Bhai/DeeDee semua...
Betul apa yang Syed Saddiq nih cakap... Duit bukan penyelesaian kepada sistem pendidikan negara... Memanglah kita tahu nak buat semua benda kena ader duit... tapi kalu takder dasar dan polisi yang betul ... duit tue semua akan tiris tak tentu hala dan tujuan...
Contoh...
Dulu ada usaha membangunkan makmal komputer di sekolah... tapi makmal yang ada itu cuma sekadar ader sepuluh (10) atau dua puluh (20) desktop komputer sahaja.... sedangkan satu kelas biasa ader sampai 40 orang murid... Masa diperuntukkan untuk sesi kelas komputer aderlah 45 minit... apa agaknya yang dapat dimanfaatkan oleh murid dalam masa 45 minit tue.... nak onkan komputer pon ambil masa... dan dua orang murid berkongsi satu komputer...
Bayangkan...
Lepas tue... makmal komputer yang ada pulak tidak diperuntukkan pembantu makmal dan juga juruteknik komputer.... Semuanya dibebankan kepada Cikgu... kepada Guru yang mengajar... bagaimana Guru nak mengajar dan pada masa yang sama ada masalah teknikal pada komputer murid... macam mana nak selesaikan pengajaran dalam masa 45 minit.. Gila
Bila tiada pembantu makmal komputer dan juruteknik komputer disekolah... biasanya akan cepat jahanam (rosak) desktop komputer di makmal... sama jer.. barang elektronik... kena dijaga betul-betul barulah okay... disket rosak.. cdrom rosak.. dvdrom rosak... psu rosak...motherboard rosak... macam-macam rosak...
Lepas itu ada pulak program kerajaan yang membekalkan komputer sub-kualiti kepada murid-murid atas konsep 1 murid 1 e-book .... jahanam jugak sebab tiada maintenance berkala dan standard... katanya nak dibekalkan buku elektronik... dalam sistem software tapi... takder maintenance juga...
Semua pembaziran nih boleh diselesaikan dengan mudah dan murah sebenarnya.. Beza nak buat atau tidak jer...
Dengan RM500 seunit... kita boleh bekalkan pelajar dengan Peralatan e-Paper macam Kindle dan sebagainya... ianya ringan... lasak dan baterinya tahan lama... dan ianya boleh menggantikan buku teks dan buku rujukan...
Semua itu boleh dimanfaatkan... tapi dengan syarat.. sekolah kena ader talian internet berkelajuan tinggi la... kalu tidak buat naya jer... Sebenarnya panjang lagi nak tulis... tapi gua tahu ramai orang malas membaca... Hahaha