Selama 77 tahun produk Tupperware berada hampir di semua rumah di dunia... termasuklah di Malaysia... sejak PKP ... jualan produk Tupperware merudum jatuh... Bukan sahaja disebabkan oleh Covid19 ... tetapi atas sebab kelembapan ekonomi... dan juga sebab pengguna muda amat kurang membuat pembelian...
Susah bagi jenama ini untuk mengekalkan relevensi produk mereka... yang mana akan menuju ke PN17
Dan ini menunjukkan ekonomi dunia amnya dan Malaysia khususnya sedang menuju kearah yang lebih teruk.... bersedia lah untuk ekonomi yang lebih teruk dalam masa terdekat nih...
Huhuhu
=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Tupperware yang diperkenalkan pada tahun 1946 berada dalam keadaan bahaya apabila saham syarikat tersebut jatuh hampir 50 peratus pada Isnin lalu dan tidak mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan operasi.
Dalam pemfailan kawal selia pada Jumaat lalu, syarikat pembuat bekas makanan itu berkata mereka kini bekerjasama dengan penasihat kewangan untuk mencari pembiayaan agar dapat terus bertahan.
Bursa Saham New York juga memberi amaran bahawa saham Tupperware mungkin dinyahsenarai kerana tidak memfailkan laporan tahunan yang diperlukan.
"Tupperware telah memulakan usaha untuk memulihkan operasi kami dan hari ini menandakan langkah kritikal dalam menangani kedudukan modal dan kecairan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miguel Fernandez dalam kenyataan akhbar.
Walaupun sudah 77 tahun dalam perniagaan, syarikat itu menghadapi masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kekal relevan di dalam industri dan cuba menarik perhatian pengguna yang lebih muda dengan memperbaharui produk agar lebih ‘trendy’, lapor CNN Business.
Menurut penganalisis runcit dan pengarah urusan di Globaldata Retail, Neil Saunders, terdapat beberapa isu dihadapi syarikat tersebut antaranya bilangan penjual menurun secara mendadak dan jenama yang tidak menepati citarasa pengguna muda.
Ujarnya, syarikat itu berada dalam keadaan tidak stabil dari segi kewangan kerana bergelut untuk meningkatkan jualan.
“Syarikat ini yang dahulunya merupakan pencetus inovasi dalam menyelesaikan masalah terutamanya dengan peralatan dapur, kini telah kehilangan kelebihannya,” katanya.
Tupperware berkata usaha memperkenalkan produk tersebut kepada generasi muda gagal, manakala saham syarikat itu turun sebanyak 90 peratus sepanjang tahun lalu.