Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label RoS. Show all posts
Showing posts with label RoS. Show all posts

12 July 2024

Tutup Sahajalah BHEUU

Bhai/DeeDee semua...

Boleh dah tutup ja Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri ni. Simpan buat apa. Gaji, Elaun dan Emolumen banyak. Tapi undang-undang seniri pon takmo ikut. 

Tagune simpan dari level Menteri, Turus, Jusa sampailah ke level jawatan pembantu am.



17 February 2024

Betul Ke Tak Tergugat?

Bhai/DeeDee semua...

Sajer nak nak usik nih... Errr... Betul ke tak tergugat dengan rancangan Parti yang nak gubal dan ubahsuai perlembagaan Parti.... Siap kata ROS tak mudah nak setuju ngan pertukaran Perlembagaan Parti tue...

Takder goyang eh?? Hahaha

Kalu tak goyang, tak payah la nak ulas.... Hahaha

Betul ke?


10 March 2023

Kerajaan Mak Dani ... Semua Boleh Main Sondol Je

Bhai/DeeDee semua...

Semua boleh disondol ... semua boleh dilanggar... Kerajaan Mak Dani nih bukan boleh kira... janji WalaNON dan Bangsa Slurpp semuanya akan bekap... Jilat sampai licin.


Hahahaha



08 March 2023

Salahguna Kuasa @ Abuse of Power

Bhai/DeeDee semua....

Bila Salahuddin Nasution selaku Menteri Dalam Negeri mengaktifkan kuasanya untuk membatalkan pembubaran UMNO oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) ... ini secara tidak langsung sebenarnya telah memperlihatkan salahguna kuasa @ abuse of power dipihak Menteri...

Kita faham memang Menteri ada kuasa yang macam nih...

Tapi kita lagi faham kenapa tindakan ini diambil...,  Sebab utama tindakan ini diambil bukanlah kerana isu teknikal dan sebagainya.... tetapi lebih kepada nak selamatkan nyawa Kerajaan Perpaduan.... Ini kerana jika UMNO dibatalkan pendaftaran pertubuhannya... maka secara automatik Kerajaan Perpaduan akan tumbang... disebabkan kerana tak cukup kerusi Parlimen.

Jadi hanya kerana risiko ini maka Saifuddin Nasution mengambil tindakan ini...

Menunjukkan jika sesebuah Kerajaan itu lemah penguasaannya, pasti tindakan salahguna kuasa ini akan dibuat...

Gua tak kata la gua sokong parti Perikatan Nasional ka atau apa ka... tapi Integriti Kerajaan yang sedang memegang kuasa memang sudah tercalar... memalukan... takder maruah...

By the way.... WalaNON dan Bangsa Slurpp tetap akan membekap secara bangang tindakan nih... sebab depa pon lagi bangang dari Walaun dan Macai.... Hahahaha

Kerajaan Yang Tiada Integriti


07 March 2023

Dan Kerajaan Anwar Ibrahim PM10 Pun Tumbanglah

Bhai/DeeDee semua...

Kalu UMNO tak diselamatkan dari dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) .... maka Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim memang akan tumbang... sebab sekarang nih yang mencukupkan kerusi untuk kekal Anwar Ibrahim memegang kuasa sebagai PM adalah dari UMNO .... Hahaha...

Sebab itu benda macam nih boleh terjadi....

Hahaha... ini senang-senang sangat ka Saifuddin Nasution nak selamatkan nyawa UMNO .... nyawa Presiden UMNO .... Ahmad Zahid Hamidi....

HAHAHA

Cerita Berkaitan


Lawak Paling Terkini...

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah kata lama dah... sekarang nih kita tak payah layan Maharaja Lawak .... atau mana-mana segmen sketsa lawak... sebab kalu kita layan berita di Malaysia pun dah terlampau lawaknya...

Hahahaha..

Masa kecik... ader gua baca citer rakyat dari Aesop ... citer tentang seekor lembu yang baik hati sangat nak menolong seekor buaya yang ditimpa kayu yang tumbang.... Hahaha... punya la baik hati lembu tue... hahahaha .... lepas lembu tu menolong dan menyelamatkan buaya itu.... lembu itu pulak dibaham oleh buaya...

Hahahaha... hadan huker... sebab bodoh sangat...

Bagi nyawa kepada musuh


05 March 2023

Barulah Nampak Taring Ismail Sabri

Bhai/DeeDee semua...

Dah lama dah gua tunggu nak lihat ketegasan daripada Ismail Sabri... start dari dier jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah dia diangkat menjadi Perdana Menteri.. langsung tak pernah nampak...

Tetiba jer kali ini... dier membingkas melawan... dan dia dah tunjukkan dirinya yang sebenar... Barulah nampak taring Ismail Sabri...

Macam nih la kalu nak jadi pemimpin besar... kena tegas dan berani.... syabaslah.... dah tak lemau macam Sloth lagie...

Mana Surat RoS


25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

20 January 2023

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

Bhai/DeeDee semua...

Biar Demokrasi dalam UMNO berjalan. Bila kita bercakap mengenai Demokrasi, UMNO perlu benarkan proses ini berjalan sepertinya. Kedua-dua pendapat adalah betul.

Pendapat yang tak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada PAU2022 adalah betul begitu juga pendapat yang sebaliknya yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.....

Biarkan Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) melaksanakan proses semak dengan teliti dan seimbang.

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

#PAU2022 #perhimpunanagungumno #PehimpunanPengampu #UMNO #KhairyKJ #KhairyJamaluddin #PRU15 #Undian #RoS #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

15 December 2022

Lompat Si Katak Lompat

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Dari berudu sampailah menjadi Katak... tetap spesis licin macam belut... Betul lar ader katak puru... tapi tetap jugak licin dan licik... hahaha

Bila katak lompat ke kolam ko... ko suka bukan main... bila katak lompat keluar dari kolam ko... ko nak marah... hhahaha... Katak dah memang habitnya lompat... takkan la katak nak berguling-guling... akai ada ka??? Hahaha

Katak nih semua buat camnie konon atas aspirasi rakyat... Hhahaha... ader depa tanya ka pada pengundi depa yang boleh tak depa melompat nih?? Ader brani depa tanya??? Sure tabrani punya... potong anu la kalu depa brani buat pungutan suara dalam ruang lingkup kawasan Parlimen depa...

Tarak brani punya lah.... Hahahaha.... sembang boleh la...

Walhal... tindakan depa nih semua salah disisi undang-undang sebab depa bertanding itu kerusi Parlimen... Parlimen itu ikut Perlembagaan Persekutuan.. dan bukan ikut Undang-Undang Tubuh Negeri.... lain la depa bertanding kerusi DUN...

Depa tau yang depa semua sebenarnya boleh hilang kerusi Parlimen...  itu sebab depa meroyan kasik dalil dan dalih macam-macam... Bangkai jer semua nih... Hahaha

SPR pon bangang gak.... Hahahah


Di sebalik keraguan mengenai status empat ahli Parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu, seorang daripada mereka Armizan Mohd Ali menafikan mereka mengkhianati parti itu serta presidennya Muhyiddin Yassin.

Armizan, yang menegaskan dia adalah ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) "sebelum bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15)" berkata, semua ahli Parlimen Bersatu Sabah - kecuali ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee - meninggalkan parti itu dengan sentimen dan aspirasi untuk rakyat Sabah.

“Tak ada persoalan main kolam antara Muhyididn atau Bersatu, kita punya sasaran ialah masyarakat Sabah.

“Pada masa sekarang sentimen masyarakat, sekarang ini kita bergerak berteraskan atau berdasarkan parti lokal. Lanskap politik Malaysia, kita memperjuangkan agenda Sabah dengan lebih efektif. Dengan gagasan lokal.

“Tak orang bilang menentang aspirasi orang Sabah. Itu sebab (kita) menubunhkan dan sertai GRS pada masa itu, supaya parti lain sedia bersama dnegan kita,” katanya pada sidang media di Pulau Meranti, di Puchong, hari ini.

Menjawab soalan berhubung tarikh sebenar dia menyertai GRS, ahli Parlimen Papar itu berkata dirinya tidak pasti tetapi menegaskan permohonan keahliannya telah diluluskan oleh Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun pada Oktober.

“Kamu kena faham keunikan kerjasama antara GRS dan Bersatu di Sabah.

“Penubuhan GRS sendiri dapat restu daripada Bersatu, keanggotaan Bersatu Sabah dan GRS sebagai gabungan dapat restu daripada Bersatu pada ketika itu.

“Jadi sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan GRS, sudah tentu saya mahu menjadi antara orang pertama yang menjadi ahli,” katanya.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, Perlembagaan Persekutuan atau Akta Pertubuhan 1966 tidak menghalang sesiapa daripada menjadi ahli beberapa parti politik.


Beringat Sebelum Kena

Bhai/DeeDee semua...

Dalam beberapa hari jer pendaftaran NGO Muafakat Nasional (MN) dibuka ... sudah ader lebih 10 ribu keahlian didaftarkan dalam NGO Muafakat Nasional... Pendaftaran menggunakan Google Docs memperlihatkan banyak maklumat peribadi diminta seperti yang tertera di bawah ini.

E-Mail:
Nama:
Nombor Telefon:
Nombor Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Umur:
Agama:
Kaum:
Pekerjaan:
Nama Majikan:
Pendidikan:
Alamat:
Poskod:
Negeri

Pada gua ini ada risiko... sebab pernyataan PDPA tidak disertakan. Adakah korang tahu yang maklumat ini selamat tanpa digunakan oleh pihak ketiga? Semak lar ngan PDPA requirement.


Ini satu point la...

Tapi point yang lain adalah gua nampak NGO Muafakat Nasional nih ader agenda terlindung... ader agenda yang lebih kritikal... ader agenda yang boleh memberikan masalah kepada Kerajaan.... Be aware... be very aware lar...




Tambah lagi bila Zuraida Kamaruddin join NGO nih yang dikendalikan oleh Annuar Musa.... 



22 February 2022

Sekejap Parti Mira, Sekejap Parti Kuasa...

Bhai/DeeDee semua...

Pelik aaa dengan perangai Abang kepada Perdana Menteri (PM) Malaysia nih.... En Kamarazaman Yaakob... Pada satu masa dier ader keahlian dalam dua parti berbeza.... dan kedua-duanya adalah berstatus Presiden Parti...

Giler aper la camnie... Sekejap Parti Mira, Sekejap Parti Kuasa.... Abang PM nampak sangat suka berdolak dalik... Macam ader satu permainan disini.. Macam cara nak pecahkan undi PRU15 jer... Adoilah...

Ker ader yang akan untung lebat atas penubuhan parti-parti macam ni???

08 December 2021

Hentikan Kemaraan

Bhai/DeeDee semua...

Sekitar Mac 2022, UMNO mesti membuat Pemilihan Parti seperti mana yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). Ikut Perlembagaan Parti, mana-mana orang yang telah dijatuhkan hukuman (walaupun hukuman sedang ditangguhkan) tidak layak bertanding dalam pemilihan parti.

Jadi.... Ismail Sabri dah dapat kurangkan seorang calon berpotensi menyaingi kedudukannya untuk menjawat kerusi Presiden UMNO.

Sekarang ni nak tunggu Ahmad Zahid Hamidi pulak. Kalu dapat sekat maka Ismail Sabri akan lebih kukuh dan berkemungkinan besar akan dilantik menjadi Presiden UMNO dan menjadi Pengerusi Barisan Nasional.

Ini semua strategi la bhai...



11 October 2021

Parti Kuasa Rakyat VS Muda

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang nih semua mata tertumpu ngan satu parti politik yang baru nak dibangunkan... Parti Kuasa Rakyat yang dipengerusi penajakan oleh adik PM Ismail Sabri iaitu Kamarazman Yaakob..... Aderkah Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) akan meluluskan penubuhannya atau tidak....

Sebab itu hari MUDA tak lulus penubuhannya... ditolak oleh RoS ....

Takkan parti adik PM mudah pulak luluskan... Hahaha... kita tengok la yer... hhahaha... kalu mudah lulus... memang nampak sangat la kan... Hahahaha



10 September 2021

NGO Rasis Dan Bangang

Bhai/DeeDee semua...

Gua simple jer... Undang-Undang dah ader... peruntukan dan Perlembagaan dah ader... dan Islam. Adat Istiadat Melayu dan Melayu itu sendiri dilindungi oleh Perlembagaan dan Undang-Undang... Tapi biler ader NGO rasis dan bangang.... memang payah la...

Semuanya nak dikaitkan kononnya Islam terancam la... Melayu terpinggir la... Walhal itu semua angan-angan bangang depa ja...

Puak NGO macam nih bukan amik belajar ilmu perundangan dan perlembagaan pun... semua main gasak... bodoh...

Ingat senang ka orang nak ganggu gugat peruntukan Islam dan Melayu yang ader dalam Perlembagaan... biarpun 222 Ahli Parlimen semuanya bukan Melayu... peruntukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan takkan boleh diubah....  Itu fakta.... takder cara nak buat... Sebab itu kuasa Tentera diletakkan dibawah YDP Agong... dan YDP Agong memang sentiasa dinasihatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu (MRR).

Tapi puak NGO rasis dan bangang macam UMMAH nih... dier tak aper,... janji dier boleh bangkitkan sentimen rasis kaum dan agama.... Adoilah... Gua tatau la macam mana RoS masih benarkan NGP rasis macam nih beroperasi tanpa dibatalkan pendaftaran..

By the way... UMMAH kata depa percaya gandingan Menteri dan Timbalan Menteri Agama dari PAS nih boleh berbuat sesuatu... Hahahaha.... Gua gelak jer.... kena sergah ngan MCA yang ader 2 kerusi pun dah takut dan cuak... lagi mau sembang boleh berbuat sesuatu... Hahaha



28 August 2021

Apa Strategi Ismail Sabri?

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat Ismail Sabri nih takder planning besar... hahaha... orang macam ini korang jangan pandang sebelah mata... Dier pon nih tetap penyimpati kepada Mahathir Mohamed... walaupun dier tak percaya 100% kat Mahathir Mohamed.... tapi daripada susun atur kabinet yang Ismail Sabri nih buat... gua boleh nampak signature Mahathir Mohamed ader disini.....

Hahaha...

1. 15 orang Ahli Parlimen UMNO telah menarik diri dari memberikan sokongan terhadap Muhyiddin Yasin (Perikatan Nasional) sampai jatuh Muhyiddin Yasin sebagai PM. Ismail Sabri adalah orang yang takder dalam senarai 15 orang yang tarik sokongan nih sebab Ismail Sabri taknak lepaskan jawatan TPM. Ini bijak sebenarnya... sebab dengannya Ismail Sabri boleh pengaruhi keputusan YDP Agong dan MRR.

2. Semua ahli yang satu kem denganya dikekalkan jawatan dalam kabinet... yang pro Ahmad Zahid Hamidi macam Shamsul Anuar Nasarah tak dapat tempat. Noraini Ahmad walaupun pro Ahmad Zahid Hamidi... tapi dapat jawatan... sebab ini strategi... supaya tak nampak sangat.... Azalina Othman Said nih pro Ahmad Zahid Hamidi... jadi gua tak nampak Ismail Sabri akan beri apa-apa spot dalam Kabinet dan sebagainya..

3. Ini semua antara strategi utama Ismail Sabri untuk bersedia bagi pemilihan UMNO yang akan dibuat tak lama lagi... Itu sebab Ismail Sabri kekalkan kedudukan Hamzah Zainuddin menjadi Menteri KDN yang sekaligus menjaga Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang pastinya akan push untuk UMNO buat pemilihan dalam masa terdekat.

4. Bayangkan Timbalan Presiden UMNO (Mohamad Hasan) pon tak dapat spot... ini kena dipastikan bukan lawan di pemilihan UMNO nanti... sama macam Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak... jangan terkejut kalu urusan Mahkamah akan dipercepatkan untuk semua kes kluster Mahkamah... hahaha

5. Korang tak pelik ka Tengku Zafrul dikekalkan?? Hahaha... Ini strategi kewangan untuk menghadapi pemilihan UMNO dan juga PRU15 yang akan datang.... Ini penting nih... hahaha... tambah lagi Tengku Zafrul nih tengah di grooming untuk bertanding Parlimen Titiwangsa... Jadi boleh diasak untuk masuk team Ismail Sabri nanti... hahaha

6. Noh Omar? Hahaha... ini perlu untuk planning kawal warlord kat Selangor... Noh Omar bukan lah clear sangat... Kes dadah adik dier pun dah cukup untuk goyahkan Noh Omar... jadi Noh Omar nih akan jadi macam anjing bulldog yang diikat tengkuknya... Hahaha ... Kementerian yang Noh Omar kendalikan tue adalah lubuk duit... lubuk untuk salurkan projek dan duit... senang nanti nak gunakan bagi tujuan kempen...

7. Shahidan Kasim? Mamat pedo nih?? Hahaha... senang... sebab pengaruh dier masih lagi besar di Perlis... untuk Ismail Sabri dapatkan sokongan besar di Pemilihan UMNO nanti... dier perlukan sokongan semua nih...

8. Mustapa Mohamed dan Saifuddin Abdullah... ini semua lalang ... kemana angin bertiup disitu depa condong.... hahaha... senang nak kawtim... Tengku Razaleigh.... hahaha... ini kasik senyap ja... tak payah layan... bukan ader signifikan power pon dalam Pemilihan UMNO

9. Puak Bersatu senang nak kawal... bagi jer jawatan penting kat puak-puak utama... depa senyap la... yang penting semua kena baiah ngan Ismail Sabri... Azmin Ali, Zuraidah Kamarudin Hamzah Zainudin tue semua ader kes dan fail ngan SPRM ... aper susah... senang ja nak setel... Radzi Jidin bukan pandai melawan dalam Politik pon... jadi kedudukan Ismail Sabri takkan tergugat..

10. Bab Agama memang sajer di plankan untuk bagi kat PAS... dan lepas nih... PAS dah tak boleh nak pusing-pusing cerita kenapa PAS gagal dalam melaksanakan RUU55, agenda Islam dan jugak judi serta arak... hahaha... "once and for all" strategi untuk melumpuhkan dan menjahanamkan PAS selamanya... ini sama macam strategi Mahathir Mohamed menjahanamkan DAP dan AMANAH.... Bagi jawatan yang pastinya depa tak boleh nak handle... pastu boleh menganjingkan sampai bila-bila...

11. Buat pertama kali Kerajaan Malaysia memperkenalkan jawatan Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak)... dan ini dibagi kepada GPS... sebab apa... sebab nak bodek... walhal bukan boleh buat apa sangat pun... bajet pon terikat dengan bajet JPM.... Hahaha

12. Menteri Kesihatan nih sajer dibagai kat Khairy Jamaluddin.... senang nak dipersalahkan kalu tak boleh nak handle isu Covid-19... hahaha... Lagipun Khairy Jamaluddin nih bukan dalam kem Ismail Sabri di Pemilihan UMNO... silap-silap Khairy Jamaluddin akan mencabar Ismail Sabri dalam Pemilihan UMNO nanti... Ingat Ismail Sabri tatau ka?? Hahaha

13. Kenapa MCA dapat 1 kerusi Menteri dan 4 kerusi Timbalan Menteri... Hahaha.... ini semua planning ja... planning nak kekalkan pengaruh dalam Barisan Nasional... dah termakan budi mesti la MCA akan tergadai bodi bekap Ismail Sabri nanti.... Ini plan panjang nih..

14. Menteri Alam Sekitar dan Air dibagi kat Tuan Ibrahim.... ini strategi nak kenakan TITM lar... benda yang banyak sangkut ngan Kayangan dan Kayangan dan Kayangan.... hahahaha... apa-apa Ismail Sabri boleh salahkan kepada PAS... contoh kes Air di Kelantan la... Hahaha... kan senang nak setel... takkan Menteri taknak bantu setel kemelut air AKSB?? Hahahaha... naya TITM...

15. Halimah Saddique nih orang Mahiaddin Md Yasin... jadi kena la bagi muka sikit... tapi lantik kat kementerian paling lekeh.... dulu kementerian yang P. Waythamorthy jaga... senang nak cantas....

Semua nih ader master plannernyer... dan jangan terkejut kalu gua kata Ismail Sabri ni juga telah digrooming oleh Mahathir... Sebab ... once Ismail Sabri dapat jadi Presiden UMNO... gua suspek akan mula menonjol orang-orang Mahathir dalam UMNO...

Dan lepas tue kita boleh tengok permainan selanjutnya... BTW... Mahathir takder plan nak naikkan anak dier jadi PM.... tapi maybe dalam Kabinet satu masa nanti.. satu jawatan penting... otw....

Aper pon.... siapa PM 10 selepas PRU15.... Hahaha.... sudah pasti bukan Anwar Ibrahim... tapi... nanti la gua sembang lain... hahahaha

p/s.... ini analisis sempoi ja... tak detail... dan berapa lama ianya boleh bertahan sebelum Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak tak sailang gua tatau la... tapi boleh ja pushkan Pendaftar Pertubuhan tue... nanti orang tabley nak katakan terlebih politiking... sebab itu arahan RoS.... hahaha



20 August 2021

Selamat Jalan Ahmad Zahid Hamidi

Bhai/DeeDee semua...

Dengan naiknya Ismail Sabri sebagai PM 9 .... maka riwayat politik Ahmad Zahid Hamidi pun akan terkubur la.... jangan mimpi la dier nak terus kekal berjawatan Presiden UMNO... malah... nak jadi Timbalan Presiden UMNO pun Ahmad Zahid Hamidi boleh mula melupakannya... Hahaha

Jawatan Naib Presiden? Hahaha... itu pun jangan nak mimpi la...

Hahaha... Takkan la Perdana Menteri nak kekal sebagai Naib Presiden UMNO? Hahaha... mesti Perdana Menteri akan naik jadi Presiden UMNO... UMNO sepatutnya dah boleh buat pemilihan jawatan dalam parti la ikut saranan dan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Hahaha.... pakat kojol la karier politik Ahmad Zahid Hamidi... hahahaha... hadan huker...



18 August 2021

Ahmad Zahid Hamidi Sedang Membunuh Dirinya Sendiri...

Bhai/DeeDee semua..

Dikala tersebarnya cerita yang kononnya MKT UMNO dengan sebulat suaranya menyokong Ismail Sabri sebagai PM ke 9... maka tidak dapat tidak kita boleh beranggapan bahawa Ahmad Zahid Hamidi sedang membunuh dirinya sendiri.

Ini kerana kita semua tahu... Ismail Sabri pada asalnya tidak mahu ikut cakap dan pandangan Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) untuk mengalihkan sokongan kepada Perikatan Nasional. Dan Ismail Sabri bertegas untuk bersama dengan Perikatan Nasional.

Jadi... bila Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilihat tidak boleh mengawal Ismail Sabri dan akhirnya terlibat sama mencalonkan Ismail Sabri sebagai PM... maka akar umbi UMNO akan melihat bahawa Ahmad Zahid Hamidi tidak berkeupayaan memimpin UMNO sebagai Presiden parti ....

Dan kita semua tahu UMNO perlu membuat pemilihan kepimpinan dalam parti dalam tempoh terdekat seperti mana yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). Makna kata... kalu berlaku pemilihan parti... tak mustahil akar umbi UMNO akan menolak Ahmad Zahid Hamidi dari menduduki kerusi Presiden UMNO ... atas sebab tidak berkelayakan.

Inilah yang pastinya akan berlaku... Ahmad Zahid Hamidi memang sedang membunuh dirinya sendiri.... Satu tindakan bodoh dalam politik yang dibuatkan oleh Ahmad Zahid Hamidi... Ini memang lawak....

Kita kena ingat.... Ismail Sabri tu bukanlah orang baru dalam UMNO.... dan dier pun memang bercita-cita untuk duduk sebagai Presiden UMNO... kalu tidak takkan la Ismail Sabri nak bertanding dulu jawatan Naib Presiden UMNO.... Tentunya ada strategi belakang tabir yang sedang disusun olehnya...

Dan apa pun yang akan berlaku.. jika Ismail Sabri dinaikkan dan diangkat menjadi PM 9... maka benarlah jangkahayat Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO akan tamat pada pemilihan UMNO yang akan datang ini...

Bye Bye Ahmad Zahid Hamidi... bukan orang lain yang menjatuhkannya.... tapi diri sendiri yang berbuat demikian... Betapa bodohnya...

Hahahaha....

Hadan Huker...



07 August 2021

Main Kasar Yer?

Bhai/DeeDee semua...

Kerajaan Perikatan Nasional nampaknya sudah main kasar... Main kasar yer dengan mempergunakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk cuba mengambil tindakan kepada UMNO... konon telah melakukan satu kesalahan tidak mengadakan mesyuarat pemilihan parti...

Hahaha...

Walhal sebelum ini RoS juga lah yang membenarkan penangguhan mesyuarat pemilihan parti...

Aderkah Kerajaan Perikatan Nasional nak gunakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai alat untuk kekal berkuasa.., dalam keadaan Kerajaan Perikatan Nasional ini memang tak ada langsung majoriti...

Hahaha


30 July 2021

RoS Boleh Batalkan Barisan Nasional Atas Tindakan Salahguna Logo dan Dokumen BN Oleh Ismail Sabri

Bhai/DeeDee semua...

Tindakan yang telah diambil oleh Ismail Sabri dalam nak bekap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yasin ini dilihat mencabar Keputusan Persidangan Agung UMNO (PAU 2021) dan juga adalah satu kesalahan besar yang boleh menyebabkan RoS batalkan Barisan Nasional (BN). Ini semua boleh berlaku akibat tindakan salahguna logo dan dokumen BN yang telah dibuat oleh Ismail Sabri.

Ada dua kesalahan besar yang telah dibuat oleh Ismail Sabri.... yang mana kedua-duanya boleh menyebabkan UMNO dan BN terbatal atau sekurang-kurangnya ianya digantung oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)

Apa pun... Dilihat Ismail Sabri dan kumpulannya tidak menghormati kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN)

#KemelutOrdinanDarurat #KerajaanDerhaka #IsmailSabriDerhaka #RoS
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com 

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1