Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Institusi Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Institusi Kewangan. Show all posts

26 January 2024

Nasib La Korang ... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...


Situasi di Bank ditahun 2026.

Ali Bin Abu : Assalamualaikum tuan.

Mat Bin Along : Waalaikumussalam. Terima kasih sebab datang ke Bank Kapir Malaysia Berhad (BKMB). Boleh saya tahu apa urusan tuan nak buat ye?

Ali Bin Abu : Saya Ali. Saya datang ni nak buat pinjaman peribadi.

Mat Bin Along: Tuan datang di tenpat yang betul. Boleh saya dapatkan semua dokumen yang diperlukan. Tentunya tuan dah tahu tentang semua dokumentasi yang diperlukan.

Ali Bin Abu: Ya, semuanya dah ada dalam sampul ini. Penyata 6 bulan gaji dan surat perjawatan kerja pun saya dah sertakan.

Mat Bin Along: Sekejap ya tuan, saya semak dulu.

Ali Bin Abu: Baiklah.

Mat Bin Along: Err.. tuan adalah kakitangan awam nampaknya. Penyata gaji ni nampak dah cukup padu. Sudah berapa lama tuan berkhidmat?

Ali Bin Abu: Saya dah berkhidmat setahun. Hujung bulan ni genap setahun.

Mat Bin Along:  Kalau ikutkan gaji tuan ni layak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM150 ribu. Cumanya status pekerjaan tuan ni ada sedikit masalah.

Ali Bin Abu: Masalah macam mana tu ye?

Mat Bin Along: Macam ni tuan, Disebabkan status pekerjaan tuan adalah Kontrak, maka pihak bank ada sedikit masalah. Perjawatan tuan adalah mengikut kontrak 3 tahun ke 3 tahun. Jadi kalu mengikut kadar risk yang ada dalam sistem kami, ianya adalah agak kritikal.

Tambah lagi tuan baru berkhidmat setahun. Dan kemungkinan kontrak tuan tidak disambung selepas 3 tahun adalah tinggi.

Ali Bin Abu: Eh, takkan la macam itu? Saya kan bertugas sebagai guru sekolah?

Mat Bin Along: Betul tuan adalah seorang guru, tapi risk analysis bagi bank meletakkan status tuan pada kadar 6 dari kadar 10. Tapi tuan jangan bimbang, tuan masih boleh mendapatkan pinjaman peribadi ni. Cuma ianya sekadar bernilai 6 kali dari jumlah gaji bulanan tuan.

Ali Bin Abu: Oh, begitu ye. Saya cuma boleh buat sebanyak itu je lah?

Mat Bin Along: Betul tuan.

Ali Bin Abu: Err, kalau saya nak beli kenderaan pula?

Mat Bin Along: Yang itu kami boleh berikan pembiayaan macam biaaa seperti pada tahun 2024. Tiada masalah. Cuma ianya sekadar bernilai 60% dari nilai harga kenderaan.

Ali Bin Abu: Okay, kalau gitu saya nak cuba di Bank Scam Malaysia Berhad la pulak.

Mat Bin Along: Saya faham tuan. Cubalah mana tahu mereka boleh berikan nilaian yang lebih baik. 

Ali Bin Abu: Assalamualaikum. Terima kasih tuan.

Mat Bin Along: Waalaikumussalam. Sama-sama.


*** nama bank adalah nama sebenar.

#tiadapencen #kwsp #penjawatawam #kakitanganawam #bank #pinjamanperibadi #loan #personalloan #walanon #bangsaslurpp #polisi #BNM



28 July 2023

Benda Betul Pun Takut Cakap Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... ini semua lawak... siap ubah statement lagi... Hahaha... walhal semua orang dalam dunia kewangan dan perbankan tahu yang statement asal itu adalah yang benar... Hahaha... nampak sangat la Maybank kena tekan... kena sound... hahaha...

Lawak la Maybank nih...

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Cover Baek Punya


25 July 2023

Maybank Pun Tak Percaya ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Maybank pun tak percaya ... sampai kata dasar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim (PMX) adalah tidak jelas .... Hahaha...

Bukan sajer orang biasa yang cakap dasar tak jelas.. tapi puak-puak institusi kewangan dan perbankan... What do you expected.... Hahaha... kalu dengar cakap WalaNON dan Bangsa Slurpp ... mesti depa kata yang institusi kewangan dan perbankang nih tak pandai... nak buat kerja sabotaj... Hahaha.... Semua mesti bekap punya...

Walhal... setakat nih tak nampak apa dasar yang mampan... pelaburan yang masuk... setakat MOU pelaburan tue semua tagune kalu satu pun tak sampai ke sini... TESLA ...  itu bukan pelaburan.. dier cuma bukan sales office jer kat sini... bukan bawak industri dan pembuatan ke sini...

Hahaha....  adoilah..

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Maybank Pun Tak Yakin




07 May 2023

Impak OPR Terhadap Ekonomi dan Rakyat

Soalan : Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, adakah kenaikan kadar OPR akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih berkembang atau menguncup. Bagaimana pula dengan impak kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan?

Jawapan : Kenaikan kadar OPR (Overnight Policy Rate) adalah keputusan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa dan matlamat jangka panjang untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Kenaikan kadar OPR biasanya dilakukan untuk mengawal inflasi, yaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Namun begitu, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada kewangan dan perniagaan. Institusi kewangan yang berada di Malaysia seperti bank-bank akan menaikkan kadar faedah pinjaman mereka secara umum apabila kadar OPR naik, dan ini mungkin memberi kesan terhadap golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

Secara umumnya, kenaikan kadar OPR akan memberi kesan pada kewangan dan perniagaan, tetapi kesan kepada rakyat terutamanya golongan B40 mungkin bergantung pada keadaan semasa dan bagaimana pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengawal kesan buruk daripada kenaikan tersebut.

Oleh kerana kenaikan kadar OPR akan menyebabkan peningkatan kos pinjaman, ia boleh memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang bergantung pada pinjaman untuk memenuhi keperluan asas seperti pembelian rumah dan kenderaan. Kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada pasaran saham dan pertukaran wang asing.

Namun, jika dilihat dari sudut yang lain, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi impak positif kepada ekonomi negara dengan meningkatkan kemenjadian dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, keputusan untuk menaikkan atau menurunkan kadar OPR sepatutnya diambil berdasarkan keadaan semasa ekonomi negara dan perlu diimbangi dengan keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi jangka panjang.

Selain itu, perlu ada langkah-langkah melindungi golongan B40 dan membantu mereka menangani kesan kenaikan kadar faedah ini seperti memperkenalkan skim khas atau memberikan bantuan kewangan yang sesuai.

Berkaitan : Operasi Peras Rakyat?, OPR Naik Kali Ke 5,

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



09 August 2021

AKPK? Agensi Kerajaan Paling Tahi Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Tanyalah siapa sahaja yang pernah berurusan dengan AKPK selepas ada masalah dengan pekerjaan mereka... dan terpaksa susunatur balik pinjaman (perumahan, kenderaan atau pinjaman peribadi).... pastinya ramai yang akan kata AKPK adalah agensi kerajaan yang paling tahi di Malaysia..

AKPK adalah agensi yang paling tak boleh pakai...

Simple as that.

- NPC International Inc. antara operator franchisee terbesar Pizza hut dan Wendy dengan 1,200 Pizza Hut dan 385 restoran di bawah fleetnya, beroperasi berpuluh tahun sejak 1962 pun cut loss isi borang Chapter 11 baru baru ini.

- Lufthansa gergasi penerbangan Jerman yang berpuluh tahun running dari 1953, dari hampir 5 bil USD cash reserves bungkus.

- 24 hours fitness yang mempunyai 500 gym dengan hampir 20ribu pekerja pun terpaksa buang hampir 9000 pekerja, tutup lebih 100 gym dan buat pinjaman baru sebanyak 250 juta untuk maintain apa yang masih ada sebelum isi borang chapter 11, 2 bulan lepas.

- AirAsia burn RM2bil cash pile sampai terpaksa buat hutang baru RM500 juta untuk elak ikat tepi.

Dan kau expect SME yang kecik kecik ni, yang baru setahun jagung, boleh urus tunai dengan cekap dalam prolong environment tahpape macam sekarang ni?

Bantuan seciput RM2-3K yang mungkin hanya lepas bayar bil sewa sebulan tu?

Ntahlah..

Kadangkala betul lah jugak bila orang kata..bercakap dari kerusi empuk dengan gaji tetap tu senang.




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1