Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pendakwaan. Show all posts
Showing posts with label Pendakwaan. Show all posts

21 February 2023

Siapa Lagi Yang Kena

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... gua kalu bab pendakwaan dari SPRM nih... gua biasanya takmo nak melompat awal seronok bukan main... sebab dah banyak kes yang SPRM bawak pendakwaan ... last-last lepas bebas sebab teknikal jer....

Contoh macam kes Musa Aman la... Adnan Mansor la... Annuar Musa la... Isa Samad la.... Shahrir Samad la...  dan ramai lagi...

Hahahaha....

Ini semua lawak...


Dua ahli perniagaan dijangka didakwa di mahkamah esok berkaitan program Jana Wibawa yang kontroversi, menurut notis media yang dikeluarkan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Notis itu menyatakan kedua-dua individu itu akan didakwa masing-masing di Mahkamah Sesyen di Shah Alam dan Johor Bahru.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap dua individu berkaitan Jana Wibawa," kata notis itu.

Tiada maklumat lain didedahkan dalam notis media oleh SPRM itu.

16 December 2022

Setakat Gimik Ja Lebih

Bhai/DeeDee semua...

Boring dah dengar... serbu sana... serbu sini... last-last senyap ... takder yang kena sabit kesalahan.. time kat Mahkamah... semua lepas....  Macam tak biasa SPRM buat kerja camnih...

Dah banyak kali dah tengok... masa serbu bukan main gempak... masa dakwa bukan main gempak... bila masuk bicara... pertuduhan tak kuat... bukti tak kuat... pastu kalah... dan lepas kalah.. takder plak nak merayu lawan lagi... sebab apa... sebab kes tak kuat...

Rakyat nampak macam la best... konon nak bersihkan semuanya dari rasuah... tapi yang disuspek itulah yang akhirnya lepas dan bebas....  Hahaha... gimik ja semua tue...

Gimik nak tunjukkan telus dan betul buat kerja....  Hahaha...  macam tak biasa.... tengok jer kes Adnan Mansor... Azeez Rahim... Musa Aman... kes Ketua Pengarah Air Sabah... dan banyak lagi kes.... Hahaha.... 

Cukup banyak dah contoh... 

HAHAHAHA


Isu membabitkan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu mula disiasat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat diserbu pegawai SPRM hari ini.

Sumber SPRM berkata, lapan agensi kerajaan itu dikesan menerima peruntukan besar melalui pakej rangsangan diluluskan kerajaan terdahulu pada 2020 dan 2021.

Tambahnya, susulan serbuan di lapan agensi kerajaan berkenaan, SPRM turut menyerbu sembilan syarikat untuk mendapatkan dokumen tertentu"

"Sembilan syarikat berkenaan dipercayai adalah pembekal utama kepada lapan agensi berkenaan.

"Bagaimanapun masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut berikutan siasatan SPRM masih di peringkat awal.

"Pihak SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang kegiatan rasuah, salah laku kuasa atau penyelewengan," katanya.

SPRM sebelum ini berkata, siasatannya terhadap dakwaan salah guna dana pakej rangsangan ekonomi ketika Covid-19 tertumpu kepada sejumlah peruntukkan RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan terdahulu.

Dalam kenyataannya SPRM memaklumkan, Kementerian Kewangan sudah memperincikan butiran dana itu di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan pandemik Covid-19.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan itu dianggarkan berjumlah RM530 bilion, dan berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Susulan itu, SPRM dikatakan bakal memanggil bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

18 February 2022

Sementelah Boleh Berjawab

Bhai/DeeDee semua...

Takpa ... Baru ja proses pendakwaan... Kalu lu ader alibi yang kuat... lu selamat... apa mau risau... Tak payah la nak bikin telenovela pulak dalam media...

Tunggu proses undang-undang sampai selesai...

Jangan la pulak pusing 1 Malaysia untuk bagi ceramah cerita konon ko diperdaya, ko di perdajai... Tak payah... sembang ja la nanti dalam Mahkamah....

Tak payah nak create sensasi..

By the way... memang bukan sehari dua orang simpan bahan bukti... dah lama dah... mangsa cuma takut ja.... hahaha

Relaks la Ebit Lew... relaks...



18 January 2022

Gangguan Seksual? Bagi La Polis Siasat Dulu

Bhai/DeeDee semua...

Lately.. ramai sangat terlibat dengan gangguan seksual... Dari orang biasa... orang politik.. sampailah ke orang agama... tak kira apa profession... tak kira apa kelas dan taraf hidup serta taraf pendidikan...

Payah nak kata dah... 

Cuma biler ader dakwaan... biler ader isu dan kes gangguan seksual.... bagi la polis siasat dulu... Tak payah la nak jumping into conclusion... dan para tertuduh pon tak perlu la keluar statement bagai... bagi polis lengkapkan siasatan...

Kalu ader kes... pendakwaan akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara melalui Pendakwaraya... Kalu takder kes... barulah boleh tertuduh keluarkan kenyataan (statement) kat media... Kalu nak buat saman malu pon masa ini lah...

Tak perlu bising-bising masa siasatan belum dan tengah dijalankan... Ader paham ka?? Tak payah nak buat drama bagai masa nih..



03 January 2022

Peguam Plaintif Pun Boleh Kena Saman?

Bhai/DeeDee semua...

Hang kalu tak puas hati dengan Plaintif... hang saman ja Peguam kepada Plaintif tue... setel masalah... Hahaha.... bagi ja alasan Peguam Plaintif memfitnah hang.... Itu yang Hilman Idham buat.... 

Hahaha... Huntung betul bhai jadi Defenden level kayangan nih...

Sebab senang-senang jer menyusahkan Peguam Plaintif dengan dua urusan Mahkamah serentak... dalam pada nak membantu Plaintif... peguam tue pulak nak kena menjawab kes dier sendiri plak... Ini semua cara nak bagi tekanan... nak menyusahkan dan menyulitkan keadaan...

Dan nak bagi push supaya Peguam Plaintif tarik diri dari kes... silap-silap sampai Plaintif pun tarik diri...

Semua sebab ader duit.. ader kuasa... ader pengaruh.... everything can be settled.... hahaha... everything can be buy.... janji kena dengan harga dan nilai....

Sebab dalam kes ini.... Hilman Idham dikatakan mabuk masa kejadian.... dan kalu ikut Undang-Undang Syariah... dier sendiri pon memang boleh didakwa..... hehehe

Ader paham ka??



14 December 2021

Banyak Duit Dia?

Bhai/DeeDee semua...

Banyak duit si Azam Baki nih... hahaha... berapa besar gaji dier... Takkan dier simpan semua duit gaji dier tanpa digunakan untuk sara hidup... Ker ader orang tolong sarakan hidup dier.... Hahaha...

Duit loan kereta, loan rumah semua takkan dier tak bayar guna gaji dier... Kos makan minum macam mana pulak... Hahaha

Banyak fishy la ini worang... Azam Baki oii



Setakat Audit Je La

Bhai/DeeDee semua...

Tahun demi tahun ... kita akan dengar dan baca macam-macam berita tentang ketirisan, salah penggunaan, salah pembekalan, salah tadbir urus dan kewangan... semua didedahkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN)

Semua pembentangan audit ini diterangkan didalam Parlimen...  memang banyak sangat sampai benda sekecil skru pun ader berlaku ketirisan dan salahguna dana...

Tapi... aper hasil yang dapat daripada kesan pembentangan audit ini... setakat pendedahan jer... tindakan tuntas termasuk pendakwaan dan penyabitan kes di Mahkamah pon takder... ini semua sekadar syok sendiri jer... konon buat audit... konon ader pendedahan... last-last semua senyap sapu bawah tikar...

Yang bersalah tak kena tangkap... yang bersubahat pon tak kena kutip... malah syarikat pembekal pon tetap boleh lagi membekalkan barangan sub-standard pada harga markup tak ingat akhirat... semua kerana yang terlibat tue aderlah orang-orang dan geng sendiri...

Pernah ka korang dengar ader yang masuk penjara sebab benda ni... kalu ader pon hanya level macai bawahan ja... Huhuhu

Takkan berubah punya... huhuhu ... setakat berita ja la..



09 September 2021

Ini Satu Lawak SPRM

Bhai/DeeDee semua...

Ini memang lawak SPRM... bilamana Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata terdapat kekurangan dalam siasatan kes rasuah bekas ahli lembaga pengarah Felda, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Noor Ehsanuddin didakwa atas 29 tuduhan rasuah pada tahun 2019, tetapi dibebaskan dari semua tuduhan itu selepas ia ditarik balik pada 1 September.

Empat belas daripada tuduhan tersebut adalah atas dakwaan menerima suapan berjumlah RM23,540.68 sebagai bayaran ansuran untuk sebuah kereta BMW 3 Series dari syarikat percetakan Karya Hidayah Sdn Bhd pada tahun 2014 dan 2015.

Sepuluh dakwaan lain termasuk menerima rasuah RM50,000 dan sebidang tanah dari syarikat yang sama pada 2013 dan 2014.

SPRM mengatakan keputusan menarik balik tuduhan itu berdasarkan pernyataan pembelaan Ehsanuddin dan keterangan saksi utama, yang menunjukkan bahawa wang itu sebenarnya merupakan wang pendahuluan yang sejak itu sudah dibayar semula.

Senang kan.... setel bayar balik dan claim sebagai bayaran pendahuluan... setel semua kes rasuah... hahaha... lain kali semua orang akan guna teknik nih.... hahaha... bayar balik.... kalu kes rasuah seks macam mana pulak aaa?? Hahaha.... nak kira bayar balik ke apa???




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1