Bhai/DeeDee semua...
Gua tahu ramai akan mencemuh penulisan gua yang ini... Hahaha.... ramai jugak yang akan kecam gua... tapi takpa... benda nih biasa... Blog gua nih penyampaiannya cara santai.... korang nak terima ka taknak terima ka... gua takder hal... yang penting gua dah sampaikan pandangan gua... HAHAHAHA
Pada gua ini strategi bijak yang KJ dah buat.... dier pindahkan keahlian UMNO dari Rembau ke Sg Buloh.... Betul... kalah pada PRU15 tak bermakna penamat... kalu betul dier nak menjadi seorang Yang Berkhidmat (YB) ... dier wajar take care Sg Buloh sebaiknya... 5 tahun bukan lama....
5 Tahun tue dier dan team dier kena pi setiap ceruk Sg Buloh... take care apa-apa isu yang penduduk Sg Buloh timbulkan... turun padang semak semuanya... dan kena kerap la buat kenyataan akhbar untuk suarakan isu terkait dengan masyarakat dan penduduk Sg Buloh...
Khairy Jamaluddin kena santuni semua orang... tak kira siapa orang itu... tak kira sama ada orang itu undi dier pada PRU15 atau pun tidak mengundi dia... Kalu dier ader connection yang baik ... dier boleh menang besar pada PRU16... terutama sekali kalu dier rajin dan cakna bab masalah rakyat... citer tentang longkang dan perparitan... citer tentang jalan yang berlubang... citer tentang rumah terbakar.... citer tentang masalah warga asing yang kronik dan tak terkawal... citer tentang kesihatan dan pekerjaan...
Lagi mantop kalu Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) boleh amik cakna tentang pendidikan ... amik cakna tentang tadika dan tabika... amik cakna tentang kelas tuisyen pelajar sekolah rendah dan menengah... amik cakna tentang kondisi kemudahan di sekolah.... kalu boleh kena kerap santuni warga pendidik dan sekolah... dan publish dalam media massa... media cetak.. media elektronik...
Kalu pun Khairy Jamaluddin tak sempat.... team dier kena gerak on daily basis....
Gua berani jamin... kalu KJ buat semua benda nih... PRU16 nanti senang-senang jer akan mendapat undi yang besar di Sg Buloh.... tambah pulak ramai sebenarnya pengundi atas pagar yang "educated" dan non-partisan.... depa nak wakil rakyat yang berkaliber.... yang cakna keperluan depa...
You can do it la bhai....
Khairy Jamaluddin kini menjadi ahli Umno bahagian Sungai Buloh, tempat dia bertanding dalam PRU15, dan bukan lagi di bahagian Rembau.
Khairy berkata dia memutuskan untuk memindahkan keahliannya ke Sungai Buloh kerana berasa tidak adil jika dia mengabaikan kawasan itu, setelah tewas dalam PRU lalu.
"Saya tidak suka tinggalkan begitu sahaja dan saya rasa tidak adil kepada tuan-tuan dan puan-puan, saya datang ke sini sebagai calon bidan terjun berprofil tinggi, bila tidak menang lepas itu terus cabut cari tempat lain,"
Khairy menjadi ahli parlimen Rembau selama tiga penggal, bermula 2008.
Namun pada PRU lalu kepimpinan BN memutuskan untuk mencalonkannya di Sungai Buloh, yang merupakan kubu kuat PH.
Dia tewas dengan calon PH R Ramanan dengan perbezaan 2,693 undi.