Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Belasah. Show all posts
Showing posts with label Belasah. Show all posts

08 September 2023

Kelakar Sungguh La

Bhai/DeeDee semua...

Korang dulu kena belasah sampai berdarah pecah kepala ngan FRU kat Jalan Kebun?  Sogo? Jalan TAR? 

Kah Kah Kah ….

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



16 June 2023

Jangan Berlebih Masa Siasatan

Bhai/DeeDee semua...

Ada banyak cara nak dapatkan maklumat semasa siasatan... Ader cara keras ... ader cara lembut... Tapi banyak orang pilih nak gunakan cara keras untuk mendapatkan maklumat...

Gua lain...

Gua akan dapatkan maklumat semasa siasatan dengan cara paling lembut... paling tak mencederakan... paling cool...

Ini memang gua amalkan sejak sekian lama...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ


Siasat Sampai Mati


25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

04 January 2023

Cara Nak Majukan Sukan Di Malaysia ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... akhirnya terbocor juga cara untuk kecemerlangan dalam bidang sukan di Malaysia...
Coach patut kena amalkan belasah player kalu nak maju semua jenis sukan di Malaysia nih. Ingat tue...

Hahaha ....

Baru lah Malaysia boleh jadi "Numero Uno" dalam bidang sukan...


Pelajar yang ditampar jurulatih, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim memberitahu, semangat pasukannya terus me­lonjak selepas ditempeleng sebelum menang ke atas pasukan Johor untuk melayakkan mereka mara ke peringkat separuh akhir. 

Mengimbau semula kejadian itu, Nur’ Saidatul Akma membe­ritahu, insiden itu berlaku selepas pasukannya terlepas beberapa peluang sehingga ke­tinggalan lima mata kepada pihak lawan dalam kejohanan Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.

04 May 2021

Nak Jadi Samseng Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Semalam tular satu video pendek berdurasi 1 minit 53 saat di Youtube yang menunjukkan satu kegiatan samseng yang dilakukan oleh Yusof Azmi dan rakan-rakannya yang membelasah seorang warga asing berbangsa Bangladesh disebuah kaki lima kawasan perniagaan.

Dan hari ni telah dapat berita yang PDRM telah amik tindakan menangkap semua pelaku termasuk ketuanya iaitu Yusof Azmi untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Gua cukup bersetuju dengan tindakan PDRM nih... tak perlu tunggu ada laporan daripada rakyat atau mangsa... ader sahaja yang viral teruslah amik tindakan... Ini penting.. sebab kalu tak dibendung awal... maka ianya akan menjadi lebih kronik.

Samseng taik kucing macam Yusof Azmi nih tak boleh dibiarkan bermaharajalela sebab ianya akan menjadikan keadaan tidak terkawal. Mamat Yusof Azmi nih bukan sajer buat kerja gangster tapi juga kutip wang perlindungan...


01 March 2021

Pelik Juga Bila Polis Juga Melindungi Gengster

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan dalam beberapa insiden yang dikenalpasti.... terdapat anggota Polis yang juga melindungi gengster... Ada yang sampai bila ketua gengster kaki pukul dan peras ugut singgah berurusan di balai polis.... ader anggota polis yang siap cium tangan ketua gengster tue...

Nak kata ader ikatan sedara mara tidak lah pulak.... sebab anggota polis tersebut bukan orang kawasan itu...

Yang menariknya... ketua gengster kaki pukul dan peras ugut tu siap berbangga dengan kad keahlian Kelab Anti Jenayah (siap bernombor siri 000001) lagie (lambang pada kad Kelab ini meragukan @ maaf tak sempat shotkan gambarnya) .. hahahaha ... dier siap berbangga dengan kehebatannya dalam jenayah... bunuh dan pukul..... sembangnya...

Gua jadi pelik gak... macam mana institusi kepolisian boleh berjalan seiring dengan kongsi gelap, gengsterisme, dan segala macam jenayah....  siap boleh keluar masuk dan bertepuk tampar dengan pegawai-pegawai polis di balai...

Ader deal dan kawtim baik ka??

Takkan tanya pon salah.....



05 March 2019

Kesian Kena Tinggal

Bhai/DeeDee semua...

Dulu biler blogger AdukaTaruna buat sesi terjah Abdul Hadi Awang di Rusila ditemani dengan gua dan sorang lagi kawan... berkenaan isu penyatuan UMNO dan PAS (pada masa itu dikenali sebagai  Kerajaan Perpaduan)... bukan main kecoh alam siber dan alam real menyalahkan kitorang... malah ada episod belasah dan tahan oleh pemuka-pemupa PAS di Masjid Rusila... Diorang kata kamilah yang bawak fitnah berkenaan penyatuan UMNO PAS ni...

La ni... terbukti apa yang kami dah kesan awal tu adalah benar belaka... dan memang dari kes terjah di Rusila tu ... hilang respek gua terhadap Abdul Hadi Awang... dua sebab gua hilang respek... pertamanya adalah sebab Abdul Hadi Awang telah terbukti menipu (masa tu) bila mana dia telah menipu dalam satu mesyarat dalaman PAS yang mana dia mengatakan bahawa tiada usaha untuk kerjasama dengan UMNO masa itu walhal bukti telah ada) dan keduanya apabila beliau sebagai seorang tuan guru telah membiarkan berlakunya kekasaran terhadap AdukaTaruna dilakukan oleh pemuda PAS tanpa berniat untuk menghalang atau meleraikan.

Hilang respek sejak itu sampailah sekarang kerana Abdul Hadi Awamg telah dikesan kerap menipu dalam beberapa kenyataan yang dibuatnya...

Even Parti Ikatan pon kena tipu buta-buta sahaja yang mana sekarang ni Parti Ikatan telah ditinggalkan begitu sahaja setelah termetrai kerjasama UMNO PAS...

Walaupun gua tetap ahli PAS sampai la ni dan akan datang.... tapi gua hilang respek dengan ramai pimpinan PAS yang asyik kerap menipu demi untuk kepentingan politik dan peribadi mereka... Maaflah yer... Rosak Islam kerana penipuan semacam dibenarkan oleh golongan yang katanya hebat ilmu agama.

02 June 2013

Skot Gempur Kacang Hantu

Bhai... gua paling tak tahan biler baca tentang isu Red Bean Army yang dikepohkan oleh Utusan Malaysia... hahaha... bukan aper... setahu gua aaa.... hanya pencacai UMNO/BN jer yang perlu dibayar... kalu kat belah sini... semuanya free jer.... hahaha.....

Tambah lagi biler terpapar dalam Internet gambar nih.... gambar 'Skot Gempur Kacang Hantu" ..... hahaha... lawak aaa... perut gendut dan boroi pon ader hati nak jadi skot gempur.... hahahaha.... skot gempur makan kenduri ader la.... hahahaha... lawak siot...


Geng-geng 'Skot Gempur Kacang Hantu" nih la yang patut PDRM siasat... pasai aper perut sudah jadi gendut dan boroi... mesti pasai ader makan banyak rasuah kot.... hahahaha.... Aper daaa... spesis nih pon ader hati nak jadi Kacang Hantu @ Samseng.... hahaha... lawak siot...

Rasanyer geng nih kalu sampai pintu lokap jer dah mampus sesak nafas... belum lagie kena belasah ker hentak ker dinding ker... atau dibogelkan dan didudukkan atas ais.... hahaha... mau lagi cepat matinyer... Hahahaha....

P/S : Isteri PM tue saper aaa... Isteri Muhyiddin Yassin ker... Atau Isteri Mahathir Mohamed? Kalu Rosmah Mansor tue... dier ader maruah ker???

Patutlah Khir Toyo Mengelat

Bhai..... Patutlah Khir Toyu mengelat ......Baru gua tau kenapa Khir Toyo menggunakan macam-macam helah dan strategi untuk mengelakkan dier dari ditahan di lokap polis.... Sebab  kadar kematian di lokap polis aderlah tinggi.... Hahaha... pasai itu lar biler gua bawak maklumat yang UncleSeeker berkemungkinan dibelasah di lokap... ramai yang terkejut, marah-marah, tak percaya malah memandang sinis maklumat gua tue.... hahaha

Tapi takper... at least UncleSeekers tak belasah kat lokap... begitu juga ramai lagi blogger lain.... Alhamdulillah..... hahahaha... Malah ader yang mendapat layanan yang agak baik oleh anggota PDRM yang rasional....

Err... gua tak pernah kata anggota PDRM yang belasah... tapi biasa la... kalu lu orang tau teknik soalsiasat PDRM.... hahaha... mesti lu orang ader terkejut,..... cumanyer gua rasa dalam kes nih... errr... ader citer lain nih... hahaha...

Betul-betul ader isu hazard kat dalam lokap Polis Di Raja Malaysia nih..... hahahaha.... Ader satu yang tak terjawab dalam laporan berita dibawah nih.... aderkah tahanan tue dilokap berasingan atau dilokap dalam keadaan ramai-ramai.... sebab banyak kejadian di Malaysia nih... lokap terlalu sesak giler... sampai ader pernah gua tengok dengan mata kapla gua... 20 orang dalam satu lokap balai yang bersaiz 10 kaki x 10 kaki kalu tak silap .... Ini gua tengok sendiri sekitar hujung tahun 90'an.... hahaha .. lokasi tak payah la lu orang tau.... tapi ini antara lokap paling glamer yang selalu orang awam dengar nama dier.... hahahaha ....


TAMPIN - Seorang tahanan disahkan mati dalam lokap oleh kakitangan Hospital Tampin (HT) kira-kira jam 7 malam selepas dia didapati tidak sedarkan diri jam 6.30 petang di Lokap Balai Polis Tampin, di sini, semalam.

Sumber berkata, tahanan lokap berkenaan, P V Karuna Nithi, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Tampin pada 31 Mei lalu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan tawaran jaminan RM4,000 dan tiada penjamin.

Menurutnya, tahanan berkenaan tidak dihantar ke Penjara Sungai Udang pada 31 Mei lalu kerana kes akan disebut semula 3 Jun ini dan terdapat kesalahan ejaan pada nama tahanan itu di waran Penjara Sungai Udang.

“ Tahanan lokap ditahan pada 28 Mei lalu susulan kes memukul isterinya dengan menggunakan topi keledar di hadapan salah sebuah bengkel di Taman Muhibbah, Gemencheh.

“Isteri pengadu mendapat cedera di kepala sebelah kanan. Si mati didapati ketagihan arak dan tidak mahu makan sejak dua hari lepas, " katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Isa Ujang ketika ditemui mengesahkan kejadian berkenaan. - SUMBER

30 May 2013

Kerja Pejabat Atau Gantung Tugas?

Bhai... Mana satu yang lebih relevan... Pegawai Polis yang sedang disiasat kes salah laku hanya dikenakan tindakan kerja pejabat atau gantung tugas??? Mana satu yang lebih relevan...

Pada gua aaa... Sepatutnya pegawai PDRM yang sedang dalam siasatan ... Perlulah digantung tugas... Sehingga siasatan selesai... Kalu stakat kena pindahkan kerja pejabat... Gua rasa kureng sesuai... Sebab ianya boleh memberikan kesan terhadap siasatan...

Biler aaa IA kat PDRM nih nak ikut stendet International... Hahaha... Lawak betul lar... Patut kalu ader kes salah laku yang menyebabkan kematian... Semua suspek perlu digantung tugas sehingga semua siasatan selesai... Ini tidak... Memalukan sungguh lar perkhidmatan kepolisian jer... Aper daaa ....

Err... Ader paham ka???

22 March 2013

TERKINI: Papagomo Diliwat Di Segambut

Segambut, Kuala Lumpur. 22 Mac 2013.

Seorang pengamal media bebas pro-UMNO dalam talian yang dikenali dengan nama pena PapaGomo telah diliwat tengahhari tadi di Segambut.

Mengikut maklumat daripada saksi, dua orang lelaki yanh menunggang motosikal berkuasa tinggi telah berjaya meliwat PapaGomo secara bergilir-gilir sehingga berlaku kecederaan pada kepala PapaGomo.

Kecederaan ini adalah disebabkan oleh perlakuan liwat yang sadis tanpa belas ehsan kepada mangsa walaupun mangsa merayu beberapa kali agar tidak diperlakukan begitu.

Kini mangsa (PapaGomo) sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Ujian DNA dan penembusan di kemaluan juga diberitakan sedang dibuat oleh pakar perubatan HKL.

Saksi juga mengatakan salah seorang lelaki yang meliwat PapaGomo itu kelihatan mirip Anwar Ibrahim.

Maklumat selanjutnya akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

(C) 2013 Nonama News Agency - NONAMA

25 January 2013

Hanya Di Malaysia....

Bhai... Kalu lu nak tau.... hanya kat Malaysia jer... orang mati masih lagi kena gari... maybe takut jadi hantu atau Zombie Kampung Pisang kot.... pastu jalan sendiri dan mengganggu orang ramai... Hebat tau bhai... Dalam dunia nih takder tempat lain yang sehebat Malaysia... hanya di Malaysia jer bhai ader benda camnie... hahaha

Punya la dasat .... kalu dah mati pon masih bergari... gua tak tau la aper cerita nih... Cukup la kalu dah mati dalan keadaan bergari tue... tangkap jer gambar tangan sedang bergari... aper kejadahnya sampai ke rumah mayat (forensik) pon masih gari tak bukak....

Ini SOP mana punya nih.... IO (Investigative Officer @ pegawai penyiasat) kes nih orang baru ker... takkan dier tak tau SOP ... takkan la dier takder budibicara.... Aper daa... Setahu gua... mengikut undang-undang... suspek yang sedang bergari tidak boleh dibelasah, dipukul atau dicederakan... Malah apa sahaja tindakan kacau ganggu adalah dilarang sama sekali... Ini SOP asal dalam perkhirmatan PDRM...

Tapi tak tau la yang ini ikut mana punya SOP... maybe diorang ikut Rahim Thamby Chik punya spesial SOP.... hahahaha


21 January 2013

SAH: Sinar Harian Terkhilaf

Bhai... Gua memang ada sedikit respek kepada akhbar Sinar Harian. Setakat nih dia ada menampakkan sedikit ketelusan dalam pemberitaannya. Tapi... biler baca artikel di Sinar Harian tengah hari nih.. gua rasa aaaa ader sedikit silap yang dilakukan oleh Sinar Harian.

Sinar Harian telah terkhilaf dalam menulis fakta dalam satu rencara mengenai 2012, Tahun Malang Pengamal Media yang disiarkan dalam terbitan Sinar Harian hari ini.

Ada sesuatu yang Sinar Harian lupa untuk masukkan. Bagaimana para pengamal media di Malaysia terutamanya jurugambar (tetap mahupun bebas) yang juga telah menjadi mangsa keganasan yang berlaku semasa bertugas.

Kita tidak dapat nafikan bahawa berlaku keganasan melampau oleh anggota keselamatan iaitu Polis pada pengamal media terutamanyaa kepada jurugambar sepertimana yang kita dapat lihat dan saksikan pada perhimpunan BERSIH 3.0 (28 Julai 2012) yang baru berlalu.

Kita biasa dengar pengamal media diancam oleh pihak pengganas dan sebagainya diluar negara. Namun kita tidak pernah dengar pengamal media diperlakukan serupa oleh anggota keselamatan pihak yang berkuasa. Jurugambar dipukul dan dibelasah, kamera dirampas, kamera dipecahkan, kad memori dirampas dan ader juga kes gambar dipadamkan.

Betapa teruknya pengamal media di Malaysia diperlakukan sedemikian oleh anggota PDRM di Malaysia. Maknanya Malaysia setaraf juga dengan Syria, Lubnan, Somalia, Pakistan, Mexico, Brazil, Nicaragua, Paraguay dan juga di Afrika Tengah. Maknanya kerajaan Malaysia sama juga mempunyai perangai seperti pengganas dan kerajaan korup di Amerika Latin.

Memalukan sungguh la.... hahaha... nak buat camana... Itulah Malaysia .... hahaha


11 January 2013

Apa Lu Patut Buat?

Bhai... ini aderlah senarai gua untuk aper yang lu (sebagai pendemonstran atau pemerhati) patut buat pada HKR112 .... Gua takmo nak citer pasai isi HKR tue aaa.... gua nak citer pasai sisi lain... Jadi sila baca dan pahamkan serta kalu boleh sila buat benda nih.....

  1. Amik gambar mana-mana anggota PDRM yang membelasah mana-mana peserta
  2. Amik gambar mana-mana anggota PDRM yang membelasah mana-mana wartawan atau jurugambar
  3. Amik gambar mana-mana anggota PDRM yang tidak memakai tanda nama dan nombor siri anggota Polis.
  4. Amik gambar mana-mana anggota PDRM yang memakai pakaian preman
  5. Amik gambar mana-mana anggota PDRM yang memakai topeng muka dan berpakaian preman
  6. Amik gambar agen provokatur yang menghasut agak melakukan tindakan yang tidak mengikut aper yang diarahkan oleh Urusetia HKR.
  7. Amik gambar agen provokatur yang membalingkan bom asap/gas pemedih mata jenis lempar tangan
  8. Amik gambar mana-mana orang yang bertindak merosakkan harta awam dan vandalisma
  9. Amik gambar mana-mana orang awam yang menggunakan kekerasan...
  10. Amik gambar mana-mana orang awam yang membawa senjata (besi, kayu atau batu)
  11. Amik gambar mana-mana perkara yang nampak mencurigakan
  12. Amik gambar mana-mana peralatan telekomunikasi yang nampak mencurigakan (mobile jammer)
  13. Amik gambar mana-mana kenderaan yang membawa peralatan telekomunikasi (banyak antena dan sebagainya) serta dapatkan nombor plet kenderaan tersebut
  14. Amik gambar apa-apa sahaja aktiviti yang nampak mencurigakan
  15. Amik gambar sebanyak yang boleh... supaya senang dikemudian hari untuk membuat pengecaman.
  16. Amik gambar still photo dan juga video
So... ini hanyalah sebahagian jer... kalu lu orang tau yang lain... sila tambah... yang penting bawak kamera dan amik gambar banyak-banyak.... nanti publishkan supaya kiter semua boleh semak satu persatu....

Sebagai contoh... cuba tengok dalam kedua-dua gambar dibawah nih.... takder sorang wartawan media pon nak komen atau tanya... kalu gua pergi taklimat nih... sesia jer diorang PDRM nih kena sound dan soal ngan gua.... Soalan gua aderlah berbunyi begini....

"Aper kejadahnyer macam nih cara berpakaian anggota PDRM ... setakat ader nama jer... boleh aaa letak nama saper pon... belum tentu itu nama dier yang sebenarnya.... Wei.. dimana nombor siri anggota nih.... Nih mana punya SOP nih.... KPN dan semua yang terlibat nih betul ker anggota PDRM ... Kenapa takder kad anggota terpamer samer... Bukankah semua anggota ader kad anggota (macam bentuk pas media tue) ...."




10 January 2013

Marshall Polis?

Bhai.... Hahaha... PDRM dah sediakan 50 orang anggota untuk jadi Marshall bagi membantu wartawan untuk keluar dari kawasan bahaya... Hebat tue bhai.. Polis akan eskot wartawan dan jurugambar.... Hahaha...

Bahaya tara mana aaaa... Selama nih yang belasah wartawan dan jurugambar nih saper aaa... Para demonstran ker... Memang la dalam kes BERSIH 3.0 ader sorang jurugambar kena belasah oleh demonstran... Tapi tengok pasai aper dier kena... Pasai dier dok dalam kereta polis... Kat bahagian driver... Itu satu kes jer bhai..

Tapi... Berapa puluh plak ke Polis belasah dan kacau ganggu wartawan dan jurugambar... Berapa ramai media yang buat laporan Polis ganggu diorang... Bukan stakat media tempatan jadi mangsa... Media asing pon kena... Takkan la anggota PDRM tue tak dapat nak bezakan wartawan tambah lagi wartawan asing mat saleh dengan para demonstran...

Member gua sorang jurugambar dari Rusia kena rampas kamera dier... Siap lepas tue kena campak atas jalan lagi... Ader Polis mintak maaf dan bayar gantirugi... Terpaksa dier sambung buat coverage guna kamera kompak ... Dier jalan ngan gua sebelum sorang jurugambar muda Melayu join plak gua...

So... Jadi gua rasa aaa... Kali nih saper yang tak pakai pas media PDRM tue sure akan jadi mangsa punya... Diorang kali nih ader alasan kukuh... Konon kenapa tak mohon pas media PDRM... Jadi anggota tak dapat nak bezakan media dengan demonstran...

Dan dengan citer yang Polis KL suruh guna Stadium Bukit Jalil la plak... Nampak sangat la kali nih memang boleh jadi "the master of all bloodshed"... Campur lagi yang kononnya HKR nih akan menyalahi syarat yang ditetapkan... Iaitu 30 ribu orang jer... Jadi memang gua bolh agak ... Inilah yang akan jadi gempak punya....

Aper pon... Gua tau pasai aper pas media PDRM diberikan... Hehehe.. Nanti lepas HKR selesai baru gua tulis dan bagitau... Ini maklumat fresh dari ladang.... Hahahah... Tapi gua takmo nak spoil kan planning PDRM la... Err... Cuma nak confirm kan... Bagi sesapa yang dah amik pas tue... Nanti kena pulangkan betul dak... Hahahahaha... Gua gelak jer...

Jom #KL112

03 December 2012

PDRM Dan Tentera Zionis Sekufu?

Bhai.... Kta bawah nih ader screenshot artikel yang gua rembat dari Harian Metro... citer tentang petugas media yang dijadikan mangsa oleh Tentera Zionis di Gaza........ hehehe... aper yang gua nak citer... Tentera Zionis nih ngan PDRM samer jer .... sekufu.... sebabnyer...  lu baca sendiri la bhai...





Tapi takper... itu semua tak bagi kesan kat gua... sebab gua akan turun KL pada 12 January 2013 nih.... untuk sertai demonstrasi sebagai media.... Bukan setakat gua akan pakai tag media macam biasa... tapi kali nih siap dengan vest media... so... kiter tengok... setakat mana gilernyer anggota PDRM masa tue....

04 September 2012

Hujah Lawanlah Dengan Hujah...

Bhai.... orang Melayu nih satu mender yang paling spoil.... hahahaha... kalu mender nih dapat di ilangkan daripada budaya orang Melayu... gua rasa orang Melayu boleh pegi jauh... boleh menguasai dunia... boleh jadi terlalu hebat... Gua bukan nak citer bab PHD (permanent head damage @ perasaan hasad dengki) ... tapi gua nak citer benda lain.... hehehe

Orang Melayu nih... diorang kalu tak pandai nak berhujah... berdebat... dan sebagainyer.... biler pihak lawan diorang menggunakan sudut ilmiah ker... sudut wacana minda ker... biler diorang tabley nak jawab... biler diorang tabley nak berdebat berhujah... orang Melayu akan menggunakan jalan terakhir yang selalu diorang buat...

Jalan terakhir tue aderlah dengan melakukan tindakan "kurang akal" seperti menunjukkan kesamsengan... membelasah dan memukul pihak lawan.... semua kerana diorang tak pandai nak berhujah dan berdebat..... Tapi... jalan terakhir nih diorang akan gunakan cuma dalam situasi yang diorang mungkin menang (dari segi bilangan lar)... kalu diorang ramai.. memang akan digunakan cara nih... tapi kalu sengsorang... mau kecut telur sekor-sekor Melayu nih... lari lintang pukang

Tak kisah la Melayu nih spesis yang tak mengaji agama ker... atau yang jenis mengaji agama tahap gaban.... hahahaha... semuanya suka menunjukkan samseng taik kucing.... hahaha....  ini semua aderlah spesis Melayu Hutan..... hahaha ... Wei... hujah lawalah dengan hujah... persal hujah dibalas dengan kesamsengan.... hahaha

Jadi..... kalu lu jumpa ular dan Melayu Hutan nih........ hahaha... ketuk kapla Melayu Hutan tue dulu... hahaha... sebab Melayu Hutan nih... perangai belit dan bangang dier lagi teruk dari Mamak (no pun intended).... hahahaha

Oh yer... lupa nak citer... satu lagi sikap orang Melayu Hutan nih... semua data dan fakta diorang nak gua feedkan kat diorang... diorang nih jenis malas nak cari sendiri... sedangkan kalu tanya Lebai Google... mesti sekejap jer dah jumpa fakta aper yang gua citer.... hahahahaha ... Melayu Hutan nih sebenarnya jenis pemalas... pasai tue la diorang tak pegi kemana...  Kalu belajar mengaji kitab tue... hanya kitab tue jer la yang dibaca dan dirujuk... maner diorang ader nak buat kajian dan rujukan kat kitab lain... hahahaha ... kayu betul lar....

15 May 2012

Poster Pengganas PDRM Akan Mula Ditampal

Bhai... selepas tarikh 3 minggu diberikan untuk senarai pengganas PDRM menyerah diri mereka kepada rakyat atas sebab melakukan keganasan (brutality) melampau terhadap peserta BERSIH 3.0, namum tidak ada seorang pon anggota Pengganas PDRM tersebut berani menyerah diri mereka kepada rakyat.

Kini usaha sedang dimulakan untuk menjejak semua anggota Pengganas PDRM yang terbabit dari balai ke balai diseluruh negara. Kempen mengenal pasti dan menjejak pengganas PDRM ini dimulakan oleh beberapa blogger dengan dibantu oleh peserta BERSIH 3.0

Mana-mana pihak yang mengetahui dan kenal anggota pengganas PDRM tersebut, sila tampil untuk memberikan maklumat. InsyaAllah, satu talian hotline yang selamat daripada dikesan oleh PDRM akan disediakan dimana semua pemberi maklumat akan dijamin kerahsiaan mereka. Malah mereka juga dijangkakan akan diberikan ganjaran setimpal.

Poster-poster pengganas PDRM akan mula ditampal di tempat awam bermula esok dan dijangkakan akan mendapat sokongan padu daripada semua rakyat yang prihatin. Malah poster-poster pengganas PDRM ini juga akan diselitkan dalam naskhah akhbar harian dari masa ke semasa..

Semua pihak yang prihatin bolehlah mengguna pakai gambar ini sebagai satu bahan permulaan untuk kita semua mengenal pasti dan akhirnya menahan (Citizen Arrest) terhadap pengganas ini. Mengikut statement Timbalan KPN, waran tangkap adalah tidak diperlukan di Malaysia untuk menangkap mana-mana suspek.

Oleh yang demikian, maka kita amat berharap bahawa arahan menahan dibawah "Citizen Arrest" perlulah mendapat kerjasama baik anggota pengganas PDRM tersebut untuk mengelakkan mereka dibelasah kerana menghalang tugasan menahan mereka.

Ini senarai pertama yang perlu disiasat dan dikenalpasti.


500 Anggota PDRM Didapati Hilang

Kuala Lumpur (14 Mei 2012) :

Timbalan Ketua Polis Negara telah membuat satu sidang akhbar petang tadi untuk memberitahu perkembangan mengenai kehilangan lebih dari 500 anggota PDRM selepas selesainya Perhimpunan BERSIH 3.0.

Beliau memaklumkan para wartawan bahawa kesemua yang hilang masih lagi tidak dapat dikesan walaupun unit anjing (K9) digunakan untuk mengesan kehilangan tersebut. Ini berkemungkinan besar kerana anjing-anjing tersebut telah dibekalkan dengan "gas mask" bagi mengelakkan anjing-anjing ini terhidu gas pemedih mata yang boleh menyebabkan anjing tersebut hilang deria bau.

Kehilangan anggota PDRM seramai lebih dari 500 orang ini berkemungkinan disebabkan oleh peserta BERSIH 3.0. Timbalan KPN telah menayangkan satu video yang memaparkan seorang peserta BERSIH 3.0 yang menghamburkan kata-kata bahawa "hilang lima nyawa pun tidak mengapa" yang dirakamkan oleh seorang jurugambar PDRM.

Berkemungkinan besar kesemua 500 orang anggota tersebut telah terbunuh atau dibunuh oleh peserta BERSIH 3.0 yang mengeluarkan ancaman sedemikian. Sehingga kini tiada petunjuk yang jelas kelihatan untuk PDRM mengesan kedudukan kesemua mayat 500 anggota PDRM yang dikhuatiri telah dibunuh.

Sumber-sumber jalanan mengatakan berkemungkinan besar mayat-mayat anggota PDRM ini yang seramai 500 orang tersebut telah pun dihumban kedalam Sungai Gombak atau Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek. Ada sumber berkata mereka melihat seseorang telah membunuh ramai anggota polis yang membelasah peserta BERSIH 3.0 yang sedang bersiap untuk menunaikan solat Asar berjamaah di Masjid Jamek.

Sumber Hospital pula menyatakan bahawa besar kemungkinan anggota PDRM yang seramai lebih 500 orang tersebut telah mengalami sindrom hilang ingatan akibat terlebih membelasah orang awam yang sama sekali tidak terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana ramai penghuni hotel dan pelanggan restoran telah dibelasah secara teruk oleh anggota PDRM. Mengikut satu kajian, jika seseorang itu terlalu hebat membelasah orang lain, sudah pasti beliau akan mengalami satu sindrom hilang ingatan yang kompleks.

Oleh yang demikian, pihak Hospital Kuala Lumpur telah mengarahkan petugas hospital untuk mengesan dan mengenalpasti berapa ramaikah pesakit mental yang sedang berada di wad psychiatry. Ini kerana pada 28 April 2012, terdapat ramai pesakit mental baru yang mendaftarkan diri mereka di jabatan psychiatry HKL. Oleh kerana tidak cukup tempat, HKL telah menghantar sebahagian pesakit tersebut ke Hospital Tampoi dan Tanjung Rambutan.

(NNA - Nonama News Agency) 

07 May 2012

Ooo... Baru Gua Tau

Bhai... baru gua tau... yang mangsa nih aderlah mak kepada Khalid Ismeth.... mmmmm ... patutlah dier mengamuk dan cakap macam-macam pada Polis... kalu kena camnie kat gua pon.. gua akan amik tindakan yang samer....

Artikel Sebelumnya : BERSIH 3.0 : Siri Bergambar 1


Makcik nih pengsan dan sesak nafas (pandangan gua ianya agak serius) sebab terkena gas pemedih mata/penyesak dada yang ditembak oleh anggota FRU/LSF berhampiran dengan simpang empat berlampu trafik Dataran Merdeka berhampiran dengan Bangunan Mahkamah.


Yang gua ingat.. Suami dier berkata yang dier akan menuntut balas jika berlaku apa-apa yang tak elok keatas isterinya... Masa tue gua tengah amik gambar bersama dengan sorang jurugambar dari Russia... lupa plak nak ingat nama dier.... kitorang dua orang jer jurufoto masa tue kalu tak silap ... sebelum ramai lagi jurugambar meluru ke situ untuk amik gambar.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1