Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

25 July 2023

Boleh Kosong Senarai Penerima Pingat Dalam Portal Istiadat

Bhai/DeeDee semua...

Kalu betul nak siasat, dakwa dan sabitkan macam-macam kesalahan jenayah (sivil) termasuk komersial.... mahu boleh kosong senarai penerima pingat dalam portal Istiadat tue... Hahaha..

Tak kira la apa bangsa sekali pun... Melayu, Cina, India..... masing-masing pun bukan bersih sangat... banyak yang terpalit kes sana sini... hanya nasib baik status dan kuasa kewangan ader kat depa... so bila depa cucuk ja benda tue... setel semua kes... 

Kalu ader saksi pun... sure saksi pun hilang takder hadir masa perbicaraan... Hahaha... sama ader sudah dibayar atau memang "hilang terus" ...

Hahaha... ini bukan rahsia... ini semua orang tahu...
Kalo ko tak tau... kesian la kat ko... Hahaha

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ


semua pun ader kes jugak... hahaha


06 July 2023

Tengok La Siapa Punya Projek

Bhai/DeeDee semua...

Hehehehe.... sebelum apa-apa... tengok la dulu siapa punya projek nih.... hehehe... macam tak biasa.... Untung mesti mau jadi.... EIA ka apa ka... itu semua boleh kawtim... Hahaha

Janji masyuk....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



Tioman Infra Sdn Bhd


11 April 2023

Bersedia Untuk Lebih Teruk

Bhai/DeeDee semua....

Selama 77 tahun produk Tupperware berada hampir di semua rumah di dunia... termasuklah di Malaysia... sejak PKP ... jualan produk Tupperware merudum jatuh... Bukan sahaja disebabkan oleh Covid19 ... tetapi atas sebab kelembapan ekonomi... dan juga sebab pengguna muda amat kurang membuat pembelian...

Susah bagi jenama ini untuk mengekalkan relevensi produk mereka... yang mana akan menuju ke PN17

Dan ini menunjukkan ekonomi dunia amnya dan Malaysia khususnya sedang menuju kearah yang lebih teruk.... bersedia lah untuk ekonomi yang lebih teruk dalam masa terdekat nih...

Huhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Tupperware yang diperkenalkan pada tahun 1946 berada dalam keadaan bahaya apabila saham syarikat tersebut jatuh hampir 50 peratus pada Isnin lalu dan tidak mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan operasi.

Dalam pemfailan kawal selia pada Jumaat lalu, syarikat pembuat bekas makanan itu berkata mereka kini bekerjasama dengan penasihat kewangan untuk mencari pembiayaan agar dapat terus bertahan.

Bursa Saham New York juga memberi amaran bahawa saham Tupperware mungkin dinyahsenarai kerana tidak memfailkan laporan tahunan yang diperlukan.

"Tupperware telah memulakan usaha untuk memulihkan operasi kami dan hari ini menandakan langkah kritikal dalam menangani kedudukan modal dan kecairan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miguel Fernandez dalam kenyataan akhbar.

Walaupun sudah 77 tahun dalam perniagaan, syarikat itu menghadapi masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kekal relevan di dalam industri dan cuba menarik perhatian pengguna yang lebih muda dengan memperbaharui produk agar lebih ‘trendy’, lapor CNN Business.

Menurut penganalisis runcit dan pengarah urusan di Globaldata Retail, Neil Saunders, terdapat beberapa isu dihadapi syarikat tersebut antaranya bilangan penjual menurun secara mendadak dan jenama yang tidak menepati citarasa pengguna muda.

Ujarnya, syarikat itu berada dalam keadaan tidak stabil dari segi kewangan kerana bergelut untuk meningkatkan jualan.

“Syarikat ini yang dahulunya merupakan pencetus inovasi dalam menyelesaikan masalah terutamanya dengan peralatan dapur, kini telah kehilangan kelebihannya,” katanya.

Tupperware berkata usaha memperkenalkan produk tersebut kepada generasi muda gagal, manakala saham syarikat itu turun sebanyak 90 peratus sepanjang tahun lalu.

11 January 2023

Bila Ibadah jadi Komersial...

Bhai/DeeDee semua...

Makin hari makin ketara sangat Ibadah Haji dan Umrah dah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan... Makin dah nampak bisnes bila ibadah jadi komersial. Adoilah.. Pak Arab dengan macam-macam cara dier nak buat duit...

Semua jadi bahan buat duit... Penginapan, kemudahan, pengangkutan dan macam-macam lagi... Makin dah jauh dah dari apa yang Nabi dakwahkan dulu.

Tiada lagi had bilangan jemaah haji.

#HajidanUmrah #VisaHaji #PaspotHaji #VisaUmrah #Mutawwif #PakejHaji #PakejUmrah #BadalHaji
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

03 January 2023

Jangan Main-Main Dengan Jin Api

Bhai/DeeDee semua...

Jangan main-main ngan Jin Api wei... dah padam pon boleh terbakor lagi..

Gua saspek ader musuh antor Jin Api kat Jakel... Sebab Santau tak menjadi pasai Jakel bukan Melayu... Jakel Mamak... Santau tak berkesan... huhuhu


Wisma Jakel di Seksyen 7, di Shah Alam hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.

Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.

08 October 2022

Sembang Saekor Lobai

Bhai/DeeDee semua...

Doktor pakar dan Saintis sekadar buat research ja tentang Sacha Inchi … Tapi Lobai Hanafi laju ja declared boleh sembuh itu ini sebab Sache Inchi tu Superfood.

Bila dier buat research? Aper jurnal saintifik Lobai nih? Mana paper dier?

Yang Melayu pon… asal Lobai claim ja terus percaya… Hahaha… hancusss … Yang kaya raya Lobai… tu lagi takdan lepa… laju ja Lobai up nombor akaun bank untuk kutip derma bagai… Tak cukup lagi collect gamaknya.




05 September 2022

Habislah. Susahlah Nak Makan Nasi Dagang Lepas Ni...

Bhai/DeeDee semua...

Nasi Dagang yang cukup sinonim dengan Negeri Terengganu dan Kelantan biasanya akan menggunakan Ikan Tongkol @ Ikan Aya sebagai lauk utamanya... Ianya juga adalah menu lauk utama dalam Nasi Berlauk Air Dingin yang cukup glamer di daerah Tumpat di Kelantan. Resepi turun temurun...

Hehehe....

Tapi bilangan ikan tongkol ini semakin berkurangan dengan mendadak... makin sikit... huhuhu.... Maknanya.... lepas nih susahlah nak makan nasi dagang.... huhuhu... bisnes jualan sarapan maybe slow lepas nih... stok susah nak dapat..

Masak aaa...



03 August 2022

Banjir. Apa Jalan Penyelesaiannya?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dapati semenjak dua menjak nih... negara Malaysia kita nih kerap mengalami kejadian banjir yang agak kronik.. Hampir semua kejadian banjir yang berlaku di Malaysia melibatkan banjir lumpur. Air yang berkeladak dan penuh dengan selut. 

Tambah lagi dengan banjir yang membawa sekali kayu-kayu balak dan pelbagai kayu hutan.

Apa yang sebenarnya telah berlaku nih? Adakah semuanya akibat dari kerosakan dan penerokaan hutan yang tidak terkawal? Adakah semuanya hasil dari penanaman Durian Musang King??? Tak mungkin semuanya terjadi akibat dari sebab yang sama...

Apa yang gua nampak adalah kita sebenarnya gagal untuk menguruskan hutan dan kawasan persekitaran kita... Aliran sungai yang sebelumnya ada kita telah ubahnya... aliran sungai yang lurus kita belok-belokkannya... Kawasan yang sepatutnya lembah dan menjadi span bagi menyerap air lebihan dari hujan.. kita tambak dengan tanah... kita buat bangunan.... kita buat longkang yang kecil...

Jadi kemana air itu hendak pergi... Dalam banyak kes...  kita tutup kawasan yang sepatutnya menjadi aliran air ke sungai atau laut ... dan kita buat longkang yang kecil...

Berapa banyakkah kawasan yang mempunyai "monsoon drain" yang berskala sesuai seperti 6 kaki lebar x 6 kaki dalam??? Berapa banyakkah longkang besar yang selebar 4 kaki x 6 kaki dalam?

Tak banyak kan... Malah di kawasan bandar pun susah kita nak tengok adanya "monsoon drain" nih macam di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur..... Payah...

Jadi kemana air itu nak pergi... lebihan air yang melimpah semua tu nak pergi mana... kawasan tadahan hujan yang sepatutnya berskala besar pun kita sudah tidak sediakan... bagaimana semua air itu nak dialihkan?? Pening kepala...

Perancang bandar @ Township Planner?? Apa kerja mereka? Sepatutnya merekalah yang berusaha untuk merancang sesuatu perbandaran agar aliran trafik massa dan aliran air dapat disusunatur dan dikawalselia serta dirancang... Jangan sampai satu malapetaka besar berlaku mengakibatkan nyawa yang ramai barulah kita nak amik tindakan... jangan sampai ianya mengakibatkan kerugian besar dari segi ekonomi dan perniagaan.

Jangan jadi bangang... Model perancangan bandar sebenarnya boleh dibuatkan simulasi dalam komputer dan dapat dinilai untuk rancangan 5 atau 10 tahun... Benda mudah sebenarnya... Jangan berlawan dengan alam... sebab dalam banyak keadaan... Alam yang akan menang....



19 July 2022

Bukan Minyak Masak Je Naik Harga Tetapi ...

Bhai/DeeDee semua...

Katanya Kerajaan menggalakkan rakyat berniaga secara online. Dan disyaratkan kena ada SSM.

Tapi sejak bila pulak naik harga pendaftaran SSM dari RM60 setahun ke RM150 setahun.

Huhuhu… oh yer lupa… kalu tidak nanti macam mana Kaler Luna nak enjoy joli sakan …. Hahahaha


18 June 2022

Hukuman Kesalahan Rasuah Tidak Menggerunkan

Bhai/DeeDee semua...

Mana la orang nak takut buat rasuah di Malaysia… sebab takder nilai hukuman penjara minima… boleh ja nak penjara satu hari ka lima hari ka… seminggu ka… atau maksima 20 tahun…

Denda pulak … tak la mahal mana… silap-silap boleb cover balik siap untung lagi…

Patut hukuman untuk rasuah macam nih

  • Mati Mandatori (bagi nilai kes RM1 juta keatas) 
  • Penjara Sampai Mati (bagi nilai kes RM1 juta kebawah) 
  • Sebat (minima 30 kali, maksima 300 kali) tanpa mengira umur muda atau warga emas. 
  • Denda (minima 30 kali dari nilai suapan, maksima 300 kali dari nilai suapan)
Bagi pesalah yang dijatuhkan hukuman mati mandatori, tiada rayuan atau penanggujan hukuman. Hukuman akan dijalankan 48 jam selepas disabitkan bersalah.

Bagi pesalah yang dipenjarakan sampai mati, tiada lawatan, panggilan telefon atau surat-menyurat dari ahli keluarga dibenarkan. Tiada rayuan dan penangguhan hukuman.

Barulah orang takut nak terlibat ngan rasuah.




19 January 2022

Makin Menyusahkan

Bhai/DeeDee semua...

Gua faham tindakan yang dibuat adalah untuk memastikan orang Islam menunaikan Solat Jumaat berjemaah... tapi... tindakan menutup pasaraya yang lebih lama ini gua rasa ianya tidak adil kepada masyarakat dan industri.

Kalu dulu... masa ditutup hanyalah dari pukul 1 petang sampai kepada pukul 2 petang...

Sekarang... ditambah dari 12.30 tengahari... sampai ke pukul 2.30 petang... 2 jam tu tutup... Bayangkan kalu orang yang sedang bermusafir... tetiba singgah atas sebab-sebab tertentu... tetap la kena tunggu sampai pukul 2.30 petang barulah boleh berurusan.

Adoilah...

Payah betul.... ehsankan la sikit dengan warga bukan Islam... cukuplah sekadar pekerja Islam diarahkan tidak bekerja dari pukul 12.30 tengahari sampai ke pukul 2.30 petang.... bukankah senang camnie... tapi tetap akan ader risiko... sebab nanti majikan takkan nak ambil pekerja Muslim dah lepas nih... rugi jer...

Itu lar..



02 September 2021

Terkait Kayangan Juga

Bhai/DeeDee semua...

Lu ingat semua penyahwartaan hutan simpan dan sebagainya nih dilakukan oleh korporat biasa jer ker?? Hahaha... Kalu lu berpandangan macam tue... lu memang naif la...

Bhai... takder satu benda yang besar macam nih dalam Malaysia yang takder terkait dengan kayangan juga... Hahaha....

Tak logik kalu Puak kayangan tak terlibat... hahaha... memang lawak.... sure tak sikit banyak mesti ader.... hahaha...

Macam contoh nih la.. dan yang ini 


 

04 February 2021

SOP PKP Caca Marba

Bhai/DeeDee semua..

Covid-19 nih dah nak masuk 2 tahun dah ... tapi SOP untuk PKP yang dibuat masih lagi caca marba.. pincang sana sini... karut sana sini...

Kejap dibenarkan beroperasi.. kejap diarahkan tutup...

Sekatan Jalan Raya dalam pekan / bandar kecil bukannya dilihat untuk mengekangkan penularan Covid-19... dan pematuhan SOP... tapi lebih kepada nak bagi jalan jem jer.... Kalu betul nak kekangkan penularan... buat saja roadblock di sempadan daerah atau negeri....

Selebihnya buat sahaja rondaan yang lebih efektif, berkesan dan teratur...  Itu lebih bermanfaat daripada buat roadblock di jalan utama yang akhirnya menyebabkan jem sepanjang 2 km lebih dan amik masa sampai sejam baru dapat lepas roadblock... Ini semua kerja gila...

Kadar jangkitan kes harian meningkat bukan disebabkan jem di jalan raya... tapi di kilang... di tapak pembinaan.... yang ini hampeh... pemantauan teruk... kondisi penginapan pekerja kilang yang sesak... tidak berkemanusiaan... dan tidak bersih..

Selagi takder SOP PKP yang teratur dan bagoosh... selagi itulah...

Apa yang Perdana Menteri boleh buat selain buat perutusan dan ugut naikkan kadar denda.... itu yang... yang jadi mangsa adalah rakyat marhaen yang memang patuh pada undang-undang...

Ini semua bagero... laksanakan Darurat tapi macam takder aper ja... melainkan nak selamatkan politik depa ja...



05 February 2014

Mewahlah Orang Kajang

Bhai/DeeDee semua...

Mewahlah orang Kajang lepas nih.... kepada peminat satay Kajang... jangan malu-malu dan segan untuk berkunjung ke mana-mana gerai/kedai/restoren Satay Kajang.... mana la tau... ader peluang makan satay free.... Hahahaha...


Terbaek la... Lepas nih ader chan la orang Kajang akan dapat mesin basuh baru... mesin jahit baru... barang elektrik.... dan pelbagai goodies lagi yang akan diangkut berlori-lori macam masa PRK DUN Ijok dulu.... Hahahaha.... Jangan tak amik.... durian runtuh tue...

Kalo ader homestay ker motel ker... jangan lupa promo... sure mesti akan fully booking lar.... Bagi peniaga-peniaga yang jenis mobile tue... bawak jer barang niaga lu orang ker sini... mesti untung punya... masa ceramah tak kira la belah mana pon... bukak jer gerai lu orang... mesti bagoosh sales punya...

Kepada yang meniaga aiskrim tue... jangan lupa bawak motor roda tiga lu orang berkampung di Kajang mulai 10 Mac sampai 23 Mac nih.... mesti balik modal lar gua cakap lu... Kepada yang meniaga top-up handphone.... jangan lupa stockkan banyak-banyak topup.... sebab mesti selalu sold out lar...

Kepada yang nak bukak booth jual broadband tue... jangan lupa bukak booth lu orang di Kajang..... mesti boleh sold punya la.... Hahahaha... Kalo bab makan aaaa.... tiga benda paling laku.... air minuman, kacang kuda dan jagung manis.... mesti laku la wei... Hahaha.... Keropok lekor pon boleh sold-out kalu kena gaya.... Hahahaha

Errr... ader ker sesapa nak jemput gua datang lepak ka Kajang nih sempena pesta PRK Kajang nih?? Offer la.... Hahaha.... Penjara Kajang punya offer kat gua ...awal-awal gua dah tolak.... hahahaha

08 January 2014

Berita Panas: Kadar Caj MyKAD Hilang Dinaikkan

Bhai/DeeDee semua...

Berita nih masih panas lagie... Terkini..... Ianya belum digazetkan.... tapi kertas cadangan dan menyuarat mengenainya telah dibuat..... Hehehe.... mana gua dapat info lu orang jangan tanya la.... Hahaha.... informer gua ader dimerata tempat.... hahaha

Kadar caj bagi MyKAD hilang kini dinaikkan kepada ....
  1. Hilang kali pertama didenda RM100
  2. Hilang kali kedua didenda RM300
  3. Hilang kali ketiga didenda RM1000
Bagi sesiapa yang mahu menukar alamat pada MyKAD mereka, caj akan dikenakan sebanyak RM10

So..... Kepada mangsa ragut atau samun yang hilang kad pengenalan tue.... nasib korang la yer....  Kalo taknak MyKAD hilang.... buat photostat colour beberapa keping dan laminate.... yang ori punya lu orang pasang gantung pada leher.... yang lain tue boleh letak dalam handbag atau purse....

Hahaha... kalo kat leher pon boleh ilang.... memang la kapla korang patut kena pancung aaaa.....

Hahahaha..... lawak siot....


21 August 2013

Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan.

Bhai/DeeDee sekalian....

Firstly gua nak kasi tulis lagi isu nih.... kupasan lagi..... Ibadah tetap adalah ibadah.... Ibadah adalah kewajipan yang mesti dibuat oleh orang yang mengaku Islam.... Ibadah mesti dibuat sendiri... sebab pahala ibadah itu dinilai oleh Allah Taala atas perbuatan dan ikhlasnya...

Ibadah tabley nak disuruh orang lain buat.... serupa macam nak berak atau kencing... katakan lah lu sakit perut nak berak.... takkan la lu suruh orang lain pi masuk jamban dan berakkan untuk lu.... giler aper aaa.... mau tak mau lu sendiri kena pergi masuk jamban.... ader paham ka??? Bukan la gua nak samerkan Ibadah tue dengan berak.... tapi rasionalnya la yang gua nak kaitkan....  baca dengan kepala otak aaa... jangan jadi macam blogger Geng Rusila yang suka baca guna kapla lutut... hahahaha

Okeh... Jadi.... biler sesuatu ibadah tue tak dibuat dan diamalkan oleh Nabi dan para sahabat... maka ibadah tue aderlah bidaah... dan bidaah tue aderlah kesesatan... dan sesat tue pulak aderlah makanan api neraka...

So.... berbalik kepada isu Upah Haji..... hujah yang mengharuskan upah haji nih amat lemah.... sekadar bersandarkan kepada beberapa hadith jer.... walhal semua orang yang mengaku Islam lagi beriman tahu bahawa hanya tiga perkara sahaja yang sampai kepada setiap anak Adam yang sudah meninggal dunia...

1. Amal Ibadat yang dilakukan olehnya semasa hidup..
2. Sedekah jariah yang dilakukan olehnya semasa hidup
3. Doa dari anak-anaknya yang soleh

Jadi.... kesimpulannyer.... ader beza antara ibadah dengan urusan harian.... ibadah tidak boleh dibuat suka-suka ikut kapla sendiri..... tapi urusan harian boleh dibuat suka-suka ikut kapla sendiri selagi mana ianya masih tidak melanggar Al Quran dan Sunnah... jadi urusan harian macam nak buat jalan ker... lebuhraya ker... lapangan terbang ker... semua tue takder masalah dibuat walaupun masa zaman Nabi takder... sebab semua ini bukan ibadah.....

Yang pasti.... Urusan Haji adalah ibadah, bukan pelancongan ......

Soalan yang masih tak berjawab oleh para penyokong perniagaan Upah Haji..... iaitu "Sila berikan nama sahabat Nabi yang ada mengambil upah haji" ..... jawab nih dulu ... jangan kona-kona pusing cerita dalam blog .... hahahaha

14 May 2013

Cerita Pelik Dari Terengganu

Bhai.....  gua dapat tau benda nih pon dari Sinar Harian... hahaha... memang bersinar-sinar la harian gua nih... hahahaha....  cerita pelik dari Terengganu nih memang mengejutkan gua.... pelik tapi benar.... ajaib betul lar.... memang la gua rasa aaa banyak sangat magiknyer Malaysia nih.... boleh menang award nih....

Cuba lu tengok aaa.... kontraktor yang repair dan bukak semua struktur bumbung stadium yang runtuh itu hari cepat jer kena dakwa dan hukum,... pasai kecuaian syarikat dier menyebabkan pekerja cedera....  tapi......

Tapi... kontraktor yang pasang bumbung dan buat bumbung stadium runtuh di Gong Badak Terengganu tue sampai ke hari ini kiter tak tau saper... dan tak tau sama ader dier kena dakwa atau kena hukum.... senyap sunyi jer.... hahaha.... ker sebenarnya ader kaitan dengan puak-puak UMNO kot.... hahaha

Biasa la kat Terengganu nih... kalu ader projek besar jer... projek kecik jer... semua kena sapu dek juak-juak UMNO... hahahaha... tender dapat kat juak-juak UMNO... tapi pas kerja tue kat kontraktor Cina... modal kerja dari kontraktor Cina..... hahahahaha.... lawak kan... dan itulah yang selalu berlaku.... kalu pas kat subcon Melayu pon... semua kerja cikai jer... hahaha...

Aper-aper pon... biler aaa kiter nak dengar berita dan cerita kontraktor bumbung stadium runtuh tue nak didakwa dan dihukum.... ntah biler aaa.... hahaha...


KUALA TERENGGANU - Seorang kontraktor binaan dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan kerja-kerja membuka semula struktur bumbung ‘west stand’ di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, tanpa lesen.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris turut memerintahkan Abdul Rahim Osman, 52, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda.

Kesemua hukuman itu diputuskan selepas pemilik Syarikat Tetuan RHM Sevices itu mengaku bersalah menjalankan kerja-kerja membuka semula struktur bumbung ‘west stand’ dan lain-lain kerja berkaitan dengan stadium itu tanpa berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan CIDB Malaysia.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah subseksyen 25 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29, akta yang sama itu pada 5 November tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Abdul Rahim selaku sub kontraktor dalam kerja-kerja berkenaan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM50,000 jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa CIDB Malaysia, Abdul Razak Husin manakala Abdul Rahim tidak diwakili peguam. Terdahulu, dalam rayuannya, Abdul Rahim mendakwa tidak tahu bahawa dia sebagai sub kontraktor yang dilantik perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan.

“Saya ingatkan kontraktor utama sahaja perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia, jadi disebabkan itu saya tidak berbuat demikian. Saya merayu mahkamah memberi hukuman paling minimum,” rayunya.

Sementara itu, kontraktor utama iaitu Prisma Keris Sdn Bhd telah dikenakan tindakan tatatertib pada 11 April lalu iaitu di bawah peraturan 15 (4) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kontraktor 1995. Kontraktor berkenaan dilarang menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan kecuali dengan arahan CIDB Malaysia dan satu notis boleh dikeluarkan terhadap kontraktor yang menghendaki untuk tidak memulakan atau meneruskan kerja-kerja pembinaan tersebut sekiranya ada. Selain itu, Perakuan Pendaftaran kontraktor ditarik balik sehingga tamat tempoh Pendaftaran iaitu pada 25 Julai ini. Kontraktor itu hanya dibenarkan menyiapkan kerja-kerja membuka semula baki struktur bumbung ‘west stand’ dan lain-lain kerja berkaitan seperti mana yang dikehendaki di dalam surat award.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, yang dalam proses baik pulih runtuh. Semasa kejadian, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium berkenaan dan dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.

Pada masa sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengaku berkemungkinan punca kejadian daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat. Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah

12 May 2013

Bisnes Kroni BN

Bhai.... lu agak-agak siapa sebenarnya yang menguasai bisnes papan tanda gergasi nih.... bisnes billboard nih.... siapa aaa bhai.... setahu gua... 70% daripada yang menguasai bisnes papan tanda gergasi nih aderlah orang BN.... atau kroni BN..... memang inilah kerja diorang selama nih...

Diorang sewa tapak berapa sen la sangat.... diorang bayar kat PBT plak berapa sen jer..... tapi diorang caj kat klien diorang ... berapa ribu bhai.. dulu kalu tak silap gua aaa.... paling cikai harga sewa satu papan tanda gergasi kat Shah Alam tue sekitar RM30 ribu setahun.... gua pernah tanya yang kat simpang 3 Glenmarie Shah Alam tue...

Punya la mahal.... alasan yang diberi... kawasan yang strategik....

Tapi kalu dah jadi macam yang kat bawah nih... aper cerita aaa... Sampai dah block pandangan orang terhadap premis perniagaan ... aper cerita nih... giler aaa...


12 February 2013

Skema

Bhai...

Pembaca blog gua ini telah menjangkau pelbagai jenis manusia dari berbagai peringkat umur. Ada yang masih remaja. Ada yang sedang meningkat dewasa. Ada pembaca dari kalangan dewasa dan ada juga pembaca dari kalangan warga tua.

Dari apa yang gua dapati, kebanyakan daripada pembaca blog gua adalah golongan akademik, professional, angkatan bersenjata, agensi, peniaga kecil sehinggalah tokoh korporat yang meliputi pendapatan dari zero sehinggalah enam angka.

Gua berterima kasih atas sokongan dan keperihatinan yang lu orang berikan kepada blog cap ayam gua nih. Terima kasih banyak-banyak. Oleh yang demikian, sejajar dengan perkembangan semasa yang gua perhatikan semenjak beberapa purnama nih, maka gua mengambil keputusan untuk menulis dalam bahasa yang skema.

Harapnya tindakan gua cuba menulis dan memperkembangkan bakat penulisan skema gua nih tidak akan menyebabkan lu orang lari meninggalkan blog cap ayam ini. InsyaAllah Taala, seperti biasa gua akan cuma memanfaatkan kandungan blog ini agar ianya dapat menjadi pencetus minda dibawah sedar lu orang semua agar melihat sesuatu isu itu diluar kotak pemikiran.

Dan seperti biasa, gua akan cuba menampilkan artikel yang bermaklumat lengkap dengan fakta sebaik mungkin walaupun besar kemungkinan maklumat yang gua sediakan itu terpaksa disaring dengan sebaiknya demi untuk mengelakkan terdedahnya pemberi maklumat gua.

Seperti yang lu orang semua sedia maklum, gua mempunyai akses yang agak sensitif dalam beberapa agensi. Bagaimana dan dimana gua boleh mendapatkan maklumat itu lu orang jangan fikir dan pertikaikan. Apa yang lu orang perlu lihat adalah apa sebenarnya disebalik semua maklumat yang gua hidangkan itu.

Sehubungan dengan itu, gua dengan ini mengumumkan bahawa gua akan mula menulis dalam bentuk skema sebaiknya mulai esok dan harapnya akan mendapat sokongan padu dari lu orang semua.

Jazzakallah Khairan Kathira

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

TAMBAHAN: Dari masa ke semasa, kandungan blog ini akan dilengkapkan juga dengan maklumat mengenai teknologi moden yang bersesuaian dengan moto blog ini iaitu satu representasi sama tapi tak serupa. Harap maklum.

24 September 2012

Bukan Ker Gua Dah Kata ... Hahaha

Bhai... tak sampai 24 jam la bhai... memang tak sampai 24 jam... aper yang gua tulis pagi tadi... memang dah disambut oleh blogger penchachai UMNO.... hahaha...

Bhai.... Lu tunggu jer la sehari dua nih... Mesti akan timbul cerita yang kejadian tikam dan mencederakan Ketua Pemuda UMNO Kepong nih yang dikaitkan sama ada dengan PAS atau DAP...  - SUMBER:

Memang tak sampai sehari dua... hahaha... kureng dari 24 jam... dua blogger UMNO nih...

1. KedahKeKL
2. MyMassa

Hahahaha... seperti yang diduga dan dijangka.... penchachai memang perangai dier camnie... hahaha... lagi laju daripada PDRM... PDRM pon belum abis buat siasatan lagie.... hahahaha.... lawak aaa....


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1