Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Wang. Show all posts
Showing posts with label Wang. Show all posts

14 February 2024

Kalau Betul Kerajaan Malaysia Nak Buat Duit

Bhai/DeeDee semua...

Kalau betul Kerajaan Malaysia nak buat duit....

Malaysia dikatakan ada sekitar 3 juta orang pekerja asing yang berdaftar berpermit.

Katalah pada setiap kali dapat gaji, mereka menghantar RM1000 balik ke negara asalnya. Ini bermakna pengaliran dana ke luar negara adalah sebanyak RM3 bilion.

Ini gua tak kira pekerja asing yang masuk secara haram (PATI). Yang ini katanya ada dalam sekitar 6 hingga 8 juta…

Yang lawaknya… sekupang pun kita tak kenakan cukai atas pengaliran wang keluar nih… Bijak kan polisi Malaysia nih… tukar la macam mana pon pemerintah… tetap sama bangangnya…

Itu hari viral videp satu pekerja asing Bangladesh yang dah 16 tahun duduk di Malaysia. Penginapan dan pengangkutan disediakan majikan.

Dier sanggup makan timun mentah jer hari-hari diluar waktu keria. Masa kerja Majikan sediakan sarapan dan makan tengahari.

Gaji dia sebulan adalah sebanyak RM5000. Hantar balik kampung semua sekali.

Hahahaha.

Cukai pendapatan?? Entahlah… gua tatau ader kena ke tak kena… tapi macam tak kena ja… Hahaha



14 November 2022

Cara Mudah Nak Capai Kejayaan

Bhai/DeeDee semua...

Di Malaysia nih... ko tak perlu belajar tinggi... walaupun belajar tinggi tue adalah satu keperluan... tapi kalu ko tak belajar tinggi pon ko boleh berjaya... ader banyak cara dan tangga kejayaan dan kekayaan....

Cuma ko kena tahu macam mana dan dengan siap ko kena berkawan...

Kalu ko berkawan ngan orang biasa-biasa... ko akan kekal biasa-biasa jer... tapi kalo ko berkawan dengan orang yang berjaya... ko akan berjaya... tambah lagi ko ader kabel.... Yeah... cable @ kabel @ kontak... yang ini penting...

Kat Malaysia nih... kalu ko ader kontak yang bagoosh.. lagi cepat la ko berjaya dan kaya... terutama ko duduk dalam lingkungan kumpulan yang tepat... kumpulan yang ader kuasa... kumpulan yang boleh berikan ko kelebihan... hanya dengan satu call jer... setel masalah... setel kewangan... setel undang-undang...

Jadi... join parti politik pon adalah satu cara untuk berjaya... ko kena kenalpasti parti politik mana yang akan menang pada pilihanraya... ko kena kenal pemimpin politik yang paling atas... kalo boleh ko kahwin la ngan anak orang politik nih... cari jalan nak kenal... buat macam Khairy Jamaluddin.... dier ushar Nurul Izzah... tapi biler Anwar Ibrahim dijatuhkan oleh Mahathir... dier try accidentkan kenderaan anak perempuan Pak Lah... last-last kawin.... dan kini apa yang takder dengan dier... hahaha

Itulah cara bijak.... walaupun kita semua tau anak perempuan Pak Lah tu bukan taste Khairy Jamaluddin... itu semua takdak hal... benda boleh dikesampingkan... yang penting kuasa, jawatan dan duit...

Hahaha...

Ingat... tangga kewangan paling cepat membawa kita keatas.... Hahaha



11 November 2022

Kenapa Gua Terpaksa Bersetuju???

Bhai/DeeDee semua ...

Dalam kita mengkaji strategik... mahu tidak mahu kita terpaksa juga mengakui kehebatan dan kekuatan musuh politik.. Betul... kita jangan pandang ringan... Tak boleh leka dan ambil senang...

Sebab itu gua selalu kata.... politik itu berubah-ubah... politik itu multiverse...

Dalam politik... takder kawan dan musuh yang kekal..... yang kekal sebenarnya adalah usaha untuk mengekalkan kuasa dan status quo... Dalam politik... yang penting adalah jawatan... Dalam politik... semuanya adalah berkaitan dengan wang... tanpa wang... takkan bergerak apa-apa usaha politik... takder wang... takder sapa nak bertanding dalam pilihanraya...

Kalu ader yang cakap... orang bertanding pilihanraya sebab nak jadi juara rakyat.... hahaha... itu sama ada sedikit tak betul atau tipu kesemuanya sekali... hahaha...

Jadi dalam kes PN di Terengganu.... mari kita lihat senarionya... Ini adalah kerusi Parlimen... dan dalam kerusi Parlimen... ianya melibatkan ramai orang pengundi... dan bila kita gabungkan undi dari pengundi baru dalam konteks Undi 18... mahu tidak mahu kita kena terima hakikat yang 70% pengundi Undi 18 kalu dari kalangan orang Melayu... pastinya akan mengundi PAS ... mengundi PAS bersamaan dengan mengundi Perikatan Nasional...

Warga totok PAS pun cukup ramai di Terengganu... ditambah pula dengan pengundi baru dari Undi 18... memang naya la UMNO Barisan Nasional.... memang payah la...

Maka.... dalam kes PN di Terengganu nih... gua terpaksa bersetuju dengan pandangan Rosul Wahid nih...  walaupun begitu... masa masih ada lagi... masa berkempen... dah segalanya boleh berubah sekelip mata kalu betul strateginya.... Hahaha



11 January 2022

Nak Tangkap Raja Dadah?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang PDRM memang berusaha keras untuk menahan dan menangkap semua kartel dadah di Malaysia nih...betul... setuju bab tue...

Cumanya ... apa yang tertangkap selama ini sekadar level balachi bawahan jer... walaupun PDRM mengklasifikasikan suspek dengan gelaran Raja Dadah dan sebagainya....  Itu semua still level balachi atau macai jer...

Sebab apa gua kata macam tue... Sebab rangkaian kartel dadah yang dah tumpas tu sekejap jer akan hidup balik.... dan beroperasi macam biasa macam takder masalah... Tumpas cuma awak-awak (balachi dan macai) jer... kepala paling besar semua tak kena...

Macam gua selalu cakap la... kalu disiasat betul-betul.... mesti akan sangkut sampai level kayangan dan kerabatnya... Hahaha...  cumanya yang level kayangan dan kerabat nih depa tak pegang langsung dadah dan sebagainya nih... 

Tapi...

Tapi depa pegang duit dan kunci kepada duit... dengan komisyen dan wang perlindungan bagai....  kabel politik pon depa pegang gak... huhuhu ... golongan ini la jugak yang punyai pusat maksiat dan kelab malam... dan macam-macam lagi...

Ini Open Secret la... takdernyer rahsia dan pelik.... kalu tidak macam mana puak-puak kayangan nih nak maintain lifestyle mereka.... nak enjoy bersukaria macam takder hari esok... 

Huhuhu



17 June 2013

Cari Benda Tersembunyi

Bhai dan DeeDee sekalian... Kedua-dua wang kertas ini mempunyai kualiti dan mutu yang sama... Dari segi kertas... Dari  segi cetakan... Samer... Hahaha

Cuma ada satu yang tak kena... Dan mesin CDM tak mau nak terima deposit... Hahaha... 

Mari kita cari benda tersembunyi... Hahaha

03 June 2013

Ahli Semua Tak Tanya Pun

Bhai.... Hahahaha... seperti yang gua dah agak awal pagi tadi... biler isu nih mula keluar dalam Sinar Harian.... hahaha...  ayat cover-up kaki-kaki yang nakkan laba dan untung mula kedengaran.... menggunakan ayat kononnya semua ahli PKR dan PR tertanya-tanya..... hahaha...

Walhal... takder saper pon yang tertanya-tanya... ahli semua tak tanya pun.... hahaha.. Even ahli PKR pon tak tanya.... malah ahli Pakatan Rakyat, pengundi dan penyokong serta pendokong pon tak tanya...

Yang tanya hanyalah Shuhaimi Shafiei.... kini Azmin Ali... dan kalu kita rajin nak dengar... by malam nanti mulalah Zuraidah akan mula melalak samer... hahaha...

Diorang nih jer yang tertanya-tanya... kenapa ader perlantikan Pegawai Perhubungan Politik....... hahaha..... Biasa la... yang akan kecoh nih aderlah orang-orang yang jenis kelapaq harta ghanimah.... harta rampasan perang... hahaha... nakkan jawatan CEO la... aper la.... nak dapat semua kuasa dan wang ringgit.... hahahaha....

Kalu macam nih la perangai... gua harap la pada pemilihan PKR yang akan datang... tolong aaaa... tolong humban jauh-jauh mangkuk-mangkuk nih..... mangkuk-mangkuk jenis mahukan laba dan untung.... Wei... jangan ingat dalam UMNO jer ader macam nih... dalam DAP, PKR dan PAS pon ader... kalu dalam PAS tue... siap berjubah berserban lagi.... hahahaha....

Aper nak jadi aaaa..... ini bukan wakil kepada rakyat... ini wakil diri sendiri jer....  Ahli semua tak tanya pun lar..... hahaha... memandai jer guna nama ahli.... aper daaa.....




SHAH ALAM – Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik dalam Pejabat Menteri Besar Selangor menimbulkan banyak reaksi ingin tahu dalam kalangan ahli akar umbi.

Antara persoalan yang menjadi perhatian, apakah pendirian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung perkara ini memandangkan selama ini beliau begitu serius dengan isu pembaziran.

Malah mereka mempersoalkan mengapa perlu diwujudkan jawatan politik tambahan sekiranya fungsinya adalah sama dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar? Apakah ini akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan perbelanjaan yang tidak berhemah?

Jika kewujudan jawatan ini bertujuan menjalin hubungan politik di antara pentadbiran negeri dan parti, maka timbul persoalan berikutnya, iaitu di mana peranan Setiausaha Politik? Apakah kerajaan negeri akan menghapuskan jawatan Setiausaha Politik?

Adakah Abdul Khalid bersetuju sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat dalam PRU13 baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak layak dilantik sebagai perdana menteri kerana beliau sibuk dengan tugas sebagai ketua parti?

Adakah ia bercanggah dengan saranan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa orang politik tidak boleh dilantik ke dalam anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

Mungkin pimpinan PKR di peringkat negeri dan Pusat perlu melihat kembali soalan-soalan di atas yang mula menjadi perhatian umum atau mungkin perlu dijawab sendiri oleh Abdul Khalid.

Lebih sinis lagi apabila pemimpin PKR Selangor yang memenangi kerusi di peringkat Parlimen dan Dun tidak diberi tempat sebaliknya pemimpin PKR dari luar Selangor yang gagal mempertahankan kerusi dibawa masuk dan diangkat sebagai pegawai politik negeri.

Tidak kurang juga ada menyarankan agar jawatan tersebut diberikan kepada Adun dan Ahli Parlimen yang berjaya membawa kemenangan kepada PKR dan mengekalkan kuasanya di Selangor.

Inilah yang disuarakan dan dibangkitkan oleh ahli PKR pelbagai peringkat di Selangor kepada Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Azmin pula ketika dihubungi, dihubungi tidak menafikan perkara itu mula menjadi bualan ahli parti sejak Anwar mengumumkannya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-9 di Petaling Jaya, minggu lalu.

Katanya, kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam PRU13 lalu.

23 April 2013

Penipuan Pilihanraya Paling Dahsyat

Bhai..... Kiter patut berbangga... Sebab Malaysia menerajui skil penipuan Pilihanraya paling dahsyat di dunia... Isu pengundi hantu memang satu isu... Dari dulu lagi gua selalu kata bahawa iau pengundi hantu memang terkawal pasai kiter semua amik berat isu nih...

Tapi isu penipuan peti undi dan jugak pengundian pos memang lagi celaka... Gua dimaklumkan seperti biasa kali nih akan jugak ader peti undi klon... Peti undi bagi kawasan-kawasan yang mudah diperdaya dengan peti undi klon sebelum nih...

Undi POS (awal) memang sesuatu yang merisaukan kiter semua... Tapi nak buat camana... Dah memang kiter tak boleh nak buat aper melainkan SPR dirombak sepenuhnya... Itu jer...

Tapi yang paling gua terkejut... Biler maner kengkawan gua di beberapa bank-bank utama yang monitor flow untuk agihan wang mendapati beberapa akaun khas yang pernah dikesan sebagai akaun hantu (akaun penyaluran dana pihak tertentu) sudah mula ader transaksi masuk pada kadar yang luar biasa..

Kiter mengesyaki duit ini akan digunakan untuk membeli undi.... seperti yang pernah berlaku di PRK Hulu Selangor yang lalu dimana gua dan kengkawan mengesan pengalihan dana sebanyak lebih RM30 juta kepada pengundi di beberapa kawasan...

Aper-aper pon...  yang paling gua takut aderlah akaun ini juga akan digunakan untuk membiayai calon-calon yang menang pada PRU13 nanti sama ader untuk melompat mahupun bertindak menyokong arah yang berlawanan... Bukan tak pernah akaun khas ini digunakan untuk pengagihan dana melalui transaksi lebih RM5 juta sekali pengeluaran secara tunai....

Kalu lu orang tanya kenapa BNM tak monitor... memang BNM monitor... tapi tabley nak buat aper... sebab semuanya ader justifikasi dari pihak atasan.... hampeh... cam siot jer...

17 April 2013

Siapa Calon PR Yang Akan Lari Dulu?

Bhai.... setiap kali pilihanraya... tak kisah la pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum... kiter biasa terdengar citer yang ader calon yang menarik diri last minit...  calon yang akan lari dulu... Dulu ader calon PAS yang buat perangai camnie.. calon KEADILAN pon ader gak... calon DAP seingat gua tak pernah la plak... tapi tak tau la.... mana gua nak ingat sepanjang 12 kali PRU.... hahahaha

Ader macam-macam alasan yang akan diberikan biler calon lari atau menarik diri daripada bertanding.... Kalu dalam 10 alasan yang diberi... semuanya pada gua tabley nak pakai... sebab... semuanya sebenarnya berakar umbi kepada berapa sen (wang/duit) yang dah masyuk.... Hahaha.. tak kesah la calon nih nak sembang aper pon... konon kata yang dier mungkin akan sangkut kebangkrapan (alasan yang ini paling kerap gua dengar) .... hahaha...

Agaknyer banyak nih ker duit 19 kg yang diseludup masuk Australia oleh Muhammad Mohd Taib dulu?

Tapi ader gak yang jenis calon yang lari tanpa diketahui aper citernyer... terus senyap hilang.. bukan dier sajer yang ilang... tapi dengan keluarga dier skali... hahaha... tup-tup... setahun dua lepas tue timbul balik calon tue... yang best tue boleh plak buat muka sposen macam takder mender berlaku pon.... Macam haramjadah jer kan.... hahahaha

Err... gua tak kata dalam BN tak pernah ader jadi kes camnie... cumanyer... tak la sampai memberikan kemenangan tanpa bertanding pada musuh politik diorang... biasanyer last minit... betul-betul last minit akan muncul gak... maybe duit dah masyuk kot.... hahahaha

Aper-aper pon.... mari kiter lihat.... siapa calon PR yang akan lari dulu pada PRU13 kali nih.... aderkah calon tersebut datangnyer dari negeri di utara semenanjung... tengah semenanjung... selatan semenanjung... pantai timur semenanjung .... ataupon di kepulauan Borneo..... hahahaha .... Kalu ikut pengamatan gua... hehehe..... macam biasa... akan ader sekor dua yang akan buat masalah macam nih dalam PR..... hehehe... dan gua dah boleh saspek siapa yang akan buat onar camnie.... hahaha... tapi tak best la kalu gua bagitau nama dier dulu.... hahaha... anti-klimaks lar kan.... hahahaha

So... mari kita tengok aaa...... siapa calon PR yang akan lari dulu... yang akan cabut dulu... hahaha... mari kita tengok.... Hahaha

13 February 2013

Bukan Rakyat Yang Menjual Negara

Bhai.... Nih gua nak memberi peringatan kepada semua pembaca blog nih... Gua tak pernah berniat nak jual negara nih... Walaupun beratus juta atau billion yang ditawarkan.. Bukan wa g ringgit yang menjadi persona mata dan diri.. Dan gua percaya bahawasanya setiap anak bangsa Malaysia... Memang tidak akan sanggup menggadaikan negara tercinta nih...

Tapi... Walaupun begitu, memang ader dikalangan orang-orang tertentu yang sanggup menjual negara ini.. Dan biasanya orang yang belot inj adalah orang yang berkepentingan... Orang yang ada kuasa...

Sejarah negara ini memang telah membuktikan.... Gua bukan cakap kosong... Bukti nyata ader dalam beberapa perjanjian yang pernah ditandatangani dari tahun 1791 lagi... Dan setahu gua ... Ader beberapa kes penjualan lagi yang sama ader masih ada rekodnya ataupun sudah hilang daripada simpanan..

Sipa yang jual negara ini.... Hahaha... Sila semak dokumen lama dan sejarah yer... Sebab aper dijual... Semua kerana duit... Walaupun ada yang bagi alasan tekanan politik dan ketenteraan... Tapi itu semua cover-up la bhai.... Hahaha... Kiter jangan mudah ditipu...

200 tahun dulu warga bumi dan negara ini memang boleh ditipu... Yer la ... Pasai ramai yang buta huruf... Tapi tidak sekarang... Sekarang sudah ramai yang bijak pandai... Seba. Itulah cara penipuan sejarah lama tidak menjadi sekarang nih... Orang sudah pandai... Hahaha

29 June 2010

Malaysia Sudah Tiada Wang

Sumpah... betul... baru kejap tadi gua tanya ngan beberapa venture capital dan funder... semua cerita benda yang sama..... Kerajaan Malaysia sudah tiada wang... takder duit la bhai... semua fund ... grant... reserve dan sebagainyer untuk aper-aper projek sudah kering... sudah kontang...

Lu tak percaya ka... pi la tanya....

Gua dapat info dari Kementerian Pelajaran pon samer... duit dah kering.... giler aper.. Malaysia bukan sahaja akan bankrap... tetapi sudah bankrap... sekarang nih tak tau la Malaysia berjalan pakai duit aper... maybe duit "Cukong" kot (pinjam istilah TukarTiub).... hahahaha

Ini macam kalu... ntah ler.. aper lagi yang tinggal masa Pakatan Rakyat memerintah nanti... itu pon kalu boleh dapat kalahkan BN pada PRU13... kira masa tue kalu PR menang pon.. .. kira macam menanggung biawah hidup... mampus... takder untung.... hutang berlambak...

Giler betul la.. Malaysia sudah tiada wang... takder duit... kering... lepas nih gua cadang nak survey kat beberapa tempat lagie... hehehe... tak leh la gua kasi tau gua nak survey kat mana... hahaha... mana boleh kasi tau... betul dak... kasi buat surprise...

Mana pergi aaa... duit berlambak selama nih... dah kena songlap ker... takkan sebanyak tue semua kena songlap.... aper nih...

Wei.. wei... kejap... kejap.... lagi satu info gua dapat... hahaha... yang kes Kontraktor Istana Negara yang baru tak bayar gaji kat pekerja dier... hahaha... gua dah tau dah... bukan sebab dier sengaja buat camtue... tetapi.............. dier memang tak dapat sen dari Kerajaan Malaysia lagie... satu sen pon belum masuk lagie... projek jalan pasai kontraktor berhutang dengan supplier.... hahaha.... kantoi... kantoi... hahaha

Lepas nih... aper plak yang akan terkantoi... kita tunggu dah lihat...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1