Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Mabuk. Show all posts
Showing posts with label Mabuk. Show all posts

21 November 2024

Semua Lesen Memandu Peminum Arak Ditarik Balik Serta Merta - LOKE

Bhai/DeeDee semua...

Lu orang agak berani ka Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) bagi kenyataan macam ni??? 

Huhuhu... masalahnya cukup banyak kes kemalangan dan penyebab kematian yang berpunca dari kesan arak dan alkohol nih... Kalu nak kirakan kes renjatan elektrik pada soket dan USB port... baru ader satu kes..

Tapi kes pemandu mabuk cukup banyak... hari-hari ader kes.... paling terbaru langgar budak sekolah waktu pagi... gila aaa... nasib baik budak tu tak mati... cedera pada kaki jer..

Ini semua macam sial jer...





03 January 2022

Peguam Plaintif Pun Boleh Kena Saman?

Bhai/DeeDee semua...

Hang kalu tak puas hati dengan Plaintif... hang saman ja Peguam kepada Plaintif tue... setel masalah... Hahaha.... bagi ja alasan Peguam Plaintif memfitnah hang.... Itu yang Hilman Idham buat.... 

Hahaha... Huntung betul bhai jadi Defenden level kayangan nih...

Sebab senang-senang jer menyusahkan Peguam Plaintif dengan dua urusan Mahkamah serentak... dalam pada nak membantu Plaintif... peguam tue pulak nak kena menjawab kes dier sendiri plak... Ini semua cara nak bagi tekanan... nak menyusahkan dan menyulitkan keadaan...

Dan nak bagi push supaya Peguam Plaintif tarik diri dari kes... silap-silap sampai Plaintif pun tarik diri...

Semua sebab ader duit.. ader kuasa... ader pengaruh.... everything can be settled.... hahaha... everything can be buy.... janji kena dengan harga dan nilai....

Sebab dalam kes ini.... Hilman Idham dikatakan mabuk masa kejadian.... dan kalu ikut Undang-Undang Syariah... dier sendiri pon memang boleh didakwa..... hehehe

Ader paham ka??



05 May 2020

Penyelesaian Isu Arak Dan Pemandu Mabuk

Sebenarnya nak selesaikan isu mabuk ni cukup mudah. Hanya guna sistem terminal identifikasi sahaja.

Kerajaan kena arahkan semua premis yang menjual arak agak memasang unit terminal identifikasi yang mana untuk melakukan pembelian arak walau dimana pun di Malaysia, pengesahan identifikasi adalah wajib. Dan sistem ini mestilah “online” secara masa nyata (realtime).

Jadi kerajaan boleh menetapkan berapa mililiter pembelian oleh seseorang individu itu untuk minum arak untuk sehari. Penentuan adalah dengan nasihat pakar kesihatan dan pihak yang berwajib.

Sebagai contoh katalah disetkan dalam sistem pembelian dalam sehari cuma 250 mililiter sahaja, maka pembelian yang lebih dari itu akan secara otomatiknya dibatalkan.

Mana-mana premis penjualan yang didapati cuba menjual arak melebihi had pembelian yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan denda (kompaun) minima RM500 ribu bagi kesalahan pertama @ didenda (kompaun) maksima RM5 juta bagi kesalahan kedua. Sebagai tambahan, penjara mimina 3 bulan boleh dikenakan kepada penjual yang melakukan kesalahan ini atau maksima 10 tahun penjara (tanpa parol).

Mana-mana penbeli yang didapati cuba melanggar arahan pembelian yang ditetapkan ini boleh dikenakan denda minima RM50 ribu dan maksima RM1 juta beserta dengan hukuman penjara beserta rehabilitasi selama 1 tahun atau maksima 5 tahun.

Mana-mana pemilik syarikat atau premis yang didapati tidak menyediakan sistem identifikasi ini atau menjual secara haram boleh dikenakan tindakan denda minima RM10 juta atau maksima RM50 juta dan boleh dipenjarakan selama 5 tahun atau maksima 20 tahun mandatori tanpa parol.

Sistem identifikasi ini hanya menggunakan sistem MyKAD yang disekalikan dengan Lesen Memandu. Mana-mana pembeli yang tidak memiliki Lesen Memandu adalah tidak dibenarkan membeli arak. Ini secara otomatiknya dapat menentukan umur yang layak bagi seseorang untuk meminum arak.

Kenapa saya cadangkan penggunaan MyKAD dengan Lesen Memandu... ini adalah kerana untuk membuat “double verification”.

Dengan cara ini, isu mabuk akibat kesan alkohol dapat dikurangkan malah dihentikan dalam pada masa yang sama hak-hak orang persendirian untuk meminum arak seperti yang terjamin dalam Perlembagaan masih lagi boleh dibuat.

Ini adalah konsep menang-menang yang secara beransur boleh mengurangkan pengambilan  alkohol oleh rakyat Malaysia.

Kita juga boleh melaksanakan pemasangan "Breath Analyzer" pada setiap kenderaan persendirian atau komersial sebagai satu tambahan kepada sistem untuk menghidupkan enjin kenderaan dan jadikan ianya mandatori. Mana-mana orang atau syarikat yang didapati mengubahsuai peralatan "Breath Analyzer" dalam kenderaan ini boleh disabitkan dengan denda sebanyak RM1 juta (minima) atau sehingga RM10 juta (maksima) disamping boleh dipenjara antara 1 hingga 20 tahun (tanpa parol).

05 August 2013

Baik-Baik Jaga... Nanti Hilang

Bhai/DeeDee Malaysia..

Hahaha... sempena Ramadhan yang dah nak sampai penghujung nih... gua just nak nasihatkan semua.... hahaha... baik-baik jaga... nanti hilang....

Hahahaha.... jangan mare....  bukan gua nak buat joke pasai citer kat bawah nih... cuma sekadar... mabuk boleh menyebabkan senjata lu orang hilang.... hahaha... jadi jangan la mabuk... tak kisah la mabuk arak ker... mabuk cinta ker... mabuk maksiat ker... atau mabuk kuasa.... hahaha... ilang kalu susah ooo.... hidup pon susah... mati lagilah susah...

Nak kencing merata pon dah tabley dah.... hahahaha....

Bayangkan kalu ayam jantan sudah ilang dier punya senjata sulit... hahaha.... terpaksa la kena buat mesyuarat lembaga..... hahahaha ....


SANTIAGO - CHILE . Seorang warga emas hilang kejantanan apabila keseluruhan zakarnya ‘ghaib’ dipercayai digigit anjing di Santiago, Republik Dominican.

Nasib malang itu menimpa Geraldo Ramos, 64, ketika beliau dalam keadaan mabuk teruk sebelum pengsan di tepi jalan.

“Menurut jiran, pada malam kejadian, saya diserang sekumpulan anjing dan ditemui dalam keadaan bogel,” katanya.

Beliau berkata, keesokan harinya, dia mendapati berlaku pendarahan teruk di kemaluannya dan mendapati zakarnya 'hilang'.

“Saya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Sehingga kini, anjing yang didakwa menggigit zakar saya masih belum ditemui,” katanya dipetik dari laporan MailOnline.

Akibat dari peristiwa hitam itu, beliau kini nekad berhenti mengambil minuman alkohol.

Julai lalu, seorang lelaki disahkan lumpuh apabila seekor anjing dikatakan menggigit salah satu daripada bahagian zakarnya di Arkansas dan diikuti di Brazil seorang lelaki dilaporkan putus jari selepas digigit anjing peliharaannya.

10 February 2013

Bila ParpuKari Dan AC Mabuk Todi

Bhai.... Susah kalu ader orang sudah mabuk todi... Kapla sudah ada pusing... Banyak bintang ada nampak... Hahaha... Benda yang palsu pon boleh nampak betul... Bapok @ pondan pon boleh dikatakan perempuan sejati.... Hahaha

Nih biler ParpuKari dan AC mabuk ... Nih la jadinyer.... Nak kelentong pon berpada la.... Hahahaha.... Lawak siot... Ini bukan fakta la bhai... Ini auta.... ParpuKari dan AC punya auta... Hahaha

Benda nih dikepohkan sebagai benda betul oleh ParpuKari dan AC.... Lawak siot.... Hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1