Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label CDC. Show all posts
Showing posts with label CDC. Show all posts

19 February 2023

Penipu Berlesen Sama Macam Ahli Politik

Bhai/DeeDee semua...

Apa persamaan industri susu bayi berformula dengan ahli politik? Hahahaha.... kedua-duanya adalah sama jer... kuat menipu.... Hahaha

Ini realiti...


PARIS – Sebahagian besar dakwaan manfaat kesihatan dalam iklan susu formula bayi di seluruh dunia tidak disokong oleh bukti saintifik yang kukuh, demikian menurut satu kajian semalam, dengan penyelidik-penyelidik menggesa susu berkenaan dijual dalam bungkusan kosong tanpa menarik perhatian.

Hasil kajian itu diumumkan seminggu selepas sekumpulan doktor dan saintis menggesa pihak berkuasa supaya membanteras kaedah pemasaran ‘pemangsa’ dalam industri susu formula yang didakwa mengeksploitasi kebimbangan ibu bapa baharu dengan menyakinkan mereka agar tidak memberikan susu badan.

Industri susu formula kini bernilai AS$55 bilion (RM242 bilion).

Susu badan diiktiraf secara meluas sebagai mempunyai manfaat besar untuk bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan susu badan diberi secara eksklusif semasa enam bulan pertama kehidupan bayi.

Bagaimanapun, saranan itu diikuti untuk kurang separuh daripada bayi di seluruh dunia, demikian menurut WHO.

Penulis kajian itu yang juga pensyarah kanan Kolej Imperial London, Daniel Munblit berkata, penyelidik-penyelidik bukan memerangi susu formula kerana ia wajar menjadi pilihan buat ibu yang tidak boleh atau memilih untuk tidak memberikan susu badan.

“Bagaimanapun, kami menentang pemasaran susu formula tidak wajar yang mengemukakan dakwaan mengelirukan tanpa disokong bukti kukuh,” katanya.

Munblit dan sebuah pasukan penyelidik antarabangsa meneliti dakwaan kesihatan yang dibuat untuk 608 di laman web syarikat-syarikat pengeluar susu formula di 15 negara termasuk Amerika Syarikat, India, Britain dan Nigeria.

Dakwaan paling banyak adalah susu formula menyokong perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi dan membantu tumbesaran.

Separuh daripada kesemua produk itu tidak mengaitkan manfaat kesihatan yang didakwa dengan ramuan tertentu, demikian menurut kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal BMJ.

Tiga perempat pula tidak merujuk kepada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan mereka.

Daripada produk yang menyediakan rujukan saintifik pula, lebih separuh merujuk kepada ulasan, pendapat atau kajian ke atas haiwan.

Hanya 14 peratus produk tersebut merujuk kepada ujian klinikal manusia yang berdaftar. Namun, 90 peratus ujian klinikal yang dilakukan pula mengandungi risiko tinggi bias termasuk kehilangan data atau penemuan tidak menyokong dakwaan yang dibuat.

Hampir 90 peratus ujian klinikal mempunyai penulis yang menerima dana atau mempunyai hubungan dengan industri susu formula, demikian menurut kajian tersebut. – AFP

19 March 2020

Gelombang Ketiga Covid-19

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara yang jadi concern ngan gua aderlah berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan.... Sebab bila buat camnie... tetiba boleh pulak berikan kebenaran untuk bergerak keluar kawasan dengan surat polis.... itu yang bahaya tu...

Ramai rakyat kita yang ingat kalu dia takder simpton Covid-19 ... dier boleh pi sana sini...

Itu silapnya... depa sengaja buat lupa yang Covid-19 nih dier ader incubation period... masa dormant dalam host (badan) selama 14 hari... sama 14 hari tue memang takder nampak apa2 simptom.... depa ingat kena kalu terus ader nampak kesan..

Tu masalahnya...

Sebelum nih pada 27 February 2020 ... geng Tabligh ader buat himpunan kat Sri Petaling .... dan kita dah nampak impak dari event Tabligh nih....

Lepas tu... ader plak pada 13 hb Mac 2020 geng penganut Hindu buat himpunan kat Penang... yang ini kita tak nampak kesannya lagi sebab tarikh incubation dier masih ader lagi.... gua jangkakan yang ini akan ader impak pada 27 Mac 2020 nih.... silap2 seawal 25hb kita dah boleh dapat tau citernya... kalu ini jadi... maka ianya adalah Gelombang Ketiga Covid-19

Makna kata... yang bergerak balik kampung pada 18hb baru nih.... kita akan tau sama ader ianya merebak bermula pada 1 April 2020 dan selebihnya... dan gua saspek yang ini adalah gelombang keempat Covid-19 ..... dan gelombang ini gua saspek akan menjadi paling besar.... Ini semua sebab kerja bodoh dan kebenaran bodoh yang Kerajaan bagi kepada rakyat Malaysia yang bodoh yang masih nak keluar kawasan dan balik kampung walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dah dimulakan..... Bodoh betul lar...

Nauzubillah.... moga Allah Taala melindungi kita semua dari mara bahaya ini....

Aamin Ya Rabb

21 October 2013

Mers-CoV Virus (Genetically Created)

Bhai/DeeDee sekalian..

Gua terbaca tadi tentang Virus Mers (Sindrom Pernafasan Timur Tengah) yang katanyer dah banyak membawa kecelakaan nyawa kepada mangsa di kawasan Timur Tengah terutamanya di Arab Saudi. Selepas terbaca mengenainyer... gua pon cuba semak dengan beberapa sumber berkaitan medical .... cek sana sini... cek kat CDC di Altanta tue....  sms kengkawan dan jugak email beberapa kengkawan lain yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan risikan...

Semuanya nampak macam tak tau aper sebenarnya yang berlaku... ader sorang kawan lama di Center for Disease Control (CDC) di Atlanta bagi tau yang diorang pon tengah siasat benda nih.... punca masih tak jumpa... dan pembawa (carrier) pon masih belum dapat dikenalpasti secara tuntas...

Timbul persoalan pada gua... aderkah ini semua satu hasil ujikaji rahsia pihak ketenteraan (military) tak kisah la USA ka... atau Israel ka...... bagi tujuan mencari satu virus yang terbaek yang boleh membunuh mengikut rantaian DNA.... mana la tau kan ... sebab dulu diorang ader cuba buat satu senjata membunuh dengan menggunakan virus yang attack certain DNA jer,......  sebagai satu teknik membunuh musuh mengikut kaum dan keturunan...

Diorang dah buat ujikaji nih kalu tak silap gua sekitar tahun 70'an dan berterusan sampai awal 90'an .....Salah satu virus dan wabak yang terhasil dari ujikaji pihak tentera nih aderlah Virus @ Wabak Ebola yang kena dekat penduduk di Afrika.... Hanya orang Afrika jer yang kena Ebola...... yang lain tidak...

Mmmm... kerja giler camnie biasa la tue.... Gua tak terkejut kalu memang Mers-CoV Virus (Genetically Created) nih didalangi oleh Israel .... Tak terkejut sungguh...

Giler aaa...

Sumber:  Virus Misteri Mers-CoV

Update: Gua dapat maklumat tambahan baru kejap tadi... Sindrom Mers-CoV nampaknyer mempunyai kesan polymorphics (berubah bentuk) mengikut host pembawa nyer...

Harap akan ader kuarantin dibuat sepenuhnya di semua pintu masuk negara Malaysia nih... Bahaya wei..

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1