Bhai... Satu mender yang gua nak citer pagi nih.... Ianya berkenaan dengan tradisi.... Selama nih.... Perdana Menteri Malaysia akan umumkan pembubaran Parlimen pada hari Jumaat... dan biasanya selepas pukul 4 petang....
Ini menjadi tradisi semenjak sekian lama.... dan belum pernah lagi ader Perdana Menteri yang berbuat selainnya... Salah satu sebab utama kenapa pembubaran Parlimen dilakukan pada hari Jumaat.... ini adalah kerana untuk meminimakan impak keatas pasaran saham....
Jika PM mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari Isnin contohnya... kemungkinan besar pasaran saham sama ada akan jatuh ataupun stagnant... perkara ini amatlah mencuakkan... sebab secara tidak langsung ianya akan mengganggu sentimen dan pandangan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah...
Begitu juga kalu diumumkan pada hari Rabu.... impak negatifnya lebih besar berbanding dengan impak positif... Aper-aper pon.. seperti yang dah banyak kali gua citer... pasaran saham di Bursa Malaysia banyak dikuasai dan dimanipulasikan oleh pelabur sindiket yang terdiri dari Permodalan Nasional Berhad (PNB), LUTH, LTAT, KWSP dan beberapa yang lain...
Jadi... dengan pengaruh dan manipulasi pelabur sindiket yang juga bergerak seiringan dengan CIMB dan Maybank... maka mungkin impak negatif ini akan dapat dikurangkan.... Yang ini gua pasti sebab percaturan mainan diorang nih gua dah perasan dan kesan sejak dari tahun 1987 lagi.... sewaktu CIMB masih lagi dikenali sebagai Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) ... iaitu sebelum ular lidi menelan naga (Commerce Bank memakan Bank Bumiputera) dalam program merging....
Aper pon... percaturan kali ini memang boleh menyebabkan Felda Global Venture (FGV) tergolek dog dan seterusnya menyebabkan pengaruh kepada sentimen PRU13 menjadi mimpi ngeri bagi Kerajaan Barisan Nasional...
Untuk itu... kalu lu nak tau biler Najib Razak (selaku Perdana Menteri Malaysia) nak umumkan pembubaran Parlimen.... lu tengok jer pergerakan pada Bursa Saham.... hehehe.... lu tengok pada mana-mana kaunter yang pegangan PNB, KWSP dan LTAT agak besar... dan lu tengok jugak kat pergerakan saham FGV...
Oleh itu.... mimpi la kalu Najib Razak berani nak bubarkan Parlimen Malaysia hari nih.... hahaha......
Update Terkini ... Makin banyak jatuhnyer.... hahaha