Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Taktikal. Show all posts
Showing posts with label Taktikal. Show all posts

06 October 2024

Pengawal Peribadi

Bhai/DeeDee semua ...

Pengawal Peribadi. Mari sini gua terangkan sedikit berkenaan isu ini dari sudut pandang perundangan dan SOP biasa.


Ianya terbahagi kepada 4 jenis pengawql peribadi (walaupun asalnya tetap 2 - bersenjata atau tidak).

Pertamanya adalah pengawal peribadi bagi pemimpin negara (YDPA, Sultan, Raja, Gabenor, TYT, Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri). Senua yang dinyatakan ini diletak pada kategori “Advanced”. Ianya adalah Wajib dan Perlu.

Semua pengawal peribadi ini wajib dilengkapkan dengan senjata api (automatik dan semi auto) dari jenis Pistol atau Rifle Tempur. Pilihan senjata api adalah bergantung kepada kesesuaian lokasi, majlis dan operasi.

Semua akan dibekalkan dengan “Comms” dan “Body Armour” palinh cikai pun dari Type 3A. Wajib berpakaian sesuai dengan majlis, namun pakaian celoreng juga dibenarkan. Penggunaan “Jammer” bukan wajib tapi dibenarkan ikut situasi.

Biasanya pengawal peribadi kategori “Advanced” ni diambil dari UTK PDRM dan GGK ATM. Tapi, ada juga unit khas lain boleh diaturgerak.Semua kos termasuk emolumen dan logistik ditanggung oleh Kerajaan.

Jenis pengawal peribadi kedua adalah untuk pemimpin politik (di pihak Kerajaan terutamanya Menteri Kabinet) serta Kerabat Utama Diraja (Raja Muda, Tengku Mahkota). Ikut syarat sebenar hanya penggunaan sidearm (Pistol Automatik) sahaja dibenarkan digunapakai oleh semua pengawal peribadi ini. Assault Rifle memang tidak dibenarkan sama sekali. Body Armour adakah compulsary kepada semua pengawal peribadi.

Cara berpakaian mestilah tidak menonjol dan pakaoan celorang tidak dibenarkan pada semua keadaan untuk kategori pengawal peribadi ini. Tiada dibenarkan mana-mana penggunaan ”Jammer” digunakan sama sekali dalam apa-apa situasi. Anggota pengawal perobadi ini biasanya diambil dari Cawangan Khas PDRM. Tiada penggunaan anggota dari cabang ATM dibenarkan.

Kos emolumen dan logistik bagi pengawal peribadi dari kategori ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.

Bagi kategori ketiga pula, ianya adalah pengawal peribadi berlesen yang dibenarkan atas syarat-syarat tertentu oleh PDRM. Ianya perlulah menepati semua semak silang yang dibuat oleh Cawangan Khas (SB) PDRM. Untuk memohon, sila hadir di mana-mana IPK PDRM yang berhampiran. Hanya IPK sahaja yang boleh memberikan kebenaran itu pun setelah mendapat kelulusan semak silang SB dan dari Bukit Aman.

Anggota pengawal peribadi mestilah diambil (digajikan) dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan berlesen yang ada di Malaysia. Pengawal bersenjata atau tidak hanya ditetapkan oleh Kelulusan dari Bukit Aman.

Kos semua dibiaya sendiri okeh pelanggan. Pakaian pengawal keselamatan hanya boleh berpakaoan preman atau pakaian yang ditetapkan oleh Syarikat Kawalan Keselamatan. Penggunaan “Jammer” tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan Tazer juga tidak dibenarkan melainkan mendapat kelulusan dari Bukit Aman. Hanya senjata api Semi Auto sahaja yang dibenar digunakan.

Manakala kategori keempat pula adalah Pengawal Peribadi tidak berlesen atau HARAM. Yang ini ramai penjahat, gangster. samseng dan kartel gunakan. Pakaian kasual. Biasanya bergelang emas atau perak yang terlalu menonjol. Tiada etika kerja.

Senjata yang dibawa sama ada buku lima, baton, tazer, pisau lipat, pisau rambo, kerambit, badek, parang, pedang samurai atau pistol.

Semua ini adalah satu kesalahan dibawah Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Tajam 1958 dan juga Akta 206. Sabit kesalahan memang sakit la.

Jadi… Kesimpulannya walau siapa pun anda, anda tertakluk kepada undang-undang yang telah digariskan dalam Perlembagaqn Malaysia. Tiada boleh penggunaan pengawal peribadi ini digunakan sewenang-wenangnya.

Tambah lagi jika berpakaian yang terlalu menonjol dengan pakaian celoreng (tak kira apa corak celoreng yang digunakan) dan dengan senjata automatik.

Hanya Pengawal Peribadi bagi Kategori Advanced sahaja yang dibenarkan menggunakan peluru 5.56mm atau 7.62mm. Selain dari itu hanya 9mm sahaja yang dibenarkan. Diharapkan artikel ini menjawab persoalan yang ditanya oleh rakab friendlist.

p/s: Mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) hanya dibenarkan berpakaian celoreng dalam wilayah takluk Johor semata-mata. Di luar Johor mereka wajib berpakaian preman.

Senjata api pula hanya dibenarkan guna sidearm (Pistol) sahaja di luar Johor. Dalam wilayah Johor diorang dibenarkan pakai apa yang mereka diibekalkan. Tiada isu bab ini.

Mereka sekadar pengawal keselamatan sahaja bukannya Tentera atau Polis. Di luar Johor mereka tiada kuasa melakukan siasatan dan operasi taktikal.

21 November 2023

Kenapa Tak Ramai Nak Jadi Sukarelawan?

Bhai/DeeDee semua...

Sembang bukan main... Kecoh dan kepoh bukan main... tapi bila dah bukak slot untuk jadi sukarelawan di Gaza.... tak ramai yang nak mendaftarkan diri... Hahaha...

Takkan takut mati kot?? 

Kat sini Malaysia ... bukan main sembang jihad bagai... Hahaha
Melayu Oh Melayu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



13 November 2023

Hebatnya Indonesia

Bhai/DeeDee semua....

Perkhidmatan Kesihatan di Indonesia pun setakat so-so jer... Tapi Indonesia ader Hospital depa sendiri di Gaza... di Tanah Palestine.... 

Baru betul sumbangan tue sampai kepada yang memerlukan... tak macam kita... banyak yang ilang di jalanan.... hahaha.... abis kena sapu dek NGO ntah apa-apa...

Kalu lu orang nak sumbang ... bagi jer kat Mercy Malaysia... itu dah tentu sampai ke sana... yang lain ngarut ja...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Majlis Ulama Indonesia nih sama level ngan JAKIM la.


11 November 2023

Israel Cukup Gentar Untuk Buat Serangan Darat Ke Gaza

Bhai/DeeDee semua...

Dalam mana-mana pertempuran dalam bandar (Urban Warfare) ... adalah paling menakutkan bagi puak yang mahu masuk kedalam bandar... sebab ianya seperti menempah maut... kerana puak yang bertahan mempunyai banyak kelebihan...


Antara kelebihannya adalah dengan menyediakan pasukan sniper yang ramai yang boleh menyorok disebalik timbunan bangunan yang runtuh... sama ada yang menggunakan senjata rifle 7.62mm ataupun yang menggunakan kaliber yang lebih besar seperti .50 cal.

Sniper juga boleh menggunakan mortar atau grenade launcher... malah dengan kedudukan yang boleh berubah-ubah.. bahaya paling kritikal bagi puak yang masuk ke bandar ini adalah dari impak serangan RPG .... sama ada dari peluru HEAT atau Tandem Warhead...

Kereta perisai dan kereta kebal boleh menjadi satu sasaran mudah... "sitting duck" bagi para sniper yang berpindah randah.... Ini belum dikira dengan adanya jerangkap samar dari IED dan sebagainya....

Kemampuan taktikal oleh pasukan yang cuba nak masuk ke bandar yang dah musnah nih memang mencabar.. Mereka perlukan anggota yang cergas... sebab bila masuk ke bandar mesti bergerak laju dan pantas... tak boleh berjalan beriringan dengan lambat...  mesti bergerak secara zig-zag...  jika tidak pastinya akan menjadi "ulam" sahaja... satu sasaran mudah buat puak yang bertahan dalam bandar...

Jadi... dengan adanya 300 ribu anggota simpanan yang telah digerakkan oleh IDF sebagai pasukan yang akan membentuk "ground force" yang katanya akan masuk ke Gaza bagi melakukan serangan darat nih.... gua agak gelak juga... sebabnya ... ini adalah pasukan simpanan... tiada pengalaman "urban warfare" ... walaupun mereka mempunyai kelengkapan senjata yang hebat dan terkini...

Dan mereka juga bukanlah "fit" sangat untuk mengendalikan "urban warfare" yang laju dan cekap...

So... gua percaya sebab itulah mereka akan kekal untuk tidak akan masuk ke kawasan pertempuran di Gaza sebab ianya seperti menempah maut.

Kena ingat bahawa... 1 orang sniper yang bagoosh boleh menamatkan nyawa 1 platun pasukan musuh dengan mudah .... Ini adalah realiti peperangan dalam bandar...

Dalam perang dunia kedua... Simo Häyhä adalah seorang sniper yang terhebat dari Finland ... dengan rekod 505 "confirm" .... dia berjaya mengkucar-kacirkan tentera Soviet Union selama berbulan-bulan... dalam keadaan hutan yang memang kawasan permainan dier... dalam keadaan salji yang sejuk dan putih.... Ingat.... dia berjaya buat nih kerana ini memang kawasan yang dia cukup mahir...

Jadinya.... dalam keadaan di Gaza... mana-mana penceroboh dari IDF yang cuba untuk masuk ke bandar ini akan menempah maut mereka sendiri.... 

Terkini.... Russia ada pengalaman "urban warfare" yang teruk di Mariupol selama 4 bulan.... dan mengalami kesan kekalahan yang amat signifikan... Tentera Ukraine telah berjaya bertahan dan mengalahkan Russia.

Pengeboman dari udara dalam bandar?? seumpama memukul lipas yang bergerak bersimpang siur... bom habis... tiada banyak hasil yang boleh dibanggakan...

Sekadar bercerita jer nih...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

19 April 2013

Nilai Pampasan Cuma RM25 Ribu

Bhai... Semalam gua lepak ngan sorang kawan gua yang boleh kata lama dah tak jumpa... Kitorang berborak dari pukul 10 malam sampailah dekat pukul 1 pagi.... Hahaha... Macam-macam isu... Dari bisnes... Kerjaya ... Sampailah kepada isu berkaitan politik....

Satu soalan yang menyebabkan gua terpikir sampaikan gua tabley nak tidor walaupun sampai pukul 3 setengah pagi.... Hahaha....... Nak tahajjud tabley sebab belum dapat tido pon...

Tetiba jer soalan "berapa bayaran pampasan kematian operatif cuma RM25 ribu jer" terpacul dari mulut member gua tue... Dier kata lagi "bukannyer Malaysia sedang terlibat dalam kancah perang yang ramai operatif, agen dan anggota keselamatan terbunuh" .... Takkan la Malaysia tak mampu nak bayar lebih kot...

Dier utarakan soalan nih selepas gua citerkan rate nilai pampasan yang biasa keluarga anggota keselamatan (operatif) dapat selepas operatif tersebut terbunuh didalam tugasan tanpa mengira lokasi.... Habis baik pon cuma dapat duit dan bendera... Operatif jarang yang dapat pingat... Bukan takder tapi jarang... Kemudahan untuk anak-anak operatif yang terbunuh biasanya dapat sampai umur 18 tahun...

Member gua bagitau... "Mangsa yang terbunuh dalam kes logi Petronas meletup baru-baru nih pon dapat RM5 juta manakala syarikat pembekal tenaga kerja tersebut iaitu HYUNDAI-PFCE dapat RM3 juta"..... Takkan la tabley operatif kiter dapat pampasan yang agak relevan...

Gua mati akal nak jawab... Sebab setahu gua la... Itulah rate yang biasa ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia... Tak pernah lagi dengar lebih dari RM30 ribu...

So aper pandangan lu orang lar... Patut ker keluarga operatif yang terbunuh dalam operasi (luar dan dalam negara) sama ada operasi biasa atau black ops mendapat pampasan lebih dari RM25 ribu.... Berapakah nilai selayaknyer keluarga operatif dapat.... Sudah la operatif nih "un-sung heroes".... Orang awam tak tau pon keujudan mereka dalam memastikan keselamatan dan kestabilan serta keamanan negara terjamin...

Kalu gua meninggal semasa operasi... Agak-agaknyer berapa aaa yang patut keluarga gua dapat dalam meneruskan hidup dimasa mendatang... Kos sara hidup, perubatan, pendidikan dan lain-lain sahaja untuk 4 orang anak dah berapa.... Pergh...

Kalu PR jadi Kerajaan Persekutuan nanti... Errrrr... Boleh tak rate nilai RM25 ribu nih dinaikkan kepada yang selayaknya..... Mmmmmmm... Boleh la yer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1