Pergh... gua dari hari mula lagi Ketua Setiausaha KDN, Mahmood Adam tue kuarkan statement pasca BERSIH 3.0... gua dah perasan something.... Lu orang perasan tak? Hahaha... takkan tak perasan kot....
Dier kater...
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian harta benda dan aset serta tanggungan sebanyak RM1,828,610 gara-gara perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu.
Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kos kerugian itu sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara yang lebih berfaedah buat negara sekiranya perhimpunan haram Bersih 3.0 tidak berlaku.
“Justeru kita sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April 2012.
“Mereka bukan sahaja telah bersabar apabila dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut, malah PDRM turut mengalami kerugian harta benda dan aset serta tanggungan berjumlah RM1,828,610,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Mahmood berkata, seramai 14,331 anggota PDRM bertugas sepanjang perhimpunan haram Bersih 3.0 berlangsung melibatkan pegawai dari Jabatan Pengurusan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Logistik.
Menurut beliau, turut terlibat adalah anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cawangan Khas, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) KL dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan.
Sehubungan itu, kata beliau, polis sedang mengesan pihak perusuh yang bertindak ganas dan mencederakan anggota polis serta petugas media dan memusnahkan harta awam sepanjang perhimpunan haram Bersih 3.0.
“Kerajaan akan mendedahkan semua rakaman sebenar apa yang berlaku semasa perhimpunan tersebut dan mengedar gambar-gambar individu yang terlibat dalam insiden keganasan dan kekecohan itu tidak lama lagi supaya orang ramai boleh membuat penilaian sendiri,” katanya lagi.
Cuba lu orang semak balik bahagian yang gua boldkan tue... hehehe... statement yang gua gelapkan tue... hehehe ...
14 ribu lebih tue anggota PDRM ... hehehe... sedangkan bilangan yang boleh kiter lihat pada BERSIH 3.0 itu hari kalu dikira dengan mata kasar yang berpakaian seragam ataupun bervest PDRM ... paling banyak pon dalam 4 atau 5 ribu lebih jer... hahahaha...
Jadi kemana pergi lagi 9 atau 10 ribu lebih lagi anggota PDRM ..... hahaha...
Itulah bilangan yang menyamar jadi peserta BERSIH 3.0 ... itulah bilangan yang jadi agen provokasi... itulah jugak bilangan yang buat khianat.. itulah jugak bilangan yang buat taik... itulah bilangan yang belasah anggota PDRM yang lain pada permulaannya sehingga mencetuskan huru-hara.. yang kemudian disambut oleh orang lain yang tengah panas hati...
Itulah jugak bilangan yang merosakkan harta awam dan sebagainya demi untuk menunjukkan bahawa peserta BERSIH 3.0 aderlah perusuh... pembuat kacau bilau... Semuanya berpakaian warna kuning... berbaju BERSIH... sebab diorang dapat beli baju tue dengan senang...
So... pada BERSIH 4.0 nanti.. aper kata kita buat pusat penjualan baju T BERSIH 4.0 secara teratur... seorang rakyat cuma boleh membeli sehelai sahaja... semua kena tunjukkan kad pengenalan.. dan butiran mereka yang membeli diambil dan disahkan untuk rekod... Dengan cara ini ianya dapat dikawal.. dan seterusnya hanya dapat mengelakkan penyamaran... Tak boleh beli secara borong.....
Mana-mana orang yang memakai baju selain dari baju piawai BERSIH 4.0 perlulah diperhatikan... dan tindak tanduk mereka diawasi...
Gua berani jamin... yang 9 atau 10 ribu orang nih la yang membuat kacau bilau pada BERSIH 3.0 .... dan pastinya mereka-mereka patut kita sumpah seranah dan celakakan sampai bila-bila.... Bangsat punya UMNO/BN ....