Kalu lu nak tau... sebenarnya hampir semua negeri dalam Malaysia nih dulunya ader tentera sendiri... tapi ntah camana... gua pon tak tau ... semua ilang camtue jer... yang tinggal cuma JMF... walhal boleh jer negeri nak ader tentera sendiri.... tapi yer la... maybe takmo nak perabiskan duit buat kerja bertindan... baik paskan kat PDRM dan ATM...

Aper pon... tujuan tulisan gua nih sebenarnya nak citer pasai kawasan operasi JMF nih jer... sepatutnya JMF cuma jaga kepentingan Sultan dan kerabat Johor jer... sebab kalu ikut SOP dan matlamat asalnyer... ianya tidak lebih dari tue... sebab yang selebihnya perlu dibawah ATM dan PDRM...  Jadi... aper kerjadahnyer JMF nih beroperasi diluar negeri Johor sampaikan nak jaga pemain bolasepak negeri Johor...

Yang lawak tue.. siap bawak senjata otomatik tue... hahaha... masuk dalam stadium tue... Wei... Malaysia takder "Second Amendment" la macam kat USA yang membenarkan sesapa memiliki dan membawa senjata api.... jadi kalu orang lain yang menonton perlawanan bolasepak tue takder senjata api... aper kerjadahnyer JMF nih bengong bawak senjata api masuk dalam stadium???

Kalu dibuatnyer tetiba ader sorang anggota JMF tue kena sawan babi ker... dan tetiba menembak sana sini dengan senjata api otomatik tue... tak ker parah... mesti ramai yang mati.... Bodoh ker aper nih... even FRU dan LSF yang jaga stadium masa perlawanan bola pon cuma pakai tear gas dan baton jer... dan takder pakai senjata api... macam mana plak FAM boleh tutup mata pasai JMF bawak senjata api nih....

FAM patut amik tindakan drastik... patut denda.. patut batalkan... patut larang JMF nih sesuka jer masuk stadium bawak senjata api... FAM kena tegas... atau... memang sohih FAM nih dah jadi bangang... dah jadi bodoh.. dah jadi takder telor.... hahaha ...  JMF patut kena tindakan... dan pasukan bolasepak Johor (JDT) perlu digantung daripada Liga Super atas insiden nih..... tapi.... Oh yer... gua lupa... kapla FAM pon bukannyer boleh pakai sangat.... hahaha... #1881 tue.... hahahaha



03 November 2012

Kena Belasahkah Blogger Ini Dalam Tahanan?

Bhai... Sori... Gua tengah dalam mood travel nih... Dan tak sempat nak pegi Himpunan Bersih di Seremban... Tetiba jer gua dapat maklumat yang sorang lagi blogger ditahan... Nama dier Ahmad Abd Jalil... Sedang diuruskan di Johor... Maybe di IPD Nusajaya... mmmm... Alasan yang gua dengar... konon menghina Sultan Johor.... Lu orang boleh baca sini

Wei... Setahu gua aaa... Chua Soi Lek lagi kuat menghina Sultan Johot dan Agong... Siap perkecilkan Sultan dan Agong... Bukan ker Agong dan Sultan tue ketua agama Islam... Tapi Chua Soi Lek tak kena tahan pon.... Pelik aaaa... Pelik gua ngan Polis Johor... Gua lagi pelik ngan rakyat Johor... Tak tau letak prioriti... Yang mana satu ....

So... Aderkah blogger ini akan jadi ulam kat dalam tahanan... Aderkah blogger ini akan kena belasah dalam tahanan? Adakah dia akan selamat tanpa belasahan? Ini persoalan yang sedang gua cuba dapatkan dari kengkawan gua kat dalam agensi...

Aper-aper pon... Gua harap lu orang professional... Jangan buat kerja bodoh kalu setakat nak dapatkan maklumat... Jangan belasah tahanan... Sebab sekali lu orang belasah ... Sampai biler orang takkan respek sama Polis... Begitu jugak... Jangan lu orang tunduk sangat dengan arahan puak JMF tue... Diorang cuma setakat level RELA jer...

Gua rasa dalam sejam dua nih.. Gua akan dapat info dari dalam... Tunggu laporan lanjut dari gua...

Solidariti untuk para blogger...

UPDATE: Stakat pukul 3.30 tadi... maklumat yang gua dapat menunjukkan blogger yang sedang ditahan selamat... Tapi tak tau la sampai biler selamat... Member gua bagitau... ada arahan dari atas yang maukan blogger tue jangan diapa-apakan.... Harap pegawai penyiasat dan bawahan ikut arahan tue baik-baik... Geng Bukit Aman dengar citernyer masih belum amik statement lagie...

UPDATE 8 Malam: Gua punya informer baru dapat jumpa blogger/facebooker sekitar lewat petang tadi... Alhamdulillah.. Dier okeh... cuma ader skit trauma dengan soklan dari IO yang banyak tanya soklah takder berkaitan... Siap ader tanya soklan cepumas... Siapa idola online dier... Hahaha... Gua tak tau la IO mana yang buat lawak tue... Oh yer... Tadi petanh dua kenderaan JMF kelihatan di lokasi... Tak tau aper urusan..

UPDATE 12 Malam: Informer gua bagitau... maybe akan ader dua tiga lagi tangkapan... cuma tak pasti siapa... yang pasti semua akan ditahan di Johor... tak tahu kenapa... Isu pasai buku pon ader dengar citer... tapi tak clear lagi... aderkah pengedar buku akan kena pon tak tahu.... Bukit Aman tak dapat masuk campurtangan... khabarnya ader influence dari Kontinjen Negeri.... Nama gua pon panas balik... hahaha..... .

29 September 2012

Gua Kat JB

Bhai... kalu sehari dua nih gua tak update.. lu orang jangan la risau mender... jangan la pi buat report polis.... hahaha... kesian kat polis.... banyak lagi kerja yang patut dan wajar diorang buat.... hahaha

Untuk pengetahuan lu orang sumer... gua kat JB nih... ader urusan kerja dan santai... dua dalam satu... jadi maybe lar tak sempat nak update mender.... lagipon gua tak bawak gua punya laptop dan tepon... ini pon update pinjam CC punya.... hahahahaha

Aper-aper pon... urusan kat JB nih memang penting... akan ader input terbaek lepas nih.... hahaha... kepada JMF.... mari la jumpa gua kat JB nih.. gua tunggu lu orang la bhai... jom ngeteh.... hahahaha... ajak sekali la lu orang punya sembahan.... hahaha

Takper.. jangan riso.. setakat sarapan, lunch atau dinner untuk 10 orang... gua rasa takder hal la gua nak belanjer,,, wei... bukan senang gua nak dapat belanja geng-geng JMF nih..... hahaha....  mari la jumpa gua kat JB.... Malam Ahad nanti gua balik... baik cepat....

Pembayang pertama Orang Misteri Gegar (hehehe ... gua nak bagi hint macam Orang Misteri Gegar lar... hahaha) aderlah : BERKELAH

Pembayang kedua : SUNGAI

Pembayang ketiga : BUKIT

Gua ader kat sekitar wilayah JB... lu orang cari lar.... hahahahaha ... tanya la semua orang... tanya camnie .. ayat kena betul.... "Adakah Anda Orang Misteri Gegar" atau "Adakah Anda Cipan Tapir Tenuk" ...... hahahaha .... Anda tak tanya anda tak dapat.... hahahaha

07 July 2012

UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?

Bhai... baru kejap tadi ader sorang member gua call... lama dah tak dengar suara dier... sejak ditukarkan ke Johor lebih 4 tahun.. baru nih gua dengar suara dier... hahaha... Dier call pasai katanyer ader maklumat fresh dier nak kasi tau kat gua.. dan dier mintak gua sebarkan...

Oh yer ... lupa nak bagitau... member gua tue kerja dalam satu agensi Kerajaan Persekutuan dalam bidang penguatkuasaan... sori.. gua takmo kasi tau Jabatan aper... lu teka-teki lar sendirik yer... hahaha

Dier bagitau gua... ader maklumat dalaman yang dah terbocor kat beberapa unit...yang bagitau bahawa berkemungkinan UncleSeekers bakal dibelasah dalam lokap... Dan yang membelasah UncleSeekers nih bukan anggota PDRM... tapi tahanan lain....

Katanya lagie...Bukannyer tahanan lain tue sengaja nak belasah UncleSeekers....tapi pasai depa diugut oleh pihak-pihak tertentu... Ikut maklumat yang member gua nih dapat... katanyer... ader beberapa orang yang disyaki pegawai JMF yang didapati kerap keluar masuk kompleks IPD Nusajaya ....  tak tau la aper dibuatnyer.... 

Lagi satu... kawan gua kata... kalau UncleSeekers kena belasah... dier berkemungkinan akan kena belasah cara professional... takkan nampak pecah berdarah kat muka ker aper ker... tapi belasah cara "EXXXXXXK" .... ini satu possibiliti....

Sori aaa,,, stakat itu jer makluman yang gua dapat... harap UncleSeekers tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.... part lain tue kitorang sambung bagi pihak lu.....

05 July 2012

UncleSeekers Dah Masuk Dalam Tahanan?

Pergh... hebat sungguh..... watper kena tangkap.... panggil untuk siasat jer tabley ker..... pelik aaa.... Macam mana UncleSeekers dah masuk dalam tahanan nih....

Gua tak paham lar.... UncleSeekers tue bukan nak lari mender... kalu ader laporan polis terhadap dier... panggil jer lar dier bagi statement kat balai... tak pon pergi jer rumah dier amik statement... aper perlu dier kena tangkap....

Yang lagi gua pelik... benda macam nih cepat jer kena tangkap... tapi kalu penjenayah... boleh plak buat sambil lewa... tangkap pon idak... hahaha... maybe lar ini semua pasai ader kena mengena dengan "bayangan Tuhan di muka bumi" kot.... depa kan maksum.... hahahaha

Macam siot jer PDRM buat kerja.... kalu mau amik kenyataan atau buat penyiasatan... aper perlu seseorang tue ditahan atau ditangkap.... tabley ker buat cara bertamadun skit... pi jumpa amik kenyataan ker... semua tue boleh dibuat.... tapi kat Malaysia Boleh nih.... semua macam bangang.... sampaikan UncleSeekers kena tangkap dengar citernyer....

SOP PDRM nampak dari hari ke sehari memang macam bangang.... ntah ler....  pelik aaa...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1