Ini dah jadi pegangan para WalaNON....
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
17 February 2024
Ucapan Sombong Dari WalaNON
Ini dah jadi pegangan para WalaNON....
10 May 2023
Biar Betul ???
Kalu SU DAP cakap camnie... pening aaa |
04 May 2023
Rumah Siap Tapi Pahat Masih Berbunyi
UMNO/BN kekal perasan bagoosh... perasan jadi abang besar... perasan ader sokongan padu dari pengundi.... sampaikan kalu takder la kerjasama UMNO ... mungkin Kerajaan Perpaduan @ Kerajaan Madani ini tidak dapat dibentuk...
UMNO pun nyawa-nyawa ikan je la sekarang nih |
18 April 2023
Orang Sombong Biasanya Akan Tergolek
Dalam politik biasanya orang yang bijak pandai akan cuba elakkan bermusuh banyak sisi... Kalu boleh depa cuma nak bermusuh satu sisi jer... sebab senang nak tackle isu terkait sisi itu...
Yang dah memang sealiran dengan diorang... kuat pulak dioranag nak bermusuh bagai... siap tunjuk sombong.... dengan musuh sejati boleh pulak tido sekatil...
Betapa Sombongnya PKR |
20 March 2023
Makin Sombong?
Satu ja gua nak peringatkan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim....
Bila tergolek tertumuih nanti jangan salahkan orang lain... salahkan diri sendiri aaa yer... Hahaha
Perangai Sombong Akan Membawa Bencana |
13 December 2022
Jangan Sombonglah
Bhai/DeeDee semua...
Bukan tak biasa kita tengok pegawai kerajaan (mostly pegawai kerajaan memang Melayu) berperangai pelaq, sombong dan perasan bagoosh... Biasa dah kita tengok camtue... Dan tiap kali pon memang akan terlepas tak kena tindakan...
Cuma kali ini nasib tak baik menyebelahi pegawai level TURUS nih... Hahaha
Memang patut pon dier kena pecat.. cuma lama sangat tindakan nak diambil... Ogos buat perangai... Disember baru kena pecat... patut lagi awal kena...
Maybe mangkuk nih kena pasai Kerajaan Persekutuan dah bertukar... cuba kalu Kerajaan yang lama... pemerintah yang lama... maybe selamat mangkuk nih... maybe kes dier akan disapu dok bawak karpet... Hahaha... macam la tak biasa kan... Hehehe
Hadan Huker la... hidup janganlah sombong.,,
10 November 2022
Relaks Lah ...
23 October 2022
Kalaulah PH Bijak ...
Kalaulah Pakatan Harapan (PH) bijak, tak tamak dan perasan bagoosh serta nak dengar nasihat… patut biarkan PSM kendalikan Kerusi Parlimen Sg Siput nih.
Tapi itu la…..
04 January 2022
Sembang Seorang Hassan Karim
Agak-agak la nak sembang pun... Hak orang yang empunya KSWP la dier nak buat apa dengan duit dier sementara masih hidup.... belum tentu depa nih semua sempat sampai umur 55 tahun.... betul tentu diorang nih merasa nak guna duit KWSP tue... kalu ikut cara normal...
Nak harapkan Kerajaan punya bantuan?? Agak-agak la... macam siput dan ciput ja dana bantuan tue... giler ka apa...
Baru diorang nih ader akai... Semoga Hassan Karim nih pon jadi salah satu mangsa bencana ...
21 May 2013
Makin Sombong...
Bahawa kesombongan itu hanyalah milik Allah Taala semata-mata.... Hanya Allah Taala sahaja yang berhak sombong....
Sebagai makhluk, kita langsung tidak berhak untuk sombong.... ini melawan fitrah.... ini melawan tuntutan agama..... Pening aaa.... nak katakan bodoh... tapi berilmu... nak kata berilmu... tapi bodoh..... macam mana nih aaaa...
Aper-aper pon.... jika lu sudah dapat kedudukan... sudah dapat kuasa.... sudah dapat rejeki.... tetiba lu start sombong.... makanyer... hanya dua perkara nih jer yang akan berlaku... takkan ader yang lain.... takkan ader option lain... hanya ader dua nih jer...
- Allah Taala akan menarik balik semua kedudukan, kuasa dan rejeki yang dah diberi... dan Allah Taala akan melaknat lu...
- Allah Taala akan menambahkan lagi kedudukan, kuasa dan rejeki yang dah diberi.... sebab Allah Taala sudah takmo nak amik tau pasai lu.... Ini kes Allah Taala sudah murka.... dan Allah Taala kenakan Istidraj
22 February 2013
Pemimpin PR Ramai Yang Sombong
Sifat berlagak (bukan Tok Belagak bomoh spesial tue) yang ader dalam diri ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat tue patut dibuang jauh-jauh kalu rasa nak memerintah Malaysia... Kena la belajar rendah diri skit... berlajar respek kat orang lain... belajar respek kat para pengundi.... jangan jadi bongkak dan sombong.... tak elok tue...
Yang ini gua stuju cakap Anwar Ibrahim nih... sebab memang dah lama dah perangai "berlagak bagoosh" dan "sombong" memang ader kat ramai pemimpin .. terutamanya kat dalam PAS dan PKR... betul.... cuba la belajar tak sombong macam Tan Seng Giaw (salah seorang pemimpin DAP) yang pada gua secara peribadi memang seorang yang humble.... gua cukup respek dier nih....
Dalam PAS.... walaupun gua dah lama dalam saf kepimpinan PAS (gua dah blah pada penghujung 90'an) .... ramai sangat yang jenis sombong tak bertempat nih... sungguh... lu orang tak payah la nak berlakon.. memang terserlah nyata... hahaha
SUBANG JAYA, 21 Feb — Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sifat "kurang rasa rendah diri" kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mereka kurang berpengalaman menguruskan pentadbiran di beberapa negeri yang dikuasai mereka.
Ketua Pembangkang itu turut mengingatkan pemimpin-pemimpin PR perlunya untuk mereka bersikap rendah diri dan belajar menerima pendapat orang lain kerana ianya bakal memudahkan mereka sekiranya pakatan pembangkang itu berusaha menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya perasan, malah dalam kerajaan PR di beberapa negeri ... pemimpin di beberapa peringkat kurang rasa rendah diri.
"Pengalaman itu sangat penting, namun pengalaman kita kurang, kita harus belajar untuk merasa rendah diri," katanya ketika sesi soal jawab selepas merasmikan badan pemikir PKR, Institut Rakyat di Hotel Empire di sini.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar apabila diajukan soalan oleh mereka yang hadir mengatakan selain Anwar, pemimpin PR kebanyakannya kurang berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan.
Soalan berkenaan diajukan seorang hadirin dan bertanya mengenai rancangan Ketua Umum PR itu untuk mentadbir negara sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13 sedangkan sehingga ke hari ini, pembangkang hanya mengutarakan idea baru yang mustahil untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.
Anwar berkata salah satu kaedah yang boleh memastikan peralihan kuasa boleh dilakukan secara aman adalah dengan mendengar nasihat dan pendapat penjawat awam di negara ini.
Malah, beliau turut memuji sebahagian penjawat awam yang pernah ditemuinya semasa masih berada di dalam kerajaan sebelum disabitkan dengan kesalahan liwat pada hujung 90an.
Jelasnya, pemimpin PR harus sedar mekanisme menguruskan kerajaan dan perkhidmatan kakitangan awam, yang mana tegasnya adalah tulang belakang yang mampu membantu kepada pentadbiran kerajaan Persekutuan mahupun negeri.
"Sebahagian mereka (kakitangan awam) ada ... saya nampak, mereka secara tidak langsung terlibat dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.
"Namun sebahagian besarnya, saya berani kata, berdasarkan pengalaman saya di enam kementerian, ada yang sangat komited, dan berdedikasi," katanya.
"Lebih-lebih lagi ketika saya di Kementerian Kewangan."
Pemimpin pembangkang itu berkata sekiranya pentadbiran PR mengamalkan sikap yang baik dan merendah diri, mereka perlukan masa untuk belajar dan mendengar daripada kakitangan awam.
Beliau turut mengemukakan contoh di peringkat kerajaan Persekutuan, berkata sesetengah penjawat awam berjumpanya secara peribadi di pejabatnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sebahagian keputusan Kabinet.
"Jika kamu macam (bekas Perdana Menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), kamu akan dihalau keluar.
"Tapi jika kamu bersabar dan merendah diri ... kemudian kamu kata, baiklah, saya boleh cuba, atau tidak, saya tidak bersetuju, atau saya akan bawa ke Kabinet, sekurang-kurangnya kamu bersedia mendengar luahan mereka."
Tambah Anwar, menghubungkan antara kerajaan dan penjawat awam serta orang awam amat penting bagi memastikan pentadbiran berterusan.
"Buat mereka yang kurang berpengalaman, jangan lupa untuk rasa rendah diri," tambahnya lagi.
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Pusing Selagi Boleh
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?