Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tindakan. Show all posts
Showing posts with label Tindakan. Show all posts

09 January 2024

Dulu Boleh Sekarang Tidak

Bhai/DeeDee semua...

Belum lagi depa dapat kuasa penuh... dah perangai macam ini.... adoilah... Bayangkan kalu puak-puak nih dapat kuasa penuh...














29 December 2022

Penerbangan Delayed - Beranikah MAVCOM Bertindak

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan nyata... Beranikah sebuah agensi bertaraf Suruhanjaya bertindakan terhadap syarikat komersial nih? Betul la MAVCOM nih adalah penyelia terhadap industri penerbangan awam... tapi berani kah MAVCOM?

Sedangkan Bank Negara Malaysia (BNM) yang punyai kuasa lagi besar terhadap bank-bank komersial pun tetap tabrani nak amik tindakan kepada mana-mana Bank Komersial yang tak ikut arahan BNM masa kes moratorium zaman Covid-19 hari tue... inikan pulak MAVCOM ...

Penerbangan Delayed - Beranikah MAVCOM Bertindak

Hahahaha... lawak la.

#MAVCOM #BatikAir #AirAsia #FlightDelay #Airlines #CAAM #BNM #Tangguh #Pampasan #Gantirugi #PenerbanganTambangMurah #Delayed
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

16 December 2022

Setakat Gimik Ja Lebih

Bhai/DeeDee semua...

Boring dah dengar... serbu sana... serbu sini... last-last senyap ... takder yang kena sabit kesalahan.. time kat Mahkamah... semua lepas....  Macam tak biasa SPRM buat kerja camnih...

Dah banyak kali dah tengok... masa serbu bukan main gempak... masa dakwa bukan main gempak... bila masuk bicara... pertuduhan tak kuat... bukti tak kuat... pastu kalah... dan lepas kalah.. takder plak nak merayu lawan lagi... sebab apa... sebab kes tak kuat...

Rakyat nampak macam la best... konon nak bersihkan semuanya dari rasuah... tapi yang disuspek itulah yang akhirnya lepas dan bebas....  Hahaha... gimik ja semua tue...

Gimik nak tunjukkan telus dan betul buat kerja....  Hahaha...  macam tak biasa.... tengok jer kes Adnan Mansor... Azeez Rahim... Musa Aman... kes Ketua Pengarah Air Sabah... dan banyak lagi kes.... Hahaha.... 

Cukup banyak dah contoh... 

HAHAHAHA


Isu membabitkan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu mula disiasat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat diserbu pegawai SPRM hari ini.

Sumber SPRM berkata, lapan agensi kerajaan itu dikesan menerima peruntukan besar melalui pakej rangsangan diluluskan kerajaan terdahulu pada 2020 dan 2021.

Tambahnya, susulan serbuan di lapan agensi kerajaan berkenaan, SPRM turut menyerbu sembilan syarikat untuk mendapatkan dokumen tertentu"

"Sembilan syarikat berkenaan dipercayai adalah pembekal utama kepada lapan agensi berkenaan.

"Bagaimanapun masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut berikutan siasatan SPRM masih di peringkat awal.

"Pihak SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang kegiatan rasuah, salah laku kuasa atau penyelewengan," katanya.

SPRM sebelum ini berkata, siasatannya terhadap dakwaan salah guna dana pakej rangsangan ekonomi ketika Covid-19 tertumpu kepada sejumlah peruntukkan RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan terdahulu.

Dalam kenyataannya SPRM memaklumkan, Kementerian Kewangan sudah memperincikan butiran dana itu di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan pandemik Covid-19.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan itu dianggarkan berjumlah RM530 bilion, dan berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Susulan itu, SPRM dikatakan bakal memanggil bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

18 June 2022

Hukuman Kesalahan Rasuah Tidak Menggerunkan

Bhai/DeeDee semua...

Mana la orang nak takut buat rasuah di Malaysia… sebab takder nilai hukuman penjara minima… boleh ja nak penjara satu hari ka lima hari ka… seminggu ka… atau maksima 20 tahun…

Denda pulak … tak la mahal mana… silap-silap boleb cover balik siap untung lagi…

Patut hukuman untuk rasuah macam nih

  • Mati Mandatori (bagi nilai kes RM1 juta keatas) 
  • Penjara Sampai Mati (bagi nilai kes RM1 juta kebawah) 
  • Sebat (minima 30 kali, maksima 300 kali) tanpa mengira umur muda atau warga emas. 
  • Denda (minima 30 kali dari nilai suapan, maksima 300 kali dari nilai suapan)
Bagi pesalah yang dijatuhkan hukuman mati mandatori, tiada rayuan atau penanggujan hukuman. Hukuman akan dijalankan 48 jam selepas disabitkan bersalah.

Bagi pesalah yang dipenjarakan sampai mati, tiada lawatan, panggilan telefon atau surat-menyurat dari ahli keluarga dibenarkan. Tiada rayuan dan penangguhan hukuman.

Barulah orang takut nak terlibat ngan rasuah.




10 September 2012

Aderkah Gua Akan Mengendur?

Bhai... ader orang kata... ader orang cakap-cakap yang kononnyer selepas keputusan Majlis Syura Ulama PAS semalam... gua akan mengendur... gua akan berundur.. gua akan termalu.. gua akan menyerah kalah... hahaha... Ader kata yang gua takkan dapat usik dan jentik Nasharuddin Mat Isa.... Siap kata kat gua "lu level mana bhai... ngaji pon tak abis... Nasharuddin tue berbakul kitab dier baca dan hafaz" ....

Hahahaha... gua gelak jer... hahaha..... aper sajer yang lu orang jangkakan dan ramalkan ... takkan menjadi kenyataan la bhai... gua tetap macam gua... sebab gua bukan orang politik... gua tak rugi mender pon kalu gua dok serlahkan ke'cap ayam"nyer Nasharuddin Mat Isa nih....

Yang akan rugi sebenarnya bukan jugak Nasharuddin Mat Isa.... tapi yang akan rugi aderlah PAS... bukan ahli PAS... tapi PAS itu sendiri... pasai aper gua kata itu macham.. pasai lepas nih lu ingat orang lain yang bukan ahli PAS yang terpaksa mengundi PAS pasai kat kawasan diorang takder calon lain yang akan bertanding berlawan dengan UMNO/BN akan mengundi calon PAS lagi ker...

Walaupun calon PAS tue aderlah calon Pakatan Rakyat .... gua tak berani jamin yang pengundi Pakatan Rakyat yang bukan dari ahli PAS akan mengundi calon PAS tue... gua tak berani jamin bhai... sebab kalu ikut sentimen akar umbi hari nih... rasanyer ramai yang dah cuak... ramai yang dah tawar hati..... buat aper undi calon PAS kalu selepas PRU13 berlakunya kerjasaman politik antara PAS dan UMNO .... buat aper bhai... buang masa dan buang kertas undi jer.... karut...

So...itu yang bukan ahli PAS... abis lu ingat semua ahli PAS pon tetap akan undi calon PAS ker bhai... kalu ahli PAS yang jenis robot tue boleh la percaya yang diorang akan undi calon PAS nih... tapi bagi yang jenis ader otak dan boleh berfikir rasional sendiri... rasanyer akan pikir 18 kali baru nak undi kot... hahaha

Dan mungkin PAS akan mendapat undi paling ciput dan seterusnya bilangan kerusi yang dapat dipertahankan menjadi kurang mendadak.... Ini yang gua jangkakan akan berlaku pasca PRU13...

Inilah yang dapat gua sabitkan dengan satu peribahasa Melayu lama iaitu "menang sorak kampung tergadai" .... iaitu tidakan Majlis Syura PAS yang tidak mengenakan apa-apa tindakan keatas Nasharuddin Mat Isa menyebabkan golongan "ulama" terasa hebat dan berkuasa... namun cuma akan kekal menjadi pembangkang sahaja dimasa depan tanpa dapat memegang tampuk kuasa negeri mahupun pusat...

Kalu tampuk kuasa susah nak dapat pasai takmo dan takder gaya nak menang... lu orang agak ader chan ker Undang-Undang Islam dan yang berkaitan dengannya dapat dilaksanakan... hahaha... sori bhai... nehi... yilleks...  Lupakan sajer la... hahahah

12 September 2010

Persamaan Kes Datuk Sosilawati Dan Datuk Mazlan

Bhai.. gua dengar khabar... Datuk Sosilawati sudah arwah... mati kena bunuh.... siap kena bakar lagie.... nampak cam ader persamaan kes Datuk Sosilawati dengan Datuk Mazlan jer...

Dulu Datuk Mazlan mati kena bunuh dek Mona Fendy dengan kerat 18.... la nih Datuk Sosilawati plak mati kena bunuh... tapi kali nih kena bakar...

Mmmmmm.... sudah jadi trend la sekarang nih... semua VVIP akan berpeluang untuk menemui ajal dengan cara yang kejam.... mmmm... lepas nih VVIP mana plak akan terima nasib yang sama...

Gua selalu ikut rancangan Mission Person dalam TV tue.... biasanyer kalu orang yang hilang tidak ditemui dalam tempoh 48 jam.... sure orang tue takkan dapat jumpa punya.. kalu jumpa pon... mesti dah menemui ajal....

Ntah ler... kenapa kita kat Malaysia nih lambat sangat nak bertindak kalu ader kes missing person... dulu adik Nurin Jazlin Jazimin pon hilang lebih dari 48 jam.... dan akhirnya ditemui mati dibunuh.... trend dier samer jer...

Lepas nih saper plak akan follow persamaan kes Datuk Sosilawati dan Datuk Mazlan..... saper aaa...

.... gua maleh aaa nak kutuk PDRM raya nih... cuma .. rasanyer PDRM memang lambat bertindak... salah kat ahli keluarga dier jugak... lambat nak kasi tau... hampeh...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1