Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label CIMB. Show all posts
Showing posts with label CIMB. Show all posts

17 March 2023

Bank Pilihan Scammer? Macam La Tak Biasa

Bhai/DeeDee semua...

Lima bank utama kat Malaysia nih bank apa??? Bank apa yang kakitangannya lekeh sangat.... Hahaha... Macam la kita tatau .... Adoilah.... Dah lama bank-bank nih terlibat handle banyak akaun scam.... akaun keldai akaun... Ini bank yang glamer....

Hahaha...

Tapi ko tengok la... takdernyer bank kena tindakan...  sure lepas bebas...



30 December 2022

OPR Bakal Naik Lagi 2023?

Bhai/DeeDee semua...

Takder perkataan yang paling sesuai untuk gua ulas berkenaan OPR yang mungkin akan dikenakan kenaikannya 2 kali pada 2023 orang Bank Negara Malaysia selain...

GAMPANG LA

Itu jer selayaknya yang gua ucapkan kat Kerajaan dan BNM sejak dulu lagi sampai la nih...

Memang GAMPANG


Kenyataan BNM pada November memberikan peringatan yang jelas bahawa tekanan inflasi berkemungkinan kekal pada 2023, dan bank pusat juga menekankan kesediaannya untuk kekal cenderung kepada kadar faedah tinggi, jika perlu.

“Kami mengunjurkan dua lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas ke atas kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus berdasarkan unjuran kami bagi 2023,”

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) mengunjurkan inflasi Malaysia berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun pada 2023, berbanding unjuran bagi 2022 pada 3.3 peratus tahun ke tahun.

Ketua Ekonomi, Nazmi Idrus berkata campur tangan kerajaan dalam perkara seperti harga ayam, petrol dan bayaran tol akan terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat.

28 January 2022

Terbongkar : Siapa CEO Bank Masa Genting HK Buat Pinjaman

Bhai/DeeDee semua...

Genting HK sudah bankrap. Hutangnya sudah default USD600juta.. Dan semua hutang nih adalah datangnya dari pinjaman tanpa cagaran... dan tiga bank utama di Malaysia terlibat... CIMB, Maybank dan RHB.

Yang menariknya... semua bank ini adalah dalam mode pelaburan oleh KWSP dan KWAP.

Persoalan yang perlu ditanya....

1. Siapa Menteri Kewangan Malaysia pada tahun itu (2012)
2. Siapa CEO Bank pada tahun itu (2012)

Sebab merekalah yang meluluskan pinjaman sebesar itu tanpa apa-apa cagaran.

Huhuhu



07 April 2021

Celaka Punya Bank

Bhai/DeeDee semua...

Gua tatau nak kata apa... menyirap darah nih biler baca berita nih... Memang dari dulu lagi gua cukup anti ngan Bank... Dulu gua terkena ngan CIMB Bank ... Bank lain semua dah revise car loan... hanya CIMB jer takmo nak revised.... gua tetap kena bayar 7% loan kereta.... bangsat punya bank..

Nih dalam kes P. Letchumy .... hanya kerana tunggakan bernilai RM975 ... habis rumah dier kena lelong tanpa pemberitahuan kepada pemilik asal... semua gara-gara bank menaikkan kadar bulanan tanpa memaklumkan pemilik rumah..

Dan lelongan berlaku pada masa moratorium dilaksanakan...

Memang celaka bank nih... Gua cuma tatau nama bank jer... kalu tidak memang dah maki habis dah nih... Tapi rasanya boleh agak bank mana yang buat perangai macam celaka nih... dah boleh agak... ader 3 nama bank yang perangai macam lahanat nih...

Betul-betul celaka...



18 May 2013

RM1.3 Bilion

Bhai.... Ingat lagi tak jumlah RM1.3 bilion yang gua citerkan masa PRU13 itu hari... Yeah .... Lu tak silap baca.... Nilainya aderlah RM 1.3 bilion...

Bukan kecik anak tue.... Hahaha.... Banyaknyer dana BN...

Kemana disalurkan... Untuk tujuan apa... Siapa yang membiayainya.... Hahaha... Inilah persoalan yang wajib kiter tanya...

Salah satu daripada penyaluran dana ini pergi kepada pembelian iklan berasaskan CPC (cost per click) dan CPM (cost per million) di beberapa penyedia besar pengiklanan dalam talian...  Sebahagian lagi disalurkan untuk menyediakan prasarana portal BetterNation termasuklah menggajikan para pekerja dan para konsultan media.. Jangan lupa bahawa terdapat pembiayaan kos pengiklanan untuk media cetak dan elektronik yang berleluasa pada PRU13. 

Jangan kita lupa ... Sebahagian daripada dana ini disalurkan juga kepada Unit Media Baru UMNO ternasuk kepada blogger-blogger dan para facebooker yang berdaftar dengan UMB... Ader blogger yang didapati mendapat dana yang agak besar "melampau" manakala ader blogger UMB yang mendapat dana paling ciput..

Sebahagian dari RM 1.3 bilion ini juga digunakan dalam kempen pilihanraya calon-calon BN dan sebagai kos menggerakkan semua PDM, pondok panas dan membayar wang balik mengundi. Ada pengundi yang mendapat RM500 wang balik mengundi dan ada juga yang hanya mendapat RM30 sahaja... Hahaha... Bagi pondok panas BN.. 

Gua dapat tau peruntukan satu pondok panas aderlah RM40 ribu... Tapi berapa yang sampai ketangan orang bawah gua tak tau... Gua tengok sendiri dokumen peruntukan tue. Tapi yang bagi negeri Kelantan lar... Negeri lain maybe lebih atau kurang sikit jer.... Hahaha

Persoalan yang perlu ditanya... Dari mana datangnya dana ini.... Hahaha ... Gua dan kengkawan dah lama mengesan pergerakan transaksi wang dalam beberapa akaun "master" di beberapa bank utama Malaysia... Gua ader beberapa "informer" kat dalam Maybank dan CIMB yang selama ini selalu memberikan input terbaek kepada gua..

Akaun "master" ini dikesan dibiayai dana nya daripada sumber luaran... Dari offshore account... Tidak terkecuali dana datang dari beberapa syarikat terkemuka Malaysia (kroni) serta dana awam dari beberapa GLC...

Bagi dana yang datang dari GLC ... Ianya telah ditukarkan pernyataan transaksinya bagi tujuan audit... Sebahagian besar pernyataan transaksi dinyatakan sebagai kos pembayaran konsultan dan promosi media...

Gua takmo nak menamakan siapa antara penyumbang terbesar dari sektor swasta nih cuma gua nak bagi hint.. Dier adalah seorang bilionaire.... Hahahaha... Bukan sorang bhai. Ader tiga empat... Hahaha

Soklan paling utama... Ader ker SPR nak siasat... Hahaha... Jangan la guna alasan takder saper nak buat laporan... Sebab alasan tue kuno dah la....  Alasan lapok....

So.... Ader paham ka???

03 April 2013

SENSASI : Najib Razak Pecah Tradisi

Bhai... Satu mender yang gua nak citer pagi nih.... Ianya berkenaan dengan tradisi.... Selama nih.... Perdana Menteri Malaysia akan umumkan pembubaran Parlimen pada hari Jumaat... dan biasanya selepas pukul 4 petang....

Ini menjadi tradisi semenjak sekian lama.... dan belum pernah lagi ader Perdana Menteri yang berbuat selainnya... Salah satu sebab utama kenapa pembubaran Parlimen dilakukan pada hari Jumaat.... ini adalah kerana untuk meminimakan impak keatas pasaran saham....

Jika PM mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari Isnin contohnya... kemungkinan besar pasaran saham sama ada akan jatuh ataupun stagnant...  perkara ini amatlah mencuakkan... sebab secara tidak langsung ianya akan mengganggu sentimen dan pandangan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah...

Begitu juga kalu diumumkan pada hari Rabu.... impak negatifnya lebih besar berbanding dengan impak positif... Aper-aper pon.. seperti yang dah banyak kali gua citer... pasaran saham di Bursa Malaysia banyak dikuasai dan dimanipulasikan oleh pelabur sindiket yang terdiri dari Permodalan Nasional Berhad (PNB), LUTH, LTAT, KWSP dan beberapa yang lain...

Jadi... dengan pengaruh dan manipulasi pelabur sindiket yang juga bergerak seiringan dengan CIMB dan Maybank... maka mungkin impak negatif ini akan dapat dikurangkan.... Yang ini gua pasti sebab percaturan mainan diorang nih gua dah perasan dan kesan sejak dari tahun 1987 lagi.... sewaktu CIMB masih lagi dikenali sebagai Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) ... iaitu sebelum ular lidi menelan naga (Commerce Bank memakan Bank Bumiputera) dalam program merging....

Aper pon... percaturan kali ini memang boleh menyebabkan Felda Global Venture (FGV) tergolek dog dan seterusnya menyebabkan pengaruh kepada sentimen PRU13 menjadi mimpi ngeri bagi Kerajaan Barisan Nasional...

Untuk itu... kalu lu nak tau biler Najib Razak (selaku Perdana Menteri Malaysia) nak umumkan pembubaran Parlimen.... lu tengok jer pergerakan pada Bursa Saham.... hehehe.... lu tengok pada mana-mana kaunter yang pegangan PNB, KWSP dan LTAT agak besar... dan lu tengok jugak kat pergerakan saham FGV...

Oleh itu.... mimpi la kalu Najib Razak berani nak bubarkan Parlimen Malaysia hari nih.... hahaha......


Update Terkini ... Makin banyak jatuhnyer.... hahaha




21 January 2013

Berapa Tahun Lagi Mahu Kaji?

Bhai.... isu permit teksi individu nih kalu ikut seingat gua la (gua malas nak semak tarikh pasai banyak benda lain mau buat) dah masuk dekat 15 tahun kalu tak silap la... atau maybe lebih lagi kot... hahaha... Punya la lama... setiap kali tanya Menteri.... jawapan yang diberi... kita akan kaji... kita akan kaji...

Macam haramjadah betul lar jawapannyer... Sekarang nih timbul cerita kononnya permit individu dah dibagi kepada orang awam sebanyak 45%.... yang selebih tue adalah permit teksi untuk syarikat.... Hahahaha... Nih gua nak tanya lu aaa... dalam 55% permit teksi yang dapat kat syarikat tue... cuba lu bagitau gua... berapa peratus yang dapat kat kroni.... hahahaha

Orang cakap... kalu dikumpulkan semua yang dapat 55% permit teksi syarikat tue... (tak ramai pon).... letak dalam satu ruang... kalu kiter campak satu spark plug motosikal... mau boleh melantun kena kepala lima enam orang kroni.... hahahaha... punya la ramai... itu baru satu spark plug... kalu 500 spark plug... rasanyer semua kapla kroni akan kena hantam sama itu spark plug.... hahaha

Ini menunjukkan ramai benar kroni UMNO/BN yang dapat permit teksi syarikat....

Yang lagi best tue... takder sekor pon yang bawak teksi... semuanya duduk goyang kaki makan hasil sewa permit... Inilah bisnes paling best... sewa permit... dan ini jer la yang kroni UMNO/BN tahu... samer macam Rozali Ismail dan Mokhtar Bukhari ...

Kroni UMNO/BN nih kalu bab ali baba diorang nombor wahid.... sewa permit pasir la... sewa permit teksi la... sewa perrmit melombong la... sewa permit membalak la... sewa tapak pasar malam la... sewa tapak pasar Ramadhan la.... malah aper sahaja yang jenis bisnes sewa dan lepak nih... semua borong kat kroni UMNO/BN .... dan kalu ader lu jumpa bisnes sewa perempuan (pelacur) pon... biasanyer itu mesti ader kena mengena dengan kroni UMNO/BN disebaliknya.... hahahaha

Sebab itu la.. kalu ader bangunan baru yang dipunyai oleh UMNO (ntah dari mana rembat duit)... akan disuruhnya agensi kerajaan atau bank pindah dan beroperasi disitu... Walaupun agensi kerajaan atau bank tue dah lama beroperasi ditempat sedia ada... pastinya akan diarahkan juga berpindah.... Tak payah jauh la... cuba lu tengok Bangunan UMNO Shah Alam .... aper yang ader kat situ... CIMB Bank.... Mahkamah Syariah.... hahaha .... lawak kan....

So kepada Hamid Albar... lu tak payah susah-susah nak kaji mender... Lepas PRU13 nanti.... biler PR menang di peringkat Persekutuan... antara perkara pertama yang akan direleasekan aderlah permit teksi individu... dan semua permit teksi syarikat akan dihapuskan..... hahahaha


01 August 2012

Saham FACEBOOK Jatuh 43% Dibawah IPO

Pergh... kalu syarikat sebesar dan seglamer FACEBOOK boleh terbongkang sahamnyer dan jatuh 43% dibawah IPO ... aper lu nak harapkan ngan Saham FGV... hahahaha..

Rakan blogger gua TukangLawan ader follow saham FGV nih.. dan baru-baru nih dier ader postkan artikel mengenainya... jadi... macam biasa la.. gua tak terkezut sangat...

Benda macam nih aderlah perkara biasa dalam mana-mana saham... perkara kecik jer... yang jadi mangsa biasanyer aderlah pelabur runcit... hahaha.. yang kenyang aderlah pelabur sindiket.... macam siot jer kan... hahaha....

Najib Razak, Ahmad Maslan dan Isa Samad nak kata aper aaa tentang kejatuhan saham FGV nih... please lar.. bagi komen skit... hahahaha.... Oh yer... nak tanya gak aper komen Azizan Razak pasai saham FGV nih... hahaha

Baca Sini, Sini, Sini dan Sini

19 May 2012

Penyenaraian IPO FGVH Bakal Mengalahkan IPO Facebook

Pergh.... nak termuntah gua dengar ader orang politik yang dok canangkan bahawa penyenaraian IPO FGVH bakal mengalahkan IPO Facebook ..... hehehe....

Bhai.. untuk pengetahuan lu... IPO Facebook dimulakan di NASDAQ semalam.... sekitar pukul 10 malam waktu Malaysia....dibuka permulaan pada harga USD$38 dan melonjak sehingga USD$45 pada waktu puncak walaupun ader sedikit kelewatan pasai masalah sistem bursa....namun...  ianya ditutup pada harga yang USD$38.23 dihujung dagangan.

So.... Kalu Facebook yang gempak giler babat dalam dunia nih .. yang dapat sambutan kuat dari pelabur di NASDAQ pon boleh jadi macam tue jer... tak kekal lebih dari sehari pon nilaian tertinggi dier ... iaitu "peak trading" ... lu agak-agak la camana ngan IPO FELDA nanti... ala.. IPO FGVH tue la... hahaha

Mari kita kaji tentang penyenaraian FGVH ... IPO FGVH nih katakanlah dibuka pada harga RM1 seunit... lepas tue meledak dalam hari pertama penyenaraian pergi sampai RM3 atau RM5 .... lu agak-agaknyer la... bolehkah dier bertahan selama lebih dari 6 bulan harga tue... atau turun mendadak kepada bawah RM0.80 selepas didagangkan selama 6 bulan...

Kalu jatuh bawah paras penyenaraian... jatuh bawah paras IPO... makanyer.. peneroka FELDA yang buat pinjaman untuk beli saham FGVH tue akan bayar hutang saham tue buta-buta jer tanpa keuntungan... malah boleh rugi takder pasai jer... hahaha

Hutang saham tetap kena bayar.. walaupun saham belum boleh dijual/ditunaikan kerana "tempoh bertenang" belum selesai... namun.. harga saham berada dibawah paras penyenaraian....tak ker mampus tue... hahaha

Kalu peneroka beli saham tue dengan duit tunai.. takder hal la... hari pertama trading pon boleh jual.... hahaha.. bagi yang buat pinjaman.. biasanyer tabley jual... hahahaha... kena tunggu selesai tempoh bertenang.... hahaha... mampuih...

Yang kaya giler nanti pasai penyenaraian FGVH nih... yang kaut untung giler pasai IPO FGVH nih... aderlah Najib dan kroni dier... termasuk Isa Samad dan ramai lagi... semua untung giler... yer la... sebab depa ader cash... itu sebab la diorang buat benda nih... sebab mau untung segera... hahaha... yang melingkup... orang felda... peneroka Felda.... hahaha

10 March 2012

Sohih - Kenduri Kahwin Anak PM Guna Kad Kredit

Hahahaha... Rafizi Ramli sudah tersilap... hahaha... kenduri kahwin anak PM bukanlah menggunakan dana Pejabat Perdana Menteri .... tapi sebenarnya Najib Razak telah menggunakan kad kredit dier sendiri untuk membuat pembayaran...

Najib Razak telah menggunakan kad kredit beliau iaitu Kad Kredit CIMB Bank untuk membuat pembayaran sebanyak RM400 ribu lebih tersebut..

Untuk perhatian anda.. kredit limit bagi kad kredit CIMB Bank Najib Razak aderlah sebanyak RM1 juta ... jadi dengan ini maknanyer Najib Razak cuma menggunakan hampir separuh daripada kredit limit yang dibenarkan...

Namun.. untuk pembayaran ini.. Najib Razak ttelah menggunakan sistem EPP (Easy Payment Plan) yang mengenakan caj interest sebanyak 0% selama 60 bulan....

Oleh yang demikian... untuk beliau dapat membayar keseluruhan hutang kad kredit ini... maka Najib Razak perlulah masih kekal menjadi PM selama sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagie .. kalu tidak.. mungkin pembayaran hutangnya akan menjadi "defaulted"...




P/S: Hahaha ... sori aaa... citer nih cuma citer lawak jer.. takder kena mengena ngan yang idup atau pun yang dah mati... kalu ader tue... sori aaa... hahahaha

07 March 2012

CIMB Bank Pun Ada Saham Dalam Syarikat Arak?

Hahahaha... tahniah la.... tahniah... gua nak ucapkan berbanyak tahniah kat semua pemegang saham dan pengguna serta pelanggan CIMB... tahniah... Sebabnyer... hahaha... CIMB bank pun ada saham dalam syarikat arak .... hahaha... baguih sangat la tue... hahaha....

Ingatkan anak Mahathir sorang jer yang ader share besar dalam syarikat arak.... hahaha... rupanya CIMB pon nak bersaing dengan anak Mahathir tue... errr.. anak Mahathir tue sohih la takder "panel penasihat syariah"... sebab itula dier ikut kapla otak dier jer...

Bank ini jugak yang ader unit "Perbankan Islamik" .... hahaha... macam baguih jer... hahaha... maner pegi "panel penasihat syariah" CIMB Bank nih..... takkan pasai duit... lu orang sumer sudah lupa pasai hukum nih... macam haram jer...

Perbankan Islamik la konon.... Islam aper ker jadahnyer biler beli saham syarikat berkaitan arak nih.... hahaha.... ini bukan Islam... ini selam jer... hahaha

Mampuih...

Baca Sini : CIMB buying share of San Miguel

01 December 2011

Terlepas Pandang

Gua berani jamin ramai dikalangan kiter semua yang terlepas pandang isu nih... Isu dimana Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan bahawa syarat pinjaman diperketatkan oleh pihak Bank.... Gaji bersih peminjam akan diambilkira dengan tuntasnya mulai 2012.

Mmm... memang sekali pandang nampak macam bagus dan tepat usaha dan arahan BNM nih.... tapi kalu semua orang pandang dan semak ... gua percaya lu orang sumer mesti terkejut punya la... bahawa syarat ini memang macam celaka...

Pertamanya.... bank akan memastikan bahawa pemohon pinjaman perlulah mempunyai gaji bersih minima 60% sebelum membuat pinjaman.... alasan... untuk mengelakkan daripada terjadinya "Non Performance Loan" (NPL) ...

Tapi korang sedar tak.... selama nih pihak Bank memberikan pinjaman kepada pemohon bukanlah menggunakan duit Bank itu sendiri.... kalu ader orang yang bagitau bahawa memang Bank bagi pinjaman guna dana bank itu sendiri.... sure la orang tue memang mangkuk atau bangang...

Wei... Bank takkan gunakan duit dier la.... sori la... sori maniam la...... selama ini takder bank yang akan memberikan pinjaman kepada pemohon guna dana dier.... Abis tue... dari mana bank dapat duit untuk bagi pinjam nih....

Hahaha... disinilah magiknyer...

Bank kasi orang pinjam duit tue... adalah datangnya dari dana yang terkumpul hasil dari simpanan orang ramai.... Setiap cawangan bank (branch) diarahkan untuk mendapatkan tabungan/simpanan daripada pelangganb setiap bulan sebanyak paling cikai RM3 juta.... macam-macam cara yang Bank gunakan.... buat kempen la... aderkan cabutan bertuah la.... bagi hadiah la ... janji orang kena simpan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan...

Samer jer tak kira Bank itu konvensional mahupun bank itu Islamik.... samer jer... semua guna macam-macam cara untuk suruh orang buat simpanan..

MAYBANK pujuk orang buat simpanan dengan taktik GSPA (Gold Saving Passbook Account) .... suruh orang beli emas pada harga online kat website dier.. tapi sebenarnya duit tue dier gunakan untuk rolling... sebab itu depa tabley kasi beli emas on the spot pada kadar 1 gram...

Samer la jugak ngan PUBLIC BANK.... taktik yang samer digunakan pada akaun GIA (Gold Investment Account)... Kuwait Financial House pon gunakan taktik yang samer.... tapi itu semua tak kira dasat lagi..... ader satu bank yang taktiknya lagi dasat.....

Bank itu adalah Bank Simpanan Nasional..... hahaha... dier guna kertas jer... hahaha... aper tue... hahaha... takkan korang tarak perasan yang BSN nih gunakan Sijil Simpanan Premium untuk kumpul dana dier... hahaha.....

Dengan dana dan wang yang banyak inilah yang depa gunakan untuk bagi kepada orang untuk pinjam... bukan pakai duit bank pon... macam haram.... lepas tue kenakan caj tinggi bagi pinjaman.... sampaikan kalu pinjam RM100 ribu... kena bayar balik lebih RM150 ribu.... giler tue... hahaha...

Tapi pendeposit dapat aper... paling banyak pon 3.5 peratus jer faedah/interest pada setiap simpanan... itu pon dikira cuma pada tarikh tertentu setiap bulan atau setiap tahun bergantung kepada baki minima... sedangkan duit tue dier dah rolling macam nak giler....... lu bayangkan la.... giler aper....

So... kesimpulannya... camana nak kasi ajar skit Bank-Bank yang macam celaka nih termasuklah CIMB Bank..... senang jer..... semua orang jangan simpan banyak-banyak cash kat dalam Bank.... kiter kasi ajar sikit... kasi keluarkan semua duit simpanan tue dan letakkan kat tempat lain.... nak mudah... sewa jer peti keselamatan (safe deposit box).. banyak syarikat yang ader bekalkan servis nih.. murah jer.. dalam RM150++ setahun....

Lepas tue kuarkan semua duit simpanan dalam bank yang tak bergerak tue dan gunakan untuk beli emas... kasi simpan dalam safe deposit box.... biar kurang duit dalam bank... baru ader akai bank nak cari duit nak bagi pinjaman... masa tue baru la bank akan berlembut skit.... La nih bank besar kepala pasai kiter semua kasi peluang kat dier.... cuba kalu kiter tak kasi peluang...... baru la ader akai...

So... jom kiter kasi ajar skit bank-bank ini......

14 September 2010

Nightmare On Elm Street

Freddy Krueger adalah nama watak pembunuh sadis yang psiko dalam filem "Nightmare On Elm Street" yang popular sekitar tahun 1980'an dulu... Watak Freddy Krueger ini dibawa oleh Robert Englund ... Dalam filem ini aktor Johnny Depp juga turut sama berlakon..

Filem Nightmare On Elm Street ini diklasifikasikan sebagai filem berstatus 18PL .... yang mana tidak sesuai untuk ditonton oleh remaja mahupun kanak-kanak... ....

Mmmm..... gua amat yakin filem ini mesti pernah ditonton oleh kedua-dua saspek utama bagi kes Sosilawati Lawiya nih... sebab apa.... sebab hanya orang yang berhati kering jer boleh tengok cerita nih tanpa ader side effect...

Pembunuhan dan pembakaran mayat untuk menghapuskan bukti yang khabarnya telah acap kali dilakukan oleh suspek dengan bantuan rakan-rakan sejenayahnyer... memang menunjukkan bahawa mereka-mereka ini adalah pembunuh sadis yang psiko...

Dan gua berani jamin... yang dier akan gunakan status psiko tersebut untuk melepaskan dirinyer dari pembunuhan kejam tersebut.. silap-silap beliau cuma akan dikenakan hukuman yang minima ... ataupun cuma ditahan di wad psikatari di Tanjung Rambutan atau Tampoi sahaja...

Yang akan disabitkan dengan hukuman bunuh ... pastinyer cuma 4 orang pekerja beliau sahaja....

Benda macam nih dah banyak kali dah gua lihat berlaku di Malaysia... cara nak lepas dari hukuman bunuh (gantung) hanyalah dengan berlakon jadi gila atau psiko ... terutamanya sewaktu kejadian... bukan susah pon... ramai yang dah acapkali berlakon taktik dan teknik nih... hehehe

So... jangan sampai satu hari nanti kita terpaksa pulak buat filem versi tempatan untuk Nightmare On Elm Street ... yang kita namakan menjadi Nighmare On Ladang Gadong ...

13 September 2010

Macam-Macam

Bhai... Gua rasa aaa... Malaysia nih sudah semakin sakit... yer la lu tengok aaa... dulu ader kes bunuh orang kena kerat 18 (Mona Fendy)..... lepas tue kes kena bunuh plak dengan kerat kepala... kepala hilang tak tau pi mana (tak ingat namanyer)... lepas tue lagie... ader orang kena campak dari bangunan (Teoh Beng Hock dan Rumie Azzan Malie)...

Ader plak kes bunuh dengan ikat wayar telefon selepas kena bersetubuh ... kes Norita Samsudin... ader plak kes makcik yang kena bunuh dan digulung dalam karpet ... kes cikgu kat Kuantan dulu tue...... lepas tue ader plak kes bunuh yang mayat dier ditanam kat tapak semaian Pihak Berkuasa Tempatan..

Yang mayat dijumpai dalam kotak .. dibunuh oleh polis pon ader... mayat Nurin Jazlin dalam beg sukan pon tak sanggup kita tengok.. itu tak masuk kes bunuh yang mayat disimen dalam tong drum... macam-macam jenis bunuh pon ader.... yang kes tembak cam Joe Fernandez dulu pon ader... semua jenis kes bunuh ader di Malaysia... yang bunuh diri toksah la lu nak amik kira.... macam-macam spesis...

Dalam pada tue... kes bunuh yang paling sensasi sepanjang zaman gua rasa aaa... adalah kes bunuh Altantuya... kena bom tue... dengar citer guna C4 ... ntah ler.... polis gak yang buat... ini plak raya baru nih kita dengar ader VVIP mati kena bunuh dan dibakar... abu plak depa kasi campak dalam sungai.... mmmmm..... kes Sosilawati Lawiya nih gua rasa akan kecoh dalam tiga empat bulan jer... lepas tue senyap la...

Semuanyer kerana aper.... semuanyer kerana salah satu dari sebab-sebab kat bawah nih..

- hasad / dengki
- dendam
- seks
- bomoh
- amalan khurafat
- bisnes
- upah / pembunuh upahan
- cover line (tutup cerita)
- khianat
- tak sengaja
- suka-suka
- rompak
- salah sangka
- gila

dan rasanyer banyak lagi kot.. tak larat la nak pikir dan tulis... Gua rasa kalu gua tulis semuanyer... gua boleh sumbit jadi thesis PHD la pulak... hahaha...

Aper-aper pon ... macam-macam boleh berlaku... dah semakin giler dah masyarakat kita nih....

01 January 2010

Harga Gula - Silap Mata CIMB

Selamat tahun baru masihi 2010 ... Ramai yang terkejut badak biler dengaq harga gula naik 20 sen ... yer la.. siap depa kecoh Felda konon dah ambik alih dari Raja Gula Robert Kuok.... tapi lu orang semua sudah silap... Harga gula ini semua silap mata CIMB jer..

Kenapa gua kata camnie... hahaha... memang la melayu mudah lupa... macam mana lu orang boleh lupa bahawa CIMB (Nazir Razak) dok promo giler-giler dier punya idea untuk penggabungan Felda, Felcra dan Risda pada PM 1Malaysia (Najib Razak) ....

Hehehehe .. dulu pun dier punya idea gak untuk gabungkan Sime Darby yang dah nak mampus tue dengan Guthrie dan Golden Hope untuk menjadi Synergy Drive yang akhirnya ditukar balik kepada nama Sime Darby.... hehehehe... sapa yang untung dalam kes Synergy Drive nih..... bukan sapa-sapa pon... tapi Nazir Razak gak yang untung... hahaha

La nih... Felda, Felcra dan Risda sedang dalam proses digabungkan yang mana gua dengar khabar akan direalisasikan seawal suku kedua 2010 ... hehehehe.... semua ini akan digabungkan menjadi Synergy Drive Kedua... jadi... lu ingat sapa yang akan untung kali kedua nih... hehehe.. Sure Nazir Razak jugak yang untung... hehehehe...

Jadi ... sekarang nih.. taikun gula bukan lagi Robert Kuok tapi .... akan bertukar tangan kepada Nazir Razak .... lu tak percaya.. tunggu dan lihat... tokei beras (siapa tokei beras nih lu cari la sendiri) tue cuma proksi dier jer... hahaha...

So.. seperti yang gua jangkakan.... tahun 2010 nih... akan menunjukkan penguasaan sepenuhnya dalam semua entiti besar GLC diletakkan dibawah satu konsortium yang dikuasai oleh Nazir Razak mahupun oleh proksinya... CIMB tue cuma batu loncatan sahaja... sebab sekarang nie pon Nazir Razak dah kuasai sebahagian besar saham dalam CIMB ...

Jadi.... kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilo tue sebenarnya memberikan pulangan lebih dari RM1 bilion kepada CIMB Synergy Drive Kedua (Felda, Risda dan Felcra) yang mana dikawalselia oleh Nazir Razak....

Sohih dan nyata Najib Razak lebih berkali ganda teruk korupsinya daripada Abdullah Ahmad Badawi.... hehehe.. sapa mentor dier.. kalu bukan Che Det ... hahaha

So ... kengkawan blogger lain nampaknya salah tangkap la isu ini... sori aaa... nih gua ader linkkan blogger lain punya idea...

01 December 2009

Synergy Drive Kedua - Sambungan

Bagi yang belum baca artikel gua bertajuk Synergy Drive Kedua, sila rujuk artikel tersebut dahulu sebelum terus membaca artikel ini. Ini adalah sambungan kepada artikel Synergy Drive Kedua.

Kerajaan Malaysia (sebetulnya Nazir Razak) melalui CIMB Investment telah mengarahkan penggabungan tiga GLC berkaitan (Felda, Felcra dan Risda) untuk menjadi satu entiti baru yang kononnya akan memberikan satu daya saing yang kuat diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

Dulu sebelum ini kita dapat lihat Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope telah dirangkumkan dan disynergikan menjadi satu entiti yang pada mulanya dikenali sebagai Synergy Drive (walaupun sebenarnya niat Sime Darby telah dikenalpasti sejak dari awal lagi) dan seterusnya diubah kembali nama Synergy Drive ini kepada Sime Darby.

Sime Darby pernah memiliki satu bank komersial dan syarikat insuran, namun kerana ketidakcekapan pentadbiran Sime Darby telah menyebabkan bank dan syarikat insuran tersebut gagal bersaing dan akhirnya terpaksa di "bail-out" oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Kini perkara yang sama telah berlaku dan khabarnya Sime Darby (Synergy Drive) tidak mampu untuk menjadi satu entiti pengawal (penguasa) dalam industri sawit sedangkan Malaysia sebenarnya yang menentukan harga pasaran sawit dunia. Kita boleh tunggu masa dan lihat berapa pulak kosnya untuk Kerajaan Malaysia menyelamatkan Sime Darby dari tersungkur dalam tempoh kurang dari lima tahun lagi.

Felda, Felcra dan Risda yang akan digabungkan ini (kertas draf cadangan penggabungan telah diberitakan siap dan telah dimajukan kepada Kerajaan Malaysia melalui Nazir Razak pengerusi CIMB Group) juga dikenalpasti akan mengalami masalah yang sama dengan Sime Darby (Synergy Drive) kerana menggunakan format (bermasalah) yang sama.

Pandangan peribadi gua.... Sime Darby (Synergy Drive) nie pon tak boleh CIMB nak handle (terkial-kial) ... ini plak nak pegang sama Gabungan Felda (Felda, Felcra dan Risda) ... makin hancus la... Felcra dan Risda nie selama ini banyak sangat birokrasi dan salah tadbir urus... sama macam Felda ... kalu dah digabungkan.. sure lagi teruk masalah... Sedangkan NPL (Non-Performance Loan) yang CIMB pegang la nih berjumlah RM8.4 bilion.... macam mana nak tadbir nih...

NPL sendiri pun tak dapat nak tadbir... ini lagi nak jaga Sime Darby (Synergy Drive) dan GF (Felda, Felcra dan Risda)... giler apa....

Ini yang gua rasa makin kecut perut dah nih... Dengan masalah kat Dubai sekarang nih... dengan pembaziran dalaman Malaysia yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru nih... camana agaknya Synergy Drive Kedua nih nak selamat dan bertahan.... alamat bungkus la... Nazir Razak apa takut... terbongkang nanti CIMB nih... Kerajaan Malaysia akan bail-out.. pasai dier GLC ... yang miskin adalah semua peneroka Felda, Felcra dan Risda nanti... yang kaya terbelahak nanti... Nazir Razak dan Najib Razak....

Abis la..... Malaysia kali nih... lagi pelahap dari Che Det ...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1