Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label JPA. Show all posts
Showing posts with label JPA. Show all posts

26 January 2024

Nasib La Korang ... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...


Situasi di Bank ditahun 2026.

Ali Bin Abu : Assalamualaikum tuan.

Mat Bin Along : Waalaikumussalam. Terima kasih sebab datang ke Bank Kapir Malaysia Berhad (BKMB). Boleh saya tahu apa urusan tuan nak buat ye?

Ali Bin Abu : Saya Ali. Saya datang ni nak buat pinjaman peribadi.

Mat Bin Along: Tuan datang di tenpat yang betul. Boleh saya dapatkan semua dokumen yang diperlukan. Tentunya tuan dah tahu tentang semua dokumentasi yang diperlukan.

Ali Bin Abu: Ya, semuanya dah ada dalam sampul ini. Penyata 6 bulan gaji dan surat perjawatan kerja pun saya dah sertakan.

Mat Bin Along: Sekejap ya tuan, saya semak dulu.

Ali Bin Abu: Baiklah.

Mat Bin Along: Err.. tuan adalah kakitangan awam nampaknya. Penyata gaji ni nampak dah cukup padu. Sudah berapa lama tuan berkhidmat?

Ali Bin Abu: Saya dah berkhidmat setahun. Hujung bulan ni genap setahun.

Mat Bin Along:  Kalau ikutkan gaji tuan ni layak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM150 ribu. Cumanya status pekerjaan tuan ni ada sedikit masalah.

Ali Bin Abu: Masalah macam mana tu ye?

Mat Bin Along: Macam ni tuan, Disebabkan status pekerjaan tuan adalah Kontrak, maka pihak bank ada sedikit masalah. Perjawatan tuan adalah mengikut kontrak 3 tahun ke 3 tahun. Jadi kalu mengikut kadar risk yang ada dalam sistem kami, ianya adalah agak kritikal.

Tambah lagi tuan baru berkhidmat setahun. Dan kemungkinan kontrak tuan tidak disambung selepas 3 tahun adalah tinggi.

Ali Bin Abu: Eh, takkan la macam itu? Saya kan bertugas sebagai guru sekolah?

Mat Bin Along: Betul tuan adalah seorang guru, tapi risk analysis bagi bank meletakkan status tuan pada kadar 6 dari kadar 10. Tapi tuan jangan bimbang, tuan masih boleh mendapatkan pinjaman peribadi ni. Cuma ianya sekadar bernilai 6 kali dari jumlah gaji bulanan tuan.

Ali Bin Abu: Oh, begitu ye. Saya cuma boleh buat sebanyak itu je lah?

Mat Bin Along: Betul tuan.

Ali Bin Abu: Err, kalau saya nak beli kenderaan pula?

Mat Bin Along: Yang itu kami boleh berikan pembiayaan macam biaaa seperti pada tahun 2024. Tiada masalah. Cuma ianya sekadar bernilai 60% dari nilai harga kenderaan.

Ali Bin Abu: Okay, kalau gitu saya nak cuba di Bank Scam Malaysia Berhad la pulak.

Mat Bin Along: Saya faham tuan. Cubalah mana tahu mereka boleh berikan nilaian yang lebih baik. 

Ali Bin Abu: Assalamualaikum. Terima kasih tuan.

Mat Bin Along: Waalaikumussalam. Sama-sama.


*** nama bank adalah nama sebenar.

#tiadapencen #kwsp #penjawatawam #kakitanganawam #bank #pinjamanperibadi #loan #personalloan #walanon #bangsaslurpp #polisi #BNM



04 August 2023

Pentadbir KKM? Korang Sedang Layan Ketum Ka?

Bhai/DeeDee semua...

“Pegawai Perubatan @ Medical Officer (MO) yang dihantar ke Hospital Dungun mendapati, semasa mereka melaporkan diri, rupanya penempatan sebenar mereka adalah di kemudahan yang belum lagi beroperasi: Projek Hospital Dungun yang baharu. Ada Pegawai Perubatan yang kemudiannya terpaksa dipindahkan ke penempatan "sementara" di hospital Terengganu yang lain, yang mana jaraknya adalah sekitar 70-192km jauhnya."

Woi admin @ pentadbir kat KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) ... Korang sedang layan ketum ka?? Kalu tak ketum korang layan Gam Dunlop ka???

Gila wei...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ






13 December 2022

Jangan Sombonglah

Bhai/DeeDee semua...

Bukan tak biasa kita tengok pegawai kerajaan (mostly pegawai kerajaan memang Melayu) berperangai pelaq, sombong dan perasan bagoosh... Biasa dah kita tengok camtue... Dan tiap kali pon memang akan terlepas tak kena tindakan...

Cuma kali ini nasib tak baik menyebelahi pegawai level TURUS nih... Hahaha

Memang patut pon dier kena pecat.. cuma lama sangat tindakan nak diambil... Ogos buat perangai... Disember baru kena pecat... patut lagi awal kena... 

Maybe mangkuk nih kena pasai Kerajaan Persekutuan dah bertukar... cuba kalu Kerajaan yang lama... pemerintah yang lama... maybe selamat mangkuk nih... maybe kes dier akan disapu dok bawak karpet... Hahaha... macam la tak biasa kan... Hehehe

Hadan Huker la... hidup janganlah sombong.,,


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) berkuat kuasa, hari ini.

Berdasarkan sekeping surat yang tular hari ini, Mohd. Syafiq turut dibersarakan mengikut perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Jelas surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali itu, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd. Syafiq yang juga merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam.

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, Mohd. Syafiq didakwa telah menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam satu perselisihan faham di antara mereka.


 

04 September 2021

Bila Vaksin Diwajibkan

Bhai/DeeDee semua...

Macam ni la.... pada gua vaksin itu memang wajar diwajibkan kepada semua... mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemerintah... Ini kerana ianya melibatkan warga terbanyak....  

Sebagai contoh... kerajaan mewajibkan semua pemandu yang nak bawa kereta kena ader lesen memandu...  betul... ramai yang boleh memandu walaupun tanpa lesen... tapi apabila berlaku kemalangan yang mana pemandu tidak berlesen.... apakah kata mangsa yang terlibat?

Jadi... memang wajarlah vaksin diwajibkan....

Tapi pilihan jenama vaksin itu tidaklah wajib dipaksakan... Rakyat berhak untuk memilih jenama vaksin yang pada mereka sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.... Itu hak mereka yang dijamin didalam Perlembagaan...

Dan ini memang satu pilihan.... 

Namun.... gua tak bersetuju bilamana golongan guru yang menolak vaksin ini dikenakan tindakan yang agak relaks... sekadar tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.... ini tidak adil bagi warga pendidik yang lainnya yang tidak menolak vaksin. Pada gua... mana-mana kakitangan awam (pendidik) yang menolak vaksin wajarlah dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung tugas/jawatan atau digantung gaji. Ini kerana mereka telah melanggar arahan perjawatan penjawat awan.

Inilah yang sepatutnya.




20 July 2013

Sori... Bab Ini Gua Sentap

Bhai/DeeDee sekalian...  Sori... bab ini memang gua sentap..... dan sebagai memenuhi piawaian Bahasa Malaysia... ini gua tulis artikel ikut pola penulisan standard. Sila abaikan penggunakan kata ganti nama kedua (iaitu perkataan "gua" yang digunapakai) didalam artikel ini..... hahaha....  Jangan mare...

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia disemua sekolah diterapkan adalah kerana kepentingannya dari segi memartabatkan  Bahasa Kebangsaan sebagai Lingua Franca di Malaysia... Ianya dibuat demi memastikan bahawa sebagai rakyat Malaysia, wajib dan patutlah mereka boleh berbahasa Malaysia dengan sebaiknya.

Bahasa Malaysia sepatutnya menjadi satu bahasa perantaraan yang baik sama ada dari segi akademik, pentadbiran mahupun perniagaan. Ianya juga sepatutnya menjadi satu medium komunikasi utama di Malaysia.

Oleh yang demikian, gua tidak bersetuju sama sekali tindakan Kumpulan Pendidik Cina yang cuba menggesa Kementerian Pendidikan agar mengkaji semula peraturan baru waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Ini kerana tindakan seperti ini menunjukkan sikap tidak prihatin dan patriotik terhadap sistem kenegaraan.


Sewajarnya tindakan sebegini ditentang dan dihalang kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa alternatif dan terpinggir di Malaysia. Jika mana-mana sekolah vernakular ingin dan bertegas mahukan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dikurangkan dan melebihkan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, maka sewajarnya pihak Kementerian Pendidikan mengekalkan dan mewajibkan kembali sistem "kelas reform" @ "kelas peralihan" bagi mana-mana pelajar dari sekolah vernakular yang ingin masuk ke sekolah Menengah.

Malah selain daripada "kelas reform @ kelas peralihan", adalah terbaik jika Kementerian Pendidikan dapat melaksanakan kembali Ujian Lisan Bahasa Malaysia pada peringkat SPM sebagai satu daripada ujian wajib yang perlu mendapat kepujian didalam peperiksaan SPM. Jika mana-mana pelajar gagal dalam Ujian Lisan Bahasa Malaysia, maka mereka wajib mendudukinya kembali (mengulang) peperiksaan yang sama pada tahun berikutnya.

Jika gagal Ujian Lisan Bahasa Melayu, maka pelajar tersebut patut digagalkan dalam SPM.

Bersangkutan daripada itu, gua berpandangan bahawa selain ujian MUET Bahasa Inggeris yang diwajibkan diambil oleh semua pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia (IPTA dan IPTS), maka sepatutnya satu lagi ujian wajib yang ditetapkan kepada semua pelajar IPTA dan IPTS adalah ujian khas lisan Bahasa Malaysia (UKLBM).



Itu pun kalau Kementerian Pendidikan ada keberanian dan bertanggung jawab dalam menentukan dasar dan kepentingan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Yang ini gua tidak berani nak jamin sebab Kementerian Pendidikan dari dulu lagi adalah sebuah Kementerian yang selalu tidak bersungguh dalam penentuan sesuatu dasar yang termaktub dalam perlembagaan.

Berkaitan : Guru Cina gesa kaji masa mengajar, belajar BM, BI

Dan sebagai tambahan, semua permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam (termasuk guru di sekolah vernakular) dan sebagainya perlulah para calon lulus dengan cemerlang ujian lisan Bahasa Malaysia yang gua cadangkan dikendalikan secara professional oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

12 January 2012

Biar Betul JUSA Dapat RM 6000 Kenaikan

Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) khabarnyer akan dapat kenaikan sampai RM 6000 biler perlaksanaan SBPA nih berjalan... huh.. banyaknyer... err... info nih gua dapat dari rakan blogger lain...

Gua tak berani nak komen jauh-jauhn sebab maklumat dalaman gua belum dapat lagi sampai hari nih... Dah lama mintak ngan informer gua kat JPA dan Kementerian Kewangan... tapi.. yer la.. depa sibuk sampaikan tabley nak pass info kat gua... hahaha

Aper-aper pon.... kenaikan tue gua rasa jurangnyer terlalu banyak berbanding dengan pegawai yang satu takuk dibawah JUSA nih.... beza khabarnya hampir 8 atau 9 kali ganda.... giler aper perbezaan banyak tue...

Gua rasa aaa.. kakitangan kerajaan masih tak dapat clear lagi penjelasan mengenai SBPA ... Bini gua pon tak berapa clear info... Ntahla... aper sebenarnyer yang depa nak cover ntah ler...

Jangan sampai kakitangan awam buat tindakan boikot terhadap Kerajaan Malaysia udah ler... hahaha .... mampuih...

Oh yer.... malam semalam.. ader informer call kasitau kat gua bahawa sama ader petang hari nih atau pagi esok... Hassan Ali akan buat satu sidang akhbar mengenai jawatan EXCO yang disandangnya... khabarnya dier akan tunjukkan satu surat dari Istana yang mengarahkannya kekal dalam jawatan EXCO Agama di Selangor....

Hahaha.... kalu dier publish surat tue... cuba cek kesahihannyer... gua percaya memang sohih... sebab ader pihak dah tolong dier untuk dapatkan surat tue... Istana pulak senang nak sign surat yang dikarang dan dirangka oleh puak-puak tue... hahahaha

Kiter tengok dan lihat...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1