Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Penipu. Show all posts
Showing posts with label Penipu. Show all posts

16 November 2024

Belit Serupa Ular

Bhai/DeeDee semua...

Ini belut celaka... Memang bangsat... sendiri yang cakap lepas tue tak mengaku... walhal semua itu dirakan secara live dalam bentuk video dan audio.... siap jelas body language masa menjawab soalan...

Nampak sangat perangai macam haprak...

Belit serupa ular... 



19 February 2023

Penipu Berlesen Sama Macam Ahli Politik

Bhai/DeeDee semua...

Apa persamaan industri susu bayi berformula dengan ahli politik? Hahahaha.... kedua-duanya adalah sama jer... kuat menipu.... Hahaha

Ini realiti...


PARIS – Sebahagian besar dakwaan manfaat kesihatan dalam iklan susu formula bayi di seluruh dunia tidak disokong oleh bukti saintifik yang kukuh, demikian menurut satu kajian semalam, dengan penyelidik-penyelidik menggesa susu berkenaan dijual dalam bungkusan kosong tanpa menarik perhatian.

Hasil kajian itu diumumkan seminggu selepas sekumpulan doktor dan saintis menggesa pihak berkuasa supaya membanteras kaedah pemasaran ‘pemangsa’ dalam industri susu formula yang didakwa mengeksploitasi kebimbangan ibu bapa baharu dengan menyakinkan mereka agar tidak memberikan susu badan.

Industri susu formula kini bernilai AS$55 bilion (RM242 bilion).

Susu badan diiktiraf secara meluas sebagai mempunyai manfaat besar untuk bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan susu badan diberi secara eksklusif semasa enam bulan pertama kehidupan bayi.

Bagaimanapun, saranan itu diikuti untuk kurang separuh daripada bayi di seluruh dunia, demikian menurut WHO.

Penulis kajian itu yang juga pensyarah kanan Kolej Imperial London, Daniel Munblit berkata, penyelidik-penyelidik bukan memerangi susu formula kerana ia wajar menjadi pilihan buat ibu yang tidak boleh atau memilih untuk tidak memberikan susu badan.

“Bagaimanapun, kami menentang pemasaran susu formula tidak wajar yang mengemukakan dakwaan mengelirukan tanpa disokong bukti kukuh,” katanya.

Munblit dan sebuah pasukan penyelidik antarabangsa meneliti dakwaan kesihatan yang dibuat untuk 608 di laman web syarikat-syarikat pengeluar susu formula di 15 negara termasuk Amerika Syarikat, India, Britain dan Nigeria.

Dakwaan paling banyak adalah susu formula menyokong perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi dan membantu tumbesaran.

Separuh daripada kesemua produk itu tidak mengaitkan manfaat kesihatan yang didakwa dengan ramuan tertentu, demikian menurut kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal BMJ.

Tiga perempat pula tidak merujuk kepada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan mereka.

Daripada produk yang menyediakan rujukan saintifik pula, lebih separuh merujuk kepada ulasan, pendapat atau kajian ke atas haiwan.

Hanya 14 peratus produk tersebut merujuk kepada ujian klinikal manusia yang berdaftar. Namun, 90 peratus ujian klinikal yang dilakukan pula mengandungi risiko tinggi bias termasuk kehilangan data atau penemuan tidak menyokong dakwaan yang dibuat.

Hampir 90 peratus ujian klinikal mempunyai penulis yang menerima dana atau mempunyai hubungan dengan industri susu formula, demikian menurut kajian tersebut. – AFP

11 January 2023

Bila Ibadah jadi Komersial...

Bhai/DeeDee semua...

Makin hari makin ketara sangat Ibadah Haji dan Umrah dah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan... Makin dah nampak bisnes bila ibadah jadi komersial. Adoilah.. Pak Arab dengan macam-macam cara dier nak buat duit...

Semua jadi bahan buat duit... Penginapan, kemudahan, pengangkutan dan macam-macam lagi... Makin dah jauh dah dari apa yang Nabi dakwahkan dulu.

Tiada lagi had bilangan jemaah haji.

#HajidanUmrah #VisaHaji #PaspotHaji #VisaUmrah #Mutawwif #PakejHaji #PakejUmrah #BadalHaji
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

13 December 2022

Korang Tengok Perangai Orang Politik

Bhai/DeeDee semua...

Cuba korang tengok perangai orang politik nih... semua macam bangsat... cari jer mana-mana loophole dalam undang-undang janji nak selamatkan tengkuk masing-masing... macam lahanat betul...

Satu demi satu cara dan alasan dicari semata-mata nak mengukuhkan dalil and keputusan yang telah dibuat... siap berubah dalam masa 1 hari jer pandangan diorang...

Janji selamat.... huhuhu... macam sial jer... tak kira la belah mana sekali pun... diorang bukan pikir langsung pasai pengundi yang telah mengundi diorang masa PRU15 tempohari... langsung diorang tak amik kira... diorang tetap pikir pasai jawatan diorang jer...

Cuba tanya para pengundi yang memenangkan diorang hari tue... korang setuju ka apa tindakan yang diorang nih buat?? Adakah ini yang menyebabkan korang undi diorang?? Bodoh la asyik kena tipu dan kena kencing dengan orang politik....

Cukup-cukup la wei.... huhuhu...

Kalu ader berani.... buat la PRK baru.... tengok ader peluang lagi ka korang menang pada PRK tue... ader lagi ka korang dapat undi pada PRK tue.... sure takder telor punya la...



12 November 2022

Diperdaya Sekali Tak Apa, Jangan Dua Kali ...

Bhai/DeeDee semua...

Bak kata orang dulu-dulu... diperdaya sekali tak apa, jangan dua kali... 

Kalau kena dua kali diperdaya... itu maknanya sangat-sangat bodoh wal bebal... Hahaha... Bangang nak mampos... Hahaha.... Itu hari semasa berkempen... katanya nak bawak orang Melayu pi Mekah buat Umrah.... sampai ke PRU15 ... langsung tak dengar cerita yang ader orang Melayu pi Mekah atas sponsor dia...

Hahaha...

Kali ini... hampir separut pengundi adalah dari kalangan orang muda... adakah Jeck Seng nih boleh kekal relevan di Tanjung Piai?? Ingat pengundi muda nih senang nak digula-gulakan ker?? Hahahaha

Saluran 1 dan Saluran 2 memang dah tak boleh nak diselamatkan.... hahaha... tak kira la apa sahaja talian hayat yang nak digunakan... memang dah tak boleh nak diselamatkan... hahaha

#PRU15 #GE15 #TanjungPiai #BN #Penipu #Undi18



13 December 2021

KPN Pun Menipu?

Bhao/DeeDee semua...

Kalu pegawai Polis peringkat bawah nih menipu tu kita dah tak terkejut lar tengok... bukan tak biasa.... tapi biler Ketua Polis Negara sendiri menipu... adoilah... apa nak jawab nih... pening aaa..

Hahaha...

Kesian kat rakyat kena tipu camtue ja... hahaha ,,, naya kena scam kita nih... hahaha

KPN Acryl Sani Abdullah Sani


KPN Abdul Hamid Bador






Ini mari mana pulak... huhuhu

25 August 2021

Cukup-Cukuplah Di Tipu

Bhai/DeeDee semua...

Cukup-cukup la bersangka baik. Bukan sekali ditipu. Sudah acapkali. Still nak jerat tengkuk.

Macam ayam je, dipanggil macam nak bagi dedak, berjujuk semua datang. Walhal nak kena sembelih sebenarnya.

Takkan la cepat sangat lupa semua ini... aper yang kebuloq sangat nih... Adoilah... kalu hangpa seniri tak firm ... macam mana pengundi nak percaya kat hangpa lagie... adoilah...

Bodoh aaa..




16 August 2021

Ini ULAR ...

Bhai/DeeDee semua...

Antara banyak-banyak ULAR dalam politik Malaysia... Inilah ULAR yang second lejen.... 

yang ULAR paling lejen aderlah Abdul Hadi Awang.


23 June 2021

Insuran Penipu?

Bhai/DeeDee semua...

Sesuatu yang tak terkejut... Mungkin bukan kerjabuat Syarikat Insuran... tapi Agen Insuran yang buat kerja celaka macam ni.... Bukan Insuran ja yang ader kes macam ni... Takaful pun sama jer...

Tak kisah la nak guna nama apa pun... tetap perangai macam celaka... bab potongan dan mendaftar caruman... laju ja... kalu bab nak bayar pampasan... macam-macam ngelat dan culasnya... cari jalan... macam mana nak kurangkan bayar pampasan... guna micro text lar...

Dalam video nih gua ader ceritakan tentang satu kes suami isteri yang meninggal dunia akibat kemalangan dan meninggalkan waris 2 orang anak yang belum bersekolah.... Jenuh nak fikirkan nasib diorang... tapi akhirnya....

Aper pun ... pemilik syarikat insuran atau takaful semestinya taknak rugi... jadi maybe diorang doakan tiada pampasan yang perlu diberikan pada setiap hari.... Hahahaha... bab nih gua tak terkejut langsung... dah boleh agak la...

Syarikat mana yang nak rugi kan.... hahahah

 

19 February 2019

Kenapa Gua Takmo Komen?

Bhai/DeeDee semua...

Kenapa gua malas nak komen pasai penipuan Nik Abduh yang katanya dapat approval dari Abdul Hadi Awang???

Sebab gua tak tau lama dah Abdul Hadi Awang ni kalu bab kelentong dan belit dah lama dah perangai dier camtue.... Lu orang cek balik apa dier punya belit masa bab UG yang gua dan AdukaTaruna dulu terjah dier...

Apa dier belit masa tue??? apa tuduhan walaun terhadap kitorang... La ni apa pulak walaun nak bekap... dah memang sah dah dari awal lagi memang Abdul Hadi Awang nih tipu kata takder deal belakang ngan UMNO... walhal memang betul dier ader deal belakang...

So ... Nik Abduh tu patutnya bukan anak Nik Aziz... tapi dier patutt anak Abdul Hadi Awang... sebab sama spesis penipu .... pembelit... tabley pakai...

Itu ja nak khabor...

*** Maaflah terpubliah komen... patut letakkan dalam folder lain... Maaf yer awak...

22 September 2014

PAS Ganti UMNO

Bhai/DeeDee semua....

Yang Selalu Kita Lihat Tapi Kini Kita Buat

  1. Kiter selalu bising biler kiter lihat Speaker Dewan amik sikap berat sebelah... Malah biler Speaker Dewan buat kerja buta kayu.... kiter marah... Biler Speaker Dewan buat bodoh jer time ader pihak buat kerja bangang dalam Dewan... kiter akan bising..... tapi sedarkah PAS biler Pengerusi Tetap Muktamar PAS pon nampaknyer buat perangai samer macam Pandikar Amin Mulia yang bersikap berat sebelah... Ini terbukti dalam Muktamar PAS yang baru selesai nih.
  2. Kiter selalu kata Perhimpunan Agung UMNO nampak macam sarkis ...... penuh dengan puji memuja pimpinan.... sampaikan kalu pimpinan UMNO kentut bau pekung pon dianggap sewangi haruman Lavender..... Tapi... kini perangai yang sama dibuat oleh perwakilan PAS pada Muktamar PAS.
  3. Kiter selalu kata Perhimpunan Agung UMNO penuh dengan carut dan maki hamun termasuklah mengharamjadahkan orang lain oleh Pimpinan Tertinggi UMNO .... tapi kini Presiden PAS pon buat perangai yang sama.. malah pemerhati dan perwakilan Muktamar PAS pon ader buat kelaku carut dan maki hamun.... aper daaa...
  4. Kiter selalu lihat dan dengar cerita bahawa pimpinan UMNO dan sanak keluarga diorang terlibat dengan kroni, nepotisma dan rasuah..... tapi kini ader pimpinan PAS dan sanak keluarga diorang pon samer perangai camnie.... Rasuah... saper kata takder dalam PAS.... hahaha
  5. Kiter selalu kata ahli UMNO memang kaki fitnah..... tapi kini rupanya ahli PAS pon ramai yang rajin buat fitnah.... agaknyer pasai Presiden PAS pon kaki fitnah takder bukti.
  6. Kiter selalu lihat pimpinan UMNO saling cantas mencantas.... tapi kini PAS pon dah belajar camana nak cantas dan pangkas orang lain.
  7. Kiter selalu lihat UMNO lebih pentingkan pimpinan dan bukannyer rakyat marhaen dalam setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.... tapi kini PAS pun nampaknyer sama dalam tindakan pada Muktamar PAS....
  8. Kiter selalu dengar dan lihat bagaimana pemimpin UMNO cakap berbelit-belit dan menipu... tapi kini kiter boleh lihat pemimpin PAS lagi kuat cakap berbelit-belit dan menipu.
  9. Orang PAS selalu kata yang Orang UMNO tak berapa betul Fatihahnyer (Islamnyer)..... tapi kini Orang PAS pon nampaknyer boleh dipertikaikan Fatihahnyer (Islamnyer)..... Hahaha
  10. Kiter selalu mengatakan bahawa orang UMNO banyak jual agama untuk kepentingan peribadi dan parti.... tapi kini orang PAS pun buat mender yang samer....
Aiyo.... banyak lagi mau tulis aaaa.... tapi lain kali aaaa.... Hahahaha

Ader paham ka??

P/S: Berapa kali aaa Hadi Awang masuk lokap dan kena tahan reman atau penjara atas sebab memperjuangkan haq rakyat?? Berapa kali aaa......  hehehe


01 August 2013

Apa Gunanya Parlimen Dan Dewan Rakyat

Bhai/DeeDee sekalian...

Apa gunanya kita ada Parlimen dan Dewan Rakyat jika ...
  1. Perjanjian TPP tidak langsung dibahaskan didalam Parlimen dan Dewan Rakyat
  2. Jika kerahsiaan yang ada pada perjanjian TPP tidak langsung boleh didedahkan didalam Parlimen (Dewan Rakyat)
  3. Jika ader urusan yang langsung tidak boleh dicapai dan digapai maklumatnya oleh Parlimen dan Dewan Rakyat
  4. Jika MITI tidak boleh disoalsiasat oleh PAC (Parliamentary Audit Committee) atas urusan perjanjian TPP ini
Baik tutup jer la Parlimen dan Dewan Rakyat tue.... buang masa dan buang duit.... mengarut..... sebab Parlimen dan Dewan Rakyat tidak mampu dan tidak ader kuasa keatas MITI....  Bodoh aaa biler ader satu agensi yang lagi besar kuasanya daripada Parlimen dan Dewan Rakyat....

Aper besar sangat ker jawatan dan kuasa yang ader pada Mustapha Mohamed tue.. sampaikan Parlimen dan Dewan Rakyat tabley nak campur tangan dan amik tahu pasai perjanjian TPP nih yang bersangkutan dengan keseluruhan rakyat Malaysia...

Whoa.... Punya la teruk Parlimen dan Dewan Rakyat di Malaysia nih sampaikan takder kuasa untuk mengarahkan agensi dalam negara ini untuk pendengaran awam dan debat (public hearing and debate)..... Punya la cap ayam Parlimen dan Dewan Rakyat Malaysia...

Buat malu betul lar.... Patut la Parlimen Malaysia nih dilabelkan sebagai Parlimen Kanggaru pasai bukan sajer MITI.... malah PETRONAS pon Parlimen Malaysia takder kuasa..... hahaha.... even SPR pon Parlimen Malaysia takder kuasa...... cap ayam betul lar.... hahahaha.... Memalukan sungguh la...

Gua rasa.... terbaek kalu kiter semua rakyat Malaysia pakat ramai-ramai mendesak bahawa Parlimen dan Dewan Rakyat ditutup ajer... pasai buat apa menyimpan gajah putih yang takder makna... buat apa simpan harimau yang takder taring.... 



09 May 2013

First Time Mahathir Mohamed Bercakap Jujur

Bhai.... hahaha... ini first time gua dengar Mahathir Mohamed bercakap jujur... betul... ini first time lar... bukan senang ooo nak dengar Mahathir Mohamed bercakap jujur... selalu tue dier punya cakap penuh dengan belit.... Hahaha... hebat kan....

Biler dier kuar statement yang kata Pakatan Rakyat tak boleh terima kekalahan.... gua terus terkejut... gua salut dengan kata-kata Mahathir Mohamed tue.... betul.... cukup-cukup salut.... hahaha .... sebab ... memang betul Pakatan Rakyat tidak boleh terima kekalahan.... tambah lagi kalu kekalahan tue datang dari cara mengelat... menipu... cara tak aci....

Anyway.....  gua nak tanya balik Mahathir Mohamed nih... aderkah Mahathir Mohamed, UMNO dan BN  boleh menerima kekalahan..... hahaha... betul ker UMNO, BN dan Mahathir Mohamed boleh menerima kekalahan...

Kalu betul lar Mahathir Mohamed, UMNO dan BN berani untuk menerima kekalahan... aper kata kiter buat skali lagi Pilihanraya Umum... tapi kali nih... bukan SPR dan PDRM yang handle.... tapi... kita mintak PBB (International Community) yang handle dan kawal.... kiter lantik "purely third party" yang handle Pilihanraya Umum tue... media semua tabley sided... media semua kena "GAG ORDER" ... tabley lansung citer dan promo pasai BN dan PR.... media kena blackout... Kat siber pon tak payah berkempen semua...  kiter biarkan rakyat Malaysia sendiri memilih.... tanpa sekatan...

Amacam ader brani ka???...

Masa tue... kiter tengok... ader berani tak Mahathir Mohamed, UMNO dan BN untuk terima kekalahan...  hahaha.... gua berani jamin yang Mahathir Mohamed, UMNO dan BN mampuih takkan brani punya... tulur sumer akan masuk kedalam.... kucut.... hahahaha ... takut nanti kojol jer tak pasai-pasai...

Poodah la wei ...  masuk Mahkamah pon Mahathir Mohamed tarak brani ... lagi mau cakap orang lain takut.... poodah la....

02 August 2012

Jawatan Menteri Besar Adalah Kerja Swasta

Bhai... hahaha... Mamak sekor nih memang terra buat lawak... tambah lagi dalam bulan posa... hahaha... tak abis-abis mamak nih putar belit.. kat dalam mahkamah.. cakap dalam Bahasa Inggeris... bila kena temuramah... campur-campur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu... tapi kalu kat rumah... hahaha... dier akan berbahasa Tamil..... hahaha.....

Hujahan Shafee Abdullah kat Mahkamah mengatakan bahawa jawatan Menteri Besar bukanlah dilingkungi dibawah penjawat awam... kakitangan awam...  hahaha... memang berbelit lar dier punya hujahan... hahaha

Kalu gitue... gaji MB tak perlu lah dibayar dari dana awam... hahaha... maknanyer jawatan Menteri Besar adalah kerja swasta la yer... hahaha... bengong ....  ini baru first time gua tau yang jawatan MB aderlah kerja swasta... hahaha... aper aaa nama syarikatnyer???

Oh yer... gua lupa.. yang Shafee Abdullah nih walaupun dier nih peguam biasa jer... tapi paspot dier kata dier aderlah kakitangan awam.... hahaha ... memang Mamak betul lar.... hahaha

04 April 2012

RON95 Lagi Mahal dari RON97? Gila...

Bhai... lu tau kan... harga petrol RON97 la nih aderlah ikut harga pasaran.. takder subsidi.. jadi harga pasarannya aderlah RM2.90 .. naik RM0.10 mulai tengah malam semalam kan...

Pandai... lu orang pandai... harga RON97 dipasaran (apungan setiap bulan) aderlah pada RM2.90

Tapi.... hehehe..... itu harga pasaran terbuka RON97 kat Malaysia...

Aper ker jadahnyer harga pasaran bagi RON95 aderlah RM3.41 ... setelah disubsidikan jadi RM1.90 .... jadi... macam mana harga RON95 lebih mahal dari harga RON97?

RON97 = RM2.90 (harga pasaran)
RON95 = RM3.41 (harga pasaran sebelum subsidi)


pergh.... pandai benar orang Malaysia nih buat kiraan aaa... itu la... ajar lagi Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ... sampaikan tabley nak buat kiraan matematik asas macam nih...

Giler ker aper harga minyak yang kualiti rendah lagi mahal dari harga minyak kualiti tinggi... Nak tipu pon berpada-pada la woi mangkuk....

Hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1