Bhai/DeeDee semua..
Dulu gua tinggal agak lama di Shah Alam... Duduk di Seksyen 7 dan kemudiannya di TTDI Jaya... Lebih 10 tahun.... jadi gua rasa gua boleh bagi komen tentang apa isu sebenarnya di HTAR...
Masa zaman gua nih... Takder lagi Hospital Kerajaan di Shah Alam... paling dekat Hospital Kerajaan cuma ader di Klang, Sg Buluh dan di Universiti Malaya... Walhal penduduk kawasan nih cukup ramai.... bayangkanlah....
So apa option yang ada buat penduduk Shah Alam... terpaksalah ke Klang (itu paling dekat) ... Sg Buloh pun agak jauh juga kalu korang amik jarak perjalanan dari tengah Shah Alam... Penduduk ramai... itu belum masuk yang memang dari Klang, Pandamaran, Port Klang dan Meru...
Jadi memang ramai orang dikawasan nih... dan semua tertumpu di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang... pernah gua perasan... di kawasan bersalin.... ibu-ibu hanya diletakkan dalam stretcher jer... sebab katil tak cukup... staff pun tak cukup... adoilah....
Kalu lu nak pi Jabatan Pesakit Luar... lagi naya... masak menunggu.... huhuhu... queue time memang mengarut... bilangan doktor berbanding jumlah pesakit pun tak berapa nak tally.... huhuhu
Gua ingat lagi.... masa gua bawak anak sulung gua secara mingguan di Hospital Universiti Malaya atas rutin "Hips Dislocation"... masuk nama pukul 8 pagi... pukul 2.30 petang pun belum tentu dapat jumpa doktor pakar... Itu HUM ... bayangkan kalu di HTAR ... masak aaa
Nak selesaikannya mudah jer... Bukak lagi satu Hospital Kerajaan (Awam) di Meru contohnya... atau pun di Bandar Sultan Sulaiman.... InsyaAllah .... kesesakan di HTAR dapat dikurangkan.... Nak lagi bagoosh.... buat Hospital baru tue boleh handle 300 katil .... makna kata ianya akan punyai Jabatan Pesakit Luar yang lebih besar.... amacam??
Dengan ketirisan yang dah banyak dalam beberapa projek kerajaan sebelum nih.... patut dah boleh buat dua tiga buah hospital baru...
Hospital baru 300 katil cuma perlu modal sebanyak RM600 juta jer.... Aper ader hal...
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membuat kunjungan mengejut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor, malam tadi.
Berpakaian kasual dan berpelitup muka, dia duduk berbual dengan sejumlah pesakit yang sedang menunggu rawatan di jabatan kecemasan hospital berkenaan.
Kunjungan itu dibuat tanpa memaklumkan kepada pihak hospital terlebih dulu.
Menurut seorang pegawainya, Zaliha hadir untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang perkhidmatan di situ terutama isu waktu menunggu yang lama di jabatan kecemasan.
Zaliha bukanlah menteri pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang melakukan kunjungan mengejut di kemudahan di bawah kementeriannya.