Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pendidik. Show all posts
Showing posts with label Pendidik. Show all posts

31 December 2022

Jangan Sampai Ianya Terjadi Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Korang mungkin tatau yang warga pendidik terutamanya guru atau cikgu yang mengajar di sekolah terutamanya sekolah milik kerajaan amat terdedah dengan tekanan... Penderaan mental amat kuat berlaku terutamanya di sekolah rendah... dimana kumpulan pentadbir (Guru Besar / Pengetua) terlalu berikan tekanan kerja dan tugasan buat para cikgu.... sehinggakan kerja hakiki cikgu ini terganggu dan terabai..

Kalu nak citer detail panjang sangat.... tapi kalu korang rajin... bersembang lah dengan mana-mana guru... terutamanya yang mengajar di sekolah rendah... Bab jadi eksperimen jangan cerita la... macam-macam kena.... Sekolah Amanah la... Sekolah Kluster Kecemerlangan la... macam-macam jenis sekolah.... dan kekadang tu satu sekolah pun terlibat dalam banyak kategori...

Yang jadi mangsa... cikgu dan murid...

Cuma kita harap sangat la benda yang berlaku di Jepun nih takkan terjadi di Malaysia.... walaupun sebenarnya dah memang terjadi pun.... tapi itu la... kita still tak dapat nak elakkan benda nih..

Apa pun... harapan utama gua... jangan sampai dah kronik baru nak nampak.... baru nak amik tindakan... masa tu dah tak berguna.... pegawai di PPD (terutamanya Nazir) dan JPN sampai yang kat Putrajaya banyak yang cakap jer pandai... suruh handle kelas 35 orang pun takkan boleh punya..

Sembang je lebih...


Bilangan guru sekolah awam di Jepun yang mengambil cuti selama sebulan atau lebih kerana mengalami masalah kesihatan mental mencecah lebih 10,000 orang buat kali pertama pada tahun akademik 2021, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Jepun pada 26 Disember lalu.

Bagi tahun persekolahan 2021, seramai 10,944 guru sekolah awam mengambil cuti panjang selama sebulan atau lebih kerana masalah kesihatan mental termasuk kemurungan. 

Ia merupakan peningkatan sebanyak 15.2 peratus atau 1,448 orang berbanding tahun akademik sebelumnya. 

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun percaya bahawa punca keadaan itu adalah masa bekerja yang panjang. 

Ia merupakan masalah berterusan di sekolah selain di samping isu peningkatan beban kerja guru muda.

Tinjauan tersebut melibatkan kira-kira 919,900 guru di sekolah rendah awam, menengah rendah, menengah atas dan keperluan khas serta institusi lain seumpamanya di seluruh Jepun. 

Sementara itu, daripada 10,944 guru yang mengambil cuti jangka panjang tersebut, seramai 5,897 tenaga pengajar mengambil cuti lebih 90 hari, yang merupakan had am cuti sakit diperuntukkan kepada mereka.

30 December 2022

Akhirnya Maszlee Malik Juga Bersuara

Bhai/DeeDee semua...

Nada yang sama disuarakan oleh Maszlee Malik... Tempohari masa keluar nama Menteri Pendidikan bagi kabinet Anwar Ibrahim ... yang mana meletakkan seorang dari bidang Guaman menjadi Menteri Pendidikan... gua dah katakan ini memang bodoh dan jahanam...

Ramai marah gua... ramai kecam gua,... ramai Walanon dan Bangsa Slurpp semua tibai gua... Hahaha... sebab pada depa pilihan Anwar Ibrahim tue tepat sangat....

Walhal.. macam gua kata tempohari... golongan perguruan nih semua pelik dan macam terkilan bilamana orang dalam bidang Guaman yang naik untuk menjadi ketua dalam bidang Pendidikan... iaitu Menteri Pendidikan....

Benda betul.... pendidikan mestilah diterajui dari kalangan orang yang terlibat dalam bidang pendidikan... tak patut sangat ntah kutip dari mana terus jadi ketua yang nak lead pendidikan.... Huhuhu... makanya akan menjadi la beberapa eksperimen nanti... semata-mata dier nak pahamkan bidang pendidikan nih...  Bidang pendidikan nih kompleks... yang mana hanya jauhari yang mengenal mutu maknikam...

La nih... Maszlee Malik pun dah bersuara... so .... makna kata betul la kan apa yang gua kata tempohari...

Walanon dan Bangsa Slurpp mana tau apa.... bodoh sama naik macam Walaun dan Macai.... Hahaha


Kerajaan disaran melantik golongan dalam bidang pendidikan sebagai menteri pendidikan dan pengajian tinggi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Tindakan itu, kata bekas menteri pendidikan Maszlee Malik, bagi membolehkan kebebasan akademik dipertahan.

“Kita harap bila PRU16, kita letakkan, buat duluan, iaitu yang menjadi menteri pendidikan atau pendidikan tinggi, bukan orang politik.

“Biar orang dalam (bidang) pendidikan sendiri, orang yang tahu isi hati dan hala tuju,” kata bekas pensyarah yang terjun ke bidang politik itu.

04 September 2021

Bila Vaksin Diwajibkan

Bhai/DeeDee semua...

Macam ni la.... pada gua vaksin itu memang wajar diwajibkan kepada semua... mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemerintah... Ini kerana ianya melibatkan warga terbanyak....  

Sebagai contoh... kerajaan mewajibkan semua pemandu yang nak bawa kereta kena ader lesen memandu...  betul... ramai yang boleh memandu walaupun tanpa lesen... tapi apabila berlaku kemalangan yang mana pemandu tidak berlesen.... apakah kata mangsa yang terlibat?

Jadi... memang wajarlah vaksin diwajibkan....

Tapi pilihan jenama vaksin itu tidaklah wajib dipaksakan... Rakyat berhak untuk memilih jenama vaksin yang pada mereka sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.... Itu hak mereka yang dijamin didalam Perlembagaan...

Dan ini memang satu pilihan.... 

Namun.... gua tak bersetuju bilamana golongan guru yang menolak vaksin ini dikenakan tindakan yang agak relaks... sekadar tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.... ini tidak adil bagi warga pendidik yang lainnya yang tidak menolak vaksin. Pada gua... mana-mana kakitangan awam (pendidik) yang menolak vaksin wajarlah dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung tugas/jawatan atau digantung gaji. Ini kerana mereka telah melanggar arahan perjawatan penjawat awan.

Inilah yang sepatutnya.




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1