Ismail Sabri semalam umumkan 7 pembaharuan untuk memastikan kestabilan politik di Malaysia. Betul aaa..... itu pun setelah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet....
Tujuh pembaharuan tersebut adalah:
- Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
- Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.
- Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
- Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
- Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
- Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
- Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.
Cuma....
Cuma gua nampak ini semua 7 pembaharuan adalah sama dengan apa yang pernah dicadangkan oleh Muhyiddin Yasin tempohari ... iaitu 3 hari sebelum Muhyiddin Yasin letak jawatan... errr... ini bukan lagi kebetulan.... Ini sebijik macam copy paste.... Nampak sangat copy paste ....
Takkan la Ismail Sabri sendiri takder idea? Hahaha... Takkan semua nak copy paste je? Hahahaha... lawak aaa...
Takkan la Ismail Sabri sendiri takder idea? Hahaha... Takkan semua nak copy paste je? Hahahaha... lawak aaa...