Pengawal Peribadi. Mari sini gua terangkan sedikit berkenaan isu ini dari sudut pandang perundangan dan SOP biasa.
Ianya terbahagi kepada 4 jenis pengawql peribadi (walaupun asalnya tetap 2 - bersenjata atau tidak).
Pertamanya adalah pengawal peribadi bagi pemimpin negara (YDPA, Sultan, Raja, Gabenor, TYT, Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri). Senua yang dinyatakan ini diletak pada kategori “Advanced”. Ianya adalah Wajib dan Perlu.
Semua pengawal peribadi ini wajib dilengkapkan dengan senjata api (automatik dan semi auto) dari jenis Pistol atau Rifle Tempur. Pilihan senjata api adalah bergantung kepada kesesuaian lokasi, majlis dan operasi.
Semua akan dibekalkan dengan “Comms” dan “Body Armour” palinh cikai pun dari Type 3A. Wajib berpakaian sesuai dengan majlis, namun pakaian celoreng juga dibenarkan. Penggunaan “Jammer” bukan wajib tapi dibenarkan ikut situasi.
Biasanya pengawal peribadi kategori “Advanced” ni diambil dari UTK PDRM dan GGK ATM. Tapi, ada juga unit khas lain boleh diaturgerak.Semua kos termasuk emolumen dan logistik ditanggung oleh Kerajaan.
Jenis pengawal peribadi kedua adalah untuk pemimpin politik (di pihak Kerajaan terutamanya Menteri Kabinet) serta Kerabat Utama Diraja (Raja Muda, Tengku Mahkota). Ikut syarat sebenar hanya penggunaan sidearm (Pistol Automatik) sahaja dibenarkan digunapakai oleh semua pengawal peribadi ini. Assault Rifle memang tidak dibenarkan sama sekali. Body Armour adakah compulsary kepada semua pengawal peribadi.
Cara berpakaian mestilah tidak menonjol dan pakaoan celorang tidak dibenarkan pada semua keadaan untuk kategori pengawal peribadi ini. Tiada dibenarkan mana-mana penggunaan ”Jammer” digunakan sama sekali dalam apa-apa situasi. Anggota pengawal perobadi ini biasanya diambil dari Cawangan Khas PDRM. Tiada penggunaan anggota dari cabang ATM dibenarkan.
Kos emolumen dan logistik bagi pengawal peribadi dari kategori ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.
Bagi kategori ketiga pula, ianya adalah pengawal peribadi berlesen yang dibenarkan atas syarat-syarat tertentu oleh PDRM. Ianya perlulah menepati semua semak silang yang dibuat oleh Cawangan Khas (SB) PDRM. Untuk memohon, sila hadir di mana-mana IPK PDRM yang berhampiran. Hanya IPK sahaja yang boleh memberikan kebenaran itu pun setelah mendapat kelulusan semak silang SB dan dari Bukit Aman.
Anggota pengawal peribadi mestilah diambil (digajikan) dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan berlesen yang ada di Malaysia. Pengawal bersenjata atau tidak hanya ditetapkan oleh Kelulusan dari Bukit Aman.
Kos semua dibiaya sendiri okeh pelanggan. Pakaian pengawal keselamatan hanya boleh berpakaoan preman atau pakaian yang ditetapkan oleh Syarikat Kawalan Keselamatan. Penggunaan “Jammer” tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan Tazer juga tidak dibenarkan melainkan mendapat kelulusan dari Bukit Aman. Hanya senjata api Semi Auto sahaja yang dibenar digunakan.
Manakala kategori keempat pula adalah Pengawal Peribadi tidak berlesen atau HARAM. Yang ini ramai penjahat, gangster. samseng dan kartel gunakan. Pakaian kasual. Biasanya bergelang emas atau perak yang terlalu menonjol. Tiada etika kerja.
Senjata yang dibawa sama ada buku lima, baton, tazer, pisau lipat, pisau rambo, kerambit, badek, parang, pedang samurai atau pistol.
Semua ini adalah satu kesalahan dibawah Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Tajam 1958 dan juga Akta 206. Sabit kesalahan memang sakit la.
Jadi… Kesimpulannya walau siapa pun anda, anda tertakluk kepada undang-undang yang telah digariskan dalam Perlembagaqn Malaysia. Tiada boleh penggunaan pengawal peribadi ini digunakan sewenang-wenangnya.
Tambah lagi jika berpakaian yang terlalu menonjol dengan pakaian celoreng (tak kira apa corak celoreng yang digunakan) dan dengan senjata automatik.
Hanya Pengawal Peribadi bagi Kategori Advanced sahaja yang dibenarkan menggunakan peluru 5.56mm atau 7.62mm. Selain dari itu hanya 9mm sahaja yang dibenarkan. Diharapkan artikel ini menjawab persoalan yang ditanya oleh rakab friendlist.
p/s: Mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) hanya dibenarkan berpakaian celoreng dalam wilayah takluk Johor semata-mata. Di luar Johor mereka wajib berpakaian preman.
Senjata api pula hanya dibenarkan guna sidearm (Pistol) sahaja di luar Johor. Dalam wilayah Johor diorang dibenarkan pakai apa yang mereka diibekalkan. Tiada isu bab ini.
Mereka sekadar pengawal keselamatan sahaja bukannya Tentera atau Polis. Di luar Johor mereka tiada kuasa melakukan siasatan dan operasi taktikal.