Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pemilihan Parti. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan Parti. Show all posts

12 January 2023

Hentikan Kegilaan Ini - Khairy Jamaluddin

Bhai/DeeDee semua...

Gua sokong dan tidak sokong cadangan Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) ni... Dan gua dah terangkan dalam video nih... Itu stand gua... Ini negara demokrasi..

Tolak pertandingan dalam parti? Hentikan kegilaan ini, kata Khairy

#UMNO #ReformasiUMNO #khairyjamaluddin #KhairyKJ #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2023 #PerhimpunanAgungUMNO #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO
#reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

25 May 2022

Rafizi Kalah Lagi Sekali? Adoyailah ...

Bhai/DeeDee semua...

Kalah dan menang adalah asam garam perjuangan... asam garam dalam politik dan asam garam dalam apa sahaja dalam hidup nih... tak payah nak kememeh sangat lar...

Rafizi Ramli kalah lagi sekali? Adoyailah...

Takkan nak kembali merajuk.. awat lekeh sangat... Hahaha



17 March 2022

PENDEDAHAN : Rafizi Ramli tiada kekuatan akar umbi PKR

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya Rafizi Ramli nih tiada kekuatan akar umbi PKR... memang ada yang menyokong dia... tapi mereka bukanlah dikalangan ahli teramai dalam PKR... Kebanyakan yang menyokong Rafizi Ramli datangnya dari luar... dari luar parti PKR.

Ini kenyataan yang Rafizi Ramli perlu dengar, ambil tahu dan perbaiki.

Sikapnya dalam PKR lebih kepada "seperti enau yang melepaskan pucuknya". Dia gopoh dan terlalu berambisi untuk menurunkan pihak-pihak tertentu yang tidak sealiran dengannya.

Farhash bidas Rafizi 'Biadab, henti main politik murahan'

#RafiziRamli #FarhashWafa #PKR #PemilihanParti #AkarUmbi #Sokongan #Presiden #PakatanHarapan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

28 August 2021

Apa Strategi Ismail Sabri?

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat Ismail Sabri nih takder planning besar... hahaha... orang macam ini korang jangan pandang sebelah mata... Dier pon nih tetap penyimpati kepada Mahathir Mohamed... walaupun dier tak percaya 100% kat Mahathir Mohamed.... tapi daripada susun atur kabinet yang Ismail Sabri nih buat... gua boleh nampak signature Mahathir Mohamed ader disini.....

Hahaha...

1. 15 orang Ahli Parlimen UMNO telah menarik diri dari memberikan sokongan terhadap Muhyiddin Yasin (Perikatan Nasional) sampai jatuh Muhyiddin Yasin sebagai PM. Ismail Sabri adalah orang yang takder dalam senarai 15 orang yang tarik sokongan nih sebab Ismail Sabri taknak lepaskan jawatan TPM. Ini bijak sebenarnya... sebab dengannya Ismail Sabri boleh pengaruhi keputusan YDP Agong dan MRR.

2. Semua ahli yang satu kem denganya dikekalkan jawatan dalam kabinet... yang pro Ahmad Zahid Hamidi macam Shamsul Anuar Nasarah tak dapat tempat. Noraini Ahmad walaupun pro Ahmad Zahid Hamidi... tapi dapat jawatan... sebab ini strategi... supaya tak nampak sangat.... Azalina Othman Said nih pro Ahmad Zahid Hamidi... jadi gua tak nampak Ismail Sabri akan beri apa-apa spot dalam Kabinet dan sebagainya..

3. Ini semua antara strategi utama Ismail Sabri untuk bersedia bagi pemilihan UMNO yang akan dibuat tak lama lagi... Itu sebab Ismail Sabri kekalkan kedudukan Hamzah Zainuddin menjadi Menteri KDN yang sekaligus menjaga Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang pastinya akan push untuk UMNO buat pemilihan dalam masa terdekat.

4. Bayangkan Timbalan Presiden UMNO (Mohamad Hasan) pon tak dapat spot... ini kena dipastikan bukan lawan di pemilihan UMNO nanti... sama macam Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak... jangan terkejut kalu urusan Mahkamah akan dipercepatkan untuk semua kes kluster Mahkamah... hahaha

5. Korang tak pelik ka Tengku Zafrul dikekalkan?? Hahaha... Ini strategi kewangan untuk menghadapi pemilihan UMNO dan juga PRU15 yang akan datang.... Ini penting nih... hahaha... tambah lagi Tengku Zafrul nih tengah di grooming untuk bertanding Parlimen Titiwangsa... Jadi boleh diasak untuk masuk team Ismail Sabri nanti... hahaha

6. Noh Omar? Hahaha... ini perlu untuk planning kawal warlord kat Selangor... Noh Omar bukan lah clear sangat... Kes dadah adik dier pun dah cukup untuk goyahkan Noh Omar... jadi Noh Omar nih akan jadi macam anjing bulldog yang diikat tengkuknya... Hahaha ... Kementerian yang Noh Omar kendalikan tue adalah lubuk duit... lubuk untuk salurkan projek dan duit... senang nanti nak gunakan bagi tujuan kempen...

7. Shahidan Kasim? Mamat pedo nih?? Hahaha... senang... sebab pengaruh dier masih lagi besar di Perlis... untuk Ismail Sabri dapatkan sokongan besar di Pemilihan UMNO nanti... dier perlukan sokongan semua nih...

8. Mustapa Mohamed dan Saifuddin Abdullah... ini semua lalang ... kemana angin bertiup disitu depa condong.... hahaha... senang nak kawtim... Tengku Razaleigh.... hahaha... ini kasik senyap ja... tak payah layan... bukan ader signifikan power pon dalam Pemilihan UMNO

9. Puak Bersatu senang nak kawal... bagi jer jawatan penting kat puak-puak utama... depa senyap la... yang penting semua kena baiah ngan Ismail Sabri... Azmin Ali, Zuraidah Kamarudin Hamzah Zainudin tue semua ader kes dan fail ngan SPRM ... aper susah... senang ja nak setel... Radzi Jidin bukan pandai melawan dalam Politik pon... jadi kedudukan Ismail Sabri takkan tergugat..

10. Bab Agama memang sajer di plankan untuk bagi kat PAS... dan lepas nih... PAS dah tak boleh nak pusing-pusing cerita kenapa PAS gagal dalam melaksanakan RUU55, agenda Islam dan jugak judi serta arak... hahaha... "once and for all" strategi untuk melumpuhkan dan menjahanamkan PAS selamanya... ini sama macam strategi Mahathir Mohamed menjahanamkan DAP dan AMANAH.... Bagi jawatan yang pastinya depa tak boleh nak handle... pastu boleh menganjingkan sampai bila-bila...

11. Buat pertama kali Kerajaan Malaysia memperkenalkan jawatan Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak)... dan ini dibagi kepada GPS... sebab apa... sebab nak bodek... walhal bukan boleh buat apa sangat pun... bajet pon terikat dengan bajet JPM.... Hahaha

12. Menteri Kesihatan nih sajer dibagai kat Khairy Jamaluddin.... senang nak dipersalahkan kalu tak boleh nak handle isu Covid-19... hahaha... Lagipun Khairy Jamaluddin nih bukan dalam kem Ismail Sabri di Pemilihan UMNO... silap-silap Khairy Jamaluddin akan mencabar Ismail Sabri dalam Pemilihan UMNO nanti... Ingat Ismail Sabri tatau ka?? Hahaha

13. Kenapa MCA dapat 1 kerusi Menteri dan 4 kerusi Timbalan Menteri... Hahaha.... ini semua planning ja... planning nak kekalkan pengaruh dalam Barisan Nasional... dah termakan budi mesti la MCA akan tergadai bodi bekap Ismail Sabri nanti.... Ini plan panjang nih..

14. Menteri Alam Sekitar dan Air dibagi kat Tuan Ibrahim.... ini strategi nak kenakan TITM lar... benda yang banyak sangkut ngan Kayangan dan Kayangan dan Kayangan.... hahahaha... apa-apa Ismail Sabri boleh salahkan kepada PAS... contoh kes Air di Kelantan la... Hahaha... kan senang nak setel... takkan Menteri taknak bantu setel kemelut air AKSB?? Hahahaha... naya TITM...

15. Halimah Saddique nih orang Mahiaddin Md Yasin... jadi kena la bagi muka sikit... tapi lantik kat kementerian paling lekeh.... dulu kementerian yang P. Waythamorthy jaga... senang nak cantas....

Semua nih ader master plannernyer... dan jangan terkejut kalu gua kata Ismail Sabri ni juga telah digrooming oleh Mahathir... Sebab ... once Ismail Sabri dapat jadi Presiden UMNO... gua suspek akan mula menonjol orang-orang Mahathir dalam UMNO...

Dan lepas tue kita boleh tengok permainan selanjutnya... BTW... Mahathir takder plan nak naikkan anak dier jadi PM.... tapi maybe dalam Kabinet satu masa nanti.. satu jawatan penting... otw....

Aper pon.... siapa PM 10 selepas PRU15.... Hahaha.... sudah pasti bukan Anwar Ibrahim... tapi... nanti la gua sembang lain... hahahaha

p/s.... ini analisis sempoi ja... tak detail... dan berapa lama ianya boleh bertahan sebelum Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak tak sailang gua tatau la... tapi boleh ja pushkan Pendaftar Pertubuhan tue... nanti orang tabley nak katakan terlebih politiking... sebab itu arahan RoS.... hahaha



20 August 2021

Selamat Jalan Ahmad Zahid Hamidi

Bhai/DeeDee semua...

Dengan naiknya Ismail Sabri sebagai PM 9 .... maka riwayat politik Ahmad Zahid Hamidi pun akan terkubur la.... jangan mimpi la dier nak terus kekal berjawatan Presiden UMNO... malah... nak jadi Timbalan Presiden UMNO pun Ahmad Zahid Hamidi boleh mula melupakannya... Hahaha

Jawatan Naib Presiden? Hahaha... itu pun jangan nak mimpi la...

Hahaha... Takkan la Perdana Menteri nak kekal sebagai Naib Presiden UMNO? Hahaha... mesti Perdana Menteri akan naik jadi Presiden UMNO... UMNO sepatutnya dah boleh buat pemilihan jawatan dalam parti la ikut saranan dan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Hahaha.... pakat kojol la karier politik Ahmad Zahid Hamidi... hahahaha... hadan huker...



18 August 2021

Ahmad Zahid Hamidi Sedang Membunuh Dirinya Sendiri...

Bhai/DeeDee semua..

Dikala tersebarnya cerita yang kononnya MKT UMNO dengan sebulat suaranya menyokong Ismail Sabri sebagai PM ke 9... maka tidak dapat tidak kita boleh beranggapan bahawa Ahmad Zahid Hamidi sedang membunuh dirinya sendiri.

Ini kerana kita semua tahu... Ismail Sabri pada asalnya tidak mahu ikut cakap dan pandangan Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) untuk mengalihkan sokongan kepada Perikatan Nasional. Dan Ismail Sabri bertegas untuk bersama dengan Perikatan Nasional.

Jadi... bila Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilihat tidak boleh mengawal Ismail Sabri dan akhirnya terlibat sama mencalonkan Ismail Sabri sebagai PM... maka akar umbi UMNO akan melihat bahawa Ahmad Zahid Hamidi tidak berkeupayaan memimpin UMNO sebagai Presiden parti ....

Dan kita semua tahu UMNO perlu membuat pemilihan kepimpinan dalam parti dalam tempoh terdekat seperti mana yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). Makna kata... kalu berlaku pemilihan parti... tak mustahil akar umbi UMNO akan menolak Ahmad Zahid Hamidi dari menduduki kerusi Presiden UMNO ... atas sebab tidak berkelayakan.

Inilah yang pastinya akan berlaku... Ahmad Zahid Hamidi memang sedang membunuh dirinya sendiri.... Satu tindakan bodoh dalam politik yang dibuatkan oleh Ahmad Zahid Hamidi... Ini memang lawak....

Kita kena ingat.... Ismail Sabri tu bukanlah orang baru dalam UMNO.... dan dier pun memang bercita-cita untuk duduk sebagai Presiden UMNO... kalu tidak takkan la Ismail Sabri nak bertanding dulu jawatan Naib Presiden UMNO.... Tentunya ada strategi belakang tabir yang sedang disusun olehnya...

Dan apa pun yang akan berlaku.. jika Ismail Sabri dinaikkan dan diangkat menjadi PM 9... maka benarlah jangkahayat Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO akan tamat pada pemilihan UMNO yang akan datang ini...

Bye Bye Ahmad Zahid Hamidi... bukan orang lain yang menjatuhkannya.... tapi diri sendiri yang berbuat demikian... Betapa bodohnya...

Hahahaha....

Hadan Huker...



11 October 2013

Bersorak Sorai Blogger Menyokong Mahathir Mohamed

Bhai/DeeDee sekalian...

Semalam... bersorak sorai para blogger (ProBN dan ProPR) menyokong Mahathir Mohamed.... semua kerana Mahathir Mohamed suruh para menteri yang ader kes dalam Laporan Audit 2013 tue letak jawatan..... Hahaha... semua bukan main sanjung dan sokong cakap Mahathir Mohamed...



Hahahaha... gua gelak jer...

Pasai gua dah boleh baca aaa aper strategi Mahathir Mohamed nih.... Hahaha.... Gua sempat membesar semasa Hussein Onn jadi PM.... jadi gua tau aper sebenarnya yang berlaku sampaikan Hussein Onn terpaksa mengundur diri... Hahahaha

Jadi... biler gua dengar statement Mahathir Mohamed nih.... dari sini gua dah nampak.... yang Mahathir Mohamed sudah bagi isyarat yang cukup jelas kepada semua..... hahahaha... yang dier takmo ader beberapa calon dalam pemilihan Naib Presiden UMNO dapat peluang besar..... Hahahaha

Dier skrang sudah melobi tahap cilakak kepada semua (ayat ugut) perwakilan UMNO nanti... bahawa.... Zahid Hamidi tak kompeten..... Hishamuddin Hussein tidak kompeten.... maka.. jawatan dan kerusi Naib Presiden UMNO yang paling senior selayaknyer dibagi kepada anak dier.... Mukhriz Mahathir....

Hahaha... itupon lu orang sumer tabley baca ka.... Hahahaha... lawak siot....

Kata blogger tersohor... kata media tersohor..... Hahaha... permainan Mahathir Mohamed pon tabley lu orang dapat detect ka... Hahahaha... lawak siot.... Bukan la susah sangat nak detect.... walau pu cakap Mahathir Mohamed nih berbelit-belit macam ular sawa.... tapi sebenarnya semuanya direct to the point.... Hahahaha...

He's the master of strategy..... Hahaha... dierlah tok dalang terbaek dalam Malaysia.... Macam mana dier pergunakan Muhyiddin Yassin untuk master plan dier.... Macam-mana dier pergunakan ramai kaum dier sebagai bidak-bidak yang disusun khas.... dalam Tabung Haji.... dalam Kementerian.....  Strategi Mamak Mendeliar dan Si Kitul telahpun ader dalam master plan dier.... Hahahaha

Malang sungguh lar biler blogger tidak dapat membaca dan lambat pikap statement Mahathir Mohamed tue.... Hahahaha.... Tinggal one step jer lagi kalu Mukhriz Mahathir dapat duduk kerusi Naib Presiden UMNO yang paling senior... Muhyiddin Yassin tue paling lama pon sepenggal kalu dapat jadi Presiden UMNO (a.k.a Perdana Menteri)... itupon paling lama.... silap-silap tak sampai sepenggal.... hahahaha... sebab kes rasuah dan salahguna kuasa Muhyiddin Yassin di Johor dulu ader bertimbun failnyer dalam simpanan Mahathir Mohamed...

Hahahaha..... terbaek lar...

Ader paham ka???

09 October 2013

Siapa Sabotaj Zahid Hamidi?

Bhai/DeeDee sekalian...

Agak-agak lu orang aaa... Siapa agaknyer yang sabotaj Zahid Hamidi nih aaaa... Siapa agaknyer yang sengaja rakam dan rekodkan ucapan dier di Melaka tempohari... Siapa plak yang salurkan kepada ramai orang salinan rakaman tue... Hehehe

Macam biasa... Gua tak pandang isu nih sebagai sabotaj daripada pihak media... Wei.. Maner ader media yang berani aaa kat Malaysia nih... Malaysiakini pon tarak berani... Akhbar Cina pon tak berani.. Even akhbar atau media asing pon tabrani...

Jadi...

Jadi saper punya kerja yang sabotaj Zahid Hamidi nih... Hehehe... Risik punya risik... Akhirnya terbocor sudah... Hahaha.. Kantul mantul...

Ini semua kerja pihak yang skrang nih berlawan satu sama satu ngan Zahid Hamidi untuk jawatan Naib Presiden UMNO paling senior... Hahaha... Memang la jawatan Naib Presiden tue ader 3 ... Tapi ader satu diantara tiga tue aderlah kerusi paling senior...

Jeng... Jeng... Jeng...

Siapa yang sedia untuk digroom menjadi PM selepas nih... Hahaha.... Shafie Apdal ka? ... Isa Samad ka? Ali Rustam ka? ... Hahahaha

Jangan pandang sebelah mata aaa kepada grand plan dan master plan yang puak nih tengah aturkan... Tok Dalang dier punya la baek atur sana sini... Hahaha... Mampuih..

Jadi kepada Zahid Hamidi... Perati-perati la mangkuk-mangkuk nih... Diorang sedang cuba sekat lu duduk di kerusi Naib Presiden paling senior tue... Lagipon pada pandangan diorang... Lu masih lagi "Orang Anwar Ibrahim"..... Hahahaha

Berhati-hati aaa...

03 October 2013

Siapa Disebalik Akramsyah Sanusi

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahaha.... Kalu gua tulis pasai pemilihan untuk Muktamar PAS kali nih... mesti mangkuk-mangkuk ayun dari Terengganu akan meroyan... hahaha.... Nak buat camana.... PAS mana boleh kena kritik... PAS maksum... Geng Sarban memang maksum.... Hahaha... mana ader buat salah,.... biler memfitnah pon takder masalah.... sampaikan Presiden pon buat fitnah langsung dibekap oleh sekalian geng Terengganu @ Rusila... hahaha

So.... bab pemilihan PAS... gua kasik la orang UMNO yang ulas... sebab gua sebagai ahli PAS tak layak (diorang kata lar) untuk ulas dan kritik.... Hahaha

Jadi... mengikut saranan Mahathir Mohamed..... yang mahukan UMNO menerima dan mendengar krtitikan dan luahan orang dari luar UMNO bagi pemilihan kali nih... maka gua pon terpaksa la tulis skit.... Hahaha... Jangan mare aaa... hahaha

Okeh.... agak-agak lu orang aaa.... siapa disebalik Akramsyah Sanusi nih.... hahaha.... ala... Akramsyah Sanusi nih skrang dok sebuk nak cabar Khairy Jamaluddin (KJ) nih.... hahaha.... sampai ramai blogger yang khabarnya dah disponsor oleh pelobi dier untuk menulis yang muluk-muluk jer tentang dier...

Isu jawatan dalam MAYC pon jadi kecoh... Hahaha... sorang kata takder nama... sorang kata ader nama.... Hahaha... takkan la ROS takder rekod kot tentang ader tak Akramsyah Sanusi nih jadi presiden MAYC..... hahaha.... takkan la kot.... hahaha

Gua saspek... ader orang dibelakang Akramsyah Sanusi nih... dan orang nih skrang nih sedang mengidam kerusi dalam MT UMNO.... hahaha... dan dier sedang bersedia untuk cantas sesiapa sajer yang nak halang dier naik.... Hahahaha.... Sebab itu lar dier gunakan Akramsyah Sanusi... supaya dapat kekang pengaruh Khairy Jamaluddin.... sebab hanya Khairy Jamaluddin jer yang menjadi pesaing dier sebenarnya dalam UMNO....

Yang lain semua sudah tua... semua sudah mau expired.....  Hahahaha

Gua dah kasi hint lu.... gua rasa lu boleh agak-agak nih... betul dak.... hahaha

Ader paham ka???

01 October 2013

Bila Mahathir Mohamed Sudah Nyanyuk

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahaha.. lu orang ingat aaa..,. apa pasai ini Mahathir Mohamed sudah kuar ini statement.... Hahaha.... cuba teka.... Hahaha... kalu lu worang boleh teka dengan tepat... lu orang boleh dapat hadiah melancong samer dengan RM (Rosmah Mansor) ... hahaha


Hahaha...... semua pasai mau bekap anak dier punya pencalonan... semua pasai nak bagi peluang anak dier jadi Naib Presiden.... Hahahaha.....

Ini Mahathir Mohamed sudah nyanyuk lar... dulu dier jugak yang kata jangan dengar cakap orang dari luar UMNO.... Hahaha.... err....  dier nih Melayu ker.... macam mana dier boleh join Parti Melayu.... Hahahaha

Hahaha.... I rest my case my lord... Hahaha

Ader paham ka???

23 September 2013

Bekap Membekap Sudah Bermula

Bhai/DeeDee sekalian...

Yeah.... gua tengok nampaknyer sudah bermula proses bekap membekap.... hahahaha.... terbaek lah.... yer la... semua mau menang jawatan.... Hahaha... orang itu bekap orang ini..... orang ini bekap orang itu.... Tapi itu semua part yang best jer.... hahaha

Part yang tak best kalu.... masing-masing sedang membentes.... dan mencantas kaki kengkawan masing-masing... janji peluang diorang nak duduk dijawatan tertentu agak mudah,.... Hahaha... tak kisah la buat kerja haramjadah nih sendiri-sendiri.... ataupun upah balachi.... hahaha

Tapi biasa la kan... pimpinan biasa tangan bersih... tak terpalit semua kekotoran.... semuanya guna balachi.... selamat .... Hahahaha.... Rasuah ... ops... Politik Wang ader kat mana-mana.... dari calon yang level cap ayam... sampailah calon yang level cap kambing.... hahahaha... samer jer....  kalu tak guna wang... guna benda lain... guna "AYAT POWER" ....

Orang bawah semua... perwakilan semua kena respek... kena hormat... kena terima aper sajer kata pimpinan bulat-bulat... jangan biarkan jawatan Presiden digugat.... mmmmm.... inilah demokrasi.... inilah yang terbaek.... Hehehehe ... Err... jawatan Ketua Pemuda pon jangan la lawan... tak baek... Ketua Pemuda sedia ader sekarang mesra pemuda... mesra belia.... mudah turun padang....

Biler ader nasihat dan pandangan dari peringkat akar umbi... tak payah nak pikir panjang... tuduh jer la semua ini nak jatuhkan pimpinan.... Yeah.... lobi la lagi... lobi... jangan tak lobi....

Aper nak jadi la ngan "UMNO" nih..... hehehe... "UMNO" ngan kesamsengan memang tabley blah.... hahahaha

Ader paham ka???

12 May 2013

Utusan Malaysia Terkantol Lagi

Bhai... Utusan Malaysia nih berapa kali aaa mau kena saman.... Hahahaha... sudah banyak duit ka... Ini kasi angkat statement N.Ponnusamy nih memang la lawak.... Hahaha.. Bukan aper... sebab kalu pegawai pendaftar pertubuhan (ROS) cuba disogok oleh DAP... mesti pegawai ROS laju jer akan buat laporan polis dan SPRM.... hahaha

Nih takder dengar pon pegawai SPRM dan Polis dok siasat DAP nih....  aper cerita...

Tau la yang Utusan Malaysia memang nak cari jalan nak bagi orang Melayu Hutan lagi benci kat DAP.... hahaha.... tapi dalam pada DAP dibenci tue... ader plak sekor Melayu Hutan yang bernama ZAM tue boleh plak ajak DAP sertai BN..... hahahaha

Lawak siot... pasukan yang menang banyak kerusi (DAP) diajak untuk join UMNO/Bn yang menang seciput jer kerusi..... hahahaha

Lagi satu... N. Ponnusamy nih katanyer orang PKR... aper ker jadahnyer orang PKR campur tangan dalam isu dalaman DAP..... hahaha... ker sudah jadi ahli DAP... hahaha ... aper pon... Utusan Malaysia nih memang lawak... satu akhbar harian bertaraf pencacai yang hina... penghasut yang celaka.... hahaha... aper nak jadi aaa....

Ader akai ka.....


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1